Friday, October 10, 2008

BIAR KURANG MAKAN JANGAN KURANG AJAR

Ada orang, apabila ada ilmu sikit akan memandang rendah kepada orang lain. Ada orang yang pandai berbahasa Inggeris akan memperlekehkan orang lain yang mungkin "kureng" sikit menguasai bahasa itu.

Orang semacam ini, terus terang saya tidak begitu selesa dengan mereka.

Saya juga ramai kawan yang boleh menulis dalam dua bahasa - Melayu dan Inggeris. Ada juga yang lebih daripada itu, mungkin boleh menulis dalam bahasa Mandarin atau Tamil.
Saya juga ramai kawan yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Antaranya Datuk A Kadir Jasin yang menggunakan kepakaran menulis dan bertutur dalam kedua-dua bahasa itu bagi melontarkan pandangan dalam penulisannya di media arus perdana dan terkini dalam blog beliau. Beliau juga sering memberi ceramah di seluruh negara yang pasti tidak membosankan.

Kesimpulannya, kita perlu menggunakan ilmu untuk kebaikan bukan untuk memperlekehkan orang apatah lagi mereka yang pernah berjasa kepada negara. Jangan pandang "mata sebelah" kepada mereka yang kita anggap ada "kekurangan" itu.

Shamsul Yunos, seorang wartawan dan mempelajari undang-undang di Britain. Beliau amat marah dengan orang yang suka memperlekehkan orang lain yang tidak pandai berbahasa Inggeris. Apatah lagi, pemimpin yang pernah berjasa kepada negara.

Ikutilah luahan beliau dalam DUNIATIGER. Blog beliau - Marahku.blogspot.

"Datuk menyimpang skit,

Saya rasa marah bila baca people's parliament, yang dikendali oleh peguam haris Ibrahim yang kononnya pencinta hak asasi manusia.

Sebagai pembuka bicara cerita beliau tentang Mat taib beliau jadikan Tun Ghafar Baba sebagai bahan jenaka...

Saya rasa ini menunjukkan satu sikap biadab..

saya dah post comment di bawah ke blog beliau dan juga di blog saya (http://marahku.blogspot.com/) sendiri, harap datuk dapat renungkan sikit

What did Tun Ghafar do to Haris Ibrahim?
I was flipping trough the blogs and saw that Haris Ibrahim, who claims that he represents the People's Parliament wrote a piece about Tun Ghafar Baba - it was actually a joke about how Tun Ghafar does not know how to speak proper English when ordering toast with butter and jam.

Haris admits that he does not know whether the story is true, yet he felt compelled, despite his legal background and, more importantly, self-professed passion for human rights, to link Tun Ghafar's name to the joke.

You see he could have attached Tan Sri Muhammad Muhammad Taib's name to the story, after all his currency smuggling case in Australia is record of Mat Taib's admission of his poor grasp of the English language.

What difference would it have made to his joke?

Nothing, he could have changed the place, time and name and it would not have mattered.

Yet he chose to poke fun at a dead man, who throughout his years of loyal service to the country, never, to my knowledge had a nasty bone in his body. Tun Ghafar was a humble man, he knew who he was and never thought of himself as anything more than a footsoldier for the party.

I don't understand why Haris thinks it is perfectly fine for him to poke fun at the late Tun Ghafar, a highly respected Malay leader who sacrificed his life for his people. What did Tun Ghafar do to Haris, his family, his friends and the people of Malaysia.

I know Haris may not think highly of Umno but there is no reason to stopp this low.

Anyway, kalu takpandai cakap omputeh tu bodoh sangat ke? Kalau boleh cakap Queen's English tu pandai tinggi sangat ke tokohnye?

Kalu tinggi sangat tokohnya kalau pandai cakap English tu, padanlah ada orang yang pandang tinggi sangat apa saja yang dijaja oleh Barat."

27 comments:

Anonymous said...

Datuk Rimau,
Orang yang spt itulah yang sebenar-benarnya yg hanya ikut menumbang diTanah Air ini tanpa memberi sumbangan bererti. Walaupun mereka itu org asal, walau sekalipun orang bijakpandai, tetapi tidak sedikitpun mendtgkan manafaat kepada kemajuan negara, malah membinasakan jati diri kita.

vicky said...

Leave peace to the Dead. People speak one word which sound wrong pronunication , they start thinking he or she is handicap in that language. But speak and use campur languages is fun and quick to learn, as long it's understanding and remember :
"NO ONE IS PERFECT"

Anonymous said...

Biar fail(F9) B.Inggeris tetapi..Hati dan jiwa A1.

Di Australia, Amerika dan UK berpuluh ribu masih menganggor walaupun bahasa Inggeris bahasa mereka.

Sebenarnya yang 'terer' sangat bahasa Inggeris itulah yang selalu 'kurang ajar'. Bukan takad kurang ajar tetapi 'kurang agama' juga.

'DBP'

Anonymous said...

Salam Datuk...
Bagi saya, setinggi atau sehebat mana sekalipun seseorang itu bila berbahasa Inggeris, kalau dah Melayu, Melayu juga. Maksud saya di sini, janganlah terlalu banggakan penguasaan bahasa Inggeris yang baik. Bahasa Melayu juga harus dimartabatkan. Siapa lagi kalau bukan bangsa Melayu sendiri yang nak memartabatkannya? Orang berbangsa Inggeris tak pernah pun memartabatkan bahasa Melayu sebab mereka orang Inggeris. Bukanlah saya bermaksud bahasa Inggeris tidak penting. Ia tetap penting sebab ia diiktiraf sebagai bahasa antarabangsa cuma jangan terlalu banggakannya sehingga lupa yang kita yang kita ini makan sambal belacan bukan keju...

rayliew said...

Setiap orang mempunyai kelemahan dan kekuatan, seringkali orang lebih suka menyatakan kelemahan seseorang dari kekuatannya.. Ini adalah realiti...

Saya setuju dengan komen DIY, keperibadian dan nilai seseorang tidak kira bangsa atau agama hendaklah dihormati..kerana kita tidak tahu bila kita akan memerlukan bantuan beliau...

sumandak bayu said...

Salam Tok,

Setakat ilmu di dunia takkan ke mana...dah tertulis oleh-NYA tahap kepintaran kita setakat mana takan itu pun kita nak bangga....kita kenalah ikut adat padi makin berilmu kita semakin merendahkan diri...

Sumandak terasa hati juga bila pemimpin lama diperlekehkan sedemikian rupa.... cuma satu je yang Sumandak nak bagi tahu sekurang-kurang ilmu pemmpin lama nama mereka tetap dalam sejarah kita....

Itu yang paling utama....LU PIKIRLAH SANDIRI

abe MIE 'TERJAH' said...

yang bodoh tapi boleh berbahasa melayu ialah HINDRAF.

terubuk jantan said...

Apa guna pandai berbahasa inggeris tapi maruah dan martabat bangsa ingin diperlekeh,digadaikan dan direndahkankan.Orang seperti ini becakap sambil meletakkan akal di sepatunya.AL FATIHAH BUAT PEJUANG DAN NASIONALIS TUN GHAFAR!

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Haris ni memang tak 'cun' . Kan bagus cerita kisah kelakuan bodoh sendiri/kelakuan bodoh keluarga sendiri/sebagai pembuka bicara. Tengoklah macam mana reaksi keluarganya.
Ini pun orang dah mati pun tak dapat 'relax' dengan senang !.

LazerJuan said...

Kalau dah kurang ajar tu kurang ajar lah....tak payah nak salahkan yang dia terror English ke, Melayu ke, Tamil ke, Mandarin ke....bottom line is kurang ajar has nothing to do with the languange or languages a person speaks.

Tiger timbulkan issue Haris Ibrahim memperlekehkan Arwah Tun Ghafar tak pandai berbahasa Inggeris. Nampaknya sudah nyata yang Haris bersikap biadap mempersendakan orng yang telah tiada.

Tiger point out that knowing English does not mean a person is better than the next. Tapi Tiger juga memuji kebolehan Kadir Jasin being bilingual.

Habis yang posting kutuk orng2 tak bersalah (yang boleh berbahasa Ingeris) apa hal? Bila pula timbul kisah orng Melayu yang boleh speaking tak memartabatkan Bahasa Melayu??

So bagi mereka yang cepat emosi dan mudah melenting...mengatakan orang Malayu bilingual kebanyakkan nya tak sadar diri...well look like you are the nsame acuan of Haris Ibrahim....adunan aje lain.....cuba fahamkan apa yang saya tulis sebelum nak melenting.

Jangan sekali pandai-pandai buat generalisation..atau andaian membabi buta dan tanpa kajian.

Wasalam...melayu bilingual tapi inyallah tak kurang ajar!!

Anonymous said...

Saya setuju dengan abe mie, HINDRAF ni beruk-beruk dari PP yang terlepas pandang oleh penjaga taman monyet disana.. Tapi, tunggulah apa KDN akan buat ngan mereka, kalau al-maunah boleh dihukum mati, kenapa mamat yang seorang tu, yang dengan gahnya bersorak-sorak/menyalak-yalak hendak `merampas' kerajaan dari BN di biar lepas bebas dan free to sondol2 anybody?? akupun bangang juga dengan benda ni??
Tapi, tentang part bodoh atau pandai ni, saya tak kisah sangat.. setiap dari kita bermula dengan`keadaan' bodoh juga, baru pandai lepas belajar!! Yang terlebih ajar pula bagaimana???

Anonymous said...

kalau setakat penuh ilmu didada tapi budi pekerti tiada pun tak guna juga.

seeloknya ilmu itu adalah pelengkap diri dan tingkah lagu diri itu dijaga bagi mencerminkan keperibadiaan seseorang.

tidak semestinya seseorang itu tidak lulus SPM bererti dia adalah seorang yang bodoh dan tidak boleh diharap.

setiap manusia ada kelebihannya sendiri.cuma kita saja perlu tahu apa kelebihan yang ada dalam diri kita.

ibrahim yahaya said...

Pelayar DUNIATIGER yang budiman,

Elakkan guna perkataan lucah atau yang tidak sedap didengar. Marah, memanglah boleh marah, tetapi tidak payahlah guna perkataan yang tidak sesuai atau terlampau keras. Minta maaf jika pandangan tidak disiarkan. Boleh hantar semula dengan membuang perkataan tertentu seperti sundal, bangsat, pelacur dan banyak lagi.

Amalkan budaya penulisan siber yang bernas dan bersih.

wilmastanleyz said...

Saya tetap berpendirian bahawa sebagai rakyt msia kita harus menghormati Bahasa Melayu sebagai bhs kebangsaan.

Jika bangsa sdri memperlekehkan bhs sdri..
di mana nilai kita sebagai rakyat msia yg sepatutnya menghormati perlembagaan msia?

Anonymous said...

Mohon maaf dan ampun Tok Rimba, kekadang kita ni juga terikut-ikut dengan perasaan `udang' kita...

junkopile said...

assalamualaikum tok rimau

biasala tok kadang2 org ni bila ckp english dia dah rase pandai tapi tau ke ramai org yg boleh ckp english tapi buta huruf di uk n us
orang peranchis and jepun tak bangga pon boleh berbahasa inggeris mereka lebih bangga dengan bahasa mereka
cuma bila dia menggunakan orang yg banyak berjasa sebagai contoh itu hanyalah menunjukkan yg dia kurang bijak

Anonymous said...

Hmm...ini semua relatif.

Tak semestinya pandai bahasa Inggeris orang itu cerdik.

Tak semestinya pandai bahasa Melayu orang itu cerdik.

Dan sebaliknya.

Begitu juga dengan sensitiviti. Setengah orang benda kecil jadi isu besar. Benda besar jadi isu kecil.

Setengah orang joke dikatakan mengumpat. Mengumpat dikatakan joke.

Apa pun masing masing ada pandangan. Pandangan Datuk Tiger, Shamsol, Haris dan saya mungkin betul mungkin tidak.

Saya membaca dan menerima semuanya yg didalam blog sesiapapun. Gelak bila tiba masanya, tak setuju bila ada masanya.

Macam cerita pembesar Sarawak dulu ke England bersama Tunku...ada unsur lawak disitu. Pada saya sekali lagi persepsi masing masing. Ada orang terlalu sensitif dan ada orang kulit tebal.

Nak marah? Marahlah!

Yahya Ahmad
Rumah LKNP
Jerantut

Anonymous said...

Sabah/Sarawak/Brunei/Kalimantan will form United States of Borneo. Let us ditch Malaysia. Borneo will make better nation than Malaysia.

Kulupbana said...

Datuk,
Shah Rukh Khan dikurniakan Datukship oleh Yang DiPertua Negeri Melaka; awat merapu sangat ni. Who's next, Jacky Chan? Brad Pitt?

Bung Karno said...

Saya juga membaca komen Haris Ibrahim mempersenda orang yang sudah tiada. Memang kurang ajar namanya tapi kerana Haris seorang lawyer takut saya nak hentam dia, kerana dia terlebih pandai. Bahasa Melayu saya tak standard, Inggeris lagi kalut.

Terima kasih sdr Shamsyul dapat menegur Haris dengan bahasa yang dia faham.

Anonymous said...

Tuan sebagai orang Melaka tak nak kata apa apa ke mengenai Shah Rukh Khan nak dianugerahkan Datuk.

Banyak benar jasanya ke atas rakyat Melaka?

Zali

Anonymous said...

Tok Limau,
Ada yang berpegang pada prinsip makan boleh sebarang makan tapi cakap jangan sebarang cakap. Apa komen Datuk?

ibrahim yahaya said...

Sdr KB/Zali,

Yang tu, saya pun nak tahu. Tapi...sudah pasti mereka mempunyai rasionalnya sama juga macam pengurus Ferari dapat Datuk Seri.

Ketika ini, tiada siapa yang berani memberi anugerah kepada orang politik...takut dikenakan tindakan disiplin.

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Pada saya itu kelebihan dan kepandaian serta kelebihan anugerah yang diberikan pada kita. Asal kita masih ingat dan sedar diri DIMANA BUMI DIPIJAK DISITU LANGIT KITA JUNJUNG. yang penting kita masih orang melayu dan masih kaya dengan adat serta kesopanan orang melayu walaupun tahu pelbagai bahasa itu hanya satu kelebihan kita sebagai orang melayu yang menuju ke arah kemajuan.

Al Capone said...

Salam Datuk,

Apa apa pun bagi saya Datuk yang the best. Semua orang yang pandai Bahasa Ingeris dan Bahasa Melayu sangat suka dan tertarik dengan blog Datuk. Ini menunjukkan Datuk tidak mengkhususkan blog Datuk kepada golongan yang hanya pandai Berbahasa Ingeris tetapi memberi peluang dan ruang kepada mereka yang Berbahasa Melayu.

Tetapi ada blogger yang menghadkan penggunaan Bahasa Melayu di blog mereka. Ini menunjukkan mereka tidak meberi peluang kepada individu yang lemah Bahasa Inggeris untuk melayari dan memberi pandangan dalam blog mereka. Adakah untuk mengemukakan pandangan dan pendapat serta buah fikiran, kita hanya mengutamakan orang yang cerdik berbahasa Inggeris?? Sedangkan orang yang tidak mahir dan pandai Berbahasa Inggeris inilah adakalanya yang mempunyai fikiran yang tajam dalam memberi pandangan.

TQ

Anonymous said...

SALAM TOK TIGER,

SAYA PANDAI DAN FAHAM BAHASA IBUNDA SAHAJA.DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN SAYA MENGGUNAKAN BAHASA IBUNDA(B.M)UNTUK BERHUBUNG SESAMA KAUM.

ORANG YANG TAHU LEBIH SELAIN DARI BAHASA IBUNDA,ADALAH SATU KELEBIHAN BAGI DIRINYA.TETAPI ITU BUKAN BATU LONCATAN UNTUK MENGHINA DAN MENCERCA ORANG LAIN.

KALAU DIA RASA DENGAN PANDAI B.INGGERIS DAH TINGGI STATUS HIDUPNYA,DIA ADALAH MELAYU YANG MUDAH LUPA.

TANPA BAHASA INGGERIS......BANGSA JEPUN,JERMAN,PERANCIS,RUSIA JUGA TELAH MAJU DAN BERJAYA DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA IBUNDA MASING-MASING DALAM PELBAGAI BIDANG....BUKAN HANYA DI BIDANG UNDANG-UNDANG SAHAJA!!!!!!

JANGAN SAMPAI ORANG KATA ...TAK FAHAM BAHASA KE!!!

Anonymous said...

Erm, maybe not good to make fun of dead man.

But erm, I always make fun of Teresa's bad English.

What am I to do? I can barely understand Chinese. And they can hardly communicates in Malay too.

It's REALLY communication breakdown.

Am I supposed to learn another language other than the national language to understand our elected reps?

Also, if you can't speak proper English doesn't matter ppl make fun/"menghina" you...Lots of Hong Kongers, Japs, Chinese nationals can't speak proper English...I dun think they care when ppl belittle them...They just flash their $$$$ or refuse to speak English...That's actually quite humourous...I've tried it on Teresa when I refused to converse in Chinese with her....Kee Kee...