Friday, October 3, 2008

LAGI RAMAI LAGI BAGUS KE?

Sejak pengumuman peralihan kuasa yang lebih cepat daripada 2010 oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, cakap-cakap politik mengenai siapakah calon yang layak untuk bertanding jawatan No 2 semakin rancak diperkatakan.

Sebelum ini, satu nama saja yang disebut berminat untuk masuk gelanggang jawatan Timbalan Presiden iaitu Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang lantang bersuara mengenai keperluan untuk "beralih" dengan cepat termasuk kenyataan panasnya di Singapura.

Kini, ramai lagi yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu. Semalam, Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan minatnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden jika mendapat pencalonan yang mencukupi.

Ejen kenit memberitahu saya bahawa ketika ini banyak bahagian di Perak dikatakan akan mencalonkan Dr Ahmad Zahid sebagai calon mereka untuk membantu DS Najib memperkukuhkan UMNO dan negara pada masa akan datang.

Dalam pada itu, cakap-cakap politik juga berkemundang bahawa ada kemungkinan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ali Rustam Mohd Ali juga akan bertanding jawatan nombor dua itu jika Paklah tidak bertanding jawatan Presiden.

Pemerhati politik melihat usaha Datuk Seri Ali ini adalah satu tawaran seorang pemimpin yang selama ini menjadi pilihan ahli UMNO daripada berjaya meraih tempat nombor satu dalam Majlis Tertinggi sehinggalah mendapat tempat menjadi Naib Presiden.

Selain itu, sejarah DS Ali memimpin Kerajaan Melaka yang berjaya meneruskan kesinambungan kepemimpinan cemerlang Tan Sri Abdul Rahim Tambychik, membolehkan negeri yang hanya bergantung kepada pelancongan berjaya menempatkan dirinya sebagai antara negeri yang diuruskan dengan baik di negara ini.

Hakikatnya, kejayaan DS Ali mengharungi PRU12 dan menerajui semula negeri Melaka satu manifestasi rakyat Hang Tuah amat menyokong penuh kepimpinan beliau walaupun lima buah negeri kecuncang ke tangan pembangkang dan Wilayah Persekutuan juga hanya mengekalkan tiga kerusi Parlimen.

Kejayaan DS Ali ini perlu dilihat sebagai kejayaan seorang pemimpin yang terkenal sebagai "pemimpin akar umbi" yang sentiasa turun padang termasuk menjengok anak buah di seluruh negara ketika bergembira di majlis perkahwinan atau kesedihan kerana ada kematian.

Seorang lagi pemimpin UMNO yang dikatakan berminat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden ialah Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang telah mendapat tempat dalam Kabinet untuk menerajui Kementerian Luar Bandar.

Sejarah politik TS Muhammad ini sudah diketahui ramai dan tawaran ini sudah tentu akan dilihat dengan teliti oleh ahli UMNO seluruh negara dalam membuat pemilihan mereka.

Selamat menawarkan diri.

24 comments:

Cucu Tok Selampit said...

Assalamualaikum Datuk,

Saya amat gembira dengan keadaan ini. UMNO sepatutnya menjadi parti yang lebih terbuka. Dengan banyak tawaran untuk 2 posisi teratas membuatkan parti lebih kuat dan telus. Keadaan ini patut disuburkan lagi untuk mengekalkan demokkrasi di dalam parti.

terubuk jantan said...

Salam Aidilfitri Dato,
Saya tertarik dengan teori kuda hitam atau black horses oleh dato ahmad shabery cheek menjelang pilihanraya umno yang akan bermula 9 okt ini.Ramai yang tawar diri dan yang menawar kesemunya hebat belaka namun tetap ada kekurangannya.Apa yang penting perwakilan UMNO perlu mencalonkan dan memilih pemimpin yang benar-benar pemimpin dimana keberanian,ketegasan,bijaksana,meletakkan keutamaan parti dan bangsa ditempat pertama bukan hebat pada sokongan sekumpulan 'yes man' sahaja.kita seharusnya melihat track record perkhidmatan seseorang itu sebelum membuat andaian atau analisis terhadap kemampuannya.Kita harus ingat bahawa UMNO bukan milik golongan tertentu,UMNO milik ahlinya dan orang melayu khususnya.Selepas mac 8,akar umbi UMNO semakin bijak dan mula bertindak kerana sebelum ini suara mereka agak diketepikan.UMNO bukan milik ketua bahagian yang "yes man",UMNO bukan milik mereka yang gila pada jawatan tapi miskin dalam perlaksanaan tugas.Kesimpulannya siapa juga yang menawarkan diri bersedialah menghadapi kekuatan "akar umbi".
P/s:bosan pada isu peralihan kepimpimpinan.....

Akar Umbi said...

Dah lama tak beri komen di ruangan DIY. Ramadhan yang lalu saya lebih menyepikan diri.Selamat Hari Raya saya ucapkan.

Amat menarik dengan isu yang DIY bangkitkan. Nasihat saya jangan terpengaruh sangat dengan jolokan pelobi-pelobi.Pastikan diri masing-masing tidak punya sebarang liabiliti kepada parti. Parti tidak bersalah,malah penuh dengan tradisi sebagai pembela agama, bangsa dan negara.

Jangan biarkan dek kerana kebencian terhadap batang tubuh pemimpin maka parti turut dibenci oleh rakyat.

Apakah hanya akar umbi perlu bermuhasabah?

vicky said...

Don't jump overhead bridge too fast..PakLah masih PM. Respect and follow the laws, lah..still Hari Raya mood..

rayliew said...

Hari Raya Aidilfitri baru masuk hari ke 3, apakah isu ini tidak dapat diketengahkan selepas rayakeh..

Pilihan Raya negara berpandukan kepada sistem demokrasi dan semua rakyat boleh mencalonkan dirinya untuk bertanding dalam pilihan raya, begitu juga dalam parti-parti politik. Tetapi adakah pemilihan yang melibatkan ramai calon ini baik untuk sebuah parti??? apakah kita mahu lihat semua pemimpin bawahan bertanding jawatan pemimpin tertinggi atau kerusi kedua dan tidak mengambilberat dengan urusan parti... semua hanya tumpu kepada rebutan jawatan dan kerja lapangan tidak diutamakan lagi... Bila ada rebutan sememangnya akan timbul ketidaksefahaman antara pemimpin dan ahli parti...
INGATLAH BUDAYA "PERPADUAN" lebih-lebih lagi dalam keadaan politik dan ekonomi dunia yang terumbang-ambing sejak kebelakangan ini. kepimpinan negara jiran seringkali berubah dan keadaan ekonomi negara hancur....
RENUNGILAH...

Quantum Metal Consultant said...

Untuk maklumat Dato' Tiger - Ali Rustam bukan sahaja tidak ada tempat sebagai Timbalan Presiden malahan untuk kekal sebagai Naib Presiden juga sukar ketika begitu ramai calon yang menawarkan diri kali ini. Ali Rustam terkenal 'bodek dan ampu nya' ketika Dolah hebat berkuasa cuma mengurangkannya ketika ini. Ali Rustam juga seperti lalang yang tidak mempunyai pendirian tetap dan tidak pernah menerajui mana mana idea hebat. Ali Rustam hanya layak kemabali ke jawatan Majlis Tertinggi.

Maaf Dato'...walaupun Ali Rustam berasal dari Melaka tetapi janganlah Dato' menyokong dan memuji hentam kromo, jangan lupa isu babi ke atas orang melayu di Melaka yang berkurun dan bertangguh lamanya untuk diselesaikan...pun belum selesai sepenuhnya.

abe MIE 'TERJAH' said...

banyak berjaya baik tu

banyak pilihan bagus juga

banyak idea dan pendapat mengukuhkan kerajaan

banyak pembangunan, bagus untuk rakyat

kalau ramai persaingan untuk kepentingan diri, UMNO hadapi masalah.

daddy-wafiah said...

Assalamualaikum datuk
Sunyi je arini,sibuk beraya sakan.kita tunggu dan lihat,kenyataan Pak Lah lepas raya ni..mudah2an Pak Lah bijak membuat keputusan demi UMNO & BN

band0tue said...

Salam aidil fitri Datuk dan pembaca budiman;

Belum pun Presiden umum apa2 dah bertamabah sengit, makin sengit bila jawatan Presiden akan bertambah calonnya selepas Presiden skrg umum samada bertanding maupun jika tidak bertanding..

TUNGGUUUUUUUUUUUUU LAH, PAK LAH, BE LAH. UMNO pun turut ....pecah belah.

Anonymous said...

diy...lagi ramai lagi bagus kalau semuanya bagus, tapi kalau ramai tapi semua tak bagus pun tak guna, biarlah seorang je tapi sangat bagus....

Razlan said...

salam tok rimau....

Semua yang di ceritakan adalah layak belaka ...

Yang pastinya inilah cabaran umno paling vesar.. Peluang yang terbentang luas oleh pemergian pak kah sbg presiden umno...

Baik buruk akibatnya .. Belum siapa siapa tentukan .. Hanya berharap ianya tidak akan berulang sprt peristiwa semangat 46..

Umno tidak dapat menerima lagi gelombang rintangan kerana sekarang sudah banyak luka yang belum diubati akan akibat dari pru...

Walau siapa pun yang kalah atau menang .. Jangan lah pentingkang diri sehingga mengadai parti dan bangsa ...

Bertangding itu seronok .. Menang itu manis .. Tapi kalah itu racun ,,, jangan biarkan racun itu mengubah pendirian kita kpd parti ...

Selamat berjuang

jojo51 said...

Kalau Ali Rastam ingin bertanding jawatan Timbalan Presiden seperti juga Muhyiddin Yassin ia menepati tradisi UMNO sejak penubuhannya. Oleh itu, ramai ahli MT akan bertanding untuk merebut salah satu dari 3 jawatan Naib Presiden kerana ia memberi laluan pula untuk bertanding jawatan parti nombor 2.

Yang amat pelik bila Zahid Hamidi mengumumkan beliau ingin menjadi calon Timbalan Presiden. Sungguh ajaib dan memalukan. Baru saja menjadi Menteri tak sampai 6 bulan dah tak sabar-sabar nak jadi bos pulak. Menteri-menteri kanan lain yang telah berkhidmat lebih dari 2 atau 3 penggal sanggup bersabar dan hanya mencalonkan diri untuk jawatan Naib Presiden. Tak malu ke Zahid dengan Menteri-menteri Kanan lain. Gila kuasa ke Zahid ini atau setakat menjadi budak suruhan. Dalam jawatannya sekarang pun masih tak nampak pencapaiannya.

hasipin66 said...

Salam TokTiger,

Raya puasa belum habis seminggu,dah ramai pemimpin UMNO nak bertanding rebut jawatan Timbalan Presiden Parti UMNO.Pintu jawatan Naib Presiden juga masih terbuka luas,namun saat yang paling dinanti ialah kenyataan Pak Lah samada mempertahan jawatan Presiden UMNO atau tidak sebelum 9 okt ini.

Ternayta Tan Sri MY amat yakin Pak Lah akan membuat kenyataan penting sebelum 9 okt ini,berhubung kedudukannya sebagai Presiden Parti UMNO.Ertinya TSMY sedang menilek-nilek jawatan no.1 atau no.2.

Tapi kalau ikut telahan ........... tulisan blognya beberapa hari lalu,jika Pak Lah terus memilih bertanding atau mempertahan jawatan Presiden UMNO,Pak Lah perlu pencalonan sekurang-kurangnya 58 Bahagian.
Andai Pak Lah nampak sukar melepasi angka 58,maka ada kemungkinan Pak Lah akan meminta persetujuan MT_-UMNO supaya qouta pencalonan akan dihapuskan.

Berbalik cerita persaingan menduduki jawatan Timbalan Presiden Parti UMNO march 2009,tentulah semakin menarik.Nampak gaya Tan Sri Muhammad Taib juga ada hasrat kuat nak masuk bertanding,kekuatannya kerana sebagai Ketua Penerangan UMNO dan Menteri PLBDW.

Dato,Dr.AZH pun telah menyatakan minatnya menyandang jawatan TP.UMNO.Beliau juga punya kelebihan tersendiri,pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,punya ketokohan dalam pengurusan bidang perniagaan,memiliki imbangan ilmu agama yang baik dan pernah bekerja dibawah Datuk Najib.Mungkin beliau ada peluang masuk gelanggang bertanding di TP UMNO.

Datuk Ali R tidak ketinggalan dalam senarai calon jawtan TP UMNO,
apapun kita tunggu dan lihat apa perkembangan selanjutnya.Yang pasti pemilihan kali ini dijangka hebat dan luar biasa.Siapa tak kenal Pak Lah,macam-macam boleh berlaku.

Anonymous said...

Datuk,

You can't be serious about Ali Rustam?
Surely Rais Yatim is the natural choice based on experience in portfolio but he is missing some key ministries like education.
Ali Rustam?
Kee Kee Kee. That's funny.
UMNO may be beyond redemption.

Anonymous said...

...'kepemimpinan cemerlang Tan Sri Abdul Rahim Tambychik'

Tuan masih bermimpi rupanya...

Jegon

Anonymous said...

Dato, saya hairan mereka yang mencalonkan diri untuk bertanding ni tidak mencerminkan diri mereka dulu ke. Tengoklah kualiti diri sendiri. Ingatlah, timbalan presiden akan jadi timbalan perdana menteri dan mungkin jadi perdana menteri. Di malaysia ni tak ramai yang ada kualiti perdana menteri dan timbakan perdana menteri, Jadi janganlah perasan sangat. Apa yang dato' tulis tu sebenarnya tak ikhlas. Kalau pun ada kualiti yang boleh urus negara, faham ekonomi dan hal ehwal negara ada dua tiga kerat saja. Tak payah lah saya sebut nama tapi bukan dari kalangan orang yang menawarkan diri untuk bertanding itulah. Mereka tu ahli politik.

Salalan Salalun

Anonymous said...

dato,

tak semestinya jika ramai yang menawarkan diri mereka mampu untuk memegang jawatan tersebut.mungkin hanya ada dikalangan mereka yang sekadar "mencuba nasib".

namun diharapkan calon yang dipilih oleh ahli-ahli UMNO nanti terdiri dari pemimpin yang berwibawa dan berkarisma tinggi.

Unknown said...

Saya tercari apa ayat nak komen mengenai Ali Rustam, yang sebelum ini menawarkan diri mempertahankan jawatan NP dan saya berpendapat beliau dijangka sukar dan akan kehilangan NP. Alik2 dia nak jadi Timbalan Presiden, apa kena orang tua ni? Apa kena dengan orang UMNO ni? Sebelum tu pulak Zahid Hamidi yang atas dasar apa rekod sampai dia mimpi nak jadi TP. Tolonglah! Apa yang korang merepek ni? Korang nak main2 ke.. Dahlah sebelum ni rakyat dah muak dengan cara mereka berhujah dalam tv yang langsung tak berwibawa dan tak boleh pakai. Kalau pun nak memperlekehkan hasrat Kuli, Muhyiddin maupun sokongan dan cabaran DrM mengenai jawatan paling tinggi itu. Jangan sampai jawatan yang signifikan "PM & TPM Malaysia" itu kelak takde nilai lagi. Jangan kita pandai2 menggunakan alasan akar umbi nakkan kita. Ingat, jawatan Presiden, Timbalan presiden ataupun Naib2 Presiden ini bermakna dia akan menjadi PM,TPM dan menteri kanan pada kerajaan negara.
Justeru saya , merasa lega membaca komen KLUANGMAN mengenai hal ini, memang tepat.

p/s. dalam hati berbisik, tak malu betui deme, ada hati ropenye..

Al-Yasar said...

Salam,

Timbalan Presiden adalah jawatan nombor dua, jawatan penting. Saya fikir tidak ramai yang akan mencalonkan diri.

Kalau ramai pun, tak kan sampai sepuluh orang.

Ajeem said...

Sekiranya matlamat perjuangan yang menjadi sandaran,dan keikhlasan menjadi paksi pertandingan merebut jawatan ianya baik untuk parti.Tetapi sekiranya ketamakan dan agenda sendiri yang menjadi sandaran paksinya maka parti akan menuju kehancuran dan akhirnya dikuburkan.
Selamat Bertanding!

mat_terab said...

Sepatutnya UMNO menghapuskan terus kuota pencalonan baru lagi meriah lagi ramai yang tampil untuk bertanding jawatan utama, mungkin termasuk dato Tiger sendiri tak gitu dato...?

Anonymous said...

A'kum Datuk, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Datuk & Keluarga.

Sehubungan dengan topik blog ini, saya yang mempunyai kurang pengalaman di dalam arena politik ini agak terperanjat kerana terlalu ramai yang menawarkan diri untuk bertanding,baik untuk Tim Presiden, MT, Ketua Pemuda dan sebagainya. Pada pandangan saya, tidak perlulah kita menawarkan diri sebaliknya jika akar umbi berpendapat bahawa individu itu mampu untuk menjalankan tanggungjawab maka individu tersebut akan dipilih. Tidak perlulah kita menawarkan diri. Hampir semua yang menawarkan diri berkata ingin membawa angin perubahan tetapi jika diteliti, kita perlu melihat apakah angin perubahan yang telah dijalankan oleh individu yang menawarkan diri untuk bertanding itu telah
dilakukan semasa memegang jawatan sekarang diperingkat DUN, Parlimen atau Bahagian. Angin perubahan tidak perlu dilakukan hanya dengan adanya jawatan atau pangkat yang tinggi dalam parti sebaliknya angin perubahan masih boleh dilakukan pada mana mana peringat didalam parti.

Wassalam

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Tak kira siapa yang akan bertanding dalam jawatan MT Umno yang PENTING pemilihan itu dijalankan secara bersih,betul,cekap,mesra & tiada rasuah berlaku.
As a Backbone of Malaysian Government we want to see UMNO STRONG & UNITED and smooth power handover from PM to Datuk Najib.

Anonymous said...

Dear Dato'

Pendapat saya bukanlah utk memuji Ds Ali Rustam. Tapi hanya sekadar berkongsi cerita. Betul kebanyakan rakyat ari ni sering kali memandang remeh kepimpinan DS Ali Rustam. Tapi perlu diingat track record Ds Ali agak baik. Sehingga hari ini PAS dan Keadilan gagal menawan hati rakyat Melayu Melaka. Walaupun badai tsuami politik melanda dgn kencangnya 8 Mac yang lalu namun UMNO Melaka di bwh nakhoda DS ALi terus gagah mempertahankan kepercayaan org Melayu kepadanya berbeda dgn negeri2 lain termasuk Johor tempat asal UMNO. Malah kejayaan mengurus tadbir Melaka ke arah yang paling cemerlang setakat ini bkn lagi satu igauan. Kita kene berlapang dada dalam menilai isu ini. Betul ramai yang menganggap Muhyiddin adalah pahlawan sejati. Tapi kepahlawanan Muhyiddin hanya nampak pada ketika ini. Sebelum ini Muhyiddin adlh orang Pak Lah berbeza dgn DS Najib org kanan Tun. Muhyiddin pun tak terlepas dari isu jual tanah Melayu masih menjadi MB dulu. Mungkin calon terbaik adlh Rais Yatim. Beliau seorang yang agak intelektual dan berani. Namun, beliau juga pernah tercatat dalam sejarah perjuangan UMNO sebagai pengkhianat ketika bersama S46. Sukar utk membuat pilihan. Mungkin yang terbaik Tun Mahathir take over Malaysia buat seketika. Asal lepas rakyat mkn. Huhu..

Amir