Malam ini, Sukma 2008 di Terengganu akan melabuhkan tirainya. Upacara itu yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri akan diadakan di Stadium Sultan Zainal Abidin di Gong Badak, Terengganu. RTM akan menyiarkan siaran langsung majlis berkenaan.
Sejak 31 Mei lalu hingga malam ini, altet seluruh negara telah berkampung di Terengganu untuk menyertai Sukma 2008. Pelbagai peristiwa dan kenangan manis altet dari seluruh negara bertanding dan berjuang untuk mengutip kilauan pingat.
Akhirnya, tuanrumah Terengganu muncul juara dengan 61 emas, 39 perak dan 47 gangsa (147 pingat) diikuti Selangor (54 emas) dan Sarawak (52 emas).
Dua tahun lagi, Melaka akan menjadi tuan rumah. Saksikan Persembahan Selamat Datang daripada Kerajaan Negeri Melaka malam ini sempena majlis penutup Sukma 2008.
Apapun inilah pantun dari Melaka.
Kapal dagang dari seberang
Sarat muatan kayu meranti
Dari seluruh negara rakyat datang
Rakyat Melaka sedia menanti
Monday, June 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
harga minyak......sukan masih rendah kualitinya terutama bolasepak.harga minyak...
Sdr Terubuk Jantan,
Cara tulis harga minyak tu macam felem (sebutan lama) TS P Ramlee..nak cari kayu...nak cari kayu..
Takpelah, style masing-masing dalam penulisan. Apapun, sesuatu perlu dilakukan atau "tindakan berani mati" perlu disegerakan untuk menyelamatkan permainan nombor satu negara.
Aduuiiih sakitnya hati ini.
kapal dagang dari seberang
sarat muatan kayu meranti
kenapa diharap kayu seberang
bukahkah ada yang terguris hati?
(melawak sikit Datuk Harimau)
Sdr Tajudin,
Terlalu mengharap kayu seberang
Dalam negara terguris hati
Anak diharap bersenang lenang
Orang lain kerja nak mati
Anak diharap bersenang lenang
Orang lain kerja nak mati
Jika tugas terus terhalang
Projek bangsa pasti terhenti
Jika tugas terus terhalang
Projek bangsa pasti terhenti
Mana dia semangat terbilang
Tidak bergerak umpama mati
Makan angin di Tanjung Bidara,
Mengalas perut dengan limau,
Kelak Sukma edisi Melaka,
Singgah-singgahlah di Merlimau
assalamualikum gfather tiger
kok tarhimpik biar diateh
kok takurong biar diluar
biar macam mana susah pun sudut lain jangan kita abaikan sosial dan kemasyarakatan, sukan tetap diteruskan dengan bersemangat walaupun tanpa subsidi minyak(ni tak kait nih tok)Tahniah Melaka 2010
Sdr Rizal,
Makan angin di Tanjung Bidara,
Mengalas perut dengan limau,
Sungguh pandai tuan berbicara
Apakan tidak asalnya Merlimau
Sdr UMNOparoijaya,
kok tarhimpik biar diateh
kok takurong biar diluar
anak ayam baru menetas
jatuh tergolek dalam parit
jika sudah berada diatas
maka tidaklah kita terhimpit
dalam parit banyak ular
ayam kecil terus meraung
Jika sudah berada di luar
maka tidaklah kita terkurung
Post a Comment