Wednesday, October 8, 2008

TINDAKAN BUAT KECOH PERLU DIKUTUK

Semalam, Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek, mahu penganjuran Rumah Terbuka lima Perayaan Utama Malaysia perlu di kaji semula atas dasar keselamatan.

Warta Perdana RTM malam tadi melaporkan beliau berkata, ia hanya dibenarkan jika ada kawalan keselamatan ketat.

Mengimbas kembali insiden Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC yang di serbu HINDRAF, Dato' Ahmad Shabery berkata langkah berjaga-jaga perlu di ambil sebelum kejadian tidak di ingini berlaku.

" SAYA MINTA SUPAYA DI KAJI BALIK. KALAU TERPAKSA DI TIADAKAN ATAUPUN DI FIKIRKAN SOAL-SOAL KESELAMATAN DI MASA AKAN DATANG ATAUPUN CARI CARA LAIN .. TETAPI KALAU TERLALU KETAT KAWALAN KESELAMATAN IA TIDAK MUDAH UNTUK DI BUAT... TAPI KALAU TAK BUAT KITA SUDAH DI BERI GAMBARAN BAHAWA PERKARA BEGINI BOLEH BERLAKU."

Sehubungan itu, Dato' Ahmad Shabery akan memanjangkan cadangan itu ke Kabinet hari ini.

Katanya perasaan selesa dan selamat seperti yang di rasakan sekarang tidak boleh di pandang ringan lagi.

Ini bukan bermaksud menafikan sistem keselamatan negara, tetapi katanya tindakan golongan ekstremis tidak boleh di duga. Ia boleh berlaku apabila sesetengah pihak mengambil kesempatan politik atas sesuatu acara yang dianjurkan.

Tambah Dato' Ahmad Shabery, rumah terbuka hanya boleh dianjurkan jika semua pihak mengutuk perbuatan ekstrim.

"SEMUA PIHAK PARTI POLITIK PERLU KUTUK TINDAKAN-TINDAKAN MEREKA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SUPAYA BERI JAMINAN KITA TAK BENARKAN APA YANG BERLAKU PADA HARI RAYA BARU-BARU INI TIDAK BERLAKU PADA MASA AKAN DATANG. IA AKAN BERI KEYAKINAN PADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA."

(Renungan Rimau : Ada orang tidak mahu kutuk tindakan Hindraf kerana politik. Ada orang beri semangat kepada Hindraf kerana politik. Orang seperti inilah yang akan menyebabkan ramai orang akan jadi "bersemangat dan bertindak tidak tentu hala". Fikirlah dengan baik demi negara. Minta dijauhkan.)

23 comments:

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Betul tu..demi keselamatan semua... atau???

tajau singa raja said...

Dato'

HINDRAF ni jangan beri muka sangat, perbuatan untuk meraih simpati dan mendapatkan publisiti murahan sudah menjadi budaya.
Sama ada diberi saluran yang betul atau apa-apa saluran mereka tetap HINDRAFFF

sumandak bayu said...

Salam Tok' Tiger,

Sebenarnya ada hikmah dia juga masa rumah terbuka dibuat dan tindakan ekstrim HINDRAF jadi skang ni pihak-pihak tertentu tengah fikirkan tahap keselamatan PM kita...

Tak kiralah sape PM akan datang yang penting bila buat masjlid macam ni lagi dorang dah terpikir macam mana nak tegah kejadian ni agar tak berulang....

Nasib baik PM dan isteri PM tak ape-ape masa majlis tu.... kalo kat luar negara orang Sabah kata 'palis-palis jauh daripada bala'....

Srikandi Biru said...

~~Tak baik masuk rumah orang tak beri salam dan memakai sepatu~~

Anonymous said...

Salam raya Datuk...
Saya setuju sangat dengan Datuk.. Ada orang yang membela Hindraf kerana fahaman politik. Mereka juga sanggup tidak mahu kritik tindakan Hindraf kerana tidak mahu perjuangan parti campuran mereka musnah... Sepatutnya, kita kena fikir soal keselamatan dalam negara. Bila dah ada yang kena tahan di bawah akta ISA nanti, kecoh pula lagi.. Apa salahnya jika mahu menuntut kebebasan, buat dengan cara dan prosedur yang betul tanpa membuat kacau seperti insiden yang berlaku baru-baru ini.. Belajar-belajarlah menghormati orang dan majlis orang...

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Memang dengan pengunjung yang begitu ramai kadang-kadang terlepas pandang kelemahan keselamatan.
PM & Kabinet PM semuanya orang baik hati yang membenarkan mereka masuk. Tetapi meraka macam monyet termakan belacan.
Jikalau kabinet hendak kawal jumlah pengunjung ATAU BATAL RUMAH TERBUKA UNTUK SEMUA SEMUA PERAYAAN saya tak setuju.
Tapi saya cadangkan setiap pengunjung tidak boleh pakai T-shirt/Baju yang mempunyai kata-kata HASUTAN dan LUCAH bila hadir ke Majlis rumah terbuka sebab pada hari kejadian itu HINDRAF sudah terang-terang membawa mesej yang yang berniat JAHAT, BUSUK DAN TIADA OTAK yang kita nampak di cetak pada T-shirt mereka masing-masing.

Quantum Metal Consultant said...

Kalau kita takut atau menggunakan pendekatan 'takut' ini, maka semua majlis dan perkara tidak boleh dilakukan secara terbuka, bukan setakat rumah terbuka hari raya.

Soal pokoknya bagaimana kerajaan menangani isu Hindraf ini, jika Arqam, Maonah (sebagai contoh) mampu dilenyapkan kenapa tidak Hindraf ini. Jika kerajaan lembek, semua perkara pun lembab.

Mazlan, said...

REMEMBER!
THIS IS ONLY THE TIPS OF THE ICEBERG. SOME BIG THINGS IS COMING.

* ainul AB * said...

Assalamualaikum Tok Rimau,

Pada pandangan saya, open house tu satu tradisi. Pembesar negara memang patut buat pun. Kalau ditiadakan, tak meriah la raya. Cuma dicadangkan buat mggu kedua raya supaya lebih ramai warga Malaysia, Melayu & beragama Islam yg hadir, bukannya dipenuhi oleh mat2 bangla, india & cina sahaja.

Isunya di sini, bukan soal patut buat ke tidak. Tapi cari root cause of the problem. Ada 'orang' yg taja, ada yg dorong & ada bagi greenlight. 'Orang' ni yg kita patut perangi dulu. Yg terkilannya, ada orang melayu kita sendiri yg jadi pendorong & batu api.

Hargailah keamanan, kesejahteraan & kemakmuran yg kita kecapi selama ini.

Salam Aidilfitri. Tok Rimau tak buat open house ke? Wassalam.

Anonymous said...

kita patut elak sebelum berlaku perkara lebih buruk seperti disesetengah negara dimana tempat tumpuan umum dijadikan sasaran serangan bom dan tembak-menembak.

kita semua mahu meraikan apa-apa perayaan gembira dan bukannya dengan penuh duka cita.

Zainal A. Kasim said...

Salam dan Selamat Hari raya Datuk,

Saya rasa tindakan untuk meniadakan langsung program sambutan perayaan ini adalah terlalu drastik. Kita wajar meneruskan program ini kerana ianya baik untuk masyarakat majmuk. (Lagi pun bukan senang nak makan free)

Yang perlu di TIADAKAN ialah HINDRAF dan mana-mana unsur yang serupa dengannya.

Jadi saya harap Pak Menteri kenalah berfikir macam menteri. Janganlah cakap sahaja tanpa berfikir.

http://c-bok.blogspot.com

Anonymous said...

Salam,

Isu HINDRAF ini jangan dipandang remeh.

Rasa hormat terhadap bangsa, agama dan institusi negara semakin terhakis kerana politik.

Lihat sahaja bagaimana Namewee dibiarkan begitu sahaja.

Wallahualam

www.suaradu.com

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Datuk.

Adat Melayu, tetamu hormat pada tuan rumah. Jadi saya amat bersetuju dengan Datuk bahawa, Hindraf semestinya memeinta maaf kerana ketenlajuran ahli-ahlinya (hindraf tak berdaftar?)

Tetapi, yang menjengkelkan DSAI masih mempertahankan tindakan Hindraf itu dan saperti biasa beliau menyokong penuh tindakan hindraf dan mengutuk pula pihak media yang membesar-besar isu tersebut.

Saya amat pelik dengan perangai DSAI ini, macamlah Hindraflah yang memberikan kemenangan pada beliau di P44, sampai dia terhutang budi sangat dengan Hindraf. Mungkin juga DSAI mempunyai darah daging keterunan India yang masih sambut Depavali kut? Entahlah....

SPdotCom said...

Assalamualaikum..


Haramkan saja hindraf . Habis cerita. Lepas tu kita tengok apa mereka nak buat.


Nak merusuh. Suruh mereka fikir berjuta kali.

junkopile said...

assalamualaikum tok rimau
tindakan segelintir merosakkan susu dan lembu skalik..
so memang patut perosak2 ni dihapuskan tok..
bukan semua orang ada kepentingan politik, saya percaya yang ramai lagi warga malaysia tak kira melayu india cina dll yg meraikan apa2 perayaan dalam suasana harmoni dan hak mereka juga harus dihormati...
oleh kerana segelintir yang membuat onar tidak harus semuanya mendapat padah...mereka hanya akan belajar dengan cara yang tidak mudah

panglimapitas said...

salam..
saya sokong penuh supaya hindraf ini di kutuk habis-habisan.. buat kecoh tak tentu pasal,tak kena tempat lagi tu..

Anonymous said...

Jika apa-apa berlaku Menteri Dalam Negeri perlu meletak jawatan. Dimana pergi Ketua Polis Negara? KPN sepatutnya main peranan sebagai penasihat..

UMNO PARTI PENJARA said...

INFO TERKINI:

FAIZAL ZAKARIA TANDING KETUA PEMUDA UMNO - MUKTAMAD

RUJUK >> http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

jojo51 said...

Saya sememangnya tidak setuju apabila ada pengikut Hindraf cuba untuk menggunakan majlis hari raya terbuka untuk menyampaikan memorandumnya. Perbuatan tersebut wajar dikutuk.

Cuma saya tidak begitu pasti apakah isu yang hendak diketengahkan disini? Jika ia soal keselamatan saya tidak nampak hubungkaitnya dengan majlis hari terbuka. Sebabnya, kalau Hindraf hendak cetus isu keselamatan tak payah tunggu hingga majlis hari terbuka. Bila-bila masa sahaja Hindraf boleh lakukannya.

Sekarang ini sabah hari ada berita mengenai rompakan bersenjata, pecah rumah, kes bunuh yang tidak henti-henti, penculikan, rogol, kes ragut dan sebagainya. Ini merupakan isu keselamatan yang hari-hari dihadapi oleh orang ramai. Bukankah ini yang patut diutamakan.

Anonymous said...

Apa aku nampak Hindraf tak le buat onar sana sini masa majlis. Tak luak langsung bila datang majlis raya tu.

Cuma ada satu lagi spesis yg mesyuarat kemudian pi koyak gambo org dan kata macam macam. Spesis ni lagi merbahaya. Mau aku selamkan dia dalam sungai.

Pak Mandau

Anonymous said...

saya rasa dlm isu ini kita dah terlebih loncat. kebiasaannya program yg melibatkan PM, Agung, dah tentu disediakan kawalan ketat, tak kira hari raya atau apa. Kementeian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang patut menjawab dan beri penerangan pada rakyat apa berlaku sebenarnya...
tak sokong hindraff, tak sokong isa

Anonymous said...

Salam Tok Rimau,
Program harus di teruskan, kumpulan monyet-monyet HINDRAF ni yang perlu diharamkan, sudahlah kurang ajar, tak sedar diri langsung. Ni nak tanya, pemimipin-pemimpin kaum India mana pigi itu suara...kenapa tara ada suara bising-bising, kalau Dtk. Ahmad cakap pasal bangsa orang, mereka juga ikut kutuk sampai bersembur-sembur air sireh dari mulut mereka, kenapa bila monyet-monyet HINDRAF buat biadap dalam majlis orang Melayu dan beragama Islam, mereka bersembunyi dalam gua batu caves??? Mereka (pemimpin-pemimpin kaum India di Malaysia)harus jawab, kalau tidakpun berani minta maaf pada orang Melayu dan agama Islam...sekurang-kurangnya kutuk kumpulan HINDRAF tu...!! Jangan asyik makan sireh saja...amahhh!!
Bodoh punya orang....

rayliew said...

Salam DIY, Insiden tersebut merupakan insiden yang pertama berlaku di negara kite, saya tidak perasan ada berlakunya perkara sebegini di negara lain, apakah ini yang diperjuangkan oleh kumpulan yang tidak bertanggunjawab ini yang dikatakan secara DEMOKRASI...sekali lagi DEMOKRASI disalahgunapakai lagi...
Rumah terbuka perayaan adalah untuk kite semua menyambut perayaan bersama-sama, berinterkasi dan mewujudkan suasana yang gembira.
Mana ada orang yang menggunakan majlis perayaan untuk membuat hal(kucar-kacir) dam menimbulkan kebencian..Apa BUDAYA ini???
Renungilah dan hayatilah kebebasan beragama dan menyambut hari perayaan pelbagai kaum di Malaysia yang dicintai. Janganlah sampai budaya murni kita digadaikan oleh perbuatan yang tidak bermoral...