Tuesday, October 7, 2008

HATI BERSIH KETIKA SEDIAKAN MAKANAN

Saya suka makan gula-gula White Rabbit Creamy Candy ketika zaman kanak-kanak dan remaja. Manis dan pembalutnya pula cair di dalam mulut.

Kini gula-gula itu tidak boleh makan lagi kerana disahkan mengandungi melamin berlebihan oleh Kementerian Kesihatan, semalam. Sehubungan itu, Kementerian berkenaan mengarahkan produk berkenaan ditarik balik di pasaran serta merta.

Warta Perdana RTM malam tadi melaporkan Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata kajian mengesahkan gula-gula itu mengandungi melamin melebihi standard iaitu 135 ppm.

Standard melamin yang ditetapkan ialah 2.5ppm bagi dewasa dan 1 ppm bagi bayi.

Empat belas produk lain termasuk bijirin, minuman ringan, produk coklat dan susu yang turut dianalisis disahkan selamat.

Katanya, kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada peniaga mengikut Akta Makanan 1983 jika arahan itu gagal dipatuhi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemantauan di Makmal kesihatan Awam Kebangsaan di Sungai Buloh, Selangor. Sehingga hari ini sebanyak 2 ribu 719 sampel makanan disita melibatkan 775 produk makanan.

(Renungan Rimau : Kalau kita buat sesuatu yang tidak baik, satu hari nanti perkara itu akan terbongkar walaupun kita buat dalam peti besi atau di Alaska. Skandal susu China ini seharusnya menjadi pedoman dan sempadan kepada pengusaha makanan di seluruh dunia amnya dan pengusaha tempatan khasnya bahawa perbuatan yang tidak jujur dan tidak amanah sehingga menyebabkan kematian itu akan diketahui ramai juga akhirnya. Apatah lagi jika disengajakan. Sungguh memalukan. Tuhan maha adil. Bertaubatlah.)

8 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Kita terlalu bebas terdedah kepada segala bentuk ancaman seperti keracunan makanan dan soal soal keselamatan.

Kerajaan yang lemah sebok berpolitik mempertahankan kedudukan dan kuasa masing masing. Pegawai pegawai kerajaan gagal menjalankan tugas dan tanggungjkawab yang diberi memantau semua perkara ini. Mereka mengikut jejak ahli politik, rasuah menyebabkan mereka lalai dan tidak amanah.

Tahap kecekapan dan kualiti perkhidmatan kerajaan tidak lagi menjadi fokus dan rungutan rakyat kerana mereka bosan dari atas sampai ke bawah. Rakyat sudah mengorak dan mengambil langkah masing2 mengikut kata hati dan fikiran. Kadar jenayah akan meningkat tidak lama lagi dan pelbagai gejala sosial sudah memanti dan bertambah lagi.

Hidup di Malaysia, kita umpama berada dalam tong sampah, semakin hari semakin banyak sampah yang akan menimpa kita.

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Kadang-kadang inilah masaalah nyer kepada pengendali makanan yang hanya mementingkan keuntungan dari kebersihan. Bila pihak berwajib membuat rondaan kebersihan dikedai makan berbagai2 kesalahan yang dilakukan.tAPI ITU PUN TAK SERIK LAGI. Apa yang saya kesalkan ialah golongon peniaga yang mementingkan keuntungan ini tidak memikirkan kesihatan pelanggan yang datang. Bagi jelah hukuman yang berta biar serik takat denda rasanya mereka tak hairan masih boleh bayar juga.

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Kerana inginkan keuntungan berjuta-juta ringgit syarikat pengeluaran sangup & sengaja tidak mendedahkan kepada pengguna.
( Adakah rasuah berlaku dalam kes susu ini ? )
Perbuatan ini sengaja atau tidak adalah perbuatan pengkhianat dalaman yang ingin menjatuhkan syarikat dan ekonomi negara patut diambil tindakan.
Begitu juga dalam Malaysia dimana parti pembangkang yang taksub hendak menjadi pemerintah boleh menjatuhkan ekonomi, kestabilan politik Malaysia. Mereka ini seperti melamin yang boleh menghancur fikiran otak manusia.
Haraplah pengusaha syarikat kecil,besar atau parti-parti BN berhati-hati.
WATCH-OUT THEY are many silence killers.

sumandak bayu said...

Sumandak pun peminat setia gula-gula ni nasib baik tak sampai 'ke-7 kaki dalam'. Dah lumrah sifat manusia bila dah dikaburi dengan sifat tamak jadilah macam ni sampai sanggup lihat kematian demi capai niat yang dah nyata tak betul dan menyalahi ajaran agama.

Apa pun sedih juga gula-gula 'Zaman British' dah tak ada lagi nak ceta kat anak-anak pun dah tak dapat....satu nikmat dari allah s.w.t dah kena tarik semula...

Anonymous said...

nasib baik lah selama saya makan gula-gula tak pernah lagi kena keracunan makanan sampai masuk hospital.phew.

apa yang terjadi dengan skandal susu di China amatlah memalukan.dah elok-elok ada nama tetapi dicalarkan dengan hal sebegini.rakyat yang membeli dan mati yang menjadi mangsa.

vicky said...

whatever foods imported from China, need to be severly check for any other poison contents, should said not only melamin....meantime try not to take any china products esp tinfoods, lah..prevention is better than cure of silent killers.

Anonymous said...

Masih ramai juga yang jahil tentang perkara ini.
terlalu bodoh sombong untuk ingin mengambil tahu tentang isu yang sebegini penting.
Apa yang terjadi sememangnya perbuatan tidak bertanggungjawab yang hanya mahu keuntungan.
Nyawa dan keselamatan menjadi gadaian.
Diharapkan peniaga-peniaga di Malaysia ini tidak mengambil sikap tidak bertanggungjawab dan menjual barang-barang tercemar tersebut.

rayliew said...

Salam DIY, saya juga minat denga gula tersebut pada zaman kanak-kanak saya..berita tersebut mengerunkan saya kerana gula yang digemari kanak-kanak kini telah menjadi makanan beracun...Sudah tentu masalah berpunca dari pengusaha kilang barangan makanan tersebut yang inginkan keuntungan yang lebih dan berpanjangan dengan memasukkan bahan kimia yang berlebihan dari tahap yang dibenarkan untuk meningkatkan rasa dan ketahanan makanan tersebut... pengusaha kilang makanan tersebut hendaklah diambil tindakan hukuman yang berat kerana perbuatan mereka membahayakan nyawa kanak-kanak kite...