Wednesday, October 8, 2008

PENGORBANAN BESAR PEMIMPIN

Satu pengorbanan besar pemimpin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan umno Mac tahun depan.

Beliau yang membuat keputusan itu dalam taklimat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sebentar tadi, tidak mahu melihat berlakunya perpecahan dalam BN.

DS Abdullah berkata beliau akan terus melaksanakan beberapa inisiatif bagi pengukuhan daya saing negara dalam menghadapi cabaran global.

Dengan keputusan itu, bermakna proses peralihan kuasa oleh Paklah kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang sebelum ini ditetapkan pada Jun 2010, diawalkan setahun.

DS Najib yang ditemui wartawan menerangkan hanya akan memberi ulasan esok.

21 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Atas sikapnya 'flip flop' pada masa lampau, pengumuman itu bukan sesuatu yang muktamad.

Musallam said...

Salam,

Pak Lah sudah menunaikan janjinya, tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO. Jadi marilah kita menghormati keputusan beliau.

Saya rasa bukanlah mudah untuk beliau membuat keputusan seperti itu. Akan tetapi, setelah membayangkan bahawa beliau mahu menyerahkan kuasanya kepada Najib, beliau sebenarnya tidak ada alasan lagi untuk bertanding mempertahankan jawatannya.

Memang dalam politik ada masa pemimpin naik,dan ada masa pemimpin turun.

Sekarang giliran Pak Lah untuk turun. Saya harap beliau turun dalam keadaan terhormat.

Anonymous said...

Kesian.. pulak!
Kesian dalam politik sememangnya memberi kelebihan kepada ahli politik tersebut, kadang2 orang yang membenci boleh jadi penyokong pula. Oleh itu janganlah risau PakLah..

Kesian dan Lega..

Bung Karno said...

Bersedia untuk berdepan dengan 1000 NGO dan beberapa pemimpin yang mahu Paklah terus berkuasa.

vicky said...

PakLah had been such a good leader. Long Live PakLah.

hasipin66 said...

Salam TokTiger serta warga UMNO dan ahli parti kompenan BN,

Keputusan Pak Lah menanggalkan title Presiden Parti UMNO perlu dihormati dengan penuh kejujuran atas nama pemimpin yang bermaruah dan bertangunggjawab kelangsungan zahir dan batin Parti UMNO serta keutuhan Kompenan Barisan Nasional.

Kita ucap tahniah kepada kalian yang selama ini telah lama merancang atau mahu Pak Lah cepat mewariskan jawatan Presiden Parti UMNO sekaligus jawatan Perdana Menteri yang keenam.

Mungkinkah pada zahirnya Pak Lah tekah menunaikan harapan terutamanya Tun M dan kuncoh-kuncohnya,tapi percaturan dihadapan siapakah pula yang bakal menggangu plan mida mereka.Apakah tidak ada yang mahu mencabar Datuk Najib sebagai Presiden Parti UMNO?benarkah KuLi akan tehenti talian hayatnya dalam UMNO setelah Pak Lah menamatkan tuch linknya di kerusi Presiden UMNO?.

Bagaimana pula dengan TSMY,adakah juga perlu jaminan sebagai Timb.Presiden UMNO?.Ketelanjuran Datuk S.AZH menawarkan diri sebagai calon Tim.Presiden juga kemana tujunya?.Begitu halnya dengan DSAR,TSMT dan Datuk.Nur J.

Apapun Pak Lah telah melakukan yang terbaik tanpa perlu menagis dan ditangisi.Pak Lah telah banyak mencipta kelainan dalam episodnya bersama UMNO dan Barisan Nasional.

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Berita yang amat sedih di terima.. sama ada esok orang akan bersuka ria kemungkinan minyak akan turun lagi atau orang akan sedih dan terharu dengan pengumuman Pak Lah ni... apa pun... selamat sejahtera buat PM kita yang ke-5..

Tetapi heran kenapa kata Paklah Ni kesinambungan dari Perdana Menteri yang Ke-2? apa persamaannya? mungkin kerana perletakkan jawatan? atau tidak bertanding???

Apa pun satu keputusan yang tepat buat masa kini...


Salam mesra,

A Hamid's East of the West said...

Salam Datuk,
Baguslah Dollah pergi. Saya setuju dengan Datuk bahawa Dollah buat pengorbanan yang besar - yang dikorbankan secara besar selama ini adalah nasib dan amanah bangsa Melayu. Baguslah dia pergi tetapi yang kita kena pastikan bahawa yang menggantikannya tidak buat kesilapan yang sama - menggadaikan nasib dan amanah bangsa Melayu.
Orang Melayu juga perlu muhasabah diri tentang pemujaan tokoh yang terlampau.

AHO

Anonymous said...

SALAM TOK TIGER,

ADA MATA...LIHAT.ADA TELINGA...DENGAR. ADA AKAL...FIKIRLAH DEMI NEGARA.

MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN YANG TEPAT DAN BERNAS ADAKALANYA CUKUP PAHIT.TAPI PERCAYALAH...YANG PAHIT ITU PENAWAR MUJARAB.

MENGALAH BUKAN BERERTI KALAH.TQ

IES Agencies said...

Azienmat,
I see you used one of my pictures as your avatar, kasi lah credit skit beb

he he

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Kita kena hormat keputusan Paklah
yang tidak bertanding jawatan Presiden UMNO dan peralihan kuasa kepada Timbalannya DS Najib diawalkan setahun.
Sebagai MP P41 Kepala Batas Paklah masih lagi dapat memberi khidmat kepada rakyat dan juga di Parlimen.
" Keep up the Good Works "

Anonymous said...

Pak Lah telah melukis pelbagai corak di atas sehelai kain putih. Adakah lukisan itu amat bernilai dihati pengganti beliau atau harus dibakar sahaja dan diganti dengan corak baru bagi memulihkan keyakinan kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Adakah para pengampu dan pembodek Pak Lah akan bertukar wajah mengikut citarasa sesumpah memandangkan Pak Lah akan kehilangan kuasa?

Para pengikut Pak Lah bukannya sedikit, mereka juga harus dilayan. Begitu juga dengan para penyokong TDM yang mempunyai pengaruh yang cukup kuat dan hebat di akar umbi. Maka terpulanglah kepada pengganti baru mencorak masa depan negara ?

Harapan saya, biarlah teras dakwah dan mencari keredhaan Ilahi menjadi tunjung semasa melaksanakan dasar kerajaan Malaysia.

-SokongYangMenang-

sumandak bayu said...

Keputusan dah dibuat jadi kita teruskan perjuangan walaupun PAKLAH dah tak bersama pemimpin-pemimpin yang dipilih oleh rakyat

Anonymous said...

Pada Hemat Saya...
Sejak tahun 2003 sehingga kini...
Inilah kali pertama saya memuji kehebatan dan kebijaksanaan Dato Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-sebelah tangan(5).

kerana beliau berjaya mengumumkan
"TIDAK AKAN BERTANDING PRESIDEN UMNO dan MELEPASKAN JAWATAN PM SEBAIK SAHAJA DATO SERI NAJIB MENANG SECARA RASMI DALAM PEMILIHAN AGUNG UMNO PADA BULAN MAC 2009"

-Teramat Kedekut Nak Puji Orang-

Anonymous said...

Kesian...
Kesian kat Pak Lah kerana terpaksa melepaskan jawatan nombor satu negara.

Kesian...
Kesian kat Najib kerana terpaksa menanggung semua masalah yang telah dilakukan oleh Pak Lah.

Kesian...
Kesian kat kaki bodek Pak Lah kerana Pak Lah baru sedar dari lenanya bahawa akar umbi sudah rosak dan ingin menumbangkan parti UMNO.

-Kesian....kesian-

terubuk jantan said...

Salam Dato,
Saya kagum dan menghormati keputusan Dato Seri Abdullah.Saya anggap pengorbanan beliau amat besar ertinya.Doa saya semoga DS Abdullah diberi kekuatan dan kesihatan yang baik oleh Allah S.W.T.DS Abdullah segala jasa dan pengorbanan anda kami hargai dan kenang,Salam Maju Jaya.Terubuk jantan.

Anonymous said...

Tuan bukan kerja dgn gomen lagi untuk keluar posting blog macam ini.

Pak Lah tak berkorban. Dia hanya baru sedar dia tak ada penyokong.

Malam semalam pun dia bermesyuarat dgn 20 orang kepala2 dari penang kedah dan perak utk pertahan.

Bila dia kira, tak sampai 10 yg akan beri pencalunan kepada nya.

Maka kit alihat mereka2 yg berdemnstrasi di bawah pwtc semalam marah setelah sedar dolah akan dighaffarkan.

Tak ada korban2 lah tok

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Keputusan yang PAK LAH buat adalah yang terbaik untuk semua..dan saya amat setuju apa yang PAK BRATA tuliskan..

Anonymous said...

Sekarang...siapa yang `terludah' muka sendiri, cakap Pak Lah itu dan ini, korang jilatlah balik ludah korang tu..termasuk Tun Mahathir sendiri...!!
Kalau orang lain, tiada yang sanggup buat apa yang Pak Lah buat sekarang..inilah satu contoh tentang sikap peribadi Pak Lah yang bukan seperti yang diperkatakan sejak kebelakangan ini,kuasa dalam tangan bukan segala-galanya buat beliau.. kepentingan parti dan negara tetap menjadi perkara nombor satu dalam perjuangan beliau..TABIK SPRING UNTUK DS ABDULLAH AHMAD BADAWI.
Sekarang, yang akan menjadi persoalan besar di masa akan datang, dapatkah DS Najib Tun Razak memikul tanggungjawab itu,atau akan menjadi sasaran empuk pihak pembangkang untuk mengusulkan undi tidak percaya pada beliau berdasarkan isu-isu peribadi DS Najib Tun Razak..., akan bertambah `gawat' lagi keadaan negara nanti, aduhhh...tidak dapat cuti rehat lerr kalau begini...

Anonymous said...

Salam...
Saya agak sedikit kecewa Pak Lah mengumumkan pendirian beliau untuk tidak bertanding dan bersara pada Mac 2009. Sebelum ini saya memberi sokongan pada beliau agar bertahan tapi itulah keputusannya. Walau bagaimanapun saya hormati pendirian beliau itu..

Mungkin beliau dah fikir sedalam-dalamnya kesan jika beliau terus mempertahankan jawatan beliau. Mungkin juga beliau berbuat demikian untuk menyelamatkan UMNO.. Pak Lah ada jawapannya..

rayliew said...

Saya terpegun dengan pengumuman beliau, sebelum ini saya menyokong penuh beliau bertanding semula jawatan Presiden Parti UMNO pada bulan MAC 2009..Walaubagaimanapun saya hormati keputusan beliau dan sanjungi kenyataan beliau untuk menjayakan 5 agenda sebelum berundur...

Inilah pemimpin berwibawa yang disanjungi, beliau tetap menonjolkan keprihatinan dan komitmennya untuk mempertingkatkan lagi pentadbiran kerajaan sebelum beliau berundur.

Beliau difahamkan membuat keputusan tersebut untuk menyelamatkan UMNO demi mengukuhkan kestabilan politik negara.

Saya terimbas kembali beberapa usaha dan perubahan yang telah dilakukan oleh PAK LAH sebelum dan selepas menjawat jawatan PM. Beliau merupakan seorangan Menteri Perhubungan Luar Negeri yang disanjungi dan dihormati, beliau telah membawa perubahan dalam agenda pencegahan rasuah, peningkatan sistem pentadbiran agensi kerajaan yang lebih berkesan, perlancaran koridor pembangunan untuk meningkatkan pelaburan dan kemajuan negara serta mewujudkan peluang kerja yang mencukupi oleh rakyat...dan banyak-banyak lagi...
PAK LAH teruskanlah perjuanganmu...