Abang Zainal dan isteri, Kak Shimah akan pergi menunaikan ibadah haji tahun ini.
Beliau mendapat tahu seminggu lalu walaupun sebelum ini ada surat mengatakan permohonannya gagal. Terima sajalah kerana dipilih menjadi tetamu Allah SWT. Keadaan ini seperti yang saya alami pada 1997. Alhamdulillah semuanya selamat.
Ini nasihat saya buat Abang Zainal.
1. Pergilah menjadi tetamu Allah SWT dengan memperbanyakkan ibadah seolah-olah inilah kali terakhir kita mengerjakan haji. Semoga Allah SWT memberi peluang kepada kita mengerjakan lagi rukun Islam kelima itu dan umrah.
2. Banyakkan membuat ibadah sunat selain yang wajib dan khatam al-Quran.
3. Lebihkan banyak masa beribadah di Masjidil Haram dan bukannya di hotel atau di tempat membeli-belah. Selepas membeli sesuatu barang, jangan pula diheboh-hebohkan seolah-olah kita ke Mekah untuk membeli-belah. Seorang teman tidak sempat mengerjakan tawaf Wida kerana demam selepas banyak memperkatakan kegiatan "membeli-belah" itu.
4. Banyakkan membantu orang lain sesungguhnya Allah SWT akan membantu kita pula. Saya melakukannya di dua kali ketika di tempat melontar dan di depan Kaabah.
5. Segera beristighfar jika terdetik dihati atau terlepas di mulut terhadap sesuatu perkara atau membabitkan individu tertentu. Pengalaman pertama seorang saudara kawan yang begitu megah mengatakan "tidak sesatpun di sini seperti ramai orang kata" selepas berada lebih seminggu di situ. Keesokan harinya, beliau sesat dan pulang hingga dinihari. Seorang teman yang melihat ramai orang menaiki bumbung bas tersenyum dan akhirnya merasai "pengalaman" itu sendiri apabila ketinggalan bas.
6. Banyak peristiwa menarik berlaku di Mekah dan Madinah yang boleh dijadikan pedoman hidup sepanjang masa. Perkara yang berlaku itu atas kehendak Allah SWT.
7. Kawal hawa nafsu kerana dugaan yang mencabar di tanah suci.
8. Tunaikan haji dengan penuh tertib dan mengikut panduan yang diberikan. Semoga mendapat haji mabrur.
9. Banyak lagi yang akan dikongsikan bersama.
(RR: Marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar Abang Zainal dan Kak Shimah serta seluruh rakyat negara ini selamat menunaikan ibadah haji dan selamat pulang ke tanahair dengan mendapat haji mabrur).
Sunday, October 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Biar pun sy bukan seorang Muslimin namun sedap mata membaca dan telinga mendengar apabila umat Allah menunaikan kewajiban sebgai insan ciptaan-Nya.Semoga kalian dirahmati oleh Allah Yang Mahakuasa lagi Maha Penyayang.
salam pagi tok,
oh rupa-rupanya tok dah hj,steadylah tok.On the way tok to sri kembangan rumah tun..jom pegi tok.
Sdr Ajeem,
Semoga Sdr dan keluarga sentiasa sihat walafiat dan ditambahkan rezeki oleh tuhan.
Sdr TJ,
Jika berkemampuan elok pergi ketika badan sihat.
Kirim salam pada negarawan bangsa dan negara. Semoga Allah SWT melanjutkan usia kedua-dua TUN. Amin.
Salam,
Saya menunaikan fardu haji dua kali, tahun 1992 dan 2003.
Ada juga pengalaman yang "tidak menyenangkan" dan "menakutkan".
Misalnya, tahun 1992 terpaksa duduk atas bumbung bas dari Arafah ke Mina, kerana syarikat swasta yang membawa kami tidak dapat menyediakan bas yang cukup.
Tahun 2003, pula terpisah daripada rombongan selepas melontar dan sesat masa hendak ke perkhemahan.
Tapi ini semua adalah ujian, yang memerlukan kesabaran dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
Dato,
Saya "blogging while walking",terlalu ramai org mengunjugi negarawan ulung ni.Dato,Tun tetap bersemangat.
Sdr TJ,
Jika ada ambil gambar, bolehlah e-mail majlis hari raya negarawan itu kepada datuktiger@yahoo.com.
Salam kembali DIY
Kepada Abg. Zainal dan Kak Shimah
Taniah dan selamat menunaikan ibadah Haji tahun ini
Selamat menunaikan Fardhu Haji.
Post a Comment