Berita Harian akan bersaiz tabloid macam Harian Metro? Betul ke? Sebelum ini, BH bersaiz broadsheet. Sebut betul-betul.
Rocky dalam blognya menyatakan Berita Harian akan dijual dalam bentuk tabloid pada minggu pertama Julai.
Apa alasannya? Saiz kecil mungkin mudah dipegang ketika membaca kot. Itupun kalau dibaca.
Dalam pada itu, ejen kenit memberitahu saya satu perubahan besar akan berlaku dalam industri media di negara ini.
Pertama, ia membabitkan Kumpulan NSTP. Ini dinyatakan oleh pemimpin tertinggi dalam satu pertemuan dengan Pengerusi Perhubungan UMNO baru-baru ini. Ada gesaan untuk berbuat demikian.
Kedua, Kumpulan Utusan juga akan berlaku pertukaran peringkat atasan dalam masa terdekat atau akhir tahun ini.
Siapakah yang akan terbabit?
Wednesday, June 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
DIY,
Ada baiknya bentuk tabloid ni, tapi jangan macam Star pula. Iklannya terlalu banyak, berat kita tadah membaca agak setengah kilo.Tapi apa nak buat, tak ada iklan tak ada bonus...
Sdr MM,
Saya cadangkan asing-asingkan section tertentu dalam akhbar itu untuk memudahkan pembacaan. Kalau pegang semua, memanglah berat. Kalau diasingkan, maka mudah dan ringan untuk membaca. Iklaneka kalau tak nak baca, jual ke peniaga pisang goreng atau char kue teow.
Tapi saya tak suka betul jika pisang goreng atau makanan yang digoreng dibalut dengan surat khabar. Keropok lekor ke. Ink surat khabar itu boleh menyebabkan kita sakit perut atau boleh jalan cepat. Tegurlah sikit penjual tu.
Media inggeris penuh dgn muslihat dan teka teki. Media melayu penuh dgn fantasi. Mawi,AF, Anugerah Penyanyi/ Filem, hiburan kekadang mengambil tempat di muka hadapan. Jika mahu mengajak rakyat berfikir, media perlu mencetus minda.Sebab itu rakyat naik muak beli surat khabar. Yang betul hanya lah Magnum, ToTo dan 1+3D.
-Jantan Giler-
Sdr Jantan Giler,
Saya dapati The Star sekarang semakin galak memberikan publisiti kepada parti pembangkang sedangkan umum tahu bahawa akhbar itu milik MCA. Pemimpin MCA tidak perasan ke apa yang dibuat oleh pengurusan akhbar itu? Adakah The Star mahu menyaingi Rocket?
Ada kawan yang memberitahu saya, The Star juga tidak menyiarkan berita yang tidak menguntungkan sesetengah pihak walaupun ada individu yang diheret ke mahkamah kerena menipu orang ramai.
Seorang pengarang kanan memberitahu saya, tindakan pengurusan The Star itu melihatkan bahawa mereka tidak sedar ada orang memerhatikan perbuatan pelik itu termasuk membelasah UMNO dan bangsa Melayu. Di pihak UMNO pula mereka berdiam diri seolah-olah gembira dengan perbuatan itu. Katanya lagi, pengurusan akhbar itu kini sedang berselindung di sebalik label kebebasan untuk membelasah sesuka hati mereka. Agenda siapa ni?
Sdr Ibrahim,
Merosot jualan BH, NST dan MM bukan kerana saiz tabloid atau broadsheet.
NSTP group ni lebih hal politik dari biznes. Samaada pemilikan politik atau isu dan isi politik.
NSTP lupa berniaga. Dimanakah kedudukan NST dan the Star pada awal 1970'an berbanding hari ini ?
Si Kalimullah tu sebenarnya sudah di-pecat Datuk!
Cuma mereka dan keluarga2 mereka kini sedang memikirkan cara terbaik untuk berambus (exit plan).
Kita tidak harus terkejut jika si-PEMBOHONG itu berundur atas alasan kesihatan atau alasan2 yang sewaktu dengan-nya.
Apa-pun, pemecatan PEMBOHONG itu dari kumpulan NSTP akan membuka satu lagi era baru dalam NST dan BH.
Kita lihat siapa lagi antara pembodek2 si-pengintip Temasek yang akan ikut terjun bersama labu-labu-nya.
Inilah yang dikatakan takdir.
tukar rupa je belum tentu cukup...
content perlu di "touch-up" gak...
drop dr segi circulation disebabkan kepercayaan pembaca semakin pudar..
bh, utusan, nst dilihat berat sebelah....asyik citer pasal kerajaan je...
tp kalau bab negatif baru bg pembangkang kuar paper...dan ia menjadi "reverse psychology" kpd pembaca...
hmmm..ntahlah...sekang ni baca surat khabar hanyalah utk buat perbandingan...
bg sy, sy takkan boikot..tp nilai kandungan mengikut rasional...
bab sukan je sy "percaya" semua..sebab result tak pernah menipu...
Dato'
Kalau sesiapa yang berada di Dubai, jemput ke rumah hari Khamis 12 jun.
Info lanjut di sini
[url]http://1426.blogspot.com/2008/06/ds-anwar-ts-khalid-husam-at-my-house-on.html [/url]
Jutaan terima kasih Dato'
Datuk,
Memang pun kebestarian pimpinan media tak dapat dapat dinafikan. Jadi siapa lah kita nak mempertikaikan sebarang keputusan yang mereka dah buat.
Tapi satu lah, cuma pelik sikit bila cerita artis barat hamil tanpa nikah dipaparkan pada muka hadapan; kecoh sangat bila Angelina Jolie dan Jessica Alba berperut boncit.Rasanya 'Codes of Journalism' dalam hubungan Malaysia memberikan garis panduan yang amat jelas; jangan kotori akhlak remaja dengan nilai sensasi murahan.
Saya pernah ternampak beberapa pengamal media/editor akhbar Melayu meriah sakan dalam majlis keraian; tak kisahlah kat pub ka, bar ka, kelab ka atau majlis undangan santai. Baguih punya menogok arak. Patutlah..
Sdr Bung Karno,
Sejak dari dulu lagi, ramai pihak yang mengetahui Kumpulan NSTP yang menerbitkan akhbar MSM seperti BH, NST, HM, BT dan MM dimiliki oleh UMNO. The Star dimiliki oleh MCA.
Bagaimanapun, mereka tetap membacanya kerana akhbar itu bukan saja melaporkan hal mengenai politik tetapi juga hiburan, sukan, ekonomi dan menyediakan section kedua serta ketiga mengenai isu semasa. Itu menyebabkan MSM masih dibeli dan dilanggani.
Bagaimanapun, pelbagai perkara berlaku di negara ini termasuk kenaikan harga minyak dan pendapatan yang kurang menyebabkan mereka kini kurang membeli MSM. Itu sebabnya circulation MSM merosot. Ada yang lebih rela membeli rokok daripada membeli akhbar. Ada yang sanggup membelanjakan banyak wang untuk perkara lain tetapi bukan membeli MSM yang tentunya banyak maklumat.
Ada yang merasakan tidak perlu membeli MSM kerana ada sumber lain seperti media baru dan internet. Malah mereka juga terdorong berbuat demikian kerana laporan yang mengatakan berita dan artikel dalam MSM banyak yang diputar-putar oleh doktor putar.
Apapun, pemilik media mesti tidak mahu akhbar mereka terus diketepikan kerana faktor tertentu dan sampai satu ketika mengalami kerugian. Tiada kerjalah walaupun mereka pandai menulis. Blog?
Sdr Apanama,
Saya kenal Kalimullah ini agak lama. Ketika beliau dalam media dan di luar media untuk berniaga.
Apabila beliau diangkat menjadi orang penting dalam NSTP, saya pernah menemuinya di Istana Budaya, kebetulan menyaksikan satu pertunjukan. Saya berkata kepadanya bahawa jika khidmat saya diperlukan, telefonlah. Ketika itu, beliau berkata,"tengoklah dulu, saya baru masuk". Oklah jawapan daripada orang penting NSTP kepada kenalannya.
Saya tidak mengharap atau meminta-minta, walaupun ketika itu sedang mencari kerja dalam industri media. Sebelum ini, kenyataan sebegini pernah diucapkan oleh seorang ketua pengarang kepada saya. Itu saya tidak kisahlah.
Selepas itu, tiada berita daripada Kali dan mungkin khidmat saya tidak diperlukan. Kami pun bertemu beberapa kali dalam majlis-majlis media termasuk majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh syarikat dan GLC di negara ini.
Selepas itu, pelbagai kenyataan dilemparkan kepadanya termasuklah menjadi ejen kepada pihak tertentu dan segala macam perkara. Itu saya tidak kisahlah. Malah tulisannya mengenai pertemuan TDM dan Paklah di Jepun dipertikaikan dan ada yang meminta beliau meminta maaf.
Kini, saya mengikut perkembangannya dari jauh dan menerusi kawan-kawan serta apa yang ditulis dalam blog. Saya tidak tahu apa yang terbaru berlaku kepadanya.
Sdr Epain,
Saya jangka anda seorang penggemar sukan atau wartawan yang memerlukan maklumat daripada akhbar seperti keputusan perlawanan bolasepak atau sebagainya. Oleh itu, saya yakin anda akan terus membeli MSM untuk mendapatkan fakta daripadanya. Seperti yang saya nyatakan akhbar mempunyai banyak maklumat termasuk tulisan mereka yang berpengetahuan.
Sdr Fudzail,
Bagi pihak semua orang, saya ucapkan terima kasih atas jemputan Sdr. Sesiapa yang berada di Dubai dan ada kelapangan bolehlah berbuat demikian hari ini. Ada tiket ke sana ke?
Sdr Kulupbana,
Saya bersetuju dengan pandangan Sdr mengenai tindakan membesar-besarkan perkara yang karut marut itu. Diharapkan pembaca akan lebih rasional dan tidak melakukan apa yang dibaca atau ditonton seperti menonton filem hindustan. Jika tidak, mereka akan berlari-lari di sekeliling pokok apabila seronok bercinta.
Bab anak haram itu kita jauhlah terutama golongan remaja sekarang. Seronok atau nikmatnya mungkin lima minit, 20 minit atau sejam tetapi balanya amat perit sekali. Ingatlah. Itu sebabnya apabila menyebut bab itu, larangannya berbunyi, "jauhilah...." bukan "jangan..." sebab jika kita dekat kepadanya saja, maka ia tetap berlaku. Jika lelaki dan perempuan duduk bersunyi-sunyian yang ketiga ialah syaitan. Ketika itu, semuanya wangi dan menyeronokkan. Terima kasihlah mendengar khutbah pagi ini.
Saya setuju bahawa faktor saiz merupakan satu dari punca kemerosotan jualan akhbar BH.
Tapi saya juga berpendapat, intipati berita dalam BH adalah tidak sebaik atau se-sensasi UTUSAN. Setidaknya hanya UTUSAN lah merupakan saingan bagi BH baik dari segi saiz akhbar maupun isikandungannya.
Saya juga berpendapat, dengan bertambahnya jenis dan terbitan media cetak (termasuk surat khabar) yang ada di pasaran sekarang ini, status dan jualan BH akan kekal sedia ada atau worst, merosot lagi.
Alternatif yang ada adalah bagi BH untuk melakukan re-imaging. Dan ianya bermula dengan saiz akhbar tersebut.
Post a Comment