Kawan saya, Datuk Zahidi Zainul Abidin, yang menang Ketua UMNO Bahagian Padang Besar hari ini menarik diri bertanding jawatan Ketua Pemuda. Itu maklumat dihantar oleh AgendaNews.
Eloklah tu. Jangan buang masa, tenaga dan wang ringgit.
Calon yang dapat pencalonan sedikit... bagaimana?
Nak terus atau berhenti?
Bukan berhenti kerja...tapi berhenti bertanding.
Jimat sikit duit.
Saturday, October 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Pada saya berhenti memerintah la UMNO terutamanya.
Macamana nak jadi pemimpin jika mesyuarat bahagian pun bergaduh bertarik tarik mikrofon.
Macamana nak jadi pemimpin jika baru nak jadi calon cawangan ajer dah kena belanja banyak duit. Duit tu bukan politik wang tapi rasuah namanya dan rasuah haram yg memberi dan menerima mengikut Islam.
Macamana bila dah jadi pemimpin cakap berdolak dalik. Kejap kata Polis yg tahan ISA kemudian tetiba dia yg tandatangan ISA.
Kemudian Polis kena tutup base sebab takut kat penjenayah. Apa punya Menteri macam ni.
Saya agak sekarang ni zaman kemerosotan UMNO. Kalau ikut sejarah ada masa naik dan turun. Sekarang ni masa turun dah.
Saya bimbang Malaysia akan hancur jika dipimpin oleh pemimpin rasuah, menipu (dolak dalik), zalim (tahan org tahan bicara dan melanggar prinsip Islam) dan mengabaikan rakyat marhaen.
Tolonglah berundur semua pemimpin ni terutamanya UMNO. Rosak negara jadinya.
Yahya Ahmad
Rumah LKNP
Jerantut
Adat sebelum
Rasa diri hebat.
Orang lain lemah belaka.
Ampu sana , ampu sini.
Tau...tau
Bertepuk sebelah tangan.
Regu Razali Ibrahim.
Tak mau mengaku sahabat.
Elok la.. berundur
sebelum tamat selepas tammat.
^^SUKA Tengok CERMIN^^
Che Yahya....dlm umno ada beratus cawangan...kalau satu dua bermasalah adakah melambangkan keseluruhan...
Che Yahya..UMNO dah perintah negara lebih 50 tahun...apa yang anda dapat...tepuk dada tanya iman, dan jawab dengan berpandukan ilmu, akal dan kecerdikan...
Di Selangor, Perak dan Penang...tak sampai 7 bulan...lihat apa jadi... dan ada sedikit buah tangan untuk anda hayatai.. ingat tepuk dada tanya iman, dan jawab dengan berpandukan ilmu, akal dan kecerdikan...
1.Kenapakah DSAI begitu tergesa-gesa untuk menjadi PM.Kenapakah tak sempat tunggu sehingga PRU ke 13?
2.Mengapakah Amerika begitu mengambil berat perkembangan politik di Malaysia.Kenapakah perhatian sebegini tidak ditujukan kepada negara-negara lain spt Thailand,Indonesia,Filipina ?
3.Dalam sejarah politik Amerika,orang yang disokong adalah insan yang sebulu dengannya.Maksudnya orang itu adalah jenis manusia yg akan melaksanakan segala dasar mereka.Contohnya apa yg berlaku di Afganistan,Pakistan,Iraq,Kuwit dll.Adakah spesies manusia ini sudah ada di Malaysia?
4.Mereka yang pior ISLAM dan bersifat liat untuk menerima segala dasar mereka akan cuba dijatuhkan dengan pelbagai cara.Contohnya Saddam Hussin di Iraq, Muammar Ghadafi di Libya,Osama Laden, Presiden Iran dll Mengapakah Amerika begitu mengambil berat persoalan seorang manusia di negara kita.
5.Sepanjang sejarah peradaban manusia, tidak ada sebuah negarapun yang terus aman, rakyat sentosa jika pemerintahan di ambil secara tengah jalan,mengenepikan pilihan rakyat, membentuk kerajaan yang 'miskin'sokongan.Lihat apa yang berlaku di pakistan, Thailand,Iraq dll.Apakah usaha kita ke arah kemusnahan negara ?Jika ada negara yang terus aman , semakin ke hadapan diambil secara 'rampasan kuasa' SILA SENARAIKAN !!!!!!
6.Dari zaman kemerdekaan sehinggalah sebelum PRU ke 12, DAP tidak pernah menyokong seorang pemimpin melayu yang memperjuangkan ISLAM dan MELAYU.Sekarang DAP bukan setakat menyokong namun menganggap DSAI pemimpin kudus dan utama.MENGAPA ??
7.BN dianggap melakukan kesalahan besar,tidak bermoral dan beretika,rasuah dan kroupsi bila mengambil alih pemerintahan di Sabah drp PBS dan cuba di Kelantan.Namun sekarang PAS menyokong dan mencipta pelbagai alasan untuk menghalalkannya.APA beza dulu dan sekarang ? Adakah Matlamat Menghalalkan Cara ?
Jika BN dikatakan 'teruk,dasyhat'
dan 'berdosa'melakukannya, Adakah PAS akan 'ok, baik, sempurna' dan 'tidak berdosa ?'
Jika BN melakukan satu kesalahan..maka PAS melakukan dua kesalahan iaitu tahu tapi buat juga.
Jika ada ADR BN melompat ke Pakatan Rakyat, adakah menggambarkan kehendak rakyat di kawasan mereka.Jika ADR dan ADUN yang melompat ke BN pernah dihukum makan gaji HARAM kerana mengkhianti pilihan pengundi, Adakah hukum akan bertukar kepada HALAL?
Hakikatnya BN masih mendapat sokongan majoriti rakyat. Fahamilah dan hormatilah..
yahya ahmad-
saya sokong..suruh UMNO berhenti dan letak jawatan..kita bagi kat Lim Kit Siang dan Guan Eng jadi TPM...pula..
anwar jadi PM....
yahya ahmad-
tak semua bergaduh bererti tak betul. apa beza PKR dan PAS apabila melakukan rusuhan dan demontrasi di KL baru-baru ini? Kenapa mereka mahu jadi pemerintah sedangkan mereka adalah dalang perosak negara.
yahya ahmad-
abe MIE ingat yahya adalah ayah kepada pembaca blog semua...semua orang kena hormat. Tapi abe MIE ingat yahya ahmad seperti kata Nik Aziz kepada Tun Dr. Mahathir, iaitu NYANYUK...
mungkin yahya ahmad pun guna IT tapi sekadar hendak melihat dunia luar sahaja bukannya berfikir...
Sikap UMNO yg mengatakan ekonomi kita tidak terjejas semakin mendapat kebencian rakyat.UMNO sepatut nya mengambil peluang ini memulihkan ekonomi Malaysia yg amat tenat ini. TDM telah membuktikan pada 1997,membangun kembali ekonomi dan mendapat kepercayaan pelabur.Malah membuat BN dan UNMO menjadi lebih kuat.UMNO sepatut nya menlancarkan manisfesto membela Malaysia dari kemusnahan ekonomi. Amat malang UMNO memain dan menyemarakan sentimen perkauman serta melibatkan raja raja melayu mengeluarkan amaran.Jika perkara ini berterusan UMNO bakal menyaksikan pembangkang menguasai lebih banyak negeri. UMNO retorik dan bermimpi dgn ketuanan melayu. UMNO generasi ini lah yg membunuh melayu.
Harga minyak tidak akan diturun dibawah RM2/litter. Pada kali ini UMNO akan mangatakan Petronas kerugian besar disebbkan harga minyak dunia dibawah USD70/barrel.Kos bagi syarikat minyak adalah diantara USD65 - USD70/barrel.Opec mengugut akan memberhentikan operasi jika harga minyak dibawah paras kos operasi. UMNO ini akan mengatakan rakyat Malaysia perlu berkorban utk menyelamatkan Petronas kerana badan ini banyak berjasa dgn rakyat Malaysia.Semasa harga minyak mencecah USD158/barrel kita tidak merasai kerahmatan malah dinaikan semua harga barang. Pusing pusing rakyat Malaysia diperbodohan oleh ketuanan melayu yg bernama UMNO.
Salam
Betul kata adibeta, nak tambah sikit, cwgn UMNO ada berpuluh ribu. Hari ini ada yg bergolak tapi bila semuanya dah ok dgn barisan kepimpinan baru, melayu akan kuat kembali.
En Yahya nak suruh UMNO berhenti, nak bagi siapa? Tak perlu saya ulang2 apa yg dah disebut2. Smua yg ada, yg dinamakan utk memimpin selain dari UMNO, kita dah nampak dan tahu rekodnya.
Anwar Ibrahim gagal semasa menjadi timbalan perdana menteri, Haji Hadi gagal ketika menjadi MB, Skarang waktu utk Najib dan Muhyidin, kenapa tak nak bagi peluang pada mereka? Bukannya lama, 3 tahun aje utk mereka buktikan, kalau mereka gagal, PR13 sedang menunggu.
3 tahun juga utk pembangkang menunjukan bukti mereka berupaya menjadi peneraju dgn menjalankan tugas mereka sbagi pembangkang utk rakyat. Bukan dgn memburukan lagi keadaan, kemusnahan yg boleh terjadi dgn sikap buruk membelakangkan rakyat akan makin sukar utk diperbaiki. Kalau hanya bercakap bermain kata, menabur janji manis tanpa penelitian yg wajar ianya utk rakyat tapi natijahnya amat buruk utk ditanggung oleh rakyat, itu bukan utk rakyat.
Saudara jantan giler, saya tidak nampak rasionalnya alasan saudara, kalau diikut kata Anwar Ibrahim, budget yg dibentangkan PakLah dah tidak sesuai dipakai disebabkan oleh keadaan ekonomi dunia dan pendapatan negara yg mengecil, bukankah ini menunjukan kerajaan harus berjimat utk menghadapi masa sukar nanti? Apakah dgn memberi subsidi minyak yg lebih besar adalah lebih baik? sekurang kurangnya buat masa sekarang? Apa cara kerajaan ingin melihat rakyat turut membantu dalam usaha berjimat ini? Kita bakal menghadapi bukan sahaja masalah minyak, masalah makanan dan finance juga. Amat malang sekali bila seruan berjimat oleh kerajaan ini diputar belitkan oleh pembangkang bukannya hendak disokong walhal mereka tahu langkah berjimat ini adalah amat perlu. Pemimpin terutama dari PAS pasti tahu apa itu berjimat dari sudut pandangan agama tetapi malang juga bila mereka mengambil kesempatan dgn menyemarakan kebencian kepada kerajaan dgn cara penyampaian mereka, alangkah baik jika mereka lebih mengutamakan menyemarakan perasaan sayang kepada mereka dari menanam kebencia kpd org lain.
Semua harus melihat bagaimana utk menghadapi cabaran dan asakan, jgn semuanya dikaitkan utk politik semata2. Anda menanam lebih banyak kemuluatkan rakyat kepada anda. Sedarlah dan hentikan sandiwara politik wahai semua, tak kira anda BN atau PR..
Bunaraya Berkata-kata..
Jantangiler,
Kenapa kamu selalu menyalahkan UMNO?
Raja Murka kamu salahkan UMNO.
Ekonomi meleset kamu salahkan UMNO,
Hindraft bising kamu salahkan UMNO,
Semua yang tak kena di Malaysia ni, kamu asyik salahkan UMNO.
Jantangiler,
Jika kamu kencing ditengah jalan, kamu salahkan UMNO Kah kerana mereka membina jalan ditempat kamu kencing?
Jantangiler,
Bagaimana dengan pendidikan anak-anak kamu?
Bagaiama dengan usaha kerajaan dibawah UMNO yang membela ugama kamu dan bangsa kamu?
Ahmad Yahya,
Kenapa kamu tak tukar saja nama kamu kepada Hitler, atau George Bussssh.
Janganlaaaah...
Kerajjaan Malaysia telah berhempas pulas memajukan segala kaum di Malaysia ini. Simpatilah dengan BN.
TDM pun dari UMNO juga. Sekarang kamu puji dia setelah dia tidak lagi menjadi pemimpin dlm UMNO. Dulu ramai yang kata beliau MAHAFIRAUN.
Ingatkanlah kenyataan bahawa mereka yang kurang mendapat sambutan sememangnya akan kalah dalam segala pertandingan.. THE MAJORITY WILL WIN.. Janganlah buang masa dan wang ringgit sekiranya tidak mendapat sambutan yang baik dari peringkat akar umbi.
Post a Comment