Kematian adalah satu proses countdown dalam hidup. Ini bererti manusia perlu bersedia untuk mati bila-bila masa dan bukannya bersikap untuk menongkat langit selama-lamanya.
Ini tidak disedari oleh ramai pihak terutama orang politik yang ada antaranya merasakan akan hidup "selama-lamanya". Ada juga yang merasakan diri mereka berkuasa seperti tuhan sehingga menggunakan kuasa untuk kelangsungan politik.
Tidak hairanlah ada yang sepatutnya berhenti dan memperbanyakkan ibadat kerana telah banyak melakukan kesalahan, mahu terus bergayut pada jawatan.
Malah, ada yang "bermain kotor" untuk kekal dan melenyapkan muka-muka baru.
Ini berbeza dengan mereka yang beriman dan sentiasa bersedia untuk mati.
Minggu lalu, ibu kenalan saya yang diketahui suka beribadat mengetahui bahawa waktunya berpisah dengan dunia yang penuh dengan pelbagai cabaran... untuk bertemu dengan penciptanya.
Beliau yang masih muda dan tidak berpenyakit memberitahu rakan baiknya tempat beliau menyimpan keperluan barang-barang ketika kematian seperti kain kapan, kain batik lepas dan segalanya dalam beberapa minggu ini.
Malah, beliau meninggalkan nombor telefon penyelaras kubur kepada rakannya jika apa-apa berlaku kepadanya dalam tempoh terdekat.
Wanita itu meninggal dunia kerana membuka penutup observation chamber septic tank yang dirasakan bermasalah dan menimbulkan bau kurang menyenangkan di dalam rumah.
Beliau yang suka membuat sesuatu tanpa perlu mengharapkan bantuan orang, menemui ajal kerana permintaannya agar "pihak tertentu" membantunya segera, lambat datang.
Apabila wanita itu ditemui meninggal dunia di rumahnya minggu lalu, rakannya segera melakukan apa yang diarahkan oleh sahabatnya itu. Semuanya sudah tersedia untuk menghadapi tuhan.
Penyelaras kubur yang dihubungi menyatakan wanita istimewa sudah memintanya menyediakan "ruang kubur" jika sesuatu berlaku kepadanya dalam tempoh terdekat.
Malah, penyelaras itu sudah menyediakan lot untuk wanita berkenaan minggu lalu.
Ini memaparkan wanita itu mengetahui masa untuk menemui penciptanya.
Jangan kita menongkat langit. Bersedialah.
Sunday, October 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Perkara tersebut bukan sesuatu yg baru pada mereka yg menjadi kekasih Nya. Hanya mereka yg ditutupkan ilmu nya sahaja yg membuat pernilaian melalui apa yg mereka suka (yg sebenar tidak pasti apa yg allah suka) dan selama hayat berasa bangga mengaibkan lawan. Maka terjadilah bermcm hukum pengharaman pada perkara yg mereka tidak suka dgn mengunakan nama agama dan allah utk menguatkan lagi kenyataan bernafsu.
Saudara,
Saya tertarik tulisan anda ini.Saya pohon memetiknya dan dimasokkan ke blog saya.Harap saudara redho dengan kerja saya ini.
Salam Datuk,
Kematian adalah pengakhir sebuah kehidupan...dan pada kita yang masih bernafas harus sentiasa bersyukur dengan nikmat yag ALLAH S.W.T berikan.
saya selalu ingat pesan seorang sahabat..
BERBUAT BAIKLAH KEPADA MANUSIA DAN SENTIASA BERAMAL DI SISI TUHAN MU SEOLAH ENGKAU AKAN MATI PADA ESOK HARI...
SALAM tAKZIAH BUAT SAHABAT DATUK..
Assalamualaikum,
Subhanallah... beruntunglah mukmin yg sentiasa insaf dgn kehadirannya di muka bumi ini. Sesekali memang teringin utk mengasingkan diri dari kemelut politik yg memualkan ini namun sering pula rasa terpanggil utk turut sama.
Lakukannya (politik) sbg suatu ibadat.
(Datuk dah lihat posting terbaru saya?)
Jangan kita menongkat langit. Jangan kita menongkat UMNO. Jangan kita menongkat pemimpin UMNO. Mungkin bila kita mati kelak aman damai dalam kubur.
assalamualaikum tok rimau
mengingati mati itu harus dan ia pasti akan datang cuma masa dan ketikanya sahaja..
dalam senario bunuh membunuh pancung memancung dalam arena politik ini juga mereka harus sedar yang satu ketika mereka akan berhenti atau pun diberhentikan dan untuk mengelakkan Umno dari terbunuh maka politik yang tidak sihat haruslah dihentikan dan seperti saranan TDM janganlah ditebang pohon keranji hanya untuk mendapatkan untung segera..
Datuk...
Nampak macam ingatan pada orang yg dah 'bersara' tapi masih lagi bising 'menasihati' orang dan campurtangan hal ehwal dunia ni lagi.
Mengapa yek?Adakah orang itu ingin hidup selama lamanya atau ada benda nak dipertahankannya dari menjadi pengetahuan umum.
Raden
Datuk Harimau
Satu peringatan/nasihat yang sangat berguna.
Terimakasih.
Bungaraya said,
Sejenis penyakit yang tidak dapat diubati ialah KEMATIAN. Kerana selepas tu kita akan dihidupkan kembali, maka berhati-hatilah dalam sebarang tindakan kita ketika masih berada didalam dunia ini.
Kepada yang dekat-dekat menuju keambang KEMATIAN itu seperti TDM,
byk-bykkan beramal. Beramal ertinya setiap tindakan itu mestilah dibuat kerana Allah SWT. Bukan kerana nak menjadi hero.
Saudara,
Tergamakkah saudara menghentam Dr M secara diam dengan cerita ini?
Memang patut pun saudara cerita dan cerita sehingga Dr M dengar cerita ini.
Cuma bezanya Dr M takkan bukak Inspection Chamber Septik tank tetapi Dr M akan bukak Manhole Sewerline yang penuh dengan taik-taik dia buat selama dia memerintah.
Contoh...sistem kehakiman...org besar,kecil,tua dan muda...janda..duda...bohsia..bojan..pun dah pandai sebut Korek..Korek..korek..Correct...
Saudara,
Apa pandangan saudara tentang idola saudara dicop sebagai "Org luar gila kuasa?"....
Komen banyak2..nak dengar la...
salam mr tiger?
teringat pulak saya kata2 sorang sahabat katanya "dalam umno ni kita janganlah mengejar sangat jawatan, sebab bila dah mati Malaikat kat kubur 2 bukan tanya pun, " Kenapa kau tak jadi Ketua Bahagian" heheh.
dalam kelucuan ada kebenaran, hikmah tersembunyi. semoga pemilihan UMNO berjalan lancar dan mengangkat martabat Melayu dipersada dunia.
Sesuatu benda dan perkara semestinya ada permulaannya dan penamatnya, begitu juga kehidupan seseorang manusia yang bermula dengan kelahiran dan tamat dengan kematian.. Ianya sudah biasa kepada semua manusia sejagat. Oleh itu sama-sama kita menggunakan masa kehidupan ini untuk membuat perkara yang baik dan bermanfaat kepada manusia sejagat.
Post a Comment