Monday, June 9, 2008

ELOKLAH IZINKAN KEGIATAN AGAMA

Saya mengikuti perkembangan Datuk Dr Hassan Ali, yang mahu menjadi penceramah agama, motivator dan ahli perniagaan. Semua ingin dilakukan sekaligus. Mungkin semuanya menguntungkan kepada beliau. Menjadi penceramah dan motivator mempopularkan beliau. Itu sebabnya Kerajaan Selangor satu masa dulu memberi sebidang tanah untuk aktiviti kursus bina semangat. Khabarnya perniagaannya laku sehinggalah beliau membuat sesuatu yang tidak disukai oleh pemimpin tertentu negeri berkenaan.

Kini, Dr Hassan menjadi EXCO Agama di bawah kerajaan PKR di Selangor. Baru-baru ini, beliau mengumumkan tidak mahu mengizinkan kegiatan Islam Hadhari di negeri berkenaan. Maka media pun melaporkan bahawa PKR Mengharamkan Islam Hadhari di Selangor. Mendengar berita itu, Kerajaan Pulau Pinang turut sama mengharamkan Islam Hadhari di Pulau Pinang. Nasib baik tidak mengharamkan Islam.

Malam tadi, dalam Buletin Utama TV3, Menteri Dijabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa Dr Hassan tidak pernah mengharamkan Islam Hadhari di Selangor. Penjelasan EXCO berkenaan dibuat dalam mesyuarat EXCO Agama yang diadakan baru-baru ini. Dr Hassan bukan mengharamkan tetapi tidak mengizinkan aktiviti Islam Hadhari. TV3 turut menunjukkan ucapannya semula mengenai pengumuman tidak mengizinkan Islam Hadhari di Selangor.

Apa pun, pi mai pi mai tang tu jugak Pak Hassan.

8 comments:

Anonymous said...

salam sejahtera,
saya rasa tak payah lah pak hasan nak tubuhkan semula BADAR takderrrrr maknenyerr.
tanganilah masalah ajaran sesat dan pertubahan sesat yang saya kira lebih serius di Selangor ini,BADAR hanya suka nak menangkap geng2 beromen tapi masalahnya BADAR terover apabila menangani masalah geng2 romen nih nanti mulalah ada menumbuk rusuk mengenyit mata semuanya itu punca kepada menjolok habuan.
pak hasan oh pak hasan.

terubuk jantan said...

SALAM DIY,
MENGENAI ISU INI,PADA PANDAGAN SAYA HADHARI ATAU TIDAK IALAH TIADA AGAMA SEMPURNA ISLAM,DARI KITA KELUAR DARI PERUT IBU HINGGALAH KE LIANG LAHAD AJARAN ISLAM LENGKAP.SAYA TERFIKIR JUGAK SEKIRANYA KALAU TIADA ISLAM KITA NAK PAKAI APA UNTUK TUTUP TUBUH KITAPUN KITA TAK PASTI.SELAKU PENDUDUK YANG BERJIRAN DENGAN NEGERI SELANGOR DUHARAP DR HASSAN ALI DAPAT MELAKUKAN TUGASNYA DENGAN BAIK(UCAPAN DARI SEORANG YANG BERKECUALI PARTI POLITIK), SEMOGA SYIAR AGAMA ISLAM SENTIASA HIDUP DI BUMI MALAYSIA.INSYALLAH.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Jika kita memahami apa itu Islam Hadhari kita akan lebih rasional dengan perlaksanaannya. Baca dan fahamlah apa itu Islam Hadhari yang dituliskan oleh seorang blogger, Pemuda Malaysia.

"Saya akan cuba menerangkan serba sedikit mengenai Islam Hadhari kerana mungkin ramai rakyat Malaysia kurang mengetahui mengenai pendekatan Islam Hadhari. Keghairahan kerajaan Selangor yang baru menunjukkan kuasa dengan mengharamkan sebarang program yang berkaitan dengan konsep Islam Hadhari adalah sesuatu yang tidak patut terjadi.

Lebih mengelirukan lagi apabila pemimpin yang tampak bersemangat mengharamkan pendekatan Islam Hadhari tanpa segan silu mempertahankan pula projek pembinaan ladang babi terbesar yang mencecah RM 100 juta ketika polemik mengenainya tercetus tidak berapa lama dulu.

Islam Hadhari bermaksud pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan Negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada tamadun Islam. Matlamat Islam Hadhari adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai pemikiran yang matang, terbuka dan kreatif dalam membangunkan masyarakat dan negara.

Islam Hadhari ialah perjuangan Islam berdasarkan pendekatan ketamadunan. Ia berbeza dengan pendekatan yang lain yang pernah digunakan oleh umat Islam sebelum ini seperti Islam Siyasi yang hanya memperjuangkan Islam dari aspek kuasa dan politik semata-mata, begitu jga dengan Islam Rahani iaitu perjuangan Islam yang berdasarkan kekuatan akidah semata-mata dan mengabaikan tuntutan dunia.

Islam Hadhari ialah perjuangan yang menggunakan pendekatan yang menyeluruh mencakupi aspek keduniaan dan keagamaan dalam membina semula kecemerlangan tamadun Islam. Tiada lagi yang terpisah dan bergerak bersendirian di mana semuanya akan bergerak secara bersepadu dan komprehensif.

Saya rasa 10 prinsip dalam Islam Hadhari mungkin telah diketahui oleh pembaca-pembaca yang rajin mencari ilmu dengan membaca makalah-makalah yang diterbitkan di kedai buku seluruh Malaysia. Namun saya akan senaraikan juga 10 prinsip Islam Hadhari yang menjadi tunjang kepada pembentukan dan penghayatan dalam menelusuri konsep Islam Hadhari. 10 prinsip Islam Hadhari ialah :

1. Keimanan dan Ketakwaan kepada Allah
2. Kerajaan Adil dan Beramanah
3. Rakyat Berjiwa Merdeka
4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan
5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
6. Kehidupan Berkualiti
7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
8. Keutuhan Budaya dan Moral
9. Pemeliharaan Alam Semulajadi
10. Kekuatan Pertahanan

10 prinsip di atas yang terkandung dalam kita memahami pendekatan Islam Hadhari adalah lengkap bagi sesebuah kerajaan menjalankan pemerintahan yang adil dan melaksanakan berbagai-bagai agenda kemajuan untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Saya berharap agar semua pembaca yang musykil terhadap pendekatan Islam Hadhari dapat mencari bahan bacaan yang terperinci tanpa menjatuhkan sebarang hukum seperti yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan negeri Selangor baru-baru ini dengan menjatuhkan hukum "HARAM" terhadap sebarang aktiviti atau program yang berkaitan dengan Islam Hadhari.

Jangan letakkan kepentingan politik kepartian melebihi agama Islam dengan membuat sebarang keputusan yang boleh menjejaskan minda rakyat Malaysia."

ibrahim yahaya said...

Sdr Terubuk Jantan,

Kita perlu mengamalkan ajaran Islam yang dipelajari dan difahami sejak dilahirkan. Ada di kalangan kita, apabila memperkatakan babi amat sensitif dan minta orang letak jauh-jauh daripada meja makan mereka. Jauhkan daripada diri mereka kerana najis dan haram. Tetapi jika arak, dibiarkan dengan megah di atas meja makan, malah yang menyedihkan diminum dengan bangganya. Adakala menjadi minuman harian terutama hari-hari istimewa - pagi, petang dan malam. Insaflah.

Anonymous said...

Apa ada pada nama..promosi hadhari hanya menyemakan lagi pemikiran kepada kefahaman yg dibuktikan kecelaruan minda pelopor nya.Islam itu kasih sayang.Kefahaman tentang keagngan Nya maka lahir lah keikhlasan pada kasih sayang. Hadhari diperkosakan dengan hujah berdolak dalih dan penafian kepada yg hak. -Jantan Giler-

Anonymous said...

semua ini berlaku sebab kepentingan politik masing2. masing2 ingin meluaskan pengaruh, apa2 yang berkaitan dengan pihak lawan akan sentiasa cuba dijatuhkan. mana2 pun sama. yang guna nama islam pun boleh menghina sesama islam, mengkafirkan sesama islam. tapi kalau perkara lain xpe, babi pun babilah, kira luluslah!! lain macam..

Anonymous said...

perlaksanaan islam hadhari ini tidaklah seburuk yang digambarkan oleh pihak pihak tertentu. jika diteliti nilai nilai sebenar didalamnya, pasti kita akan boleh lebih menerimanya.

umnoparoijaya said...

assalamualaikum tok tig

dr hasan nih dah pening nih tok, islam 2 mana plak ada asing2kan, ape dia ingat nak asing rambut dari tepung ke, bukanke islam hadhari 2 pn sama perjalanan dengan islam cuma perlaksanaan dengan namanya saje lain tetapi isinya sama, dia sebenarnya nak cakap islam xpe tapi ape2 yg kerajaan bawa tak boleh kan senang orang paham
junkopile