Wednesday, June 18, 2008

KERUSI SANGLANG KOSONG

KOSONG. KANGAR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum Mac lalu, dikosongkan selepas mahkamah menerima permohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihan raya Pas bagi kerusi berkenaan. Keputusan itu bermakna pilihan raya kecil perlu diadakan untuk memilih wakil rakyat baru kawasan DUN berkenaan.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani ketika membuat keputusan itu bagaimanapun menolak permohonan bekas calon Pas yang juga Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin supaya mengisytiharkan beliau sebagai pemenang kerusi kawasan berkenaan.

Zainal Adzam berkata, mahkamah tiada hak untuk mengisytiharkan Hashim sebagai pemenang kerusi DUN itu kerana Seksyen 35(c) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang memberi bidang kuasa kepada mahkamah untuk berbuat demikian sudah dimansuhkan pada 2003. Mahkamah bagaimanapun meyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menentukan bila pilihan raya kecil akan diadakan.

Sebelum ini, ADUN Sanglang, Abdullah Hassan, dari BN memohon supaya mahkamah memerintahkan pilihan raya semula bagi menyelesaikan pertikaian itu manakala Hashim pula mahu beliau diisytiharkan menang.

Hashim diwakili peguam Mohamad Ariff Yusof mengemukakan petisyen pilihan raya mencabar keputusan pilihan raya DUN berkenaan yang diadakan pada 8 Mac lalu dengan asas berlaku kesilapan dalam proses pengiraan undi. Hashim tewas kepada Abdullah dengan perbezaan 149 undi.

Abdullah diwakili peguam K Jegathesan. (BH ONLINE)

(Renungan Rimau : Sudah siap sedia ke? Adakah pengundi Sanglang memilih calon atau mengundi Parti? Eloklah tempah segera Hotel Putra Palace, Kangar bagi mereka yang "amat perlu" menginap di hotel. Melainkan mereka hendak tinggal bersama orang kampung di Sanglang. Dapatlah merasai Laksa Perlis orang kampung. Musim mangga sala dah penghujung.)

12 comments:

Akar Umbi said...

Dato',

Terasa juga nak makan laksa KUALA PERLIS, lebih-lebih lagi kalau pak teh yang masak. Berikut saya nak ceritakan pengalaman makan laksa:-

1. Saya pernah makan laksa KEDAH dalam tahun 80an, di kawasan Stadium Darul Aman.Pohhh.. memang sedap. Tak tahu sekarang masih ada jual ke tak, rasa-rasanya dah pencen kot?

2. Laksa PENANG saya kurang makan kerana kat sana asyik pekena nasi kandar. Tapi dah cuba juga laksa di espalanade. Pertama kali sedap, tapi kali ke2 MUAKKKKK. Sekrang dah tobat dah tak mau maka laksa PENANG.

3. Kat Kuantan,bapa mertua abang saya buat laksa mentah, jual di pasar. Jadi laksa PAHANG belum teruji kuahnya. Bawa balik rumah pun cuma laksa mentah dan kuahnya emak masak sendiri.

4. Laksa JOHOR nampak macam sedap, lemak, ada cili padi tapi tak pernah try, so no comment. Ada orang kata boleh tahan juga.

5. Pernah dulu, tapi bukan laksa tapi daging panggang. Makan dengan air asam. Sebenarnya bukan air asam, tapi BUDU KELANTAN. Kalau saya tahu budu, memang saya tak makan. Rupa-rupanya To', baru saya tahu BUDU KELANTAN pun sedap!

Kami di Selangor ni dulu ada macam-macam makanan juga; sate, tempe,nasi ayam tapi sekarang masing-masing dah TAK berniaga. Kami di rumah masak sendiri, makan sendiri.

Anonymous said...

salam sanglang,
begitu juga dengan Parlimen kulim lunas,hmmm kita tunggu episod zulkifli nordin dan dato azez.

epain said...

sanglang ni special la...

kwsn kecik je...tp kalau campur yg ini, 2 kali dah melalui pilihanraya kecil selepas pru...

dulu masa 1997 hashim jasin vs mastika junaidah...

tambah menarik kali ini..."kerjasama" atau "kerjaraya" mb isa sabu dan ex mb, shahidan kassim...dua2 ada peranan penting...kalau kalah, salah sorang hmmmm, apa ya?....

man_helang said...

erm...adakah kerajaan BN sudah bersedia untuk kehilangan 1 kerusi lg...kita tungguuuuu...

ibrahim yahaya said...

Sdr Azlan,

Nampaknya, saya akan dapat membaca sebuah buku dinamakan "MAKAN LAKSA" yang menghimpunkan pengalaman Sdr. Sambil balik kampung RH makan laksa, bolehlah baca buku itu. Usahakanlah dan mintalah Laksa Shack untuk membiayainya. Jangan lupa serta bab BUDU KELANTAN yang sedap sehingga menjilat jari.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Siapa yang akan untung ketika diadakan Pilihanraya Kecil? Siapa pula yang akan rugi ketika Pilihanraya Kecil itu? Ada orang buat duit, ada orang keluar duit. Sebenarnya rugi masa, wang dan tenaga.

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain.

Setuju. Seorang MB dan seorang lagi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Yang mana satu pilihan hati. Tetapi Pakteh yang sudah menjadi Harimau UMNO pasti mengaum lebih kuat untuk memastikan titlenya terus melekat di badan. Pakteh ni hamba yang pemurah. Saya pernah nampak, beliau sedekah kepada waiter hotel yang penat bekerja untuk menyusun meja, kerusi, kain meja dan menyusun makanan. Mereka akan mendoakan kesejahteraan Pakteh.

Saya pun pernah berhujjah dengan Pakteh dan Mufti Perlis mengenai MANHAJ sebelum PRU12. Hidup Pakteh! dan kalau saya balik kampung, boleh ke duduk free kat Hotel Putra Palace. Sudah jadi tetamu setia tetapi selalu dapat bilik kecil dan berbau. Sekadar mengadu...hendak cari hotel, hendak cari hotel.....

ibrahim yahaya said...

Sdr Man Helang,

Saya pasti BN tidak akan melepaskan kerusi itu demi untuk menunjukkan rakyat masih menyokong mereka. Yang penting selepas PR kecil, nasib rakyat akan diperjuangkan sehingga sekecil zarah.

mat_terab said...

Dalam isu Sanglang ni bukan pekara yang mudah kerana SPR akan berdepan dengan saman daripada pihak Pas sekiranya di adakan Pilihanraya kecil kerana yang nyata Pas telah memenangi PRU12 bagi kawasan ini cuma SPR saja yang silap mengistiharkan pemenang...
dan sekiranya SPR tetap dengan pendirian mahu mengadakan pilihanraya kecil maka jelas lah menampakkan kepincangan dalam SPR yang berat sebelah.....

PAKTEH said...

Semua orang akan untung termasuk penduduk sekiranya Pilihanraya Kecil Sanglang menjadi kenyataan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Mat Terab,

Memanglah PAS hendak menang. Tapi eloklah ikut kata mahkamah supaya diadakan pilihanraya kecil semula.

ibrahim yahaya said...

Sdr Pakteh,

Saya pasti Pakteh akan bekerja keras untuk memastikan calon BN menang. Jika ada umur kita jumpa di Sanglang dan boleh kena teh tarik. Tongkat Pakteh bagi tu masih disimpan rapi di pejabat dan akan diingati sepanjang hayat. Hidup Pakteh.