Posting kedua 3.50 petang.
Pagi ini, seperti semalam kami mengikuti senamrobik yang dikendalikan oleh "Gadis Russia". Peerrrghh. Pak Abu dan Hj S teruja?
Selepas itu, kami dijemput bermain bowling persahabatan dengan kakitangan MOI termasuk Menteri dan KSU.
Kumpulan saya menjadi naib johan Kejohanan Boling MOI. Boleh tahan juga selepas dua tahun tidak bermain boling.
Namun antara "sembang politik" pagi ini dengan beberapa rakan ialah adakah Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, akan bertanding Majlis Tertinggi selepas mendapat lebih 25 pencalonan.
Dulu tidak mahu kerana ada faktor tersendiri. Sekarang, bagaimana Tok?
Bagi saya, eloklah Dato' Shabery menawarkan dirinya untuk MT kerana beliau pemimpin pelapis UMNO yang boleh memainkan peranan memperkukuhkan parti ini. Setuju?
Posting Asal - 12.05 malam
Apakah tujuan retreat?
Untuk muhabasah diri dan merangka satu program yang dapat mempertingkatkan prestasi organisasi.
Semoga semua pihak mengambil bahagian yang aktif dalam retreat dan menggunakan ilmu yang diperolehi dengan berkesan.
Saya kini sedang retreat di awan. Awan?
Awana. Setakat ini ada banyak idea baru.
Eloklah retreat jika sudah 'burn out'.
Sunday, October 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha
assalamualaikum tok tiger
x kenal mana nk admire, begitu juga pemimpin tok kalau kita dah kenal dan boleh menimbang secara keseluruhan barulah kita nmapak ape yang kelabu
bagus juga retreat nih tok recall balik ape yang lupa, tambah ape yang kurang dan ape2 la yang patut
sedangkan eu dan us pon tengah 'no retreat no surrender' walaupun terpaksa buat ape yg mereka kata tak betul dulu sebab ape sbb masa pemimpin lain(TDM) yg buat terpaksala mereka kata tak betul
sekarang ni Umno pula tengah retreat asalkan memabwa kebaikkan memang dialu alukan, tapi kalau tak kemana eloklah masuk muzium je semua2 tuh
p/s nasib tok banyak idea baru, kalau tak paham2 je la, jangan marah tok
Kamu tak payah pergi retreat. Kamu elok berhenti sahaja daripada menulis blog ini. Tulisan kamu kosong. Semua nasihat kamu dalam blog ini aku dah dengar 20 tahun lalu. Aku rasa kamu tak membaca punya orang. Tulis ikut suka. kalau orang macam kamu tulis untuk bantu kerajaan, rosak kerajaan. kalau aku letak satu orang budak Abim bincang dengan kau, aku rasa bezanya macam kangit dengan bumi. Mereka bercakap berasaskan ilmu, tapi kamu menulis berasaskan pemikiran kau sorang. Sedaerlah, cara kau dah lapok. Betul...kau punya blog, kau punya suka lah. Tapi, aku nak bagi tahu kau, ramai orang muntah baca. Kawan-kawan kau pun dok mengata kau.
Mat Kangkung
Mat Kangkung,
Terima kasih kerana memberi pandangan.
Tapi, kalau nak muntah, jangan muntah di sini ya. Tak elok, nanti orang lain marah pulak.
Sabery utk MT.. Saya tak nampak ketokohan beliau..
Saya masih ingat lagi debat beliau dgn Anwar Ibrahim, byk jawapan dan ideanya terlalu rendah qualiti..dgn kata lain tidak mencapai tahap seorang menteri.
Sdr Washad,
Jika debat saja dijadikan ukuran, maka Sdr tidak menilaikan keupayaan ASC secara total. Hanya sekelumpit saja. Namun yang lebih penting Sdr harus melihat keberaniannya mencabar pemimpin pembangkang yang sudah kita ketahui pandai bermain dengan kata-kata dan pelbagai janji manisnya.
Bagaimanapun, anda berhak menyuarakan pandangan. Itu hak Sdr. Saya pun hanya memberi pandangan sebagai wartawan yang mengikuti perjalanan politik ASC. Sama-samalah kita tunggu pengumuman ASC. Ada pengumuman?
assalamualaikum tok rimau
kadang2 kelakar org nih tok dia rasa dia je pandai tapi tatau la sape yg kate dia pandai, kawan2 dia la kot...
abim...hmm 20 dulu kok tak silap sudah kena tipu dgn satu orang saya rase atok tau tp orang pandai 2 tatau la tau ke x, bukan tak silap tok memang betul pon kena klentong tapi lepas 20 tahun dia jadi hero tok..mmm kesian pon ada gak sebenarnya
malay senang forget la tok..orang berilmu diam2 je tok kok yang bising2 tuh paham2 jela
Saya rasa Shabery adalah seorang pelapis yang baik. Beliau memang ada tokoh, ada kebolehan dan ada segala-galanya. Beliau sebegini patut dikekal atau dinaikkan dalam UMNO. Tapi tak tahulah apa pandangan UMNO. Biasanya pemimpin/pembesar UMNO tak mahu orang yang bijak pandai naik takut kedudukan mereka terjejas.
ASC sememangnya berkaliber dan merupakan pemimpin yang cergas dan berupaya untuk membawa penambahbaikan...
Post a Comment