ALONG DUNIA. Hari ini, saya diberitahu oleh kawan mengenai wujudnya "along antarabangsa" yang memberi pinjaman seperti along di negara ini.
Seperti along di Malaysia, along antarabangsa ini juga kejam dan zalim.
Along antarabangsa itu ialah IMF atau Tabung Kewangan Antarabangsa.
Antara kekejaman mereka ialah jika mengambil pinjaman daripada mereka, negara peminjam perlu mengikut kehendak mereka termasuklah terpaksa menjual syarikat negara yang tenat kepada syarikat gergasi dunia.
Mereka juga tidak membenarkan pemberian subsidi atau sebarang keistimewaan diberikan seperti membantu golongan miskin.
Patutlah TDM tidak mahu Malaysia pinjam daripada IMF.
Tetapi ada orang yang mahu membuat pinjaman ketika itu. Siapa nak jawab?
Sunday, June 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
salam...
saudara anwar yang nak sangat pinjam dengan ABANG LONG IMF. mungkin dia dapat komisen kot.
tapi pada masa itu, TDM dikecam hebat kerana perbuatan bodoh tidak mahu pinjam wang dengan IMF. PAS bukan main dalam harakah bersubahat dan bersahabat dengan IMF. Banyak terjemahan artikel tentang keburukan malaysia kerana bodoh tidak mahu meminjam wang sebagaimana dilakukan oleh thai, indo...
abe MIE masih ingat bagaimana mereka maki hamun TDM tentang hal ini. tapi bila TDM keluar UMNO, mereka pula nak TOLONG.
bak kata- TIPU ORANG TOLONG ORANG/ TOLONG ORANG TIPU ORANG-TOTO mana betul?
pkrpasdap.blogspot.com
Sdr Abe Mie,
TOTO - TEMBERANG ORANG, TIPU ORANG.
Jangan pinjam daripada along, pinjamlah daripada Paklong.
Paklong pun kalau boleh jgn pinjam, nanti kalau lambat bayar satu keluarga dia cerita. Kalau nak pinjam, pinjam dengan lambang tiger.
A'kum DIY,
Inilah masalah nyawa di hujung tanduk rakyat Malaysia hari ini. Kita khuatir si pucuk pimpinan bahlul yang ada tu tak semena-mena bertindak bodoh buat pinjaman nanti.
Lepas Pulau Batu Putih tergadai, ada kemungkinan Pulau Pisang belum selamat lagi. Silap haribulan "Batu Najib" pun digadai Si Dolah. Nampak macam akal pendek tapi usaha buncitkan perut keluarga sendiri dia pandai pulak guna otak dia. Tang IMF janganlah pulak dia buat melatah nak pi pinjam untuk poket dia tapi gadaikan negara. Rakyat dan kita semua yang naya nanti.
Solat hajatlah ramai-ramai 40 hari 40 malam gulingkan 2 polong kepala besar kat atas tu. Betul-betul menyusahkan rakyat jelata.
alaaa tok. dunio ni pun memang pinjam-pinjaman. kalau takdo pemberi pinjam, takdo la peminjam. tapi kalau pemberi pinjaman dah macam lintah darat, kono begonti la copek. yg kita takut ni orang yang suko meminjam tapi tak goti nak bayar balik.
dulu ado kisah sorang penjudi di genting highlands. ponah masuk paper kisah ni. dio dah kalah, pinjam la kek along genting. kalah lagi, pinjam lagi... last-last dio tak buleh baya. dio bagitau along tu 'I GIVE U THE KEYS TO MY HOUSE'!
jgn la jadi macam ni kek negaro kito...
Masa saya kecik-kecik dulu, negara kita ada pinjam duit sikit dengan World Bank.
Rakyat dijual dengan istilah "Merancang Keluarga."
Saya di kampung setinggan selalu kena tonton wayang tunjuk bagaimana satu baldi susu beri minum dua anak, berbanding dengan satu baldi susu beri minum lima orang anak.
Kemudian bila TDM naik jadi PM, khabarnya hutang dengan World Bank tu dah habis di bayar.
TDM perkenalkan konsep beranak banyak-banyak, tetapi didik sampai jaya. Ditonjolkan dalam arus media perdana mana-mana keluarga yang anak ramai, tetapi semua anak-anak itu berjaya. Kebanyakan yang ditonjolkan pula ialah keluarga Melayu.
Orang kampung yang tak tau cerita tapi boleh pikir sikit, mula pening kepala.
Kejap suruh anak sikit, kejap suruh anak banyak.
Bukan setakat Bank Dunia, dengan kawan pun kalau kita pinjam duit, dia kontrol kita.
Sdr Azlan,
Sebelum pinjam dengan Paklong, kita kena bagilah beberapa syarat antaranya "biar pecah di perut dan jangan pecah di mulut". Peminjam pun boleh bagi syarat itupun jika tidak terdesak. Orang yang banyak duit tu, jika kita minta sikit duit dia, pasti dia merasakan macam istilah "dicelah gigi". Cubalah.
Sdr Pemuda Pelapis,
Kita boleh pinjam tetapi negara kita akan berada dalam keadaan defisit. Sebelum tahun 2000, defisit kita hanya 3.2 peratus saja.
Akibat krisis kewangan kerajaan telah mengalami satu cabaran di mana terpaksa belanja lebih kerana pihak swasta tidak yakin. Ini menyebabkan defisit meningkat 5.5 peratus. Sejak merdeka kita tidak meminjam untuk bajet mengurus tetapi untuk pembangunan saja.
Malaysia meminjam dalam RM20 bilion saja kerana jika kita pinjam RM40 bilion, defisit kita boleh mencecah 6 peratus.
Sdr Bujai,
Pinjam bole tapi tengok-tengokla sapo yang kito ambik duit. Kalau lintah darek, baik tak usah. Menjorot diri jo. Menyosa nanti.
Satu lagi, judi tu haram. Buek apo nak berjudi kalah asyik kalah ajo. Kalau monang pun sokali dan kalah memanjang, baik borhonti.
Sdr G Jiwa,
Betul. Siapa yang banyak duit, dialah yang control kita. Lihat sajalah di negara ini di mana kebiasaannya kapitalis menguasai ahli politik. Lepas itu, negaralah yang akan dijual jika kapitalis tamak dan haloba. Minta dijauhkan.
Yahudi ooo Yahudi,
Negara kecik otak besar. Bukan cerdik, tetapi pandai putar.
Pandangan TDM sepatutnya menjadi 'guideline' dalam kepimpinan. Walaupun seribu profesor yang taksub dan pakar dalam bidangnya. Takkan sama rentak-tarinya semasa memimpin kerajaan. Inilah pengorbanan yang Pak Lah harus terima dan akui kebenarannya, yang telah membawa beliau ke arah kehancuran.
Saya tidak sedih atau simpati kehilangan Pak Lah. Malah tumpang gembira, jika masyarakat Malaysia bercakap-cakap, bercerita tentang Tun M dan kepimpinan terdahulu, yang telah membawa Malaysia menjadi sebuah negara bermaruah, berdaulat serta dihormati oleh jiran dan lawan.
ADAM AMIN
Anwar memang orang yang tak boleh dipercayai..takkan dia tak tahu apa kesan dia kalau meminjam dari IMF..jumlah yang dipinjam bukan sedikit..banyak negara yang telah membuat pinjaman dari IMF menghadapi masalah untuk melangsaikan hutang dan ini sekaligus memberi kesan buruk kepada negara..takkan anwar tak tahu perkara sebegini akan berlaku, adakaha dia tak tahu ataupun sebenarnya dia ni bodoh dan hanya tahu bercakap saja? kenar berhati2 dengan anwar..
SALAM D.I.Y,
Pada hemat saya, tidak perlu pinjam-meminjam sekiranya duit kita cukup bagi menampung keperluan yang asasi dan bermanfaat untuk semua,tetapi sekiranya ingin meminjam juga atas alasan kepentingan bersama,manfaat bersama,kegunaan bersama,kesejahteraan bersama dan kebaikan bersama pinjamlah pada seseorang,sesebuah instiusi,dana,badan,tabung,kerajaan yang tidak akan menyusahkan kita semula contohnya tidak mengawal kita,mana-mana kerajaan yang boleh beri pinjaman pada kadar faedah paling rendah dan jangkamasa yang berpatutan pada kita tidak ada salahnya..TDM DULU BOLEH BUAT BRO......HIDUP TDM.
Sdr Adam Amin,
Menyentuh mengenai profesor ini, saya pun tertanya-tanya ada ke usaha profesor ekonomi sekarang untuk memberi cadangan kepada kerajaan bagaimana untuk menyelesaikan masalah kenaikan harga minyak.
Mungkin mereka ada cara yang terbaik untuk menyelesaikannya. Yang saya tahu, profesor ekonomi ni pandai-pandai belaka. Mereka berkelulusan Yale, USA atau LSE, London. Janganlah biarkan kerajaan dan rakyat terus sengsara. Satu dimarahi, satu lagi orang yang suka marah. Apatah marah, pertengahan bulan, poket sudah kosong.
Sdr KL,
Jika Sdr melihat gambar ketika Presiden Suharto menandatangani perjanjian dengan IMF sewaktu krisis matawang dulu, Sdr mungkin boleh merasai bagaimana perasaan rakyat republik itu terutama melihat orang yang berdiri di sebelah "memerhatinya" dalam keadaan berpeluk tubuh.
Sdr Terubuk Jantan,
Kita perlu menggunakan wang yang ada untuk belanja mengurus dan meminjam untuk pembangunan. Perbelanjaan pembangunan ini akan mendatangkan pulangan jika projek yang dibuat menjadi katalis kepada perkembangan ekonomi. Itu sebabnya peniaga yang bijak menggunakan duit orang lain untuk berniaga. Duit kawan, duit bank, duit networking atau duit isteri. Isteri bagi ke?
Masalah ekonomi dan kewangan negara tidak boleh diselesaikan oleh pakar ekonomi atau kewangan, tentulah lagi sukar untuk Professor dalam bidang yang sama. Meminjam merupakan tambahan kepada masalah.
Begitu juga kenaikan harga minyak petrol tidak boleh diselesaikan oleh Negara Pengeluar Minyak Dunia (OPEC).
Bloggers hanya boleh menyumbang. pengguna dan end user sahaja yang boleh menyelesaikannya. Sebab itulah TDM melihat dirinya sebagai pengguna dan end user.
Tetapi kerajaan hari ini melihat diri mereka sebagai pembuat dasar mencari nama dan popular, mempolitikkan semua perkara, mengambil untung di atas kesempitan rakyat. Mereka terlepas dari segala tempias. Mereka mengambil justifikasi dengan memberi 1001 alasan- kluangman
Sdr Kluangman,
Kadangkala pakar ekonomi negara juga memerlukan "minyak pelincir" untuk membolehkan otak mereka berputar. Jadi, minyak pelincir ini yang diperlukan daripada profesor ekonomi dan kewangan untuk membantu mereka dalam memperkenalkan idea-idea baru. Bukan "minyak pelincir" yang tidak digemari oleh BPR. Itu bahaya.
Dalam mencari minyak pelincir yang mujarab terutama untuk 'pakar' memberi pandangan dan buka mulut, maka saya memberi contoh. Bekas Hakim Negara, Tan Sri Azmi telah membuka mulutnya sebaik sahaja menerima 'minyak pelincir - berupa ex-gratia.
Mungkin bukan itu maksud saudara Ibrahim.
Sdr Anon,
Itu minyak pelincir lain. Itu dapat duit. Lepas tu buka mulut atau tidak, itu terpulanglah kepada tuan punya badan.
Apa yang saya maksudkan sesuatu cadangan yang boleh membantu pakar ekonomi dan kewangan negara menggerakkan otak mereka bagi merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk negara. Mungkin idea itu mudah saja tetapi kesannya baik dan mujarab kepada negara.
Macam penetapan kadar ringgit kepada dolar ketika krisis matawang dulu. Ketika itu, TDM memanggil TS Nor Yakcop untuk menerangkan apa yang boleh dilakukan untuk menentang penyangak matawang. Ketika itu, TDM sudah mempunyai idea tetapi beliau mahu tahu boleh atau tidak atau apakah kesannya. Apabila TS menjelaskan dengan panjang lebar, maka TDM membuat keputusan untuk menetapkan kadar tertentu. Maka selamatlah Malaysia. Itu je.
Post a Comment