DASAR JANGKAPANJANG. Untuk sekian kali, tolonglah membuat dasar jangkapanjang yang baik untuk rakyat. Jika sudah ada, ikut dan perbaiki dari semasa ke semasa. Jangan tukar-tukar sehingga rakyat terpaksa tukar. Ini penting agar kita tidak membuat tindakan secara "ad-hoc" yang adakalanya menyakitkan hati rakyat.
Saya amat bersetuju dengan seorang profesor yang menjadi ahi panel dalam program bualbicara RTM malam tadi yang meminta kerajaan mengadakan dasar jangkapanjang berhubung minyak agar kita tidak menggelabah apabila menghadapi kenaikan harga minyak dunia. Beliau juga mahu satu dasar jangkapanjang mengenai pengangkutan awam yang turut dipersetujui oleh seorang lagi ahli panel iaitu sahabat saya, Datuk Mohd Salleh Majid.
Jika negara jiran boleh mengadakan perkhidmatan pengangkutan yang baik, tidak ada sebab kita tidak boleh melaksanakannya. Apabila negara terdesak, diumumkan satu tindakan jangka pendek tetapi tidak praktikal dan melucukan. Lepas itu, rakyat dibiarkan menghadapi masalah mereka sendiri. Dulu janji banyak baslah, lorong khaslah dan sistem sokongan yang mantap. Tiada kesungguhan, tiadalah perancangan. Sedarlah.
Thursday, June 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
Salam,
Bukan setakat minyak dan pengangkutan awam tapi lebih penting, bagaimana hendak meningkatkan KUASA BELI rakyat? Tambahkan nilai subsidi? Naikkan gaji lebih tinggi? Makmurkan negara semaksimum mungkin? Banteras kemiskinan sehabis mungkin?
TDM mensasarkan Malaysia pada tahun 2020 menjadi sebuah negara maju. Ada kira2 12 tahun lagi ke arah sasaran tersebut. Adakah kita telah bersedia ke arah itu???
Saya dapati ramai bloggers yang tidak berapa suka dengan kepimpinan Pak Lah. Saya tak mahu komen mengenainya. Apa yang dapat dilihat, falsafah mengenai MODAL INSAN & PERTANIAN sebenarnya sesuatu yang baik tapi seolah olah agak lambat perlaksanaannya.
Masa mula2 Paklah jadi PM, beliau selalu buat lawatan mengejut ke agensi2 kerajaan untuk melihat sendiri keadaannya. Sekarang tidak lagi.
Pertanian sepatutnya sudah giat dijalankan pada awal lagi, seperti juga pembangunan sektor industri & perkilangan pada zaman TDM. Sekarang pula krisis makanan pula berlaku.
Bonus yang diharapkan oleh staf kerajaan hanya tinggal harapan. Sekarang pula kerajaan terpaksa mengeluarkan sekian banyak wang untuk membayar rebat tunai pada rakyat di setiap pejabat pos.
Saya berpendapat, sepatutnya bonus harus diterima setiap tahun, tidak kira kerajaan atau swasta, jumlahnya bergantung pada kemampuan kerajaan dan syarikat. Pada hujung tahun itulah, perbelanjaan sekolah seperti alatulis, kelengkapan sekolah, yuran, belanja, mungkin juga membayar insuran dan road tax. Walaupun jumlah bonus yang diterima agak rendah, ianya sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah terutamanya, menguruskan hal2 persekolahan anak2 mereka. Tambah lagi, saya kira ia merupakan satu penghargaan kecil pada kakitangan atas sumbangan mereka pada tahun tersebut.
Daripada perkara di atas, secara analoginya, kerajaan agak lambat bertindak sebelum terjadi sesuatu perkara. Mungkin ini semua telah ditentukan Allah. Ada hikmah disebalik kejadian.
Wallahualam.
Sham
tok gimau,
plan jangko panjang untuk industri minyak kita, memang dah tak buleh buek sobab bak kato hasan marican, minyak kita cuma buleh bertahan 20-22 tahun laie. lain la kalau kito jumpa telago minyak baru (agak eh masjid tanah ado potensi ko?)
den gaso kita patut buek plan untuk industri gas sobab bumi kito banyak gas asli.
kerajaan patut ikhtiar sughuh rakyat pasang tangki LNG pado keto sobab minyak maha. tapi kono la bagi hargo elok sikit.
camano...
Bila keadaan menjadi tersimpul , perkara yg terbaik dilakukan adalah ‘Back to basic’. Multi national organisasi spt. Pepsi , Coca-cola, HP etc etc membuktikan menukar pemimpin yg tidak productive akan memacu organisasi menjadi lebih berjaya dan sustainable. Dalam organisasi yg sedang nazak, kunci kepada permulihan adalah mengambalikan kepercayaan dan ‘trust account’ kepada share/stake holder. Pemimpin perlu dialihkan dan diganti pemimpin yg baru untuk mendapat kembali trust account yg telah hilang.
Kepercayaan ini penting sebagai pengerak kembali jentera motivasi kepada organisasi .
Sejarah membuktikan selepas peralihan kuasa dari TDM, trust account kepada pemimpin ini amat tinggi serta aroma motivasi berada dimana mana. Pelaburan nya adalah hanya kerana datang dari keluaga yg baik baik.
Rakyat tidak meletakan semua perkara perlu berjalan lancar. Ujian besar bagi seorg pemimpin adalah apabila berlaku permasaalahan dan bencana , bagaimana pemimpin mengatasi nya yg mana menuntut kekuatan minda dan kerjasama organisani dibawah pimpinan nya. Itu dinamakan Leadership –Jantan Giler-
Assalamualaikum Tok Rimau,
Cover utusan hari ini berbunyi: "BN sokong Abdullah - Semua pemimpin komponen berdiri teguh belakang Perdana Menteri".
Ya Allah...rimasnya saya dengan pengampu2 ni.
Saya tidak nampak yang Pak Lah berkemampuan membuat satu rancangan jangkamasa panjang. Flip-flop. Leadership skill Pak Lah amat diragui berdasarkan situasi sekarang. Banyak kepincangan dari segi politik, ekonomi & sosial. Lengkap 'mix & match'nya.
Sebagai contoh, isu WPI. Kesan jangkamasa pendek kita boleh kata, Malaysia dapat keuntungan hasil jualan rumah & tanah kepada warga Singapura. Kesan jangkamasa panjangnya pula, mereka mungkin boleh menebus hak mereka & inginkan hak mutlak sebagai milik Singapura. Habis kita!
Tambahan pula beberapa tahun lalu Pak Lah telah mengumumkan yg warga asing boleh beli rumah di Malaysia tanpa syarat. Bayangkan kalau Amerika upah rakyatnya beli rumah di Malaysia banyak2. Mula2 beli satu kawasan perumahan, kemudian dua, tiga... satu negeri... Habis kita!
Dulu, saya amat ternanti2 pembinaan landasan keretapi berkembar merentasi semenanjung Malaysia. Rakyat jelas boleh nampak manfaatnya. Senang nak travel, free toll, free traffic jam & cepat. Itulah namanya nak memperbaiki sistem pengangkutan.. tapi sayang sekali, Pak Lah dah cancelkan. Rakyat kecewa. Agaknya kalau TDM tak sempat menyiapkan projek LRT dulu, mungkin tak ber-LRT-lah kita. Isu bas Rapid KL pun masih 'hanging'. Tiada pihak yg tampil memberikan penjelasan. Bukankah saban hari rakyat mengeluh yg bas selalu lambat, tidak menepati jadual, bas rosak dll tetapi hakikatnya beribu2 bas BARU tersadai macam besi buruk.
Dari segi ekonomi pula, harga barang sekarang ni dah macam tiap2 tahun naik. Kerajaan bertegas "kita akan buat pemantauan rapi". Mungkin itu rancangan jangkamasa pendek beliau. Tetapi apakah strategi/kaedah yg diambil utk betul2 memastikan yg pemborong2 tidak sesuka hati menaikkan harga barang. Akhirnya, kementerian terbabit akan cakap "Rakyat perlu menjadi mata & telinga Kerajaan". Sedangkan terpapar di tv baru2 ni, pengusaha2 roti terpaksa hentikan operasi kerana sukar dapatkan bekalan tepung. Kalau ada pun, harganya meningkat sekali ganda. Bila dianjurkan kepada pihak berwajib, semuanya buat tak tahu. Sedih org kita diperkotak-katikkan. Itulah nasib pengusaha2 kita & industri kecil-kecilan.
Saya pelik apabila pengusaha2 padi di kampung berkata yg mereka tidak faham kenapa harga beras dinaikkan mendadak sedangkan mereka tolak beras kepada pemborong pada harga biasa. Satu sen pun tak naik. Tup2 harga beras di pasaran naik. Siapa yg kaut untung lebih? Di mana pemantauan Kerajaan? atau balik2 nak kena tunggu rakyat juga yg jadi 'mata telinga'.
Standard flow: Bila harga minyak naik, harga barang pun naik. Gaji tak naik. Jadi, taraf hidup rakyat turun. Inflasi meningkat. Kemudian kadar jenayah meningkat. Belum masuk bab sosial lagi ni...
Itulah Tok Rimau... saya berpendapat pemimpin sekarang ni memang tiada kesungguhan. Pentingkan faktor perut aje. Semuanya hangat2 tahi ayam. Rancang itu & ini tetapi perlaksanaan hambar. Bila rakyat complain, mereka pekakkan telinga, butakan mata. Macam peribahasa Karam Singh Walia; Ibarat kambing tanduk bukit. Bukit tak runtuh, tanduk yg sakit. Kita pulak yg sakit HATI. Pleaseeee buat sesuatu sebelum terlambat.
Wassalam.
kenyataan Datuk Harimau yang ini saya sokong 100% (tidak kurang walau sedikit pun).
sangat setuju.
Salam Dato
Saya mahu berkongsi sesuatu dengan mereka yang berminat untuk membuat pelaburan jangka pendek dan jangka panjang....sekurangnya meramaikan jutawan dikalangan kita....bercakap dari pengalaman sendiri..Sesiapa berminat untuk melabur hartanah di UAE
http://1426.blogspot.com/2008/06/pelaburan-hartanah-di-ajman.html
Di sinilah keikhlasan AAB boleh dilihat. Bukannya negara kita tidak ada pakar-pakar ekonomi dan rancangan jangka panjang tu sebenarnya telah pun ada di EPU. Cuma................ah...takkan saudara semua tak tau..?
Umum mengetahui bahawa AAB kini menghadapi tekanan yang cukup hebat. Dan boleh dirumuskan di sini bahawa AAB sedar bahawa beliau tidak akan lama sebagai PM. Sebab itu hasrat rakyat ingin melihat Pelan Perancangan Jangka Panjang tidak muncul-muncul.
A.D rasa tak payah la kita dok pening kepada mengharapkan pelan tersebut. Pelan tersebut berlonggok-longgok di EPU cuma menunggu arahan untuk dibentangkan.
Saudara Dunia Tiger, takkan saudara terlalu terkebelakang tentang isu budak Tingkat 4, KJ,Kamaludin dan Kali yang merupakan pakar penasihat ekonomi kepada AAB. EPU hanyalah boneka bagi AAB dan konco-konconya.
-Abu Dhabi-
Kalau nak berjuang untuk rakyat, buatlah apa yg rakyat biasa buat... bgn 5 pagi, kluar tunggu bas, tunggu komuter...naik bas lagi.. hujan.. naik teksi... sampai opis 9.05 jugak!!!
Jgn tidur sudah lah....
Assalamualaikum,
Saya setuju sangat dengan apa yang Pak Rimau cakap. Tolonglah jangan buat dasar yang ad-hoc, betul2 menyusahkan rakyat. Bila dah datang masalah, baru nak cari jalan penyelesaian. Seolah-olah kerajaan kita tak berpandangan jauh. Saya rasa Pak Rimau sendiri sedar.
Nak harap pengangkutan awam? Kalau bagus bolehla. Nak suruh rakyat tukar kepada pengangkutan awam macam mana? Saya fikir, servis pengangkutan awam di Indonesia atau Yaman lagi elok dari Malaysia walaupun pengangkutan kat sana tak secanggih Malaysia. Saya tau pasal saya pernah pergi sana.
Moga Pak Rimau dilindungi Allah.
Skuad Peninjau
Mungkin kerajaan anggap rakyat marah sekejap saja tidak berpanjangan 4 tahun lagi dekat PRU kerajaan dapat pujuk balik rakyat bagi duit RM50 bagi gula, beras, kain batik maka rakyat akan lupa semua itu mereka akan undi BN lagi....mungkin begitulah anggapan kerajaan BN...
Biar lah rakyat susah tak mengapa janji kerajaan tak susah....
biarlah rakyat mengemis...asalkan kerajaan dapat enjoy pergi luar negara, shooping, main Golf, lepak-lepak Cofee House, duduk hotel 5 star....
Biar rakyat kebulur asal kroni senang...dapat naik gaji sampai 100%..
Biar rakyat menangis asalkan kerajaan dapat buat bangunan mencakar langit....
Biar...
biar...biar...
itualh mungkin yang kerajaan fikirkan.....
DIY,
Inilah puncanya rakyat tidor tak lena. Serti tidor atas buah kelapa.Puncanya apabila tukar menteri ditukarnya dasar seolah-oleh dia itu dari menteri pembangkang. Di Kedah tukar MB Pas tak banyak pula ditukarnya dasar-dasar yang dibuat dahulu.Suatu ketika dahulu apabila Sanusi Junid naik jadi MB disekatnya projek-projek Osman Aroff habis lintang pukang pelabur lari. Naik Syed Razak disekatnya pula projek Sanusi Junid, segala padi atas bumbung dan goreng pisang pun lintang pukang.Naik Mhadzer Khalid sekat pula projek Syed Razak. Inilah akibat cantas mencantas. Rakyat pening kepala. Menteripun macam tu juga. Nak tunjuk konon bawa pembaharuan.Dulu permit teksi persorangan dibeku, kini nak dicairkan balik.
Macam-macam lagi.....Wait and see.Tak ada kapak pakai gaji.
cakap memang bunyi macam senang.. naikkan gaji, tingkatkan kuasa beli dan sebagainya..benda tu semua pakai duit..bajet terhad.. semua ini perlu perancangan rapi, esok sebab nak bagi rakyat suka je, dok bagi itu, bagi ini, negara bankrupt..ok ke tu?makmur? sekarang memang kita dengar banyak spekulasi, cakap orang ni korup orang tu korup,, tahap kebenaran belum tentu. kita kena ingat, benda ni bukan senang..kalau setakat dok dengar orang bercakap tepi jalan, kat kedai kopi, memang bunyi manis je..belum rasa lagi macam mana nak menjaga kepentingan negara secara keseluruhannya..
bila cakap2 pasal pengangkutan awam ni kan, teringat balik kisah RapidKL yang dibangkitkan oleh Mahathir..ada terbaca pulak pasal pendedahan sebenar dakwaan mahathir..boleh cuba link ni --> http://stephendoss.blogspot.com/2008/06/rapidkl-real-issues.html#links
Jika kita lihat sekarang ni memang ramai yang bercerita tentang kepincangan Pak Lah setelah banyak isu2 yang timbul dan ditambah pula dengan isu berbangkit seperti masalah pengangkutan yang nampaknya masih belum berjalan lancar.atas sebab inilah juga banyak pihak yang cuba ambil kesempatan di atas masalah2 yang timbul.Seperti yang kita tau sekarang TDM cuba membangkitkan isu kronism dan nepotism terhadap Pak lah sepaerti isu ECM Libra.Tapi lupakah kita bahawa TDM juga terlibat dalam isu kronism dan nepotism..Isu Rapid KL yang dikaitkan dengan anak menantu TDM contohnya..Dalam bog chedet.blogspot kenapa beliau tidak mendedahkan cerita keseluruhan dalam Rapid KL.Masih banyak yang kita tidak ketahui dalam isu ini..Rata2 ramai yang memberi sokongan padu pd TDM seolah2 lupa bahawa dia juga mengamalkan kronism dan nepotism..Saya bukanlah menyebelahi mana2 pihak tapi kita ada akal untuk menilai secara adil..Untuk lebih adil,cuba kita ke stephendoss.blogspot..At least kita akn nampak juga kesilapan TDM..
salam dato
Rasanya MODAL INSAN & PERTANIAN sebenarnya dah lama diperkenalkan..
cuma tidak dilaksanakan dengan betul....baru-baru ni saja baru nak 'rebranding" semua ....
Golongan dari FELDA,RISDA,FELCRA..etc
sepatutnya sudah lama berjaya dan tidak di tampok lama....
baru2 ini berkaitan talipinggang belakang kereta...apasal lama benar buat research.....padahal negara lain da lama memperkenalkannya.....
research macam tu tak payah panggil pakar pon tak apa......
carcoon
saudaraku tiger,
MALAS hendak bercakap pasal perancangan pembangunan di Malaysia. Tapi, saudara sudah mulakan, elok juga saya jadi lauk tambahnya. Mudah-mudahkan ada orang kerajaan yang baca dan ambil iktibar daripadanya.
Masalah besar dalam perancangan pembangunan di Malaysia - bukan sekadar tiada percangan jangka panjang, tetpi yang lebih malang - tiada penyelarasan. Saya ambil contoh, penyelesaian masalah kesesakan lalulintas dan pangangkutan di Lembah Klang. Masalah ini berlarutan sekian lama, masalahnya bukan semain membaik, tetapi bertambah buruk. Kalaulah boleh diselak-selak fail masalah ini - dari dulu hingga sekarang, sudah banyak perancangan dibuat. Ada yang masalah, ada juga cadangan sama ada jangka pendek dan panjang dikemukakan. Ada dilaksanakan dan banyak yang tinggal cadangan.
Lihat sajalah macam mana mereka merancang sistem pengangkutan di lembah Klang. Perancangannya tidak bersepadu. Bas, teksi dan sistem transit aliran ringan berfungsi secara berasingan. Bas ada sistem sendiri, begitu juga teski, Malah lebih parah dalam sistem transir aliran ringan pun tiada penyelarasaan.
Saya tidak tahu bagaimana mereka merancang sitem ini. Cuba fikirkan bagaimana Putra, Star, Komuter dan Monorail beroperasi. Cuba cari dimana titik pertemuan sistem ini yang memudahkan orang ramai. kalau hendak bertukar daripada satu sistem ke sistem lain, amat payah. Kena melalui jalan raya, naik tangga. Sistem transit aliran ringan kita tidak memikirkan soal ini dalam perancangannya. Sebab itu orang kita malas hendak menggunakan sistem ini.
Agaknya orang kita tidak mahu belajar daripada kejayaan orang luar mengurus sistem pengangkutan mereka.
Bukan apa, apabila timbul masalah seumpama -putarannya sama - kerajaan terpaksa peruntukan duit untuk selesaikannya. Sampai bila?
Datuk,
Sangat setuju supaya segala apa yang diputuskan pemimpin hendaklah sangat2 untuk kepentingan rakyat. Tapi yang kesal memang lah, pemimipin mana yang sedikit sebanyak tak mahu langsung apa2 dari jawatan ahli poltik yang mereka pegang itu... Saya sebagai rakyat biasa amatlah berbesar hati jika mereka boleh betul2 lah sangat tolak depan perihal pengangkutan awam ni.
Tapi yang dok MEYAKITKAN HATI RAKYAT pulak ada jugak perihal orang itu ini nak mengaut untung projek monorail la, rapid kl la, lrt la.... Yang paling baru isu Rapid KL. Dok tolak2 fakta pula Tun Mahathir kita dalam isu ni. Semasa beliau buat pendedahan mengenai Khairy dan Rapid KL, tak disangka beliau TINGGAL keluar fakta menantu dia pun terlibat monopoli sama... Dan baru skrg nak back up diri kata beliau tak bersalah....??
Kalau lah macam ni sikap, macam mana sistem pengangkutan nak maju kat Malaysia ni? Pembesar no. 1 negara pun tak ikhlas.
Saya bersetuju dengan dasar jangka panjang berhubung isu minyak dan isu pengangkutan awam yang diutarakan..Ia perlu dilakukan untuk kepentingan rakyat.Jangan asyik menuding jari siapa salah..Lebih bagus jika dasar ini digubal secepat mungkin. Masih ada waktu untuk menyelamatkan negara kita..
assalamualaikum gfather
bila perlaksanaan tergesa gesa n hanya reflect dr keadaan semasa itu namanya xda plan tuh tok, agaknyala saya pn bknla reti sangat.tapi yg menyedihkan bila ditegur oleh seorang yang telah terbukti berjaya memulihkan ekonomi dia xmo dengar.orang 2 bkn calang2 tok IMF punya formula pn kalah.Ini blum lg kalau terjadi economic recession, ada ke plan dorang nih??
Untuk merancang kita mesti ada wawasan.Fikiran mesti terbuka hati mesti jujur.Yang paling penting kita mesti bijak.Apakah ciri2 tersebut ada pada Pak Lah?Jawapannya dia tiada.Jadi nak rancangan jangka panjang macam mana.Rancangan jangka pendek pun gagal.Turun sahaja ganti orang yang ada ciri diatas.Habis cerita.
Amacam?Ada sape2 yang dah baca artikel dalam stephendoss.blogspot.com pasal Rapid KL tak?Apa pendapat korang?Ada point kat situ kan?Sama2 kita cuba nilai perkara ni..Kita kena lihat pada dua2 'side' dan gunakan akal yang waras untuk menilai...
Post a Comment