Saturday, October 4, 2008

TUMPU USAHA MAKMURKAN NEGARA


(Beberapa orang yang saya temui dalam gambar ini termasuk Pakcik Zakaria, bekas Imam Masjid Negeri Melaka)

Ketika berhari raya di kampung, saya sempat bertanyakan pandangan saudara-mara, sahabat handai dan kenalan baru mengenai perkembangan politik tanahair terutama dalam UMNO.

Saya mendengar pandangan Bang Kassim, Bang Bujang, Pakcik Zakaria, Bang Jenal, Kak Shimah, Kak Leha, Kak Senah, Zek, Pok Uda, Mail, Mat, Bang Rashid, Bang Brahim, Kak Miah, Tok Nazri dan ramai lagi.

Ramai yang saya ditemui mengikuti perkembangan politik negara dan memberi pandangan yang boleh dijadikan pedoman, iktibar dan sempadan kepada pemimpin politik di negara ini.

Isihati mereka ini ikhlas kerana ia disuarakan ketika dalam suasana berhariraya dan santai.

Tiada pertengkaran atau perbalahan tetapi pertukaran pandangan sambil menikmati juadah raya. Pastinya ketupat dan rendang atau lemang dan sambal lodeh. Laksa pun ada.

Kesimpulannya, rakyat di bawah mahu negara terus maju ke hadapan dan pemimpin perlu bersatu untuk membawa Malaysia ke arah yang cemerlang.

Elakkan persengketaan dan tuduh-menuduh tetapi tumpukan usaha membangunkan kehidupan rakyat dan negara.

Rakyat sudah bosan dan muak dengan perbincangan politik yang tidak sudah-sudah.

Rakyat sudah jemu dengan kata-mengata antara pemimpin pelbagai kaum di negara. Jangan gunakan isu perkauman atau sensitif sebagai modal untuk meraih undi ketika pemilihan parti.

Mereka mahu perkara ini diberhentikan segera dan tumpukan usaha membangunkan negara ini.

Bagi mereka, PRU12 sudah lama selesai dan parti yang diberi mandat perlu berusaha keras menunaikan janji mereka. Mereka yang kalah tunggulah PRU13.

Jangan peduli dengan usaha pihak tertentu yang mengembar-gemburkan pembentukan kerajaan ini atau itu. Jangan dilayan omong-omong kosong dan segala pembohongan.

Lupakan saja orang gila yang semakin gila. Mungkin lepas raya lagi gila kerana terlalu banyak makan lemang dan ketupat.

Yang penting, pemimpin mesti bijak merencanakan perjalanan negara ke arah yang betul.

Selamat memimpin.

11 comments:

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Ya betul tu apa pun kita raya dulu.. lepas ni baru kita tunggu dan lihat...

terubuk jantan said...

salam dato,
tak sabar nak tunggu keputusan keramat p.m sebelum 0kt 9.Ramai yang berbual ke arah itu sepanjang raya 1 dan raya 3.kesemuanya ada pandangan masing-masing.Harap PM segeralah beritahu keputusan....

p/s: to tok tiger drive carefully.

Jafma Niaga MA-0044016-M said...

Salam DIY,

Betul apa yang diperkatakan, itu jugalah yang saya dengari semasa beraya di Muar.

hasipin66 said...

Salam TokTiger,

Maaf,adakalanya rakyat biasa (akar umbi)lebih jujur apabila meluahkan pandangan terhadap senario politik dan gaya kepimpinan pada masa ini.Mereka cukup terasa dihargai apabila diminta memberi pandangan dan komen,seperti yang Datuk Tiger nyatakan dalam kunjungan time raya ini.

Adakah kemungkinan Pak Lah serahkan jawatan Persiden Parti UMNO dan kuasa Perdana Menteri pada december ini sempena ulang tahun lahirnya,atau bulan march genap setahun PRU12 berlalu.Atau memang bulan oktober sempena ulang tahun penyerahan jawatan PM oleh mantan PM Tun M kepada Pak Lah?.Bagi Pak Lah macam-macam boleh berlaku.

tajau singa raja said...

Dato'
memakmurkan negara tanggungjawab semua,golongan yang memburukkan negara memang wujud dan mereka ini tidak menghargai diri mereka lahir di negara bertuah Malaysia.

A Hamid's East of the West said...

Salam Datuk,
Kena baca blog Jebat Must Die, artikel yang menarik.

AHO

Gagak di Rimba said...

Salam,

Kedudukan tokoh politik kita sekarang agaknya dalam keadaan tidak menentu.

Kedudukan Pak Lah masih belum pasti. Kedudukan Najib masih belum pasti. Kedudukan Anwar begitu juga.

Oleh itu, politik kita memang akan terus bergolak dan bergelora.

hertiny said...

Salam Datuk,
Apa pun sebelum saya terus menaip SALAM AIDILFITRI BUAT Datuk Sekeluarga,
Memang betul apa yang Datuk katakan, Tumpukan perhatian pada rakyat, pada janji-janji PIRU yang lepas. Jangan perdulikan orang yang rakus pada kuasa sehingga sanggup menabur segala macam ISU hanya untuk memancing simpati. KERAJAN BN adalah KERAJAAN yang terbaik yang mana hanya BN yang mampu mengubah nasib masyarakat MALAYSIA.SYABAS DAN TAHNIAH PADA PARTI KOMPONEN BN.

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Tak cakap, susah juga. Di tegur marah pula.
Semua wakil rakyat dari BN please tunaikan janji-janji PRU dan kepada wakil rakyat PR duduk diam dan jangan buat kacau just wait for your monthly paycheck.

rayliew said...

Ramai juga yang meluahkan pendapat mereka semasa saya menziarahi rakan beragama Islam.. Yang jelasnya rakyat mengharapkan kestabilan politik dan ekonomi negara serta keamanan... pemikiran mereka semakin matang dan wakil-wakil rakyat hendaklah menunaikan janji-janji mereka dan turun ke padang dengan lebih kerap untuk mendampingi rakyat dan juga mengenali masalah yang dihadapi.

Anonymous said...

"Yang penting, pemimpin mesti bijak merencanakan perjalanan negara ke arah yang betul."

Petikan ini sangat la benar.
Kita perlukan pemimpin yang bijak membawa negara kita ke arah yang betul.
Bukannya pemimpin yang hanya akan mementingkan diri sendiri.