TOLONG MELAYU. Seorang profesor komunikasi Universiti Sains Malaysia hari ini meminta GLC tidak mengetepikan SYARIKAT PENGIKLANAN BUMIPUTERA .
Baginya, GLC mempunyai peranan membantu syarikat Bumiputera. Beliau meminta kerajaan menerusi agensi berwajib membuat audit pendapatan iklan dan segera menubuh Majlis Iklan Negara dan menggubal Dasar Pengiklanan Negara semoga ketempangan dan dilema agensi iklan Melayu ditangani dengan saksama lagi profesional.
"Tiada apa yang boleh membantu kita selain pribumi - sebuah persatuan agensi iklan Bumiputera diperkasakan. GLC mesti mengutamakan syarikat Bumiputera dalam kerja promosi dan kempen bersepadu mereka tanpa ragu.
Kita tidak mahu, hasil bumi negara diraih dan diperah oleh syarikat asing yang pasti tidak dapat membantu modal insan Bumiputera sekali gus memperkasakan jati diri anak bangsa. Kita tidak mahu dinafikan hak kerana jihad ekonomi dikesampingkan dan jihad lain diutamakan.
Jika Indonesia mewajibkan pembikinan tempatan dalam hal ehwal iklan dan pemasaran, kenapa kita masih dibelenggu fobia dan penjajahan minda yang amat terpesong. Kita tidak mahu, `kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'. Maka, baliklah ke pangkal jalan dan Majlis Iklan Negara segera ditubuhkan."
(Renungan Rimau : Kisah ini mengingatkan saya kepada keluarga yang mempunyai anak nakal yang suka menyakat dan menyakitkan hati adik-beradik lain. Apabila bapa tidak memerhatinya, anak nakal ini akan mengacau dan menganggu ketenteraman anak yang lain. Anak ini perlu diajar dengan budaya yang baik. Jika perlu menggunakan rotan, segerakan agar bapa tidak menyesal satu hari nanti. Pertumbuhan minda anak lain pun perlu dijaga agar mereka tidak lemah longlai atau menjadi pendendam. Itulah sikap bapa yang baik. Melainkan bapa mahu menjahanamkan masa depan anak-anak mereka).
Monday, June 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
1. Terdapat beberapa factor dalam memberi sokongan padu pada syarikat bumiputra bukan sahaja pada bidang pengiklanan tetapi juga dalam bidang perkhidmatan dan pembuatan. Kita kerap menyalahgunakan perumpamaan ‘`kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan' akan tetapi kera dihutan jangan lah terlalu hopeless dan berpegang pada prinsip abadi.
2. .Tidak ada hitam atau putih untuk maju berjaya dalam apa apa bidang. Mereka yg berjaya apabila tahu meniti ‘grey area’ yg mana kekadang terpaksa menongkah arus. Disebalik IQ yg average , EQ yg tinggi akan memacu tangga kejayaan.Ada seorg kawan di Batu Pahat dulu (contractor kelas F), dia beri tahu kat purchaser ‘hiburan tu haram, rasuah tu haram’ , maka terkebil kebil bila kontrak diberi pada org lain bukan bumiputra.
3. Sebagai umat islam, kita diharamkan berbunuhan mahupun pada org kafir.Akan tetapi kita dianjurkan berperang untuk mempertahankan Hak. Maka dalam peperangan ada yg terbunuh. Yg terbunuh mungkim saudara islam atau kafir.
4. Org putih kata ‘You cannot beat them , join them’. Adalah amat melampau dalam tata susila islam /melayu bila kita mengatakan untuk berjaya perlu ‘membida’ dari dalam kalau itu kehendak arus dunia kini. Kebanyakan yg berjaya terpaksa melalui detik detk pilu ini diluar kehendak sendiri dan menempa azam bahawa disuatu hari apabila memegang tampuk kuasa , maka menjadi kewajipan menghapuskan rasuah ‘membida’ dari dalam.
5. Maka disitu letak nya kawalan nafsu dalam menghadapi ranjau ini. Tuhan jadikan Nafsu utk kita menawan nya. Hakikat nya kita perlu menang dalam peperangan ini . Dalam buku Art of War, tiga cara utk menang.
6. Pertama ; Kita hanya ada 100 org dan musuh ada 500 org. Untuk menang kita perlu menyerang musuh dari atas bukit.
7. Kedua : Kita ada 1000 org dan musuh ada 100 org. Kita hanya perlu menunjukan pada musuh bahawa kita ramai.
8. Ketiga : Kita hanya ada 10 org dan musuh 500 org. Untuk menang kita perlu memasuki kem musuh, bercampur dgn mereka dan kemudian meracun semua.
-Jantan Giler-
Sdr Jantan Giler,
Satu pengamatan yang baik daripada orang yang suka membaca dan mencari maklumat daripada pelbagai sumber.
bro,
that's what happened to zimbabwe, botswana and few other african nations.
botswana, for instance, is the world's second largest producer of diamond tapi semua lombong and industri berkaitan dimonopoli oleh Barat.
in d end, this small african nation was left with nothing until the new government nationalise it 2 years ago.
now, botswana is booming.
zimbabwe too had similar problems.
i have been to this 2 countries, observing how the natives were deprived of the own rights.
we cant afford that to happen here in malaysia.
after the famous 'dawn raid' for guthrie, we should take contol of our own conglomerates with 'limited an under-controlled' foreign participation.
we dont want, say, country like singapore to tell us what and how to manage our own backyard.
malaysia kita punya. selagi kita tadbir dengan baik dan saksama, selagi tu la kita hormat dan sokong pendokongnya... boto tak?
SALAM DIY,
MINTA TOLONG BERIKAN SAYA PENGETAHUAN TENTANG APA ITU GLC,APAKAH FUNGSINYA?BERIKAN CONTOH-CONTOH GLC PADA SAYA? DULU SAYA TAK PERNAH DENGAR APA INI GLC?MINTA TOLONG TERANGKAN DATO.
Sdr Bujai,
Kerajaan wajib membantu golongan majoriti yang miskin. Perkara ini termaktub dalam dokumen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Di Malaysia, jika kita bercakap mengenai usaha membantu Melayu, kita dilihat sebagai golongan yang sudah ketinggalan zaman. Apatah lagi label seperti - sama rata, sama rasa - memukau ramai pihak terutama golongan muda termasuk Melayu untuk menolak niat murni ini. Oleh itu, ramai yang tidak berani bersuara kerana takut dikatakan ketinggalan zaman.
Oleh itu, usaha berterusan perlu dibuat untuk memberi peluang kepada usahawan Melayu yang berwibawa dan mempunyai rekod cemerlang. Masalahnya mereka yang ada kuasa tidak memberi peluang kepada usahawan Melayu yang cemerlang sebaliknya lebih tertarik dengan "perkara lain" yang boleh menguntungkan tembolok mereka. Ini satu pengkhianatan bangsa setelah mereka diberikan kuasa menjayakan kepentingan bangsa.
Sdr Terubuk Jantan,
Government Linked Company (GLC) atau syarikat berkaitan kerajaan adalah entiti korporat, sama ada syarikat awam (disenaraikan di bursa saham) atau sendirian berhad di mana kerajaan mempunyai ekuiti menerusi syarikat pegangan (holding company). Kaitannya itu ialah kerana kerajaan mempunyai ekuiti dalam syarikat berkenaan tidak kira controlling stake atau sebaliknya.
Ketika ini, Khazanah Nasional yang diterajui oleh Tan Sri Azman Mokhtar (Amokh) mengawasi perjalanan GLC seperti Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia, Pos Malaysia Berhad, Proton dan Malaysian Airlines.
Biasanya GLC digunakan oleh kerajaan untuk melatih golongan profesional Melayu dengan meletakkan mereka di pengurusan tertinggi syarikat berkenaan. GLC juga bertanggungjawab untuk membantu syarikat negara ini terutama Melayu dalam pemberian kontrak. Bagaimanapun, syarikat yang akan diberikan kontrak perlu berwibawa dan cemerlang untuk memastikan tugas yang diberikan dilaksanakan dengan baik.
assalamualaikum gfather tiger
bila terlalu berlembut ada yang akan ambil kesempatan bila terlalu keras ada pula yang mati kelaparan, bukan mudah untuk membina jalan tengah, tetapi itulah gunanya mereka mereka yang ditengah jalan untuk memikirkan jalan yang harus mereka sediakan bukan hanya membantu n membiarkan bumiputra dilepas begitu sahaja.itulah keunikan art of war ia ada seni bukan hanya senjata dan kekuatan tetapi ia melibatkan seni peperangan dan persediaan secara menyeluruh.TDM selalu guna nih
Dtk, minta terajui penubuhan Persatuan Agensi Pengiklanan Bumiputera. Kami memang teruk...tak ada yang nak peduli. Kerajaan cuma pandai buang duit..tak serius gunakan ilklan!! Promo-promo Kementerian semuanya buang duit...kerana ada habuan daripada syarikat-syarikat iklan yang besar!! Tengok aje re-branding Bank Pertanian. Apa nak tukar ke AGRO Bank?? Konon nak masuk pasaran global!! Tidakkah sasaran audiennya adalah petani-petani domestik?? Inilah yang dikatakan kera dihutan disusukan!! Rebranding punya pasal, harganya RM6 juta. Dulu RTM yang buat rebranding. Kerja gila si mamak tu kita kena tanggung RM12 juta...Siapa yang kenyang??? Tambahle lagi dengan kegilaan Rais Yatim,..dengan kempen Cintanya.., Shahrizat pula dengan kempen Keluarganya (kan kerabatnya orang iklan...itu yang kalah kat Nurul sebab iklan Shahrizat over sangat!!). Tapi yang nyata, kerajaan buang duit, beri kerja kat syarikat iklan multi-national. Syarikat Bumiputera dah le tak dapat kerja daripada swasta, Kementerian, Jabatan Kerajaan dan GLC juga buat buta aje kat kami!! Saya tunggu syarikat-syarikat Pengiklanan Bumiputera yang hendak berpersatuan!
Rajarome (smdmy@yahoo.co.uk)
Post a Comment