Saturday, October 11, 2008

SALAM... TIDAK KIRA BERISI ATAU KOSONG

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, semalam meminta ahli UMNO memilih pemimpin yang mengutamakan perjuangan bangsa dan menolak pemimpin yang mementingkan diri sendiri serta bertindak tidak mengikut tradisi.

Menurutnya, ahli UMNO jangan memilih pemimpin berdasarkan popularitinya saja tetapi pemimpin yang menghayati tradisi UMNO seperti menghormati pemimpin dan mengamalkan budaya Melayu yang tidak lekang dek panas.

Pemimpin yang harus dipilih ialah pemimpin yang menunjukkan sifat terpuji, turun padang dan berjaya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik. Mereka juga mampu memimpin ahli UMNO sama ada ketika berada di peringkat negeri atau Pusat.

Beliau juga tidak mahu ahli UMNO mewujudkan puak dan kumpulan. Mereka perlu bersatu mengukuhkan parti untuk menghadapi masa mendatang terutama Pilihanraya UMUM ke 13.

Datuk Najib tidak mahu ahli UMNO bermasam muka antara satu sama lain. Mereka hendaklah bersalaman dngan semua pihak dan bukannya memilih orang tertentu saja.

Mereka juga jangan menghiraukan sama ada salam itu "kosong atau berisi" kerana yang penting ialah salam perjuangan dan salam persahabatan memupuk kesatuan...tidak kira sama ada ia kosong atau berisi.

Beliau berkata demikian di Kuala Nerang, Kedah.

8 comments:

Anonymous said...

Dato' ooo Dato' Najib.
Sedap telinga saya mendengar nada sayu dan rayuan daripada bakal PM.

Depa kata "kalau sungguh bagai dikata", kami masyarakat Kedah lebih rela menyerah pemerintahan PAS di Kedah yang kami hormati kepada kerajaan Pusat pada pilihanraya ke-13.

Jangan lupa kepada Mantan PM. Mereka harus dilayan dan diberi tempat sejajar dengan jasa mereka kepada negara. Jika mantan dihina, masyarakat sudah hilang keyakinan kepada pemerintah. Contoh sudah ada?

-ADAM AMIN-

sumandak bayu said...

Salam Tok',

Semua seruan dan saranan daripada DS Najib baik tapi zaman la ni dapat ke ahli UMNO hayati dan laksanakan sepenuhnya.

Sumandak harap apa yang dikatakan oleh DS Najib mereka ikut demi pertahankan parti/kesatuan orang Melayu.....

Takut nanti 'cakap tak serupa bikin'....

junkopile said...

assalamualaikum tok rimau
fenomena salam nih dah macam satu satu budaya bila tiap kali pemilihan.
walaupun mungkin segelintir yang mengamalkan tetapi habis susu dan lembu lembu sekandang terkena tempiasnya..
jalan terbaik politik kotor dan politik wang harus dielakkan untuk mendapat kepercayaan rakyat dan calon calon bertanding benar2 ikhlas dalam perjuangan seperti pemimpin2 umno dari zaman pra dan awal merdeka seperti tun hussein, syed jaafar, tun razak, dato suhaimi dan lain2 lagi..
jangan jadikan alasan bersedekah dan ikhlas bila mengharapkan sesuatu balasan..
ikhlas tapi jauh

. said...

Dato,

Bagi saya soal "salam berisi" tidak sepatutnya timbul sewaktu pemilihan umno ini. Malam tadi, saya berbicara dengan dua orang kawan yang bercerita soal ini. Saya sedih parti yang memperjuangkan soal agama dan bangsa ini masih berbicara soal wang sebagai salah satu kriteria pemilihan. Sekiranya ini berterusan, saya bimbang umno akan hancur.

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Bila kita tak berpuak2..sesuatu hubungan tidak kira hubungan di dalam parti dan tempat kerja akan menjadi lebih baik apabila sikap berpuak2 itu kita buang jauh2...INSYALLAH kita akan lebih kuat dan saling hormat menghormati antara satu sama lain dan saya amat setuju dengan saranan TPM demi untuk kebaikan semua pihak tidak kira parti UMNO atau komponen BN yang lain..kalau kita kuat negara kita pasti akan aman dan damai.

rayliew said...

Ayoohai...pilihlah calon yang mempunyai kriteria kepimpinan yang telus dan cemerlang..janglah sekali-kali pilih mengikut "WANG"..
Budaya politik wang diLARANG>>>>

Sutera Timur said...

Dimanakah kekuatan orng Melayu hari ini apabila seseorg itu dinilai melalui wang ringgit dan harta benda. Bukankah Melayu amat mementingkan budi bahasa dan kejujuran. ,tetapi kelihatannya budaya ini telah makin jauh dan terhakis.Org Melayu sepatutnya kembali bertaut dalam budaya asal kita untuk terus dapat mengekalkan kesinambungan survival Melayu.Tapi saya rasa juga pemimpin yg meng juga harus sentiasa mendengar rintihan akar umbi dan tidak leka melupakan mereka.Dekati dan beri perhatian supaya mrk tidak merasa diabaikan.Program pembangunan yg bakal direncanakan mestilah juga dirasai oleh akar umbi dan memberi rezeki kpd mereka seperti mana dilakukan oleh Tun M,peniaga juga dapat menafaat drpnya apabila rakyat dapat berbelanja dengan baik.Tolonglah atasi masalah inflasi dan turunkan harga minyak agar rakyat tidak terbeban dgn masalah ini.Merka faham dgn isu minyak global ttp pemerintah tidak sepatutnya menaikkannya sehingga 78 sen.Janganlah dah dapat jawatan rakyat dilupakannya.

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Bagus betul nasihat bakal PM kita tetapi awas PRU Ke 13 ( maksud saya engka no: 13 kalau ikut omputeh tak baik nombor tu " unlucky number ")
jadi kenalah " Put the House In Order" mulai sekarang.