Perlukah Tan Sri Rafidah Aziz menyerahkan jawatan kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil jawatan Ketua Wanita UMMO lebih awal?
Bagi Sharif Ahmad, jika itulah hasrat akar umbi pergerakan berkenaan, ia perlulah diberikan perhatian serius.
Ikuti tulisan beliau dalam Analisis Berita RTM pagi ini di AKHBARCYBER .
(Renungan Rimau : Saya menghormati Datuk Kamalia Ibrahim)
Wednesday, October 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Salam Tok Rimau,
Kalau apa yang tersirat sudah tersurat..nak buat cam mana?? Ikutlah jejak Pak Lah..berundur dengan hormat sebelum diundurkan.
Salam lagi..
Saya juga mencadangkan agar jumlah pencalonan terus dikira sebagai jumlah undi perwakilan...jimat masa dan wang ringgit...
Masa persidangan nanti, kita tinggal buat penabalan dan perbahasan sahaja...
Setuju....??
Mesti banyak yang putih mata kalau cadangan ini diguna-pakai...
Bungaraya raya kata.
Segerakan peraliohan kuasa spt Pak Lah.
Kalau dah akar umbi mahukan perubahan kita kena akur.
Bukan saja Rafidah, tapi barisan kepimpinan UMNO yg ramai darinya telah kontang idea (kecuali idea perkauman lapuk yg melucukan) itupun patut letak jawatan juga. Cukuplah puluhan tahun mengikis kekayaan negara untuk saudara mara dan kroni. Cukuplah. Lupakan seketika hasrat untuk menambah kekayaan peribadi. Tumpukan perhatian ke masjid dan surau berdekatan kediaman mewah anda untuk menambah pahala bagi mengimbangi neraca sebagai persediaan ke akhirat kelak. Wassalam.
Cukuplah. Enough is enough.
Kalau itu yang akar umbi inginkan, maka apa salahnya jika peralihan kuasa itu dilakukan awal...Mungkin ini dapat mengelakkan daripada perpecahan puak-puak..
TUAN
KENAPA PENCALONAN BAHAGIAN TIDAK DIGUNAPAKAI SEBAGAI KEPUTUSAN MUKTAMAD
Sekarang demam pemilihan dalam umno telah hampir 'kebah'. Setiap bahagian umno sibuk dengan pencalonan masing-masing dalam proses mancari pemimpin mereka yang paling 'afdal' yang dirasakan paling sesuai bagi memimpin mereka.
Persoalannya ialah, adakah suara setiap bahagian ini akan selari dan seiring dengan pemilihan bulan Mac yang akan datang. Kenapakah pencalonan bahagian ini tidak digunapakai sebagai keputusan muktamad pemilihan pimpinan umno. Manakala perhimpunan bulan mac ini eloklah hanya sekadar perhimpunan untuk meraikan mereka yang telah dipilih.
Bukankah pencalonan bahagian ini merupakan suara akar umbi yang paling tepat dan merupakan gambaran yang diinginkan akar umbi. Sekiranya ada usaha melobi melalui bahagian tidak kiralah samada melalui politik wang, janji projek dan sebagainya, dirasakan keberkesanannya agak terbatas. Ini kerana skopnya yang besar dan luas meliputi seluruh bahagian diseluruh negeri.
Terdapatnya banyak laporan pencalonan bahagian dimana suara pimpinan bahagian dan ahli-ahlinya tidak selari, tetapi akhirnya suara ahli yang dipilih. Masalahnya ialah apabila pengundian dibuat pada perhimpunan Mac nanti, perwakilan bahagian yang beberapa orang itulah yang akan membuat pengundian semula. Pada peringkat inilah usaha melobi ataupun politik wang oleh calon jika dilakukan akan berjaya dengan cemerlang dan gemilangnya.
Ini kerana perwakilan yang jumlahnya lebih kurang 2500 orang inilah akan menentukan pimpinan parti. Seolah-olahnya pencalonan bahagian tidak berguna. Bukankah pencalonan bahagian adalah sia-sia dan membazir masa jika suara perwakilan pada Mac nanti tidak sama dan selari dengan pencalonan akar umbi.
Satu lagi yang dirasakan perlu diubah ialah jarak masa antara mesyuarat bagi pancalonan setiap bahagian ini tidak boleh terlalu jauh. Paling molek sekiranya dijalankan serentak. Ini bagi mengelakkan keputusan pencalonan satu-satu bahagian digunakan sebagai 'inspirasi' pencalonan bahagian lain. Ini terutamanya pencalonan bahagian presiden dan timbalan presiden yang bakal digunakan oleh bahagian lain atas alasan selari dengan pucuk pimpinan. Kaedah dan caranya boleh diperhalusi kemudian.
Pencalonan oleh bahagian ini menjadi sangat penting apabila sistem kuota mula diperkenalkan sejak peristiwa pemilihan tahun 1987 dulu. Dirasakan sistem ini elok, tetapi haruslah diperkemaskan sebagai pemilihan oleh bahagian tetapi bukannya pencalonan untuk layak bertanding sahaja. Pencalonan oleh bahagian eloklah digunapakai sebagai proses pemilihan yang muktamad.
Lihatlah pada peristiwa tahun 1987 dimana Dr Mahathir menerima pencalonan lebih 2/3 daripada bahagian. Lojiknya tentulah beliau tidak ada aral yang melintang lagi. Tetapi bila pemilihan dibuat seperti yang termaklum Dr Mahathir nyaris-nyaris tewas tersungkur.
Bagi kali ini pemilihan pimpinan ketua pemuda paling sengit terutamanya antara Khairy vs Mukhriz. Gambaran awal menunjukkan Mukhriz ada 'dihati' ahli pemuda. Tapi yakinlah Khairy tidak akan berpeluk tubuh dengan senyuman manja dengan 'signal' yang pemuda bahagian berikan. Tentunya usaha melobi akan dilakukan dengan apa cara sekalipun.
Percayalah kita bahawa sistem yang diamalkan ini sebenarnya menyemarakkan politik wang menjadi lebih membarah dan bernanah. Yang menang pencalonan akan berusaha untuk menterjemahkan pencalonan itu kepada kemenangan sebenar dengan apa cara sekalipun. Yang tewas pencalonan, tapi layak bertanding juga akan berusaha dengan apa cara sekalipun, supaya kemenangan dipihaknya.
Semua dan segalanya ini apa lagi kalau tidak dengan wang. Makanya politik wang akan dapat dihapuskan. Jawapannya tentulah sangat-sangat mustahil, akan hanya merupakan retorik sampai bila-bila.
Eloklah pemilihan dua kali ini yang tidak berapa cerdik ataupun dalam bahasa yang mudahnya 'bodoh' ini dihentikan supaya matlamat perjuangan umno kembali dilandasannya seperti yang difalsafahkan dalam perlembagaan perjuangannya demi kelangsungan umat melayu seperti yang dinyanyikan pimpinan atasan.
Posted by donmny
beria benar azalina menyokong aga rafidah tarik diri tanpa peralihan kuasa wanita umno...hahaha...dia nak intai jawatan no 2 wanita umno ke? xdapek la woi...ekau poie ikut pak lah la brenti..
Pencalonan tersebut adalah protes dan signal kepada Rafidah bahawa dalam politik bila tidak berjawatan maka sokongan pun kurang dan dalam politik jangan rasa diri semua betul dan hebat sangat.
Sharizat hanya akan bertanding jika dia terpengaruh dan dipaksa dan ditolak oleh tangan ghaib untuk kepentingan segolongan yang akan bertanding Naib Presiden.
Tanpa Rafidah, urusan politing di dalam UMNO juga lebih mudah kepada Timbalan dan Presiden.
Dalam situasi yang agak tercabar dan terhina ini, Rafidah lebih sesuai meminta pendapat cucu cucunya samada mereka mahu neneknya lebih masa untuk bermain dengan mereka atau mereka rela neneknya terus berpolitik yang sudah sampai ke penghujung.
Sharizat pula harus bersedia 'dilondehkan' oleh Rafidah jika mahu bertanding. Tentulah kita tidak berselera pun jika mereka saling londeh melondehkan.
assalamualaikum tok rimau
nampaknya seperti ada komunikasi patah jika dilihat dari segi pencalonan
mungkin juga salah satu medium suara akar umbi dapat disampaikan dengan lebih jelas jika dibuat melalui pencalonan tetapi seperti kurang pula perbincangan..
adakah ia benar2 suara akar umbi dan juga adakah d sharizat dan ts rafidah sudah bersedia dalam proses memberi dan menerima..
Salam.
Saya amat bersetuju dgn idea merubah kaedah permilihan, macamana ia dibuat, terpulang kepada org2 besar yg sedia ada tetapi haruslah melihat bagaimana mengelakkan wang atau habuan boleh menjadi umpan. Cadangan diatas oleh Donmny dan Jomo adalah lebih baik dr sisten sekarang, ia boleh ditambah dgn idea TS Musa Hitam sperti tersiar dlm buletin utama tadi (22.10), ia amat baik utk dijadikan kaedah, dan utk menambahkan lagi kesempurnannya, biarlah semua undi ahli di akar umbi diambil kira. Mungkin ini sukar utk dilaksanakan tetapi jika usaha mencari jalan dilakukan, ia tidaklah sesukar yg dipikirkan.
Yang penting adalah menggelakkan keputusan kemenangan calon hanya ditentukan oleh beberapa org perwakilan dari setiap bahagian.
Kalau belum baca sila baca artikel Syed Imran
http://kudaranggi.blogspot.com/2008/10/politik-wang-dan-pawang-politik-dalam.html
Raden
Nak tunggu putus haid kali kedua baru nak serah..??
-Dr. Sakit Puan-
Baguslah tu, sudah lama memegang kerusi tersebut, berilah kepada penggantinya yang telah lama berkhidmat dalam parti.
Kepada Tan Sri Rafidah Aziz saya ucapakan tahniah dan teruslah perjuangan dalam parti dengan membimbing pemimpin generasi baru untuk mengukuhkan lagi kekuatan Wanita UMNO dan juga UMNO.
Post a Comment