Thursday, October 9, 2008

TS MUHAMMAD TANDING T PRESIDEN

Tan Sri Muhammad Muhd Taib menawarkan diri untuk bertanding Timbalan Presiden UMNO.

Bekas Menteri Besar Selangor itu menyatakan hasrat itu dalam sidang media petang ini.

Tawaran itu berdasarkan rekod kesetiaan dan perkhidmatannya kepada parti.

23 comments:

sumandak bayu said...

Beliau sememangnya sorang pengikut yang setia... KITA bagi sokongan pada insan yang dah tunjukkan tahap kesetiaan mereka.

Anonymous said...

Setia tetapi kaki rasuah buat apa? Orang macam dia ni yang mengheret Pak Lah dan membusukkan nama baik PM.Harap2 ahli UMNO tak buta. Tapi tak tau le, kat si Mike Tyson ni umpan duit.

amirul said...

Salam Tok Tiger,

Tak dapek den nak menolong? Apa class Mike Tyson nak bertanding TPM ni? Panggil dia selesaikan kesnya yang tiada penghujung tu dulu! Cermin diri dulu la brother! Tak berkenan langsung! Wallahualam...

Mazlan, said...

BERAPA JUTA PULAK MAT TAIB NAK BAWA DUIT TUNAI KE AUSTRALIA KITA TUNGGU DAN LIHAT. SETIA PADA PARTI TAK CUKUP SYARAT, YANG PENTING AMANAH, JUJUR DAN SETIA PADA RAKYAT.RAKYAT JANGAN DIPERBODOHKAN LAGI. CUKUP PENNGAJARAN YANG LEPAS......

tajau singa raja said...

Dato'

Adussss bagi jalan kat orang lainlah takkan tak de kot, sudah sudahlah tu

LIMAUDONG said...

Salam DIY
Per: Pemimpin Bersih/Amanah/Bebas Rasuah/Berwibawa
Betul juga kata-kata blogger yang lain.
Kalau tak salah saya ada satu kes dahulu melibatkan Mata Wang Asing, apakah keputusan kes itu di Australia , Hendak tanya-tanya sahaja ?

WAK SAPU said...

HAHAHAHA. Tiger tak nak ketawa sama ke? Biar wak ketawa sorang-sorang. Bertanding dalam pilihan raya pun tidak macamana nak jadi Timbalan Presiden. Apapun selamat bertanding dalam dunia demokrasi.

Anonymous said...

Salam YBhg Dato'

Cepattt... siapa lagi mau bertanding..... kalau Mike Tyson nak bertanding... nasib baik atuk saya dah mati... kalau tak saya nak suruh atuk saya pun bertanding timbalan presiden... apa nak jadi dengan UMNO sekarang ni... semua dah gila jawatan..... apa kata semua ketua bahagian UMNO bertanding naib presiden, dan semua ketua perhubungan umno bertanding presiden atau timbalan presiden.. barulah meriah sikit pertandingan... then suruh SPR anjurkan pemilihan... barulah meriah sikit.

Demokrasi tu demokrasi la jugak... tapi kita kena sedarla sampai mana tahap kita... kalau kelulusan setakat SRP misalnya, takkanla nak memohon jawatan sebagai Pengurus kat Syarikat multinasional, sebagai perumpamaan, si mike tyson tu nasib baik muncul awal2 dulu, kalau dia ni muncul sekarang, den tak tau la, nak jadi ketua cawangan pun belum tentu orang bagi kat dia, jadi setiausaha agung BN tu pun dah cukupla, tu pun orang lantik.... jangan la nak meraban atau perasan lebih2 plak.. tak cukup kenyang lagi ke.....

ANAKSELANGORBOSAN.

Fazrulls said...

la.. ada lagi...

Anonymous said...

setia tak cukup.kena amanah,tekun dan bertanggungjawab.kalau Taib rasa dia dah insaf dan dia layak untuk dicalonkan,maka dipersilakan mana-mana bahagian yang rasa dia sesuai untuk dicalonkan teruskan saja niat.

namun jangan lupa jugak untuk mempertimbangkan pemimpin-pemimpin yang lain.mereka juga perlu diperhatikan dan diberi penilaian samada layak dicalonkan atau tidak.

Anonymous said...

dia kata "tak pandai cakap omputih"...macam mana nak jadi tpm?! hahahaha....

Awang Maya said...

Tak payahlah Mat Taib ooi...buat amal ibada jer laa cukup-cukup laa tue....nama busuk anda akan tetpa dikenang oleh rakyat.....walaupun orang UMNO puji anda...yang pasti, jika anda memang, anda akan jadi TPM, dan anda akan menjadi satu lagi liabiliti kepada UMNO dan BN sebab rakyat biasa bukan ahli UMNO memang turut meluat dengan anda..itu sesuatu yang anda perlu sedar..

Musallam said...

Salam,

Mungkin dalam UMNO T.S Muhammad Taib masih merasa dirinya seorang yang berpengaruh. Biarlah dia mencuba nasibnya.

Tapi orang-orang di luar UMN0, termasuk orang atas pagar dan pengundi muda yang mengetahui latar belakang beliau, saya tidak fikir akan melihat beliau sebagai orang yang sesuai untuk menjadi Timbalan Presiden UMN0 dan TPM.

Jika beliau menjadi Timbalan Presiden UMNO, mungkin lebih ramai orang yang menyampah terhadap UMNO!

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
tak dapat den nak nolong..Namun apa yang penting pemimpin yang akan bertanding bakal menjadi pemimpin masyarakat dan rakyat bukannya di PIMPIN oleh rakyat.

hasipin66 said...

Salam TokTiger,

TSMhd.Taib,tahniah atas kesanggupan menyatakan kesungguhan dan kesediaan bertanding untuk jawatan Tim.Presiden Parti UMNO pada mac 2009.Inilah indahnya ala demokrasi UMNO di Malaysia,lantik saja sebagai SENATOR dapatlah jawatan penuh dalam Kabinet.Untungnya tak terkira,padahal berapa ramai lagi wakil rakyat Parlimen menang pada PRU12 tak punya jawatan.

Utamanya para Ketua Bahagian UMNO mesti meletakkan kebijaksanaan menentukan keputusan,siapa yang paling layak dianugerahkan pencalonan sebagai Tim.Presiden UMNO kelak.Mungkinkah nilai wang ringgit atau janji besar penentu pencalonan?.

TSMT sememangnya layak untuk menawarkan diri,namun DS Ahmad H tidak kurang hebatnya.Apapun kita doakan agar TSMT akan terus kuat semangat dan selamat bertanding.Andai gagal,kami ahli warga UMNO hanya mampu mengucapkan selamat tinggal.Kerana yang pasti jawatan akan terhapus dan berkubur buat sela........nya.

IES Agencies said...

Datuk menyimpang skit,
http://marahku.blogspot.com/

saya rasa marah bila baca people's parliament, yang dikendali oleh peguam haris Ibrahim yang kononnya pencinta hak asasi manusia.

Sebagai pembuka bicara cerita beliau tentant Mat taib beliau jadikan Tun Ghafar Baba sebagai bahan jenaka...

Saya rasa ini menunjukkan satu sikap biadab..

saya dah post comment di bawah ke blog beliau dan juga di blog saya (http://marahku.blogspot.com/) sendiri, harap datuk dapat renungkan sikit

What did Tun Ghafar do to Haris Ibrahim?
I was flipping trough the blogs and saw that Haris Ibrahim, who claims that he represents the People's Parliament wrote a piece about Tun Ghafar Baba - it was actually a joke about how Tun Ghafar does not know how to speak proper English when ordering toast with butter and jam.

Haris admits that he does not know whether the story is true, yet he felt compelled, despite his legal background and, more importantly, self-professed passion for human rights, to link Tun Ghafar's name to the joke.

You see he could have attached Tan Sri Muhammad Muhammad Taib's name to the story, after all his currency smuggling case in Australia is record of Mat Taib's admission of his poor grasp of the English language.

What difference would it have made to his joke?

Nothing, he could have changed the place, time and name and it would not have mattered.

Yet he chose to poke fun at a dead man, who throughout his years of loyal service to the country, never, to my knowledge had a nasty bone in his body. Tun Ghafar was a humble man, he knew who he was and never thought of himself as anything more than a footsoldier for the party.

I don't understand why Haris thinks it is perfectly fine for him to poke fun at the late Tun Ghafar, a highly respected Malay leader who sacrificed his life for his people. What did Tun Ghafar do to Haris, his family, his friends and the people of Malaysia.

I know Haris may not think highly of Umno but there is no reason to stopp this low.

Anyway, kalu takpandai cakap omputeh tu bodoh sangat ke? Kalau boleh cakap Queen's English tu pandai tinggi sangat ke tokohnye?

Kalu tinggi sangat tokohnya kalau pandai cakap English tu, padanlah ada orang yang pandang tinggi sangat apa saja yang dijaja oleh Barat.

Al Capone said...

Salam Datuk,

Harap TSMMT tarik baliklah keputusan ini. Tanding Naib Presiden cukuplah. Bagi peluang kepada orang yang lebih berkaliber dan mempunyai reputasi baik dalam mengendalikan Kerajaan.

TQ

jojo51 said...

TS Muhamad tengah syok sendiri. Biarkan.

Anonymous said...

Kalau kita terimanya, bermakna kita masih boleh terima Anwar sebagai Tim. Presiden dan Timbalan Perdana Menteri..
Shahrir dan Nazri makin diam kebelakangan ni, ini pun liabiliti bagi UMNO. Anak buah Musa Hitam semua tak boleh pakai. Ikut style ini orang alamatnya 'UMNO dulu, kini dan selama-lamanya' lemah, punah & kalah..
Jangan bagi muka lagi orang2 ini!

R@duan said...

Apa salahnya dia nak coba.
sekurang-kurangnya dia akan tahu nanti...laku ke tak laku!
bagi la semangat sikit.
orang tua memang sensitif, jangan la asyik balun aje. kes tak tahu inggeris dan bawak duit berjuta ke australia...kena la rasional. itu duit dia apasalahnya dia bawak ke langit sekali pun. dan membuktikan tak tau inggeris pun boleh jadi jutawan ooo...

rayliew said...

Berilah peluang kepada mereka yang lebih muda, sejajar dengan usaha untuk melahirkan pemimpin masa depan yang lebih berwibawa..

Janganlah SAPU jawatan tinggi....

Anonymous said...

Sedih sekali dg budaya politik UMNO. Dia mungkin ingin tawarkan diri sebab bercita2 nak jadi TPM. Tapisedih dengan penyokong2nya yang tidak boleh nasihatkan dia malah bagi sokongan pulak kepada manusia sebegini yang'track reckordnya" termaklum keseluruh dunia. Inikah qualiti seorang pemimpin yang harus kita pilih. Seorang yang terang2 telah menipu Sultan semasa dia menjadi menteri besar, seorang yang menyeludup wang tunai penuh dalam beg keluar negara, tetapi membuat helah kononnya tak tahu berbahasa inggeris semasa mengisi borang negara itu semasa tertangkap. Ini kah orangnya yang disokong oleh ahli2 UMNO selangor. Kalau beginilah orangnya yang akan dipilh hanya semata2 dia "setia kepada parti...oh malangnya UMNo, malangnya Malaysia. Oh tuhan, selamatkanlah negara ini dari ketamakan manusia yang pentingkan diri. Maaf kerana terlalu emo. Tetapi saya terlalu takut dengan budaya buruk UMNO dan benar2 berharap semua orang akan sedar dan bertaubat.

Anonymous said...

Biarkan mereka rasa, apa salahnya kalau ada atuk moyang korang nak ikut... yang akan memilih nanti ialah perwakilan, bukan kamu pencacai-pencacai bloggers...!!
Biarlah......, takkanlah kita nak ajar atau suruh perwakilan-perwakilan tu undi atau pilih sapa-sapa yang kita suka.., mana demokrasi lagu tu???