Wednesday, June 18, 2008

'SAYA TIDAK KISAH", ANDA BAGAIMANA?

SIAPA YANG RUGI? TS Khalid Ibrahim sedia kosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bersuara di Dewan Rakyat. Itu berita muka depan SINAR HARIAN.

"Saya tidak ada halangan sekiranya memang kawasan itu yang dipilih oleh Anwar, saya sedia kosongkan untuk membolehkan pilihan raya kecil. Dia boleh pilih mana-mana kawasan yang dikira paling sesuai dan dapat menjamin kemenangannya, SAYA TIDAK KISAH," kata TS Khalid.

ANDA, pengundi Bandar Tun Razak, bagaimana?

18 comments:

Anonymous said...

Kita hanya digula gulakan dgn kemunculan hero hindustan sebagai penyelamat negara. Dimana ada gula disitu ada semut. Dan semut ini sentiasa berada ditengah tengah pagar untuk melihat siapa yg bakal berkuasa.Dan segala semut semut ini menanti dan menunggu utk memancing kerana business survival. Kebenaran nya rasuah masih tidak mampu dibenteras.


Rakyat percaya ‘knight in shinning amour’ ini akan datang sebagai penyelamat. Sebenar nya ‘Knight’ ini hanya pandai berkata kata dan berhujah ibarat pakar motivasi . Psychology nya, jika kita menyokong ketidak selesaan seseorg maka secara tidak langsung kita akan mendapat satu follower.

Hero ini mesti lah lebih practical dgn menunjukan blue-print dalam web-blog nya agar kita paham dan menberi total agreement. Maka disitu kita tahu arah tuju nya apabila Hero ini memegang tampuk kuasa.

Saya akan berkata pada semua org ‘Sokong lah saya dgn undi ini, kalau menang setiap org dapat Ferari sebijik..’ maka org akan percaya dan saya mulai menghidukan kemenangan , lalu saya berkata pula ‘ I’m PM in Waiting’ . Seperti kata Joan Rivers ‘ Yesterday is History , Tommorrow is Mystery and today is a Gift , that is why we call it the PRESENT’, Be practical –Jantan Giler-

Anonymous said...

Datuk,

MB Selangor tu dah lupa apa maksud demokrasi kah? Kalau macam tu, tak perlu lah rakyat mengundi dulu. Tapi ramai betul pemimpin Pakatan yang sanggup menawarkan diri mereka sebagai "korban" untuk DS Anwar. Sebegitu hebatnya aura beliau.

Anonymous said...

saya tak kisah...

tan sri kahlid lebih dpt fokus sbg MB dan Anwar bleh bersuara lantang dlm parlimen .....

Anonymous said...

senang2 macam tu je? alahai Anwar.. bila lah nak berhenti kekecohan merata2 disebabkan dia ni seorang..

Anonymous said...

Salam..
Sekiranya melihat kepada senario semasa, inilah peluang terbaik buat dsai untuk bertanding, tetapi sekiranya beliau ingin mengambil langkah selamat, pasti beliau memilih Parlimen Permatang Pauh...

Unknown said...

Salam,

pada pendapat saya sekiranya anuar benar2 ingin bertanding utk membuktikan bahawa ia mendapat sokongan rakyat, bertandinglah di kawasan yang PKR menang dengan majoriti yang rendah. Mengapa pilih kawasan yang majoritinya tinggi ??

ibrahim yahaya said...

Sdr JG,

Jangan kita menjadi semut yang selalu mati disebabkan penangan gula. Itu sebab ada kata-kata mati semut kerana gula. Terlalu banyak makan gula pun boleh menyebabkan kita kena kencing manis. Berhati-hatilah dengan gula.

ibrahim yahaya said...

Sdr Farzain,

Dulu mencuba nasib dan timbullah sang sabut yang sentiasa terapung-apung di permukaan air. Kini mencuba nasib lagi dan apakah ia akan terus menjadi sabut atau akan disumpah menjadi batu seperti kisah SI TANGGANG YANG MENDERHAKA kepada ibunya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Ini mungkin strategi PKR untuk memenuhi kehendak pemimpin mereka. Bagaimanapun, apakah pengundi Parlimen Bandar Tun Razak akan memberi undi kepada PKR kali ini? Siapakah calon BN yang layak bertanding di kawasan ini?

ibrahim yahaya said...

Sdr SiJale Jale,

Ada pengikut yang terlalu taksub dengan pemimpin sehingga sanggup melakukan apa saja untuk melindungi pemimpin mereka.

Mereka ini tidak mempedulikan apa yang pernah dilakukan oleh pemimpin sebaliknya berusaha untuk memastikan pemimpin mereka terus dijulang dan diletakkan di tempat yang tinggi. Yang menjadi mangsa ialah mereka yang tahu keadaan sebenar tetapi akhirnya terpaksa menjadi pengikut pemimpin berkenaan. Minta dijauhkanlah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Jika DSAI menang, inilah kali pertama satu keluarga terdiri daripada ayah, ibu dan anak akan beraksi di Dewan Rakyat. Untuk mencari penyokong usul tidak sukar kerana ia boleh dibantu oleh ayah, ibu atau anak. Keluarga politik? Atau keluarga 69 macam felem TS P Ramlee?

Anonymous said...

celapakmai,

buat ape anwar nak bertanding dikawasan PKR menang tipis? nanti ada kemungkinan kalah, mana boleh. dia bukan peduli rakyat sangat, dia nak kuasa je.

Anonymous said...

DULU KITA TERSILAP UNDI PEMBANGKANG DI BANDAR TUN RAZAK . SEKALI INIJANGAN BUAT SILAP LAGI . KITA PUN CARI JALAN SUPAYA SHAH ALAM PUN DIADAKAN PILIHANRAYA KECIL SUPAYA BN BOLEH TAWAN SEMULA.

Anonymous said...

Alahai, tak perlu sangatlah isu Anwar ni diperbesar2kan sangat.... Ini sebenarnya yang dia duk seronok terkekeh-kekeh ketawa kat belakang. Yang penting publisiti! Supaya nama Anwar sentiasa disebut, disanjungi, diingati! Tambah pula Anwar cucuk pulak sana sini untuk reinforce idea beliau tu.... Apa saje cara, janji boleh dapat objektif dia. Anwar sekarang macam2la berani nak cakap. Dah dapat power baru garu kepala nak jawab.

ibrahim yahaya said...

Sdr OA,

Jika bertanding di kawasan yang menang sikit, barulah anak jantan. Jika di kawasan menang banyak, mungkin orang akan berkata "kawasan pondan". Apapun, rakyatlah yang rugi masa dan tenaga. Kesian ye. Tunggu le PRU13.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Mengundi ni jangan tersilap. Nanti kena tunggu lima kali raya. Masa tu, ada juga yang sudah jalan dan tidak sempat hendak perbaiki kesilapan. Jadi, jangan silap.

ibrahim yahaya said...

Sdr Isyak,

Menyimpan cita-cita hendak berkuasa memanglah senang. Fikirkan saja. Apabila sudah berkuasa lain pula ceritanya. Ketika itu pasti perit, pedih, parah, panas, pahit dan penasaran.
Jika boleh buat, selamat. Jika lembik, eloklah segera balik.

Ketika itu juga, semua jenis "semut" akan datang menghurungi kita. Pilihlah yang sesuai. Yang tidak pernah nampak muka selama ini pun datang selamba saja. Ada juga yang sanggup cium tangan atau cium kedua-dua pipi. Macam orang Arab pulak.

Anonymous said...

Saudara,

Kalau saudara nak cakap nanti ada keluarga ayah ibu dan anak berpolitik,

Tidak besar bezanya dari ayah dan menantu berpolitik (Badawi dan Khairy),

Tidak besar beza dari ayah dan anak berpolitik (Mahathir dan Mukhriz),

dan sebagainya.

Yang penting ini:
(1) Jangan korup
(2) Biar telus
(3) Bertindak dan berkhidmat demi rakyat jelata, jangan ambil se-sen dari wang rakyat masuk poket selain gaji yang ditentukan
(4) Jangan ada bisnes-bisnes tambahan bagi keluarga, seperti jadi pengerusi lumba F1 sepang ke, dan sebagainya. Sebab apa yang dinamakan 'conflict of interest' boleh muncul.

Ini yang mustahak.

Bukan sama ada keluarga anak pinak cucu cicit masuk politik.

Kalau dipilih oleh rakyat secara sah dan demokratik, sudahlah.

Apa masalahnya?