Saturday, June 14, 2008

ORANG MONCINO JADI BLOGGER

Oghang Moncino sudah jadi BLOGGER .

Pasti "cilin" berbangga dengan oghang Moncino.

A Famosa tu logo sokolah se.

Apapun, selamat menulis.

6 comments:

Rockybru said...

kampung morten tu camno ejo eh, jang?

ibrahim yahaya said...

Bro,

Ini yang susah ni.

Kamphung mohturn. (bunyinyo macam kamphung mahgri phusing gamaknyo).

Bantailah. Ikot suko hatilah.

Anonymous said...

Ada org pandai bertutor cara dan ada org yg pandai menyampaikan maksud melalui penulisan creative.Payah kita jumpa org yg mempunyai kedua dua skill ini. TDM ada kedua dua quality ini.
Penulisan bukan sekadar melaporkan spakulasi dan sensasi tetapi perlu membangkitkan semangat pembaca kearah minda positif.Dalam keadaan skrg kebanyakan penulisan menjurus kepada demotivation,sesak nafas pada pembaca ie. rasuah,kenaikan harga minyak, pengundi hantu, inflasi dan sebagai nya.
Penulisan kearah kebangkitan semula ekonomi dan kuasa membeli amat berkurangan.Kebanyakan blog hanya melaporkan ketidakpuasan pada system yg ada sekarang. Tidak dinafikan kita dipaksa hidup dalam keadaan serba tekanan disebabkan kepincangan pengurusan.Kebanyakan melayu dan india yg lebih vocal dalam kenaikan harga barangan. Terdengar perbualan suri rumah cina yg mana pendapatan suami sebagai technician kilang, 'tak pa ma..lama lama lu akan jadi biasa sama harga barang..'tetapi disebalik nya mereka ini berusaha utk menambahkan pendapatan sampingan.
Kita telah menjadi kekurangan minda positif utk maju kehadapan setelah penerimaan ion negative dalam minda setiap hari..Masyarakat kita lebih terjurus seperti Filipina , India, Indonesia. Hanya diselubungi perasaan dendam dan marah. Contoh kita dapat lihat pada setiap comment disetiap blog. Walaupun disatu hari kita ditukarkan kerajaan baru, system baru, rakyat tetap memberontak dan melahrkan ketidak puasan hati mcm berlaku di Indonesia pabila Suharto mengundur diri dan diganti oleh beberapa ketua pemimpin, semua nya gagal. Masaalah yg lebih besar adalah sikap dan pemikiran rakyat yg akan memandu kita kearah yg lebih mundur. Dimasa itu kita perlu melihat media penulisan sebagai menjana pemikiran rakyat yg positif. –Jantan Giler-

ibrahim yahaya said...

Sdr Jantan Giler,

Saya selalu bertanya kepada diri sendiri, dengan keupayaan menulis ini apakah sumbangan saya kepada negara. Jawapannya ialah menulis secara rasional serta seimbang apa yang dilihat dan dengar daripada kerajaan dan rakyat. Apa yang ditulis tidak semestinya dipersetujui oleh pembaca tetapi setidak-tidaknya tulisan saya bukanlah untuk berbohong atau memutar-mutarkan fakta. Adakala nampak macam menyokong kerajaan dan saya yakin yang benar tetap benar. Begitu juga sebaliknya.

Begitu juga pemberi komen dalam blog ini yang boleh bertanya kepada diri mereka apakah tujuan komen itu diberikan. Apapun tujuannya, saya pasti ia datang terus daripada hati dan berniat baik untuk melihat negara ini terus ditadbirkan secara baik.

Saya amat bersetuju dengan Sdr bahawa TDM mempunyai dua kepandaian yang hebat. Kemahiran ini jika digunakan dengan baik oleh ahli politik akan mendatangkan faedah kepada rakyat. Satu ketika dulu, orang suka membandingkan ucapan TDM dan DSAI. Sesetengah mereka amat tertarik dengan ucapan berapi-api DSAI berbanding TDM. Bagi saya, walaupun ucapan TDM amat bersahaja, ia dapat memberi penjelasan daripada sebesar zarah sehinggalah setinggi Gunung Everest. Ucapan yang baik ialah ucapan yang boleh difahami dan dihayati oleh pendengarnya. Yang lebih penting ialah sentiasa tergiang-giang di kepala pendengar walaupun sudah bertahun lamanya. Apa kesan ucapan itu.

Dalam keadaan sekarang, rakyat perlu memahami apa yang berlaku di negara ini dan di peringkat dunia. Walaupun tidak suka dengan perkembangan itu, mereka perlu memahaminya dan sabar menghadapinya. Walaupun pahit perlu juga ditelan untuk kebaikan. Jangan pula marah kepada orang lain kerana apa yang berlaku sekarang. Minda kita perlu positif setiap masa dan terus bekerja kuat untuk hidup.

Anonymous said...

Look who is here.

Life once upon a time and here we are today. Small world after all huh. Semua orang dah bertemu kat cyber nampaknya.

Keep it up tiger. I m one of ur regular. Who am i, remember Hanif, then remember hani lor...

Hani@Somethin' light

ibrahim yahaya said...

Sdr Hani,

Terima kasih kerana membaca blog ini.

Saya pasti tidak lupa Hani.

Jaga diri.