Datuk Mukriz Mahathir dan Razali Ibrahim layak bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda.
Datuk Mukriz mendapat 38 pencalonan dan Razali mendapat 30 pencalonan.
Khairy Jamaluddin mendapat 19 pencalonan dan Dr Khir mendapat 10 pencalonan.
Datuk Reezal mendapat 27 pencalonan.
Sunday, October 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Salam Bro Tok Rimau...
Saya memang suka kat Sdr Mukriz tu. Dia memang da karisma sebagai pemimpin. Like father like son. Harap-harap bila dah da jawatan dalam parti boleh bawa UMNO berubah untuk masa depan. Umno mesti diremajakan.
Tahniah buat Mukhriz (calon untuk Ketua Pemuda) dan Razali Ibrahim (Naib Ketua Pemuda) kerana layayak untuk bertanding.
Tak lupa juga kepada Hishamudin yang juga telah berjaya lak untuk bertanding jawatan Naib Kerusi Presiden.
masih lagi menjadi teka-teki samada Ku Li dapat dicalonkan atau tidak.
diucapkan Tahniah kepada Mukhriz dan Razali yang masing-masing telah layak untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda.
Adakah Mukhriz dan Razali boleh menang nanti dan sekiranya mereka memang adakah mereka mampu untuk membuat perubahan?
kita tunggu dan lihat.
Salam semua,
Apapun yang berlaku, semua tertakluk pada strategi yang di gunakan.....
Dalam hal ini, saya ingin hendak memperkatakan tentang strategi KJ dalam persaingan mendapatkan pencalonan untuk pertandingan Ketua Pemuda. Pada penghujungnya, KJ tetap akan dapat jumlah pencalonan yang melebihi dari yang ditetapkan,dan mungkin akan keluar sebagai pemenang dalam perebutan ini. Dari apa yang saya perolehi, KJ hanya mensasarkan jumlah yang kecil untuk mendapat jumlah pencalonan bertanding jawatan Ketua Pemuda berbanding Mukhriz. Jumlah kecil inilah yang akan menentukan corak permainan dalam pusingan kedua nanti...dari bulan depan sehingga bulan Mac akan datang. Berbanding dengan calon-calon lain, KJ tidak mahu terlalu menonjol kerana bimbang strategi beliau akan di kaitkan dengan bapak mertua beliau (Pak Lah), yang setakat ini mendapat tempias akibat kelibat aggresif KJ dalam permainan politiknya.
Tetapi, percayalah...dalam pusingan kedua nanti,selepas KJ mendapat semua senarai bahagian-bahagian yang menunjukkan sokongan pada Mukhriz, beliau akan mula menggunakan tahap seterusnya dalam permainan politik beliau yang pasti akan merebahkan sokongan-sokongan yang diterima oleh Mukhriz pada pusingan pertama. Dibantu oleh keadaan Tun M. yang semakin cakap melalut tak tentu hala,akan memudahkan KJ menambah sokongan perwakilan terhadap beliau.
KJ bukan budak hingusan... from nothing to somehing, beliau kini adalah pemain-pemain yang boleh mengoncang arena politik negara berdasarkan kelibat beliau selama berjinak-jinak dengan dunia politik. Dalam politik, kita boleh `hidup' berkali-kali setelah teruk `dimatikan'oleh musuh-musuh politik kita, dan saya rasa, KJ juga berpegang teguh dengan prinsip tersebut biarpun tanpa kehadiran Pak Mertua beliau sebagai pendinding keselamatan beliau.. kerana selepas Pak Lah tiada dala kabinet, KJ pasti sudah menyediakan seorang `Taiko'yang lebih gah untuk melindunginya semasa dalam keadaan terdesak.
Apa-apapun, strategi awal KJ pada peringkat awal ini agak kurang berkesan kerana beliau hanya memegang `kepala/ketua' cawangan dan bahagian, sedangkan mereka-mereka yang dipegang oleh KJ ini bukannya hebat sangat sehingga begitu banyak pencalonan yang sepatutnya memihak pada KJ berubah pada saat-saat akhir kerana kepala/ketua tadi tidak mendapat sokongan dari perwakilan-perwakilan cawangan di bawah jagaan mereka..!! Jadi, ekor-ekor yang tidak di pegang oleh KJ itulah yang telah memporak perandahkan barisan/susunan strategi KJ pada saat-saat akhir, atau `huluran' dari KJ tidak sampai kepada ekor-ekor yang begitu kelaparan `huluran'dari sesiapa saja yang sudi mengulurkan tangan.
Sudah saya jangkakan sebelum ini, Datuk Mukriz akan memperolehi sokongan yang lebih kuat.... memandangkan beliau telah lama melibatkan diri dalam UMNO dan juga merupakan seorang pemimpin pemuda yang aktif, berkaliber dan dihormati...
Tahniah!!!
Salam
Saya amat bersetuju dgn apa yg saudara Jomo nyatakan, Mukhriz takboleh memandang rendah kebolehan KJ, kerana yg menentukan kemenangan adalah perwakilan ke PWTC nanti, percalonan bahagian adalah kehendak ahli dan perwakilan di peringkat bahagian tetapi tidak menjamin itu pilihan perwakilan & Ketua Pemuda bahagian.. Suara ribuan ahli diperingkat bahagian hanya bergantung kepada 3 org yg diangkat sebagai wakil bahagian - Satu bentuk sistem pemilihan yg tidak melambangkan kehendak sebenar ahli di akar umbi..
Oleh itu, sekiranya perwakilan ini iklas dan menghormati keputusan dan kehendak akar umbi, mereka mesti mengikut apa yg diputuskan oleh mesyuarat di peringkat bahagian.
Post a Comment