Posting Terbaru. 2.45 petang.
UNDI TIDAK PERCAYA. Parti Maju Sabah (SAPP) akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat, yang akan bersidang Isnin ini.
Perkembangan ini menafikan laporan yang menyatakan parti yang dipimpin oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee, akan keluar BN hari ini. Bagaimanapun, ia dikatakan satu usaha untuk memaparkan rasa tidak puas hati parti di Sabah terhadap kepemimpinan tertinggi sekarang sebelum mereka membuat "kejutan" lain dalam masa yang terdekat.
SAPP yang mempunyai dua Ahli Parlimen dan empat ADUN, sebelum ini dikatakan mahu keluar BN dan menjadi "kumpulan bebas" sebelum memikirkan penyertaan mereka dalam gabungan lain. Ini memudahkan usaha mereka untuk menyertai mana-mana parti yang boleh memenuhi tuntutan mereka termasuk isu pendatang tanpa izin.
Posting Asal - 12.17 tengahari.
KELUAR BN? Adakah Parti Progresif Sabah (SAPP) akan meninggalkan BN? Walaupun media melaporkan perkara itu tidak benar tetapi hari ini ejen kenit memberitahu saya bahawa ia mungkin berlaku. SAPP akan membuat sidang media pada jam 2 petang ini di Kota Kinabalu berhubung perkara itu.
Sama-samalah kita tunggu.
Wednesday, June 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
30 comments:
takad beritahu apa yang berita dah beritahu, semua orang boleh buat. baik terus kerja sebagai wartawan. tak ada ker ulasan-ulasan sampingan yang berkualiti cikit.
pra-u
Sdr Pra-U,
Sejak kebelakangan ini, ramai pihak yang tertanya-tanya parti manakah yang akan keluar daripada BN. Ini termsuk kenyataan oleh KULI baru-baru ini yang menyatakan parti bukan dari Semenanjung. Bagaimanapun, media hari ini melaporkan bahawa SAPP tidak akan keluar dengan mengambil kenyataan Timbalan Presidennya. Bagaimanapun, saya diberitahu mengenai sidang media yang akan mengumumkan sebaliknya. Tunggulah.
Assalamualaikum Tok Rimau,
Saya sokong.
Saya pun dah tak percaya kepada kepimpinan sekarang, dgn kata lain, dah tak percaya dengan kepimpinan Pak Lah.
Saya sangkakan yg SAPP nak umum keluar BN. Haru juga ya.
Hairan juga akhbar2 utama (online) tidak menyiarkan berita mutakhir ni. Selalunya kalau berita2 "hot" macam ni pasti akan jadi Berita Terkini & diletakkan paling atas. Nak jaga hati Pak Lah kot.
Wallahualam. Wassalam.
kenapa menggelabah macam ni. tunggu je lah sehingga peralihan kuasa..
rakyat sabah dah lama minta sedikit perhatian dari kerajaan pusat tapi malangnya penyakit tidor tak sembuh-sembuh.... saya harap kali ni ini penyakit tidor boleh pulih...
rakyat sabah
Nampaknya jalan pakatan pembangkang ke Putrajaya semakin menjadi kenyataan.
Langkah pertama telah bermula, kita tunggu sahajalah selepas ini.
Saya berfikir, ahli2 SAPP tu betul memikirkan kebajikan rakyat ataupun ada agenda lain? Dengan turunnya Pak Lah tu.. belum tentu masalah2 mereka di sabah sarawak tu selesai... Cetek ckit saya rasa.
-isyak
Ini berbentuk tekanan. Adakah Perdana Menteri merasa tertekan?
http://c-bok.blogspot.com
Saya suka apa sukj kata "Jadi tak hairanlah jika Sabah masih mundur hingga sekarang kerana Pemimpin politiknya bersifat orang asli yang suka berpindah-pindah. Macam mana nak maju jika tak ada pendirian."
http://sukj.blogspot.com/2008/06/biarkan-saja-sapp.html
Blogger lain duk menyanjung SAPP. Itulah yang mereka mahukan! Konon2nya, mereka amat berpengaruh, bisa blackmail Pak Lah supaya turun. Setakat TunM keluar UMNO dulupun takde orang ikut, besar benar harapan orang kepada SAPP ni yang digelar "pengorak langkah" kemenangan Pakatan Rakyat mahu menakluk 30 MP. Tapi renung2 lah juga maksud di sebaliknya.
Kalau Datuk Harimau adalah Pak Lah - (yang makin kerap ditekan dari kiri kanan depan belakang atas bawah) - apakah bentuk tindakan yang paling wajar akan Datuk ambil?
Terimakasih atas jawapan/pandangan Datuk.
assalamualaikum gfather tiger
desas desus memang telah sedia diketahui, tetapi adakah dengan kelaurnya mereka dari BN rakyat akan menikmati taraf hidup yg lebih baik atau pu rakyat yang akan jadi mangsa, mungkin ia isyarat jelas kepada pimpinan pak lah tetapi janganlah pula rakyat yang akan jadi mangsa
baru ingat nak poie kk
Awang ingin mengucap syaabas kepada YTL, namun Awang memang memandang sinis kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sepatutnya Pakatan Rakyat lah yang sepatutnya mengusulkan undi tidak percaya ini.
Kita tengok sejauh mana ahli PR menyokong motion itu nanti.
Potong jari laa…..takda yang menyokongnya kerana bila Pak Lah digulingkan, BN akan kembali stabil dan takda isu yang nak dibangkitkan maka kempunan lah DSAI memenuhi agenda (Temolok) peribadinya ingin menjadi PM.
salam sabah,
saya dapat menjangkakan perkara ini akan berlaku semenjak Yong Teck Lee mengeluarkan kenyataannya dalam the star mengenai pemotongan elaun menteri yang tidak relevan dengan kenaikan harga minyak lagi.YTL begitu serius dengan kenyataan dalam the star beberapa minggu sudah.
mungkin ejen kenit tok akan memberi sumber-sumber terkejut lagi nanti.
kita saksikan tahun 2008 ini yg penuh mencabar penuh `thrill` dan penuh dengan segala isi yg maha mengejut,oh 2008.
Mudah sahaja maksudnya, keluar tak mahu, tapi minta disingkir dari BN. Apa macam? Susah bila pemimpin tak pandai berunding,tak faham orang tak suka. Asyik nak dengar yang baik-baik sahaja, ok boss, baik boss.
Askum, Saya Mohd Hidayat. Baru menceburi dunia blog.. Jika berkesempatan sila berkunjung ke web blog saya di
www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com.
Segala komen dan sokongan amatlah dihargai..
wow...
2 hari ni...ada 3 perkara penting berlaku atau kedengaran...
1) tindakan sapp
2) pengumuman mahkamah kangar
3) kesediaan ts khalid...
mana satu pak lah nak komen dulu?...mestilah isu sapp...tp lepas tu tak tau mcm mana nak susun ayat utk 2 isu selepas tu...sebab jiwa tgh kacau....
persoalannya...adakah ini sebahagian jln cerita "the big day"..."road to putrajaya"...
Sdr Ainul AB,
Itulah yang dinamakan politikal ekonomi dalam media. Jika parti politik memiliki media, mereka akan memastikan gatekeeper yang dilantik memahami tugas mereka terutama dalam menjaga imej dan kepentingan parti. Sepanjang masa dan ketika. Jika tidak, salaamm.
Sdr Dell,
Sebelum cerita besar, pasti ada cerita kecil. Kadangkala cerita kecil inilah yang ditunggu oleh rakyat. Macam cili padi, jika tersalah gigit boleh "pinau" sampai ke petang. Steadylah.
Sdr Rakyat Sabah,
Sabah itu besar. Jika hendak melaksanakan pembangunan mungkin mengambil masa sedikit. Namun, pembangunan perlu diperhebatkan agar rakyat dapat menikmati segera bukanlah terpaksa menunggu sehingga tahun 2020, barulah dapat menikmati jalan dan jambatan.
Sdr Rakyat,
Jalan ke Putrajaya bukan mudah. Kalau anda jadi BN pun, anda akan pasti bahawa jalan itu tidaklah begitu selesa dan memeritkan kepada pihak lawan. Sesiapa ada cita-cita, tunggulah pada PRU13.
Tetapi jalan ke Putrajaya DS Najib nampaknya semakin kemas daripada semak samun. Mana tahu, jika dengan izin Allah SWT tahun ini dia sampai. Apapun, dia sudah berada kat situ. Cuma hendak mencari kunci je. Marilah kita sama-sama cari.
Sdr Isyak,
Dalam politik, semua boleh jadi.
Politik adalah seni yang memungkinkan. Politik juga adalah pentas untuk berlakon, menari, berkuntau, menangis, memburuk-burukkan lawan, cium tangan, cium pipi, julang tangan pemimpin, menjerit-jerit dan segala macam benda yang tidak terfikir.
Akhirnya pelakon-pelakon ini yang mendapat oskar mereka dan yang di bawah pentas setakat tepuk angin saja. Selalu sangat tepuk, tangan boleh jadi sakit. Nak buat macam mana, tidak mahu jadi pelakon tetapi hanya mahu jadi penonton saja.
Sdr Zainal,
PM tidak akan rasa tertekan. Biasanya apabila kita menjadi orang nombor satu dan semua berada di tempat yang sepatutnya, kita tidak perlu merasa tertekan. Sebenarnya kita ada kelebihan untuk menekan butang-butang yang dipilih untuk menghapuskan sebarang tekanan. Tunggulah siapa yang akan ditekan. Itulah politik.
Sdr Plebisitz,
Keluar masuk ni bukanlah perkara baru dalam politik Malaysia. PBS pernah di dalam dan keluar dan masuk balik. Bagi sesetengah orang, tindakan sebegitu macam tiada pendirian. PAS pernah masuk BN dan kemudian keluar. Gerakan pun dulu luar tetapi kini di dalam. Jangan hairan, jika parti itu duduk luar semula. Ini politik.
SAPP belum keluar lagi tetapi mahu menyatakan apa yang terbuku di hati. Mungkin sebab peribadi. Ataupun menunaikan janji. Namun, Paklah pun mesti ada strategi yang membolehkan beliau menangkis perkara-perkara sebegini. Beliau pun ada panglima perangnya yang bersedia untuk ke medan perang.
Sdr Tajudin,
Sebagai PM, saya pasti ada segala-galanya di bawah matahari ini (everything under the sun). Sebut saja dari A hingga Z. Saya tidak akan rasa tertekan tetapi saya mungkin ada rasa malu saja.
Jika tertekan, saya akan menggunakan semua strategi untuk menangkis serangan seumpama ini. Serangan ini adalah satu ujian kepada kekuatan mental saya. Jika rasa malu, saya mungkin mengarahkan pancaragam memainkan lagu paluan berundur. Lama dah tidak dengar lagu tu.
Sdr Junkopile,
Seorang anak yang dilahirkan dalam keluarga miskin tidak akan rasa terhina makan ubi kayu dengan sambal belacan dan menghirup kopi tanpa gula. Seorang anak miskin akan menghargai apa yang dimiliki malah akan menggunakannya sebaik mungkin. Seulas nasi pun tidak akan tertinggal dalam pinggan plastik.
Beliau juga tidak akan rasa terhina menaiki basikal bersama bapa apabila terselisih dengan rakan, anak orang kaya dengan bapa yang memandu kereta mewah.
Ini kerana mereka dilahirkan miskin dan pasti akan berusaha untuk memperbaiki kehidupannya.
Begitu juga rakyat Sabah. Merentasi jalan berlumpur, berlopak dan mengharungi sungai adalah satu perkara biasa. Inilah keazaman mereka untuk mencari sekolah dan tidak menunggu sekolah datang ke pintu rumah seperti kemahuan orang bandar di Damansara, yang sentiasa manja.
Menaiki sampan dan mendaki bukit untuk ke sekolah bukan satu masalah. Meniti jambatan gantung di atas arus deras sungai yang lebar bukan lagi satu ketakutan atau kerisauan. Waktu malam bercahayakan lilin untuk membaca dan menyiapkan kerja rumah. Kekurangan ini mungkin kerana mereka duduk jauh di pedalaman. Untuk menyediakan jalan, jambatan atau bekalan elektrik memerlukan belanja tinggi yang mungkin mencecah kos bajet untuk 20 tahun.
Namun, anak miskin ini akan rasa terhina jika ada orang mengejek mereka setiap hari dan mengatakan bapa mereka lemah serta malas untuk mencari pendapatan lebih. Anak itu akan terfikir bahawa bapanya memang lemah dan malas. Satu hari, beliau mungkin mempersoalkan bapanya dan menyesal dilahirkan sebagai anak miskin.
Orang kaya yang tidak pernah merasai kehidupan orang Sabah akan sentiasa mengigit jari melihat anak kecil Sabah meniti jambatan gantung, menutup muka melihat mereka mengharungi arus deras dan marah melihat kasut murid sekolah berlumpur kerana terpaksa melalui jalan yang berlumpur. Maka mereka pun berkata bahawa kerajaan zalim dan tidak adil membiarkan anak-anak ini terus miskin dan tidak mendapat pembelaan. Tetapi mereka ini, orang kaya yang dapat duit turun dari langit atau berjaya dalam dunia kapitalis, terus memandu kereta mewah di lebuhraya empat laluan dengan memakai kasut yang dibeli di London. Mereka hanya menggeleng kepala melihat orang miskin dan mempunyai perasaan takut duit mereka mungkin dirompak oleh kumpulan ini. Mereka terus bersama kumpulan mereka dan hanya sekadar menggeleng kepala.
Datuk Harimau,
Mengulas mengenai pandangan Tuan pada sdr junkopile,pada perenggan terakhir, benarkah keadaannya orang kaya di sabah bersifat sebegitu?
Apa peranan kerajaan sabah? walaupun orang miskin sudah biasa susah macam tu, adakah mereka hanya membiarkan sahaja tanpa sebarang tindakan? Apa yang cuba ditonjolkan di dalam akhbar mahupun web mengenai kesusahan orang2 miskin ini?
Sekolah yang tak rupa sekolah, takde meja dan kerusi, duduk dan menulis atas lantai, menyeberang sungai menggunakan tali seperti aksi stunt di sarkas. Perlukah dibiarkan keadaan ini berlarutan?
Adakah orang yang punya kepentingan sendiri akan menggunakan alasan sebegini demi meraih sokongan?
Secara dasarnya, perkara sebegini tak patut berlaku especially pada sabah, sarawak serta terengganu. Kalau nak refer pada rakan saya yang berasal dari kelantan, orang terengganu lagi miskin dari orang kelantan, walhal hasil minyak dari terengganu adalah lebih..
Just for thought. Anggaplah ini hanya sebagai kepentingan nasional melebihi kepentingan parti, selain atas dasar keprihatinan sesama manusia.
Terima kasih
Sham
Dato....
apakah dato Mukhriz dan tengku Razali akan menyokong undi tidak percaya ini....?
Ada yang menuduh DS Anuar mendalami SUPP tapi saya tidak yakin mungkin orang umno sendiri kerana pekara ini berlaku selepas Pak Lah menegaskan akan menpertahankan jawatannya dalam pemilihan dan kenapa sebelum ini tidak berlaku apa pendapat dato...
Salam DIY.
Sesuatu yang GAGAL dipersoalkan di MINDA kita adalah 'SEKIRANYA ORANG LAIN MENGGANTIKAN PAK LAH, ADAKAH PERMINTAAN SAPP AKAN DAPAT JUGA DITUNAIKAN?'.
Saya juga mahu Pak Lah berundur, TETAPI mengkaji semula permintaan2 mereka itu, saya dapati permintaan2 tersebut adalah juga apa yang suatu ketika dahulu pernah dibawa dan disentimenkan oleh Harris Salleh, Pairin etc kepada k'jaan Pusat dan Tun Mahathir. Tetapi Tun semasa menjadi PM tidak mengendahkan MALAH melaksanakan pula strategi2 lain termasuk membawa UMNO ke Sabah, TO KILL OFF the issue...once and for all.
Think.
saudarku tiger,
SAYA bersetuju dengan saudara bahawa cerita orang keluar parti, parti keluar komponen atau pakat, bukan kisah baru dalam pentas politik tanah air. Bagi saya orang yang tidak berpendirian dan mementingkan diri sendiri yang sanggup berbuat demikian.
Pada saya, dalam keadaan politik negara yang boleh dikatakan belum lagi stabil, macam-macam boleh berlaku. Pastinya ada pihak yang sentiasa berkira-kira dan mengintai-intai peluang untuk mencelah sama ada secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi. Pihak macam ini akan melakukan apa saja - dalam diam mereka cuba menarik perhatian. Kalau lebih kasar lagi berani mengugut. Timbullah permintaan yang bukan-bukan. Kalau tak beri, kata mereka - natikan saja padahnya. Kini belang orang seperti ini kita sudah nampak. Tapi, kita bangga kerana Pak Lah tak lemas dengan tindak-tanduk orang macam ini. Kalau diikutkan kehendak mereka - nanti sudah diberikan paha hendak betis pula.
Apa yang tersirat - Pak Lah yakin dengan apa yang dibuat untuk kebaikan parti, kerajaan dan tentunya rakyat.
Kita tidak tahu apakah janji-janji menggunung yang diterima oleh seumpama ini oleh pihak lawan. Mungkin janninya cukup manis, tapi apabila harast hati sudah dimakbulkan - entah tertunai atau tidak janji itu.
Kita tunggu sajalah.........
Nampaknya BN terus menghadapi kaadaan yang amat getir bagi menangani isu ini....
musyuarat MT BN pun tak dapat memutuskan apa-apa terhadap SAPP...
sekiranya SAPP sah keluar BN maka mungkin dalam masa terdekat lagi mungkin ada parti lain akan ikut jejak langkah yang sama...
jika sekiranya kaadaan ini berlaku maka langkah DS Anuar Ibrahim ke Putra Jaya makin dekat....tak gitu Dato...?
Post a Comment