Tuesday, October 7, 2008

KETUA CAWANGAN TANDING N PRESIDEN?

Ketua UMNO Cawangan Kampung Ubai, Pekan, Pahang, Mohamad Hanapi Salleh, mengumumkan hasrat bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti Mac tahun depan sekiranya mendapat pencalonan.

Mohamad Hanapi, 53, yang memegang jawatan Ketua UMNO Cawangan itu sejak 32 tahun lalu berkata, pertandingan dalam parti mencerminkan demokrasi masih hidup di dalam UMNO dan ia merupakan satu perkembangan positif.

"Setiap ahli berhak bertanding bagi mana-mana jawatan jika mempunyai kelayakan dan sokongan mencukupi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. (Sumber: UM)

(Renungan Rimau : Apa dah jadi ni? Ikut suka hati kau lah labu. Tetapi difikirkan semula....tawar diri saja, terpulanglah kepada ahli UMNO di seluruh negara.)

23 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Kita selalu memandang hina dan remeh kalau orang bawah beri pandangan dan buat tindakan walaupun itu adalah haknya.

Tetapi kita akan ampu dan bodek jika orang atasan buat kerja gila dan salahguna kuasa.

rizal hashim said...

Salam datuk,

saya tak fahamlah budaya Umno ni. Sekejap kata nak kukuhkan parti, tapi lepas tu berebut jawatan. Kenapa pemimpin Umno ni tak ukur baju badan sendiri?

Kalau ikut saya, ranking carta empat teratas dari segi credentials

1. Ku Li
2. Najib
3. Muhyiddin
4. Rais Yatim

Tak mau ulas yang lain!

Tinta Biru said...

Salam Datuk,
Ok ke? Mungkin dia rasa dapat sokongan DIKALANGAN kawan2 setempat..nak cuba nasib kot?

Anonymous said...

apa nak jadi ni entah.baru ketua cawangan tetapi mahu bertanding untuk jawatan no2 tertinggi.

adakah ini satu cubaan untuk mendapatkan perhatian dari masyarakat khususnya ahli-ahli UMNO?ada kemungkinan begitu.

kalau setakat ketua cawangan rasanya belum layak lagi untuk memegang jawatan di Majlis Tertinggi.MT mempunyai ahli-ahli yang memang berpengaruh di seluruh negara dan bukan hanya sesetengan tempat sahaja.sokongan harus diperolehi dari seluruh negara dan bukan hanya setakat 1 atau 2 cawangan sahaja.

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Mungkin strategi dia sama dengan Ketua PKR bahawa dia ada senarai (MP-MP)untuk jadi PM TETAPI untuk Mohd. Hanapi Salleh dia kemungkinan dia mempunyai banyak bahagian-bahagian yang menyokong dia layak untuk bertanding jawatan naib Presiden.
" MALAYSIA BOLEH " INI NEGARA DEMOKRASI

WAK SAPU said...

Wak amat kenal siapa Hanapi Salleh tu. Kepala bukan betul sangat. Tanya orang Pekan dan Kuantan semua tahu siapa dia. Tanyalah orang BTN, Penerangan, JASA, Belia dan Sukan, Kemas dan lain-lain agensi kerajaan kat Pahang. Mereka hanya akan geleng-geleng kepala dan ketawa sinis bila Napi tawar diri. Dia dah buat halllll....

Unknown said...

salam dato',

perumpamaan paling sesuai buat Jazlan dan Hanapi ialah "ukur baju dibadan sendiri".

untuk naik setapak lagi dalam karier politik itu memang bagus.tapi biarlah kena pada caranya.naik setapak demi setapak dan bukannya naik terus menggunakan lif dari tingkat 1 ke 101.

tapi meraka hanya dapat menawarkan diri sahaja.jika dicalonkan dan menang,di kira rezeki.kalah?anggap sebagai pengalaman berpolitik.

amirul said...

Salam Tok Tiger,

Dari pengamatan saya, mereka2 yang berkenaan itu cuma mahukan kedudukan tinggi, kuasa lebih, wang ringgit pun lebih bukannya nak sangat bela nasib bangsa,agama dan negara. Semua ada kepentingan tertentu... Tidak seperti pemimpin2terdahulu yg lebih utamakan parti dari kepentingan diri sendiri. Inilah pemimpin2 yang ada dalam UMNO ketika ini. Mane rakyat tak luat dgn perangai sesetengah pemimpin macam ini? Saya pun dah naik jelak dan meluat yang teramat sangat! Wallahualam...

JantanGiler said...

Sikap ahli UmNo dah jelak dgn pemimpin dgn menawarkan diri utk bertanding menunjukkan ketidak percayaan kepada pemimpin. Bukan tamak utk jawatan Timb.Presiden tetapi sekadar signal dari bawah bahawa mereka diatas sudah terlalu lama memkayakan keluaga,tidak layak lagi utk memimpin dan amat penat dgn berbagai scandal sensasi.

Anonymous said...

ramai yang tak suka pada Pak Lah dan masih ada yang inginkan Pak Lah terus berkhidmat.

ada sebilangan NGO yang sudah menyatakan sokongan mereka buat Pak Lah.

sesiapa yang mahukan Abdullah untuk kekal hendaklah memberi sokongan sepenuhnya kepada beliau dan berikan peluang untuk dia terus menjadi Perdana Menteri sehingga tiba saatnya dia berundur.

Mazlan, said...

ADA CERITA DARI INDIA. DIA MASUK BERTANDING DAPAT EMPAT UNDI. DIA KATA SEMUA ORG YG SAYANG BAGI UNDI PADA DIA. EMAK DIA SATU UNDI,BAPA DIA SATU UNDI, BINI DIA SATU UNDI. BILA KIRA PI KIRA MAI...BINI DIA TANYA MANA DAPAT SATU UNDI LAGI?RUPANYA DARI GIRL FRIEND DIA. MULA BINI DIA MENGAMMUKKKKKK....

vicky said...

Sementara mana ada budaya di dalam politik? Come and go politicians nowsaday. But whoever feels that they are qualify to stand for that post..of course go for it ...never let chances drip through the fingers.

Musallam said...

Salam,

Kalau dari ahli MT hendak jadi Naib Presiden, saya rasa ada juga logiknya, sebab "jaraknya dekat".

Tapi kalau dari ketua cawangan hendak jadi Naib Presiden, saya rasa samalah seperti seorang ketua bahagian yang hendak jadi calon Timbalan Presiden.


Mungkin mereka ini tidak boleh mengukur baju di badan sendiri?

sumandak bayu said...

Kalo dia yakin kita bagi sokongan padu tapi kalo setakat nak buat GIMIK baik jan coz ni bakal jejaskan kepimpinan dia dalam cawangan.

Bukan tak bagi semangat tapi adat perlawanan kena terima hakikat bila nasib tak menyebelahi kita.. Risau nanti pandai pula nak sabotaj tanda protes ni yang kita risau..

junkopile said...

assalamualaikum tok rimau
salam ketupat and rendang juga, ni la asam garam dalam politik buat mcm mana pum mesti ada yang pusing2kan, memang susah nk puaskan hati semua orang yang penting apa yg dilakukan terbaik utk orang ramai..
bila buat open house tok??

Anonymous said...

Datuk,
Suara Generasi Baru

Hari ini cabaran paling sukar sekali dalam memikirkan masa depan politik orang Melayu. Pada siapakah harus Melayu itu bergantung? Pada UMNO, PAS atau PKR atau mungkin parti pelbagai bangsa DAP mahupun GERAKAN. Setiap kali saat berlalu, minit beredar dan masa berjalan masa depan orang Melayu terus dilanda seribu satu persoalan. Di kem UMNO yang selama ini menjadi tempat perlindungan kebanyakan orang Melayu selama ini keadaan menjadi semakin tidak menentu. Nakhoda dan kepimpinan menjadi rebutan. Dari Ketua Cawangan, bekas tahanan ISA, sehinggalah veteran UMNO semua menyatakan hasrat ingin memimpin UMNO utk memulihkan UMNO secara maksimum. Orang tua menyatakan org tua punya pandangan perlu didengar yang muda pula kata kita perlu meremajakan parti. Entahlah. Nak sandarkan kenangan pada PAS pun tak pasti lagi. Yang mazhab endorgan nya la mazhab ortodoksnya la dan pelbagai lagi kesulitan dlm kepimpinan. Kes muhabalah bersama Pak Lah pun entahlah. Poning kepala den. PKR pula kini sedang sibuk dengan pembinaan patung nazinya. Masalah dlm PKR pun byk merunsingkan. Semua kaum nak dapat kelebihan. Nak sebut ketuanan Melayu serba salah plak sebutlah ketuanan rakyat. Ok la tu kononnya. Roboh kuil Hindu marah org India. Padahal bknla nak menghina kat Selangor Darul Ehsan tu ada beribu2 kuil berdaftar. Apa la nak di ‘hamakkan’ Susah2.. Sekarang ni susah. Sebut nama Melayu kang org kata racist. Apakah racist sgt org Melayu selama 51 tanah air ini merdeka?? Selama 51 tahun negara ini merdeka adakah terdapat berates ribu org bkn Melayu yang mati kebuluran ditindas org Melayu? Tak de kan. Ape nak gaduh2. Negara kita ni kecik je. Sama-sama mahu hidup. Kalau org lain berjuang atas nama bangsa dikatakan mempertahankan hak org Melayu pun begitu. Bkn racist. Sempena bulan baik hari baik ni berdamailah kita. Cabaran masa depan semakin besar. Jgn lah ungkit benda yang kita dah persetujui 51 tahun dahulu. Bangunlah. Tolong lah pemimpin Melayu berikan kami org muda generasi baru ruang utk hidup dgn aman dan bahagia. Tolong deh….Plez..

Amir

hasipin66 said...

Salam TokTiger,

Atas nama demokrasi Mhd.Hanapi (ketu Cawangan UMNO)telah memberanikan diri bertnding sebagai calon Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan March 2009.Saya berpendapat Mhd.Hanapi perlu diberi sedikit pujian,kerana sekurang-kurang tindakan beliau ini meghiburkan dan meredakan kesarabutan minda kebanyakan pemimpin UMNO,terutamanya ahli UMNO yang punya niat nak masuk bertanding akan datang.

Yang pasti niat Mhd.Hanapi ini,tak sampai kemanapun.32 tahun sebagai ketua cawangan UMNO cukup lama juga,Tun M sebagi PM 22 tahun,UMNO masuk di Sabahpun agaknya 18 tahun,ertinya 32 tahun sebagai ketua cawangan UMNO sama dengan umur YB.Khairy Jamaluddin.

Apapun Mhd.Hanapi,agaknya saja nak buat gimik.Saya cadangkan kepada Mhd.Hanapi agar mencipta satu produk dan jenamakan dengan segera,kerana nama Mhd.Hanapi tengah hot kat seluruh Malaysia.

Soal nak masuk bertanding sebagai Timbalan Presiden Parti UMNO,ibarat bumi dengan langit dan seperti siang dengan malam tidak bersatu.

Anonymous said...

Apa dah Jadi?
Semua ni merepek dan merapu belaka! parti UMNO dah jadi sarkas, sangat meriah sekali begitu banyak badut2 tampil tunjuk karutnya. Apakah dengan cara ini akan menarik ramai golongan muda? orang dewasa pun belum tentu tertarik dengan politik huru-hara ini! ahli akademik? jatuh standard..
agaknya apa yang difikir Nik Aziz, Hadi atau Anwar? silap haribulan diorang kesian tengok UMNO kini tergerak hati masuk UMNO sebab nak ajar cara main politik yang betul, manalah tahukan strategi Pak Lah..

R@duan said...

Sungguh terhibur kerana banyak kelakarnya...ketua cawangan tetapi mahu bertanding untuk jawatan no2 tertinggi. mungkin terlebih makan lemang! Dalam pada rakyat dah nampak PKR sudah mula goyah kerelevenannya, ada pulak dalam Umno buat kelakar! buat orang lagi getik..

Anonymous said...

Biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya...biarkan,biarkan..!!

Anonymous said...

Aagak-agak la kan.
Tak kan nak bertanding semata-mata kerana pilihanraya.
Jangan sebab nak mengangkat nama sendiri dan karier politik sahaja.

WAK SAPU said...

Wak rasa DS Najib tentu rasa terguris dan malu bila Hanapi Salleh buat macam tu? Kerana cawangan Ubai terletak di UMNO Bahagian Pekan.Atau adakah Hanapi sengaja nak memalukan Najib????

rayliew said...

Apakah yang dimaksudkan demokrasi??? iany semakin merungsingkan, semua orang gunapakai perkataan ini untuk motif sendiri..

Apakah kita mahu semua orang berebut sampai wujudnya puluhan calon untuk merebut satu jawatan tertinggi, sedangkan ramai yang tidak berkelayakan dari segi kepimpinan dan pengelaman..

Kalau ini terus berlaku, budaya ini akan merebak ke pemilihan bahagian dan cawangan sehinggakan wujudnya pertandingan banyak penjuru dan menwujudkan suasana yang kucar-kacir...JANGANLAH SALAHGUNAKAN PERKATAAN "DEMOKRASI" YANG MULIA..