Wednesday, June 25, 2008

KEPENATAN GANGGU KERJA HAKIKI?

Oleh Ibrahim Yahaya
(Sinar Harian: 25/6/08)


Apa yang anda akan lakukan jika perbelanjaan melebihi pendapatan bulanan? Ini membabitkan mereka yang makan gaji. Pertama, adakah anda akan berniaga kecil-kecilan dengan membuka kedai makan? Bergiat secara aktif dalam perniagaan jualan langsung atau menjual insurans dan saham amanah? Atau ketiga, anda berhenti makan gaji dan berniaga sepenuh masa.

Jawapan kepada soalan itu sudah tentu bergantung kepada kemahuan dan kesungguhan. Hendak seribu daya, tidak mahu seribu daleh. Ia juga tertakluk kepada kemahiran dan kebolehan untuk berjaya serta mengharungi cabaran. Makan gaji tiada cabaran tetapi pendapatannya tetap dan kecil. Berniaga pula banyak cabaran tetapi jika bekerja keras pasti mendapat pendapatan lumayan.

Seorang yang cekap memasak akan berusaha untuk membuka kedai makan untuk menjual makanan yang digemari ramai seperti nasi campur, nasi ayam atau makanan barat. Makanan yang dijual bukan saja mesti sedap tetapi tidak terlalu mahal bagi membolehkan setiap lapisan rakyat menikmatinya. Pengusaha perlu memastikan kedai makan mereka bersih, cantik dan teratur sepanjang masa. Tiada lalat atau sampah.

Bagi orang yang pandai bercakap dan mampu menyakinkan orang, bolehlah bergiat cergas dalam perniagaan jualan langsung. Peluang membabitkan diri dalam perniagaan jualan langsung kini melambak di pasaran terutama produk kecantikan. Apa yang perlu ialah kesungguhan dan “muka selamba” apabila menghadapi pelanggan. Anda juga boleh membabitkan diri dalam perniagaan insurans atau unit amanah.

Seorang teman mendapat lebih RM120,000 sebulan dengan menjual insurans. Sebenarnya ada ejen insurans yang mendapat RM1.8 juta sebulan menjual insurans bersepadu yang membabitkan 800,000 kakitangan kerajaan. Carilah dan belajarlah daripada individu berkenaan. Ada juga yang menjual unit amanah saham yang boleh mencecah RM150,000 atau lebih daripada itu. Tidak hairanlah dalam usia muda mereka memandu kereta mewah termasuk Ferrari.

Hakikatnya apa yang dibuat mesti mendatangkan hasil atau menambahkan pendapatan. Jika tidak lumayan sekalipun ia mungkin cukup menampung kekurangan pendapatan dan lebihan perbelanjaan berikutan perkembangan terbaru dalam kenaikan harga minyak dunia. Jika tidak berusaha, manakan boleh dapat sagunya.

Oleh itu, kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan perlu diambil oleh golongan yang mengalami “defisit” ini agar dapat segera memulihkan kedudukan ekonomi mereka. Ia mungkin berbentuk langkah jangka pendek atau jangka pertengahan untuk mengatasi kemelut ekonomi peribadi. Jika sudah stabil dan tersusun, usaha itu boleh dijadikan langkah jangka panjang bagi memastikan keperluan hidup sentiasa terjamin.

Ahad lalu, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan akan mengeluarkan permit perniagaan kecil untuk golongan berpendapatan rendah sebagai satu lagi langkah proaktif meringankan beban mereka akibat kenaikan harga minyak dan barangan.

Permit-permit berkenaan diberi untuk tempoh jangka pendek dan jangka panjang mengikut keperluan pemohon.

Kakitangan awam yang terbeban dengan peningkatan kos sara hidup kesan kenaikan harga bahan api itu juga boleh memohon permit berkenaan untuk menjalankan kerja sambilan. Permit berkenaan melibatkan perniagaan dan penjaja kecil seperti di pasar tani, pasar malam dan kawasan perumahan yang mempunyai ruang untuk kegiatan itu.

Bagaimanapun, kakitangan kerajaan berpendapatan rendah yang berminat perlu meminta keizinan ketua jabatan supaya tidak mengganggu tugas dan tanggungjawab di pejabat. Sekiranya langkah ini tidak menyebabkan mereka mengabai tugas dan tanggungjawab, mereka boleh memohon. Ia bergantung kepada permohonan dan pertimbangan ketua jabatan masing-masing.

Pengumuman itu dibuat selepas majlis taklimat khas mengenai penstrukturan semula subsidi kepada anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) di Auditorium Perdana, Angkasapuri.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga memutuskan untuk membantu pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) dalam menghadapi beban kenaikan bahan api itu.
Langkah itu, dipersetujui tetapi perlu diteliti oleh Kementerian Kewangan kerana ia membabitkan isu cukai. Bagaimanapun, ia akan dilaksanakan secepat mungkin.

‘‘Walaupun pada peringkat awal Kementerian Kewangan mencadangkan perkara ini diumumkan dalam pembentangan bajet Ogos ini, saya fikir jika ia dilaksanakan dua bulan lebih awal ia boleh membantu golongan ini,’’ ujarnya.

Kedua-dua langkah proaktif kerajaan itu perlu disambut baik oleh semua pihak terutama ketua jabatan kepada pekerja bawahan dan agensi yang terbabit dalam membantu pengusaha IKS di seluruh negara. Niat murni dan kelonggaran kerajaan itu tidak akan bermakna tanpa sokongan mereka bagi menjayakannya.

Dalam pada itu, golongan berpendapatan rendah yang dibenarkan berniaga perlu memastikan usaha mereka itu tidak menjejaskan kerja hakiki di pejabat kerajaan. Dalam ertikata lain, mereka tidaklah “memberi lebih tumpuan” kepada kerja sampingan ini sehingga tidak terdaya dan bermaya menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.

Umpamanya, jika mereka mengambil keputusan untuk berniaga di pasar malam atau tani di hari bekerja, mereka perlu memastikan tidak menjalankan perniagaan sehingga memenatkan badan. Apabila badan letih sudah tentulah timbul perasaan malas untuk pergi bekerja atau tidak memberikan sepenuh tumpuan kepada tugas dan tanggungjawab. Ketika itu, semua pihak akan rugi termasuk rakyat dan kerajaan.

Oleh itu, mereka perlu merancang kegiatan perniagaan itu terutama dari segi keperluan masa dan tenaganya agar ia tidak mendatangkan beban kepada mereka.

Jika berniaga selama dua jam boleh menambahkan pendapatan, maka mereka hanya perlu berniaga selama tempoh itu saja. Ini kerana jika mengambil masa yang panjang, mereka pasti letih kerana terbabit dalam kegiatan mempersiapkan barang-barang untuk dijual, melayan pelanggan dan seterusnya mengemaskan semula barang-barang itu.

Peniaga juga perlu memastikan wang, masa dan tenaga yang dicurahkan itu “berbaloi” dan memberikan pendapatan yang baik agar tidak seperti berniaga buluh kasap, sentiasa rugi dan untung pun selalunya lesap. Hilang di tangan orang tengah atau lintah darat.

Saya pernah dinasihatkan agar tidak berniaga dalam bidang yang kita kurang mahir atau terlalu baru yang tiada rangkaian boleh membantunya. Akibatnya, kita bukan saja rugi tetapi akan berhutang dengan orang lain. Namun, ada juga kawan yang kini bergelar jutawan kerana bergiat dalam bidang baru yang dikuasainya sejak 25 tahun lalu.

19 comments:

Anonymous said...

Akum datuk tiger.....
Bab ni saya rasa ada beberapa perkara kita kena tgk blk.contohnya,kata kan la kakitangan kerajaan diberikan kebenaran berniaga.kita amik contoh....pasar malam.kakitangan kerajaan habis keja pukul 4@5 ptg.kita kalau nak berniaga dipasar malam tak kan nak pi pukui 5.nak tak nak pukui 11 kena pi dah bukan paai apa nak berebut tapak.kalau pi pukui 5 ke 6 ,org lain dah untung beratus ringgit,kita baru nak cari tapak.tu tak campoq balik rumah salin baju ,amik lori......tak kan nak bawa lori pi parking kat office.kena keja kat putrajaya,pejabat PM plak tu,ha!parking lori pick up kat dpn pejabat pm.....heheheh.lawak kan.jadi banyak benda kena tgk balik.jgn main bagi aje.

ibrahim yahaya said...

Sdr Ilhan Mansis,

Apa yang Sdr sebutkan itu memang benar.

Sebagai peniaga, kita akan memikirkan pelbagai perkara termasuklah bekalan barangan, tempat berniaga, cuaca, pengangkutan, kesesakan lalu lintas atau perkara remeh seperti wang tukar. Oleh itu, kita tidak mahu mereka sibuk memikirkan pasal berniaga sehingga menjejaskan konsentrasi kerja hakiki.

Ketua Jabatan tolonglah fikir-fikirkan.

Anonymous said...

Salam,

Kalau macam tu, apa gunanya beri permit berniaga pada kakitangan kerajaan? Nak cari/berebut tapak time keluar kerja, dengan jalan jem lagi. Apa yang boleh dijual? Dengan keadaan yang macam ni, boleh ke dianggarkan pasaran? (dalam pada harga minyak naik, berapa ramai yang akan keluar belanja kat pasar malam). Orang makin kurang datang atau orang malaysia suka2 belanja tak kira susah atau senang.

Dalam beberapa posting yang lepas, saya suka menyebut mengenai KUASA BELI. Kalau Tuan belajar geografi masa sekolah menengah dulu, mesti Tuan akan lalu benda ni. Contohnya, kawasan yang luas di negara China dan India serta penduduk yang ramai membawa kepada pasaran yang luas. Soalnya, sekiranya penduduk yang ramai beri pasaran yang besar, sekiranya kuasa beli adalah rendah maka tak boleh jadi juga.

Ada cerita ekonomi akan meleset bermula dari kenaikan harga minyak dunia. Apakah langkah2 konkrit kerajaan sekiranya ia melanda negara kita? Bagaimana perancangan selepas kita dapat mengharungi kemelesetan tersebut nanti? Adakah taraf hidup kita akan meningkat? Kos sara hidup juga akan meningkat berkali ganda sejajar dengan peningkatan taraf hidup?

Satu lagi yang suka saya sebut ialah wawasan 2020. Adakah kita telah benar2 bersedia ke arah itu?

sham

terubuk jantan said...

ASSALAMUALAIKUM DATO,
Saya baru selesai membaca akhbar sinar dan telah membaca ruangan hasil tangan Dato.Saya amat bersetuju dengan pandangan dato bahawa sekiranya kita tiada pengetahuan atau kurang mahir dalam sesuatu perniagaan kemugkinan untuk rugi itu besar,dalam ketika ini ramai mereka yang berniaga tidak kira besar atau kecil namun saya nampak kadangkala produk atau perkhidmatan perniagaan itu sama dan tiada perancangan dalam perlaksanaanya lebih-lebih lagi bagi peniaga baru yang kurang pengalaman dan latihan(bimbingan).Keaadaan ini berkemungkinan menjurus kepada hal yang menjadi tajuk tulisan Dato 'KEPENATAN GANGGU KERJA HAKIKI'.Kebarangkalian ini besar sekiranya tiada perancagan yang rapi sewaktu pemberian permit oleh kerajaan pada golongan ini,jadi saya berpendapat pihak kerajaan harus merancang atau memantau keberkesaan peluang ini bagi kepentingan bersama dan ucapan tahniah juga pada pihak kerajaan kerana tahu yang rakyat(akar umbi) terhimpit dan tertekan akibat peningkatan harga minyak,ini adalah satu langkah yang diambil dan hadirkan lagi langkah-langkah yang membela rakyat,InsyAllah.Dato, Rasullah S.A.W juga pernah bersabda bahawa 9/10 punca rezeki itu dari perniagaan.

Kulupbana said...

Datuk,
Orang RTM tak boleh lah buat kerja part time; walaupun ada yang jual udang dan ikan pada waktu pejabat. Tak nak lah nanti belum lagi van nak gerak ke lokasi shooting, ada krew dah tanya soalan 'maut', bila nak habis sebab saya nak kena jual burger petang ni atau saya nak kena siapkan tempahan baju kurong malam ni.

Maka terkial-kial lah sang director muda nan masih mentah terpaksa cepatkan shooting demi melunasi tuntutan 'survival' orang lain.

Tapi kalau pegawai yang mengadap komputer tu bolehlah curi-curi cari duit tambahan buat skrip ka atau proposal ka atau buat VO pada waktu pejabat, bukannya sesapa perasan.Ada juga 'moonlighting' direct drama di sekitar KL atau bercuti panjang untuk siapkan 13 siri dokumentari. Ini lumrah yang dah lama terjadi; tiada teguran tiada tegahan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Sham,

Saya setuju dengan pandangan Sdr mengenai kuasa beli. Ini penting kerana jika gaji naik sekalipun, tetapi kuasa beli sama saja, ia tidak mendatangkan apa-apa makna.

Anonymous said...

Kakitangan kerajaan dan kakitangan swasta yang buat kerja sambilan ni bukanlah perkara baru. Dulu,kini dan selamanya tetap ada. Cuma sekarang telah diberi kebenaran dan dulunya tidak, atau dulu bosnya tutup sebelah mata sahaja. Nak kira kakitangan2 ini yang dok kendong katalog2 ke hulu ke hilir dalam ofis tu ramai. Jadi bukanlah isu besar sangat pon. Saya pon ada order tupperware dari katalog tu, senang nak bawa air masak ke opis.Cuma sekarang boleh lah dapatkan permit dan terang-terangan buka perniagaan kat pasar malam tanpa rasa takut. Pengamalan kerja sambilan ni memang lah bagus, kerja makan gaji adalah 1/10 pintu rezeki, dan perniagaan 9/10 pintu rezeki. Sesiapa yang makan gaji sambil berniaga ini dapat 10/10...lengkap tu. 10/10 rezeki pekerja bawahan mungkin masih tak sama dengan 1/10 rezeki perdana menteri atau bos2 kat pejabat tu.
Kepada yang rajin buat kerja sambilan ni, teruskanlah perjuangan anda dan satu hari nanti boleh buat sepenuh masa. 'You can terminate your own boss'.....haha.

Razlan said...

Salam,

Satu cadangan yang baik, dan memikat hati.

Boleh meringkan beban segelintir sahaja, tetapi bukan keseluruhan.

komen saya Untuk Kami Yang Makan Gaji :

http://razlans.blogspot.com/2008/06/komen-untuk-kamarulzaman-kamdias.html

** Pekerja swasta macam mana?

Anonymous said...

Bukan semua da kemampuan dan kemahiran utk menjadi penjual. bayangkan kalau semua kakiangan kerjaan jadi penjual insuran. 800,000.00 orang penjual insuran, jadi pasar pejabat takpun lenggang sebab semua keluar cari pelanggan.

Yang sudah kaya sebab bisness memang senag nak menasihatkan orang lain tapi bayangkan ibupa, makcik pakcik tuk nenek kita yang duduk dikampung, hasil dari pencen atau pemberian anak-anak, takan nak jual insuran, goreng pisang dan sebagainya. mereka ini juga trkena tempias hasil kenaikan minyak yang menyebabkan barang melambung tinggi. Ayah saya makan beras jati gred rendah RM18 sebelum kenaikkan harga sekarang dah rm32. pencen rm300. semalam saya telefon duit tinggal RM30 nak makan sampai hujung bulan. kesian la mereka jangan fikir sebab kita dah kaya ada duit kita tak peduli sedara kita di kampung-kampung.

Akar Umbi said...

DIY,

Nak jual insurans dan saham amanah nak kena ambil peperiksaan dulu, baru boleh jadi agen. Dalam keadaan ekonomi tak menentu ni, jual insurans mungkin masih boleh lagi. Tapi saham amanah, silap-silap kena belasah dengan pelanggan! Apatah lagi dengan pelanggan yang sedia ada, pastinya akan cakap, "Uit-unit yang sedia ada ni pun nilai dah merudum, kau bedek aku beli yang baru".

Apa nak jawab To'?

Mungkin boleh jawab begini, "Boss, saham amanah ni elok dibeli waktu macam ni, harganya rendah esok lusa atau mungkin tahun depan naiklah nilainya, boss boleh untung".

Tapi sebelum dia balas balik, kita dah tahu jawapannya "Kalau dah tak ada kepastian dalam pemulihan politik negara, pasti takkan naik. Tambah pula dengan krisis sub-prima di US, kau ingat aku boleh percaya cakap kau? Kau dengan pemimpin politik di atas sama aje, kirakan poket kau orang aja. Komisyen dapat ribu-ribu tapi poket aku yang rabak".

Anonymous said...

Sebelum kita menjalankan perniagaan secara fizikal, kita harus ada 'money minded' dan 'busines minded' terlebih dahulu.

Jika belum, kita hanya masih dalam kategori cuba cuba, syok sendiri dan ini berisiko tinggi.

Adalah lebih baik mencari jalan penjimatan sebelum memulakan perniagaan. Misalnya menanam sayur di belakang rumah atau di dalam pasu, banyak membantu menjimatkan duit dapor seharian. Begitu juga penjimatan air dan letrik.

Malangnya ramai juga yang be astro ??? - kluangman

Kulupbana said...

Datuk, saya sekali lagi,

Apa kata kalau kita hidupkan kembali tradisi MAIN KUTU; sorang RM200, kalau 20 orang main jumlahnya dah RM4 000, oklah tu; jangan ada yang pancit separuh jalan sudahlah.

Elok kalau bos join sama, baru nampak sejahtera dan harmoni.Bila dah ada duit, lupa sekejap 'statutory declaration' RPK.

Ted Torrence said...

Just wanna inform you this blog have been officially nominated as a candidate for …
Cuma nak beritahu saudara telah dipilih sebagai calon untuk …

The Greatest Malaysian Blog – BLOGGER (Bahasa)
Blog Malaysia Yang Paling Bagus – BLOGGER (Bahasa)
(http://thexopinions.blogspot.com/2008/06/greatest-malaysian-blog-blogger-bm.html)

YOUR OPINION COUNTS!

Message from:
the X opinions (http://thexopinions.blogspot.com/)

Anonymous said...

1.Dalam keadaan ekonomi yg merudum dan inflasi melebihi 40% dimana kehakisan kuasa membeli penguna menyebabkan banyak perniagaan gulung tikar. Sikap penguna mula berubah menjadi kais pagi makan pagi. Kalau dulu 3 hari sekali isi minyak penuh RM120, sekarang dah RM170. Maka terpaksa lah isi RM50 setiap hari. Meter minyak pun tak sampai setengah dan hanya boleh jalan 140 KM. Kalau dulu makan tengah hari kat warung biasa hanya RM5 sekarang ni dah RM9.

2.Membuat keputusan utk berniaga diwaktu ini adalah pelaburan yg paling mencabar. Banyak Hypermarket mengalami kemerosotan pelangan seperti Carefour, Giant, Tesco dll. Giant satu ketika dulu mengalami keciaran (liquidity) tinggi dimana jualan mencecah RM1 juta / sahari dan inventory yg minimum. Pembayaran pada pembekal antara 60 ~ 90 hari memberi pulangan interest yg amat menguntungkan. Kini Giant tidak mampu mengulangi kegemilangan dan diambil alih oleh Tesco.

3. Strategy Tesco adalah seperti pasaran saham dan setiap minggu harga runcit berubah untuk menarik pelangan yg setia. Minggu yg murah akan memberi harga yg rendah dan menarik.Minggu yg harga tinggi kekadang 12% melebihi dari Hypermarket yg lain. Ditambah pula dgn ‘house packaging / forward integration memberi lagi keuntungan sampingan .Keuntungan Tesco adalah pada average selling price.

4. Pada mereka yg berniaga pasar malam , keuntungan adalah dari pembelian harga murah dari pembekal secara volume. Tetapi perniaga pasar malam tidak mempunyai preservation storage untuk mengawal kelembapan menyebabkan pembelian secara volume untuk mendapat harga yg murah adalah mustahil. Kebanyakan peniaga pasar malam membeli samada dari Tesco , Giant, Carefour dll. Maka harga yg dijual masih mahal dan menghadapi persaigan sengit dan kekurangan pelangan.

5. Berniaga makanan adalah bidang yg paling mencabar. Kalau ketam sekilo RM18 lima ekor, perniaga akan menjadi serba salah untuk menjual RM 5 se ekor pada pelangan. Kebanyakan pelangan kini hanya mengambil sayur , telur dan ayam untuk makan tengah hari dan air kosong.

6. Direct Selling – Didalam keaadaan inflasi , penguna selalu nya akan memberi keutamaan pada perkara asas. Perkara sampingan seperti barangan penjagaan dan makanan sampingan kini payah untuk mendapat tempat seperti dahulu.

Cara yg terbaik untuk mengatasi kemelut ekonomi ini adalah dengan ‘mengubah cara hidup ‘ . Pilih lah kerajaan yg perihatin pada rakyat.

-Jantan Giler-

Anonymous said...

hello semua.
Sekarang ni memang susah. Semuanya naik. Harga minyak naik, harga barang dapur naik, itu naik, ini naik.
Pengumuman kerajaan untuk mengeluarkan permit tersebut ada pro dan cons nya. Namun seperti kata datuk tiger itu semua terpulang kepada individu. Mana yang kuat dan sanggup berkerja lebih sudah tentu peluang untuk mendapatkan pendapatan extra ada. Ini terpulang kepada kemampuan dan sanggupan individu..
Cara hidup juga perlu di ubah sedikit sekarang, jangan hanya mengomel tentang kenaikan tapi gaya hidup masih sama. Perancangan yang sama. Gaya berbelanja yang sama. Sikap yang sama.
Duit lebih yang diperolehi hasil dari kerja extra,ada baiknya jika digunakan untuk menampung perbelanjaan seharian. Beli minyak ke, bayar rumah ke. Jangan pula di jadikan sebagai budget untuk bershopping atau untuk trade-up handphone ke model yang lebih cangggih. Tak ada maknanya. Lepas tu, bila duit dah habis mula balik mengeluh tentang kenaikan itu dan ini.Menyalahkan kerajaan kerana tidak sensitif kepada keadaan rakyat.
Lalu, perancangan penting...

Anonymous said...

Zaman sekarang ni memang wajar untuk kita cari kerja tambahan untuk cari pendapatan lebih..Tak kira sama ada kita kerja kerajaan atau swasta..Dalam keadaan harga barang naik sekarang ni,carilah kerja tambahan yang halal untuk menampung keperluan kehidupan kita.Walau harga barang naik sekalipun, hidup mesti diteruskan..

Anonymous said...

Ubah gaya hidup..Itulah yang di sarankan oleh PM kita dalam keadaan sekarang..Itulah yg harus kita lakukan.Bukan bermakna perubahan mendadak tetapi secara sedikit demi sedikit supaya kita dapat serapkan perlahan2..Kepada yg ada peluang pendapatan tambahan tu,gunakanlah sebaik mungkin..Contohnya berniaga..Bukan semua di kalangan kita pandai berniaga.Gunakan kelebihan itu sebaik mungkin...

Anonymous said...

Sdr Ibrahim

Capitalism democracy is a form of government that enable the consumer part of the society to rise up in power, to leech themselves onto the productive workforce of the society, to suck out the juicy labour of these productive workforce and to waste and strip the earth's resources for their own survival.

These consumer society is called "Manusia Negatif" or "Yin" people.

Who are they?

They are the bankers, business-owners, property developers, insurance agents, merchants, traders, finance executives, stock brokers, importers-distributors, sales&marketing executives, economists, accountants, auditors, media executives, advertising executives, PR exectutives, entertainers, journalists, lawyers, etc..

They produce nothing concrete but only papers with words and number figures on it.

The most extreme of them are called Ultra-right wingers, those who seek political power and wield influence by using capital.

If Mao Tze Tung were still alive, he would describe them as "Paper Tigers".

Their source of power is coming from Bankers who create paper money out from thin air.

So naturally, these Bankers are on the same side with the insurance agents or stock brokers or equity traders because they are doing the same business, selling papers.

It is very, very, very easy for these capitalists to create and sell papers such as loans, shares, stocks, insurance policies, debts, securities, etc than doing real productive work like making physical goods.

The whole Western banking-finance services is nothing but a big scam, designed to leech off, cheat and rob the productive workforce of their labours.

Banking and finance institutions of Western world has been institutionalized starting in Great Britain in 1694, USA and Canada in 1913.

The true wealth of a nation are the goods and services created from the productive workforce of its society and money is just a medium of exchange for these transactions.

Quantum Metal Consultant said...

Dato', dalam keadaan tension sekarang ni, rasanya berniaga 'orang' lebih untung kot...hehehehehe