Setiap pagi, RTM 1 menyiarkan Analisis Berita. Ikuti analisis pagi ini.
"Seperti di duga, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menguasai pencalonan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
Begitu juga dengan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bagi jawatan Naib Presiden.
Namun, tentunya ada kejutan bagi jawatan Ketua Pemuda apabila Datuk Mukhriz Tun Mahathir mendahului jauh di depan.
Begitu juga dengan Datuk Shahrizat Abd Jalil apabila namanya masih dicalonkan sebagai Ketua Wanita meskipun kompromi sudah disepakati.
Apakah ini tanda awal akan berlaku satu perubahan dan menjadi trend pencalonan seterusnya?
Kita analisis soal ini dengan tajuk "KEJUTAN DAN AURA BARU"
Memang tidak dinafikan lagi, gandingan mantap Najib-Muhyiddin terserlah sejak awal lagi.
Kerana mereka sudah begitu lama dalam kepimpinan perdana baik parti mahupun kerajaan sejak sekian tahun.
Penguasaan mutlak 29 pencalonan bagi Datuk Seri Najib tidak boleh disangkal lagi setelah beliau ditunjuk untuk mengambil alih jawatan sepeninggalan Pak Lah.
Tiada siapa yang mampu menghampirinya termasuk satu-satunya pesaing, Tengku Razaleigh Hamzah.
Begitu juga Tan Sri Muhyiddin yang memula langkah meyakinkan. Tuah yang serupa dimiliki Datuk Seri Hishamuudin yang bakal meninggalkan Pemuda.
Namun yang agak mengejutkan ialah kemunculan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir
Belumpun masuk pusingan kedua minggu ini, beliau telah melepasi had kelayakan dengan 40 pencalonan.
Malah meninggalkan saingan utamanya, Khairy Jamaluddin yang juga Naib Ketua Pemuda, separuh perjalanan.
Hakikatnya Mukhriz tidak memegang jawatan penting, hanya sekadar EXCO Pemuda. Tetapi kenapa beliau mencuri tumpuan ?
Kelantangan dalam bersuara termasuk menentang kepimpinan negara ada kala dilihat sebagai derhaka.
Namun, nyata perubahan mahu dilakukan di peringkat akar. Sekaligus beliau menyerlahkan aura tersendiri. Dan pastinya bukan sekadar menumpang "taring" ayahanda.
Dan aura ini jugalah yang membantunya kerana Pemuda bagaikan mahu suntikan baru bagi mengembalikan imej kejantanan bagi mengimbangi cabaran semasa.
Secara tidak langsung memaksa Khairy, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan pesaing lain memperkemaskan strategi untuk meraih sokongan.
Walaupun terlalu awal untuk membuat kesimpulan namun, berdasarkan keputusan semalam, nyata bahawa perwakilan bahagian tidak mahu ada sebarang ikatan.
Sebaliknya mereka mahu kebebasan untuk membuat pilihan.
Contoh ketara di Bahagian Shah Alam bilamana perwakilan gagal menonjolkan Pengerusi Badan Perhubungan negeri, Tan Sri Muhamamd Muhd Taib sebagai calon Timbalan Presiden.
Di manakah letaknya kewajaran apabila penyokong tidak menyorong orang sendiri?
Walaupun aku janji mungkin sudah dilafazkan, namun ia tidak semestinya dituruti.
Benar, adakalanya mereka bertindak bijak dengan mengambil senario suara terbanyak dalam menentukan barisan kepimpinan.
Tetapi, kegawatan politik sejak beberapa bulan lalu membuat para mereka menyimpan perasaan membuak-buak, untuk melakukan perubahan.
Justeru, tindakan yang dilakukan bagi menyampaikan mesej kepada pucuk pimpinan bahawa keresahan, keluhan dan rintihan orang bawahan harus mendapat pembelaan.
Maka itu, trend kesepakatan dan arahan sepertimana yang diamalkan selama ini dilihat kurang berkesan.
Kerana kepimpinan akar umbi lebih memahami akan kehendak ahli dan parti.
Apatah lagi merekalah kelompok yang lebih menyelami hati budi ahli-ahli.
Lantaran, perkembangan ini harus dilihat secara terbuka dan positif tanpa memendam niat tersirat.
UMNO sedang berusaha melalui perubahan drastik selepas menghadapi ujian besar dalam pilihanraya umum lalu.
Jika perubahan itu benar-benar diperlukan, laksanakanlah ia dengan sepenuh hati, walaupun terpaksa merungkai semula pelan sedia ada.
Berikanlah kebebasan kepada ahli-ahli untuk menentukan hala tuju parti kerana mereka adalah penunjang terbesar dalam memastikan penerusan perjuangan bangsa.
Aura dan kejutan bukan sekadar hiasan, tetapi menyimpan seribu harapan.
Perkukuh dan manfaatkannya demi kepentingan parti."
(Renungan Rimau: Bagi jawatan Presiden, saya pasti ahli UMNO akan memilih Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden baru mereka. Bagaimana pula jawatan lain? Apakah jumlah pencalonan memaparkan itulah pemimpin yang akan dipilih oleh ahli UMNO pada Mac depan? Apakah calon yang layak tetapi pencalonannya tidak berapa banyak akan kecundang? Sama-samalah kita lihat nanti.)
Monday, October 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
assalamualaikum & selamat sejahtera diy
ikhlas dan berani dimahukan ahli dalam pemilihan dan pencalonan bukti isyarat jelas terutamanya dari pemuda..
karangan karangan dan skrip biasa mungkin sudah jelak didengar oleh para ahli
Salam Datuk,
Saya fikir, pencalonan mengambil kira siapa yang perlu mengambil giliran dalam jawatan utama.
Mengikut giliran, selepas DS Najib, DS Hishamuddin, lepas tu Datuk Mukhris, lepas tu kalau ada rezeki Kamaluddin (Khairi mungkin tak ada tempat).
Muhyiddin mungkin stop gap sebab jarak senioriti politik antara DS Najib dan DS Hisham agak jauh.
Ahli akademik.
Salam Tuan,
Apa yang mereka nak, suatu pembaharuan...tiada lagi taktik politik lama... ini mengorak langkah satu fenomena bagi industri politik Malaysia..
Salam mesra,
Fazrul
Tok Rimau..
Saya masih ingat macamana kelantangan bersuara dan kejituan bertindak Tan Sri Japar Albar selaku Ketua Pemuda dulu. Begitu juga dengan "Datuk Pejuang Kg Baru" yang membawa Moha Ali ( Peninju terkenal dari USA ) semasa bel;iau menjadi Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia. Anwar Ibrahim tidak selantang mereka ini semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Begitu juga dengan ayang ada sekarang ini. Saya kira Mukriz Mahathir boleh manyamai kehebatan kedua-dua pemimpin itu tadi. Kalau Dr Zahid Hamidi di letak selaku Naib Presiden UMNO, maka banyak gandingan pada MKT nanti terdiri dari mereka yang bukan Pak Turut.
Harap-Harap macam tu akan terjadi kenyataan selepas Persidangan Agung nanti.
dulu, mukhris kata dia tak akan lepas sebab ada orang lain main kotor. Sekarang lihatlah malaysia. Adakah ini hasil daripada politik simpati mukhris atau politik bapanya atau mungkin juga mukhris atau orang-orang juga main kotor. Tak ada siapa yang tahu.
Salam Datuk,
Perubahan ini adalah suara hati akar umbi, kerana yang pasti PERUBAHAN ini pastinya akan memantapkan UMNO dan seterusnya menguatkan perpaduan dikalangan ahli UMNO sendiri.
Salam Datuk,
Bahagian Seputeh akan bermesyuarat pada 26 Oktober nanti. Insyaallah saya akan hadir sebagai perwakilan cawangan. Harap tiada lagi kertas senarai nombor calon yang harus diundi berlegaran dari tangan ke tangan secara senyap.
Payah nak cari pemimpin yang berjuang untuk rakyat sekarang ni tapi nak buat lagu mana kalau akhirnya pilihan terpaksa menentukan siapa yang harus berada di tampuk kuasa.
Serba salah dibuatnya kalau hampir kesemua pemimpin parti yang dah dipilih mahupun bakal terpilih hilang agenda membiarkan maruah UMNO rebah lantaran Parlimen Seputeh dah berkurun dijajahi Teresa Kok.
slmt pagi Datuk....selamat Hari Raya
Memang memberi kejutan yang amat besar dan memberangsangkan.Adakah oleh kerana keberanian Pak Lah yang tarik diri lebih awal dan terbuka menyebabkan setiap satu ingin bersama bertanding sebagai yang "besar-besar" dalam UMNO. Walaupun begitu, ia menunjukkan kematangan para pemerintah kita pada masa kini. syabas semua dan selamat maju jaya. Hidup BN!
skrip yang dibaca oleh sayuti tu bukan datok tulis ka?
Selamat Pagi Datuk.....
Dilihat..masing-masing sibuk mencalonkan diri untuk jawatan orang "besar-besar" dalam UMNO. memang sesuatu yang berani dan suatu tindakan yang luar biasa. Adakah ia merupakan kesan daripada keberanian Pak Lah dalam tidakan beliau menarikkan diri dengan lebih awal dan dengan cara yang terbuka terhadap rakyatnya. Walau apa pun dan siapa pun.....selamat maju jaya dan syabas buat semua.
Hidup BN!
Sdr Rizal,
Skrip itu ditulis oleh seorang petugas bilik berita bukan saya.
DATO,
NAMPAK SEPERTI MOMENTUM MUKHRIZ SEMAKIN MENYERLAH...BERANI BERUBAH...KAMI BERSAMA ANDA.KENAPA DATO TAK BUAT CARTA SEPERTI YANG DICADANGKAN?
PERUBAHAN kini menjadi tumpuan utama ahli dalam parti begitu juga yang sebagai pemerhati luar dalam negara ini...
Kita doakan 'mereka' mampukah membawa perubahan yang dingini olrah RAKYAT....
boss...
Lumrah, kritikan dilihat sebagai tentangan...walaupun tujuannya untuk membina...bukan hanya dalam dunia politik, kat mana-mana pun sama...kerana yang berkuasa sering kali menjadi seperti kacang lupakan kulit dan takut bayang2 sendiri
PULIHKAN KEJANTANAN PEMUDA?KENA BELAJAR DARI BEKAS KETUA PEMUDA UMNO. SAUDARA ANWAR IBRAHIM..
Salam DATO'
Kejutan dan aura baru ini diharap membawa kebaikan kepada BN dan UMNO amnya
Pemimpin, cakap tak serupa bikin.
Salam Tok Rimau,
Tirai telah dibuka, bermula lah persidangan bahagian-bahagian di seluruh negara bermula dari 9 Oct 2008.
Pertandingan Pemuda ini adalah untuk memilih ketua yang boleh membawa dan megemudi pemuda ke arah menyuburkan kembali UMNO.
Pemuda Berani Berubah, Pemuda Berani, dan Setiakawa, adalah diantara slogan kempen bagi menyuburkan semangat Pemuda bagi realiti perjuangan didalam perjuangan membela orang Melayu.
Minggu pertama, cakap-cakap menunjukkan penggunaan kuasa DUIT telah menundukkan slogan, DUIT telah mengadaikan maruah Pemimpin Tertinggi.
Sebelum ini, pertandingan di kawal oleh peringkat Bahagian, sekarang pertandingan di Bahagian dikawal oleh peringkat Tertinggi.
Cakap-cakap perwakilan cawangan dibeli dan disogok untuk menyokong calon Kp Malaysia tertentu deras menjadi perbualan di CAFE-CAFE dan lobi-lobi hotel.
Didalam hati saya, UMNO sudah nak mati macam ini pun Pemimpin sanggup menjual beli perwakilan.
Yang mengajar adalah pemimpin tertinggi. Apakah mereka tidak langsung merasa malu dan hina apabila memberi duit dan berkata "jangan lupa calonkan sipolan-sipolan".
Moral Pemimpin seperti inilah yang akan diberi tanggunjuawab memperbaiki UMNO setelah kekalahan teruk PRU.
Pemimpin ini tidak merasakan yang mereka sedang membina genarsi KORUP? Pemimpin seperti ini tidak merasakan ke yang maruah mereka sebenarnya serendah dari pengemis jalanan.
Kita gah berkerta besar, gah berjawatan tinggi, bercakap berkobar-kobar dengan slogan yang bukan main cantik, tetapi apabila tiba masa pertandingan, semua hilang dibawa angin lalu.
Mereka tidak sanggup dan percaya dengan kebolehan dan perjuangan yang mereka bawa, mengadaikan prinsip kehidupan dan kepercayaan.
Saya menasihatkan kepada Pemimpin-Pemimpin. cermin lah diri, bukan dari segi kemampuan wang ringgit, tetapi Cerminlah diri, dimanakah tahap moral kita dan jati diri kita.
Sebelum kita berjuang untuk Agama dan Bangsa, kita mesti ukur badan kita, adakah kita layak dan iklhas membawa perjuangan ini bersama tanpa mengadai MARUAH kita.
Kecewa, Masih adakah rakyat yang akan memilih pemimpin tanpa kuasa DUIT?
Bersama lah kita pikir..
SALAM TOK TIGER,
MASIH TERLALU AWAL UNTUK KITA RUMUSKAN SIAPA YANG PATUT MENANG PADA MAC 2009.
STRATEGI CALON DAN KELEMAHAN MASING -MASING BOLEH MERUBAH SEGALANYA.
TEMPOH BERKEMPEN MASIH PANJANG....MOOD HARIRAYA MASIH MEMPENGARUHI PERWAKILAN.
Calon yang layak adalah ramai, namun keputusan muktamad hanya akan diketahui setelah persidangan UMNO bahagian habis diadakan. Sistem pencalonan hendaklah dikekalkan, diharapkan perjalanan pemilihan akan berjalan dengan lancar dan janganlah libatkan politik WANG sepertimana yang berlaku pada pemilihan penggal yang lepas.....
Semakin ramai yang akan layak, dan semakin panas gelodak jiwa para calon-calon yang berkehendakkan jawatan yang ditandingi.....
Tapi, jangan lupa..apa yang mungkin akan berlaku selepas pertandingan selesai atau selepas penamaan calon nanti, akan timbul pula isu calon-calon yang tidak `terlayak' bertanding dirisik-risik oleh Anwar untuk join the gang....!! Anwar tengah dok perati je kelibat calon-calon yang tengah rancak `menjual' diri mereka untuk di senaraikan, tidak mustahil kalau calon-calon `bangkrap' sokongan itu akan beralih angin kem, maklumlah..rumah besar dah tak cukup tempat untuk mereka2 yang juga beranggapan mereka layak jadi pemimipin.. tentu mereka akan mula menjenguk-jengukkan kepala melihat-lihat rumah baru untuk diduduki...
Wang juga memainkan peranan walau bagaimana sekalipun kita panggil niat huluran tersebut..tanpa wang, perwakilan mana yang nak perabih duit dapur berkempen untuk calon-calon yang bertanding,hanya mukriz dan calon-calon yang sewaktu dengannya sahaja yang boleh berkempen tanpa perlu disediakan duit minyak, kerana mereka memang sudah jadi `kepala duit'di Malaysia ni....
Post a Comment