Wartawan Malaysiakini.com, Wong Choon Mei, yang menulis laporan Ahad lalu berhubung manifesto kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding jawatan Presiden UMNO, meletakkan jawatan hari ini.
Semalam, Pejabat Timbalan Perdana Menteri mengatakan laporan yang disiarkan oleh portal berita itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk mencemarkan imej Datuk Seri Najib. - AGENDANEWS.
(Renungan Rimau : Berhenti dan carilah kerja lain. Jangan sertai bidang kewartawanan kerana mungkin akan buat perangai yang sama semula. Eloklah memohon menjadi warden penjara Sungai Buluh, agar dengan melihat pesalah, kita mungkin sedar dan tidak membuat salah lagi.)
Tuesday, October 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
wah!pedas sungguh renungan Rimau.hehe.buat wartawan Malaysiakini,Wong Choon Mei,anda harus dipuji kerana membuat tindakan yang sepatutnya dan memohon maaf diatas kesilapan anda serta tidak bersikap berdolak dalik.
sepatutnya wartawan melaporkan perkara yang benar dan bukannya fiksyen seperti yang ditulis oleh Wong.
inilah semangat bertanggungjawab yang patut kita puji, yang selalu PR sebut-sebutkan - kalau salah, letak jawatan!
harap ahli politik, sama ada BN atau PR (cakap kena serupa bikin - surah as-Saf) akan buat perkara yang sama...
info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com
wartawan cina suka permainkan isu perkauman..mungkin dia letak jawatan sebelum I.S.A menjadi habuan berita fitnahnya..
Kalau itu yang terbaik bagi dirinya, eloklah dia berhenti daripada terus diserang dan dihentam bertubi berhubung isu tersebut...
salam tok rimau, saya setuju dgn tok tentang pekerja malaysiakini.com yg seorang ini(tidak mahu panggil orang ini wartawan kerana jawatan ini hanya utk mereka yg tahu erti etika, kredibiliti,bertanggungjawab, dan tidak 'malicious' dan tidak 'scheming').tapi saya rasa orang macam ni tak akan sedar dgn apa yg dia lakukan. lebih baik bagi dia 'masuk' dalam saja dan makan nasi kawan dgn penghuni-penghuni lain. baru dia akan sedar.inilah tali barut yg mempunyai agenda perdana nak menghancurkan umno dan orang melayu.berhati-hati dgn orang seperti ini dan perlu dikenakan tindakan tegas macam yg dilakukan oleh teresa kok.
Tok Rimau,
Bungaraya menyampok,
Mungkin letak jawatan tu pun adalah rancangan semata. Mereka boleh masukkan dalam bajet 2009 umpamanya, 6 orang pekerja yang tugasnya memfitnah dan lepas itu didapati bersalah dan lepas tu letak lawatan. Maka kerja membuat salah tu dibuat bergilir antara 6 orang wartawan tersebut.
Datuk,
Saya bersetuju dengan tindakan segera pejabat DPM membuat penjelasan.Walau bagaimanapun,pemimpin2 politik Melayu masih berpendirian amat sederhana & bersedia memaafkan lawannya & menganggap 'case closed' bila pihak yang bertentangan dengannya minta maaf atau dalam kes ini 'letak jawatan'. Wartawan tu boleh letak jawatan tanpa di saman rm100 Juta atau rm10 juta. Dia mungkin dah collect 'fees' dari 'master'nya & mungkin join another blog atau media yang lain dan pd masa2 hadapan masih terus berkarya.Sedangkan kerosakan pada insan yg di fitnah telah berlaku & mengambil masa utk di bersihkan. Mungkin dalam dunia kini, tindakan menyaman kembali penfitnah2 ini patut di buat...biar mereka merasa ubat mereka sendiri. Tetapi apa yg boleh di harap sekiranya ramai peguam Melayu sebaris seperti Zaid Ibrahim,Haris & Imtiaz?
AMARAN...
Jangan pulak lepas letak jawatan bantai lagi kuat.Ramai yang telah letak jawatan dan kalah pemilihan bantai lagi kuat.
Baik juga sebab dia mempunyai kesedaran untuk mengaku salah dia dan meletak jawatan, dan bukan nya buat-buat tak tahu sahaja.
Dan syabas buat orang-orang di Pejabat Timbalan PM yang peka terhadap hal ini dan melakukan damage control sebelum ianya menjadi benda yang lebih buruk.
Kepada Wong Choon Mei, adalah tidak layak untuk mengelarkan diri anda wartawan atau bekas wartawan kerana perbuatan anda mencemar etika kewartawanan itu sendiri.
letak jawatan, adalah tindakan yang bertanggungjawab setelah melakukan sesuatu yang tidak bertanggungjawab.
Malaysiakini kan dah jadi Anwarkini, apa sahaja yang sesuai untuk jatuhkan musuh Anwar, publish sahaja.
Kenapa wartawan yang berhenti? Editor tak berhenti ke? Kalau salah, wartawan yang tanggung, kalau kena puji EDITOR dulu yang melambung.
Sdr Pelayar budiman,
Maklumat berhubung tuduhan terhadap wartawan tertentu yang ditulis oleh Sdr sekalian tidak akan disiarkan kerana kesahihannya. Selain itu, penulisan yang mengaitkan isteri pemimpin juga perlu dielakkan. Terima kasih.
Berani bertanggungjawab baguslah.
tapi yg akhbar Utusan Melayau tu pulak dok membelit cerita camana?
nasihat kan dia pulak datok...jgn dok merapu tak tentu hala citer yg indah sahaja sedangkan kat realitinya porak poranda.
wartawan hipokrit camni patut kena masuk kursus etika.
matlamat tak akan menghalalkan cara
Raden
Dia dah minta maaf satu hal, tapi siasatan dari mana dia dapat sumber sepatutnya dibuat, kalau dia silap siar, pasti yg jadi sumber yg buat salah jadi pemeri maklumat juga harus menerima hukuman.
Wartawan seperti ini tidak cukup dengan letak jawatan saja. Suit saje M$20 sebagai tauladan bagi wartawan lain supaya tidak semudah mudah saje menulis perkara palsu. Ini bolih di ertikan sebagai propaganda yang serong. Letak jawatan tidak menyekat activiti beliau selepas ini.
boleh la dia mintak keje kat rtm pulak...rtm kan tengah cari wartawan dan pembaca berita....!!!
Salam Tiger,
Mungkinkah ada kebenaran dalam apa yang dilaporkan oleh wartawan tersebut. DSAI pun pernah menafikan tuduhan ke atas beliau dan pada akhirnya beliau dipecat kerana TDM percaya kepada apa yang dicanangkan oleh musuh-musuh politik DSAI. Kita tunggu sahajalah apa yng akan berlaku selepas ini. Sama ada perletakkan jawatan Wartawan Malaysiakini itu berbaloi atau tidak...
UMNO BOLEH!!!???
THX!
Tugas WARTAWAN adalah suatu kerjaya yang mulia. Orang ramai mudah memperolehi maklumat terkini dari media masa dan eletronik, dan juga terpengaruh dengan berita dan kenyataan yang dilaporkan oleh wartawan. Mereka sepatutnya menjaga profesionalisme masing-masing dan cuba sekali-sekala memutarbelitkan sesuatu perkara yang tidak BENAR dan tiada BUKTI..
HORMATILAH kerja WARTAWAN, kalaulah suka membuat cerita dongeng dan palsu, janganlah jadi wartawan, bagus bertukar jadi PEMBOHONG sahaje...
Datuk,
In my humble opinion (IMHO), ini kesilapan saja bkn sengaja or with malice.
Perhaps more experienced editors like Steven Gan should be responsible too.
Who made her editor for the night? According to Mkini, she only has 10 years experience.
Many ppl (journo/eds) make mistakes. I think she should be excused as she is an inexperienced editor, am not sure how many out of the 10 years she has edited, and it was a mistake but a VERY VERY BAD ONE.
That she did not verify the story from Najib's end, even a denial or etc, and published the story without quoting the source is an indication of her inexperience.
Why did management put her there? It's Mkini's fault to put such an important job on her, IMHO.
Saudara Tiger,
Anda serupa sahaja...2 x 5.
Kenapa mesti tidak berlaku adil..
Anda mungkin berasa selesa dengan pujian-pujian menggunung terhadap anda dan kuncu2 anda.
Jika saudara sebenar TIGER..beralku adil!!
Jgn jadi TIGER Sarkas..zaman sekarang tidak perlu lagi SARKAS..berani, adil, tegas, amanah.
Baguslah dia resign, dia perlu bertanggungjawab dengan apa yang dia dah lakukan. Lain kalai kalau nak siarkan berita, perlu lebih berhati2, pastikan cerita yang disampaikan adalah benar, bukan hanya bertujuan untuk menjatuhkan orang lain saja.
Journalists want to be the first hand news, if find untruth in the statements, they have to face the music and Wong Choon Mei learnt a very expensive lesson. People read and believe the news and publishing untruth news, then it will tarnish the images of the both parties, worse still, be sued for how many millions..eh. JAGA..
Hehehe betul kata rimau tu, saya terjumpa blog ini secara tak sengaja dan akan terus follow.
Post a Comment