Friday, October 24, 2008

ADA KE PEMIMPIN POLITIK ANTIK?

Muzium Sultan Alam Shah di Shah Alam, Selangor menganjurkan lelong barang-barang antik.

Ia dipaparkan oleh MHI TV3 pagi ini.

Dua jenis barang yang disediakan dalam program lelongan itu ialah barang yang dilelong menerusi pembidaan dan barang-barang yang boleh dibeli serta-merta.

Segerakan dapat barang-barang antik yang anda idamkan.

(Renungan Rimau : Bagi pemimpin politik yang sudah antik atau sudah terlalu lama tetapi masih mahu terus bergayut kepada jawatan, mereka tidak boleh dilelong seperti barang-barang. Mereka juga yang sepatutnya dimasukkan dalam muzium, tidak mahu berbuat demikian. Ini gara-gara kemaruk kuasa dan mahu menongkat langit. Bagaimanapun, ada pemimpin yang mahu turun walaupun mampu memimpin lagi dan inilah sifat seorang negarawan. Antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad, yang masih diminati hingga sekarang. Biar jadi antik yang disukai ramai. Mahal harganya. Jangan jadi barang lama yang satu hari dibuang begitu saja...ke tong sampah. Masih mahu terus bergayut? Bantailah labu.)

12 comments:

Anonymous said...

Ibrahim,

Nilai sesuatu barang 'antik' adalah terpulang kepada yang meminatnya. There is no set price
for any item.

Begitu juga Dr. M, nilai 'antik' nya terpulang
kepada yang suka padanya atau
pun membencinya!

Tinta Biru said...

Datuk,
Barang lama vs barang antik kadang2 tinggi valuenyer....

Anonymous said...

Salam Tok Rimau,
Nak buat komen sikit tang statement datuk tentang Tun M..(NEGARAWAN.??)
Tun M lepas jawatan PM, serah pada Pak Lah pilihan beliau, lepas tu, belasah habis-habisan Pak Lah..suruh letak jawatan!!
Persoalannya disini..hang yang pilih pengganti hang, lepas tu hang kutuk pilihan hang..apa cerita NEGARAWAN hang..ertinya,TUN M telah melakukan satu lagi kesilapan besar (selain kesilapan-kesilapan masa lampau) dengan melantik seorang pengganti yang beliau fikir `baguih' pada awalnya, tetapi tidak setelah pengganti beliau ini mencantas habis kroni-kroni Tun M dalam kabinet...APA PUNYA `NEGARAWAN' YANG KITA CAKAPKAN INI??

Anonymous said...

tengok baranglah..kalau barang antik lagi mahal sebab 'stok dah tak ada'.

ada barang antik kalau tak jaga, buruklah sebab itu tun banyak jaga diri dia-selalu komplen orang.

tapi kalau kereta antik, lagi lama lagi bunyi bising....banyak masalah. orang buat hiasan aje...

orang tak kisah naik kereta kancil asalkan jimat minyak dan boleh jalan tak buat hal tengah jalan. kalau kereta antik, boleh jadi dia nak tidur tengah jalan.

Apapun, barng antik kena jaga sebab tanpa barang antik barang baru tak ada.

dan barang antik jangan pula boleh lebih2 sebab barang barupun nak test pasaran. tak kan nak tunggu barang antik reput baru barang baru boleh jual datuk???

Nota kaki-
Barang antik dulu buatan eropah tahan lama berbanding barang Made In China (perbandingan UMNO dengan DAP)

Unknown said...

PEMIMPIN POLITIK ANTIK TAK ADA. TAPI YANG MONOPOSE ADA.ATAU DIAMBANG MONOPOSE.

Anonymous said...

pasal barang antik ni, kalau org suka rm beribu pun org bayar, kalau tak minat RM 10 pun org taknak.. tapi yg tak minat tu sbenarnya bodoh kalau tak ambik rm 10, sbb dia boleh jual utk RM beribu.. samalah dgn tunM ni.. kalaupun tak minat dia tapi dia ada value, kena cara untung berbilion.. opp bukan pasal kroni ke apa, tapi otak dan idea dia yg boleh digunakan...

rayliew said...

Pemimpin politik yang telah lama memegang jawatan utama dalam parti perlu bersara dengan sukarelanya supaya dihormati dan disanjungi pemimpin generasi baru serta pengikut akar umbi, khususnya dalam keadaan politik yang bergelora sekarang di mana pemikiran rakyat semakin matang kerana taraf pendidikan yang semakin meningkat.

Anonymous said...

Saya tetap mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad seorang negarawan Ulung.

Saya sedih Pak Lah tak pandai memanfaat bekas bossnya. Malah mengguna segala kekuatan politik dan kroninya mencemoh dan memperlekehkan kewibawaan TDM.

Sekarang saya lihat dan dengar Pak Lah ditolak oleh rakyat dan bekas pengampunya. Inilah nasib Pak Lah dan barisan Kabinet Pak Lah yang terpaksa menelan nasib mereka.

##TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG PERNAH MEMBERI##

Zaidil Ripin said...

salam tok rimau..
Kalau dah antik tu biarlah jadi tinggalan sejarah...

junkopile said...

assalamualaikum tok rimau

yang penting tok idea tak usang kalau badan usang takpe, tetapi kalau muda2 pon idea dah usang so elokla kita bida bagi dia turun masuk muzium

harimau mati meninggalkan belang
manusia mati meninggalkan nama & idea

Anonymous said...

BUNGARAYA MENYAMPOK,
DULU KETIKA JADI PM, RAMAI BLOGGER,S MENGATA BELIAU INI MAHAFIRAUN. APA SEBABNYA GELARAN TERSEBUT DIBERIKAN KEPADA BELIAU. SEKARANGNI MUNGKIN BLOGERS YANG SAMA KEMBALI MEMUJA-MUJA BELIAU. APA PULA MOTIFNYA.

Rebak Anyut said...

salam Tn.Tiger

pemimpin politik antik atau fahaman politik yang antik..apa-apa pun barang antik tu jangan la terus dibuang..ia merupakan jambatan kepada nilai yang lepas.. takut nanti nilai luntur...baru tau...kuikuikui