Monday, October 20, 2008

JANGAN BUAT KERJA GILA

Lepas satu, satu. Dulu kata Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam kes Altantuya. Sudah dinafikan. Reda sikit.

Kini keluar berita mengatakan DS Najib ada keluarkan manifesto untuk kempen pemilihan UMNO. Mula-mula satu laman berita. Kemudian semua orang melaporkan dalam blog dan web mereka. Semua tahu, niat mereka.

Malam ini, pejabat Timbalan Perdana Menteri menafikan perkara itu dan menyifatkan penerbitan laporan itu satu tindakan yang tidak etika. Ia bertujuan untuk memburuk-burukkan DS Najib.

Malaysiakini meminta maaf.

Tapi...kerosakan telah berlaku. Minta maaf pun tak guna. Periksalah dulu.

Jangan buat kerja gila ni. Jangan jadi gila.

31 comments:

junkopile said...

assalamualaikum tok rimau

berita2 seperti ini berkembang dengan pesat kerana orang yang membaca menerimanya bulat2 bukan untuk meneliti sumber maklumat atau pun logik sesuatu fakta terlebih dahulu..
kalau pun bersalah janganlah dihukum sebelum diketahui kebenarannya kerana ia bukan proses yang adil..
cuma yang ditakuti dikala kita tersedar mungkin dah terlewat..

Bung Karno said...

Kekadang bila sudah terlalu banyak difitnah dan dihasad dengki, si mangsa boleh 'terduduk'. Tetapi selagi DS Najib masih boleh 'berdiri' dengan megah, orang yang buat fitnah tu yang lebih tension, merapu dan jadi gila.

Allah Maha mengetahui dan adil.

Anonymous said...

Itu bukan gila tapi 'silap'. Blogger reput...

-Doctor-

Zahar said...

Andainya ini dibuat pada teresakok yg perasan diri dia YB J, sudah pasti Malaysiakini akan kena sue sampai 100juta, agaknya. Haha

Che Moq™ said...

khabar angin mengatakan ianya amanat Tun razak..kalau ianya memang tidak benar, Harap najib fikir2 kan lah..ianya yang terbaik buat melayu..

Zainal A. Kasim said...

Mereka tidak buat kerja gila tu. Mereka sebenarnya gila!

Quantum Metal Consultant said...

Minta maaf tak perlu bayar gantirugi berjuta juta, tak kena saman - jadi buat cerita lepas tu minta maaf.

Begitulah murahnya mereka menjadi 'alat' kepada satu golongan yang kononnya memperjuangkan keadilan dan kemakmuran rakyat sedangkan di hati mereka penuh dengan hasad, tamak dan busuk serta merosakkan keharmonian rakyat dan kestabilan negara hari demi hari untuk merealisaikan impian kotor mereka.

Mereka seperti golongan sasau yang terkena sumpahan.

Ajeem said...

biasalah tuu..manusia mana yang tidak buat kesilapan lebih-lebih lagi dalam sesebuah organisasi.minta maaf tu dah kira ok la...macam mana dengan kesilapan disengajakan@penipuan oleh utusan malaysia.kan lebih membodohkan rakyat.

abe MIE 'TERJAH' said...

altantuya kerja Anwar Ibrahim...penghasrad dengki no1 dan sifat yang tidak sepatutnya ada pada orang Melayu dan Islam.

Anwar tahu dia tak boleh jadi PM..jadi dia akan ambil orang lain sebagai mangsa seterusnya...

anwar lagi banyak bukti..dari rakaman suara, gambar, sumpah..sahabat..tanyalah Mat sabu pasal anwar...

JANGAN AMAL BUDAYA JAHAT INI.

NIK AZIZ DAH SAKIT, MASUK ICU. BILA AGAKNYA DIA HENDAK MINTA MAAF PADA TUN DR. MAHATHIR DAN ORANG UMNO...

Allah tak lihat parti apa...

Cheguman said...

kalau nak disenaraikan tuduhan tanpa bukti tetapi dipercayai masyarakat sebegini, boleh buat buku tebaal!

Anonymous said...

Tu la masalahnya dengan mereka ni. Bila bab nak memburukkan orang bukan mereka peduli. Mereka hanya menunggu peluang untuk menyerang. Tidak kaji betul2 dulu dan memastikan kesahihan cerita, dah tak peduli dah fitnah atau apa. Apa nak jadi laa dengan orang macam ni.

Anonymous said...

Cuma nak tahu juga Datuk. Mana datangnya semua maklumat ini?

Tentu kerja orang dalam juga (UMNO).

Lantaklah nak jadi apa. Kalau nak bergaduh sesama sendiri jangan babitkan rakyat biasa.

AlHabsi

Anonymous said...

Mesti ada tujuan politik juga tu, ada golongan yang sentiasa cuba memburukkan dan menjatuhkan kerajaan. Menggunakan cara apa sekali pun, mereka tidak peduli.

Anonymous said...

Bunga Raya berkata
sekaligus memberi amaran kepada mereka yg suka membuat berita palsu tanpa cukup bukti dan sumber sah untuk dirujuk.
KALAU BERLAKU KEKACAUAN DAN HURU DIMANA KESELAMATAN NEGARA TERGANGGU SELEPAS DRP HARI INI, IANYA ADALAH BERPUNCA DARI PENYEBARAN MAKLUMAT YANG PALSU SPT YANG DIKELUARKAN OLEH MALAYSIAKINI INI.
MAKA..dengan itu berhati-hatilah mengeluarkan 'statement' kerana jika tidak benar maka ia merupakan satu fitnah kerana sebab itu, jangan menyesal jika keadaan 13hb Mei 1969 berlaku kembali.

Anonymous said...

Bungaraya berkata,
Sekaligus memberikan amaran...
KEPADA BLOGGERS SEMUA BERHATI-HATI.
NANTI TIMBUL BALIK 13MEI1969. JANGAN KELUAR STATEMENT YG GILA-GILA DAN MENIMBULKAN KEMARAHAN RAMAI ORG. Saya umpamanya sangat marah apabila DS Najib difitnah demikian rupa. Ingat, saya ni ramai pengikut dan penyokong yang boleh dibawa sekalipun untuk memporak perandakan pihak musuh negara. Amin....

JantanGiler said...

Apa kah perkara itu penting buat rakyat malaysia ? Kegawatan ekonomi yg tidak lama lagi menhancurkan dunia, 1000 kali lebih penting daripada dendangan politik pembankang dan juga BN.Bermula dari kerakusan harga minyak, kejatuhan system kewangan, dairy product yg beracun, makanan dan sayuran yg beracun etc.Setiap hari akhbar / media hanya mampu mewayangkan permainan politik yg semakin mual utk dibaca.Kesensaraan rakyat utk hidup semakin ketara,penganguran lepasan Universiti dan proffessional (age 35 - 50)semakin bertambah. Amat menyedihkan dalam keadaan huru hara ini UMNO mengistiharkan kita bernasib baik dari kegawatan ekonomi. Minda dipenuhi dgn hiburan.keseronokan dan menghabiskan tenaga & permikiran berhujah mempertahan kan Dato Shah Rukh Khan etc sedangkan rakyat menanggis utk mencari sesuap nasi.Apakah kerajaan BN dan pembangkang tidak menghiraukan kesensaraan rakyat ini ? Hampir keseluruhan aktiviti ekonomi dunia ini telah terhenti sekian lama. Apa akan jadi pada Malaysia jika ekonomi dunia ini Game over dimana kerajaan mulai sedar dari mimpi politik. DS Najib bakal menjadi 2nd Pak lah jika terlalu leka dgn dendangan ini.

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Janganlah mengeruhkan keadaan, pihak2 yang tak bertanggungjawab ni hanya mengeruhkan keadaan dan hubungan baik TPM dan PM, Perkukuhkan semangat setiakawan jangan ambil kesempatan dalam kesempitan, Ingat tu..

daddy-wafiah said...

Assalamualaikum Dato'
Saya pun hairan dengan perangai sesetengah orang ni,suka sangat buat cerita dan menyebarkan kepada umum.lepas tu mintak maaf kalau cerita tu tidak benar.tapi ada juga yang langsung buat dek ja.itu lagi muka tembok.semoga DS Najib terus berjuang untuk kita semua.

Zaidil Ripin said...

Salam Tok Rimau...

Ini sudah pasti kerja pembangkang yang kerja mereka hari-hari menabur fitnah. kalau tak buat kerja tu tak tenteram hidup mereka. Yang benar tetap akan benar jua.

Anonymous said...

Perjuangan tetap di teruskan, semua ini adalah rempah ratus dalam perjuangan..kena banyak bersabar dan training banyak-banyak, suruh orang `rumah' maki hamun kita hari-hari...lama-lama tu biasa juga nanti. Nak jadi pemimpin negara, mestilah begitu...
Apa cerita ngan Ah Sau yang buat kenyataan orang melayu juga pendatang di Malaysia ni?? Dah kena sunat ke belum???

antidrM said...

Wahai Pembodek pembodek Dr M...

Akui aje la yang Najib anak didikan Dr M ni ada skandal...

Nak selamatkan Najib perlu minta Dr M jadi doktor kepada Najib...mintak ubat mcm mane nak menipu dan putar belit....

Kalau berani sumpah la lagi.....pergi kat Masjid atas bukit di Kampung Melayu Raya, Pekan Nenas,Pontian, Johor Darul UMNO.

Anonymous said...

Malaysiakini sebagai credible blog menyiarkan berita palsu sebegini tidak wajar sama sekali. Mahupun minta maaf telah dibuat namun Malaysiakini sekarang sejajar sama dengan bloh-blog penyebar fitnah, come on Malaysikini wake up !!!

SAM

Anonymous said...

sudah terhantuk baru sedar.sepatutnya MalaysiaKini mengesahkan dulu samada "manifesto" itu sah atau tidak.

tapi Najib memang sedang mengalami pelbagai skandal ketika ini.belum pernah ada bakal Perdana Menteri mempunyai skandal sebanyak Najib.adakah skandal tersebut dicipta atau memang benar-benar berlaku?

Anonymous said...

Tok Rimau,

Dunia memang sudah gila! Banyak juga orang gila sekarang ini. Cuba tinjau.

Anak Beruang Kuning

Anonymous said...

Salam Datuk...
Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Kerja sebegini biasanya dilakukan oleh orang yang mempunyai hasad dengki yang tinggi sehingga sanggup buat apa saja asalkan hasrat tercapai. Apapun agak sukar untuk kita meneka siapa dalang di sebalik perkara ini kerana ada kemungkinan kerja orang dalam UMNO sendiri yang anti Najib atau ada kemungkinan juga orang luar daripada UMNO...hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya...

Quantum Metal Consultant said...

antidrmm - tukarlah nama tu kepada proAnwar kan lebih sedap dan glamour, hebat dan international, kalau Tun kurang umph, tak ok, tak hebat, banyak rasuah, diktator, tak bagus kenapa pula nak tumpang nama Tun untuk glamour, tak ada identiti sendiri ke..hahahaha

Dan nak tanya sejak bila jadi penunggu Masjid atas bukit di Kampung Melayu Raya, Pekan Nenas,Pontian, Johor Darul UMNO, dari jadi penunggu elohlah buat solat sunat dan zikir banyak2 selain solat waktu.

Dan tak lama lagi pasti Tuanku Sultan Johor akan panggil awak ke Istana Bukit Serene sebab awak ni pandai pandai tukar nama negeri Johor yang dinamakan oleh baginda sebagai Johor Darul Ta'azim kepada Johor Darul UMNO. Kalau tak dapat pingat, tak dapat hadiah, dapat penampar pun jadilah..hahahaha

Nanti saya maklumkan kepada Tuanku Sultan dan aturkan .

Anonymous said...

kluangbat

ello kluangman...ni jadi pencacai sapa lak kau ni...dasar talam dua muka

Anonymous said...

aik.. senang je, keluar cerita, pas tu nafi, dah kira betul, tapi kalau orang lain keluar tuduhan, nafi, siap dikata menipu dan bermacam2 lagi...

tunggang terbalik la dunia sekarang nie....

jauh benar kuasa yang ada pada yang tengah berkuasa.

kalau nak ampu kepala biarlah tangan nampak senonoh...

Anonymous said...

desperate sangat nak menang kan. sampai sanggup menabur fitnah yang bukan-bukan.
Terlalu desperate *geleng kepala*

Anonymous said...

hahahaha... ketawa sakan lagi.. bukan sebab isu ni tapi itu mamat mana entah, namanya di tulis AntiDrM..
woi... insaflah.. nak suruh najib sumpah? kome yg dah tertelan berak Anwar Ibrahim tu nak percaya ker? Yg sebelum ni pun kome tak percaya, nak suruh sumpah lagi?... hang p suruh anwar ibrahim sumpah dulu la weiii... hutang sumpah dia tu belum bayar lagi..
kecian...

rayliew said...

HORMATILAH PROFESION KITA, JANGANLAH SAMPAI "COPYCAT" PULA. Jangalah terpedaya dengan kenyataan yang tidak berasas dan PALSU... Kalian hendaklah ingat apa yang berlaku kepada RAJA PETRA.. Mudah untuk menaikkan nama orang, tapi adalah sukar untuk menarik balik kenyataan yang memburuk-burukkan nama baik orang lain apatah lagi kenyataan tersebut PEDAS rasanya dan TIDAK BENAR..