Tuesday, June 10, 2008

PANTUN UNTUK PEMUDA UMNO


(Gambar oleh Agenda Daily)

Tengahari tadi saya menghadiri Sembang Media di PWTC yang dianjurkan oleh Sekretariat Perhubungan Media Pemuda UMNO yang dipengerusikan oleh Datuk Sazmi Miah.

Sebagai orang Melaka, saya lebih suka berpantun agar nasihat atau teguran ini disampaikan cara lama kepada Pemuda UMNO. Pantun ini juga sekadar menyahut saranan Datuk Sazmi untuk memberi pandangan.

Muatan sarat papan lapis
Kapal Inderapura bersalut gangsa
Pemuda UMNO barisan pelapis
Berani bersuara demi bangsa

Lepaskan lelah di Pekan Bera
Makan sate bersulamkan nira
Pemuda UMNO perlu bersuara
Nusa bangsa terus terpelihara

Hujan lebat sesekali halilintar
Perlu berhenti menunggu surut
Pemuda UMNO jangan gentar
Nanti kelak digelar pengecut

Air surut menjelang petang
Sauh naik kapal meluncur
Pemuda UMNO mesti lantang
Panas membara tidak melecur

Berbaju Melayu siap bersampin
Nakhoda kapal kemas rapi
Pemuda UMNO hormat pemimpin
Jika lemah ditolak tepi

Kelasi muda hebat terbilang
Teguh menyokong suara sekata
Pemuda UMNO terus berjuang
Demi kepentingan Alif, Ba Ta


(DIY memberi pandangan. Gambar oleh JINGGO)

(Renungan Rimau: Saya juga mahu Pemuda UMNO menjadi halia yang pedas, pijar dan jika diratah mentah-mentah boleh menghilangkan angin di seluruh badan dan bukan sekadar menjadi kunyit untuk mewarnakan kuah dan menghilangkan hanyir bau ikan atau ayam. Pemuda UMNO perlu berani dan lantang bersuara seperti zaman doulu doulu)

22 comments:

Anonymous said...

salam pantun,
sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
suruh makan dia makan
tak suruh makan pun dia makan.

terubuk jantan said...

SALAM DIY,
PEMUDA UMNO HARUS MENJADI PENDESAK UTAMA KEPADA KEPIMPINAN BUKAN SETAKAT JUNJUNG KERIS DAN SIMPAN BALIK SETIAP TAHUN.GARANG,BERVISI,BERISI DAN PEKA KEPADA KEPADA MASALAH RAKYAT BUKAN SEPERTI SEBELUM INI.HARAPAN SEMOGA PEMILIHAN DISEMBER INI AKAN MEMULIHKAN PEMUDA UMNO SEPERTI ERA 'PEMUDA KUMPULAN HALIA',PEMUDA PEWARIS BANGSA DAN AKAN LAHIR NASIONALIS SEPERTI TUN SARDON JUBIR,SAMAD IDRIS,GHAFAR BABA,HUSSIEN ONN,SYED JAAFAR ALBAR DAN SEANGKATAN DENGANNYA...PEMUDA UMNO PERLYU LANTANG MENYUARAKAN SEGALANYA TURUN DENGAR MASALAH RAKYAT DAN BERSAMA-SAMA RAKYAT TERUTAMA KRISIS MINYAK KETIKA INI....CADANGAN SAYA PADA PEMUDA UMNO IALAH TUKAR SLOGAN PEMUDA KEPADA 'PEMUDA PENDESAK UTAMA'.....

Mazlan, said...

DIY,
Pemuda UMNO mesti jadi tongkat ali,pantang dicabar, keras sekali...

junkopile said...

assalamualaikum gfather tiger

padi tuan kuning menyala
padi kuning dari seberang
pemuda bukan tak berani bersuara
kadang yang tua tak mahu bicara

ikan emas didalam belanga
belanga saya dari melaka
pemuda tiang harapan negara
tetapi yang tua tak sedar belaka

bukan marah yo cakap jo

cacamerba said...

Pemuda UMNO akan berani bersuara kalau UMNO menghapuskan patronage system yang diamalkan. Inilah barah yang telah dikenalpasti, namun tidak ada pemimpin UMNO yang berjiwa besar berani untuk "memotong"nya dari parti itu.

tajudin said...

melayan cik abang di sudut anjung
dijamu makan buah dokong
bibir tersenyum mata menjeling
*orang berdiri mudah dijunjung
*orang bersandar mudah disokong
*orang berbaring mudah diguling

..ya, silakan Datuk Harimau...

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
suruh makan dia makan
tak suruh makan pun dia makan

ini jawapan saya.

tarik papan sampai pekan
singgah pasar beli gelama
tak suruh makan pun dia makan
hidang tak berusik begitu lama

ibrahim yahaya said...

Sdr Terubuk Jantan,

Dalam Sembang Media itu, saya juga mencadangkan agar Pemuda UMNO takyah pegang jawatan dalam kerajaan kerana mereka pasti akan tutup mulut untuk jaga jawatan. Kalau bersuara lebih nanti, ada pulak yang terpaksa cari kotak.

Datuk Sazmi bersetuju bahawa jika pegang jawatan, mereka perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan agar tidak menyinggung perasaan sesetengah pihak. Beliau sendiri dulu pun kurang bersuara kerana memegang jawatan Setiausaha Parlimen. Kini, tiada jawatan bolehlah bising-bising sikit.

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=zvzXGTg_Oow

Good Watch!!
Superb video about the farce system called "Democracy" Western-style learnt by small kids in China!!
Gotta love capitalism democracy!!

Anonymous said...

Wajah ditindas adalah wajah sayu,
Menghimpit kehidupan di negeri kayangan,
UMNO Dimanakah perjuangan dan budi,
Kerap menguna alasan bangsa melayu,
Bila berkempen meraih simpati & sokongan,
Tapi topeng sebenar adalah kepentingan diri harta abadi.
-Jantan Giler-

ibrahim yahaya said...

Sdr MM,

Pihak yang memasarkan tongkat ali sekarang ada yang songsang. Mereka menjadikan serbuk pokok kayu tongkat ali sebagai ramuan minuman tongkat ali yang dikatakan kuat. Nak buat apa pokok kayu yang banyak habuk. Kita mahu tongkat ali original. Pemuda UMNO perlu menjadi tongkat ali tulen dan bukannya habuk atau dahan kayu.

ibrahim yahaya said...

Sdr Junkopile,

ini jawapannya.

padi tuan kuning menyala
padi kuning dari seberang
berani bersuara tapi berkala
bunyinya pula macam mengerang

ikan emas didalam belanga
belanga saya dari melaka
jika bersuara dipulas telinga
lemah longlai takutkan si saka

ibrahim yahaya said...

Sdr Manis,

Untuk menjadi pemimpin berjiwa besar salah satu tunjangnya ialah keberanian dalam kebijaksanaan. Berani yang tidak bijak sebenarnya boleh memaparkan kebodohan. Berani yang cerdik mampu menghapuskan seribu anak muda yang mendatang.

ibrahim yahaya said...

Sdr Tajudin,

melayan cik abang di sudut anjung
dijamu makan buah dokong
bibir tersenyum mata menjeling
*orang berdiri mudah dijunjung
*orang bersandar mudah disokong
*orang berbaring mudah diguling

ini jawapannya.

abang kenyang di hujung anjung
disorong bantal lena sebentar
lipan melintas tiada berbisa
*berdiri tegak kuat penyokong
*bersandar seketika bukan gentar
*berbaring kemas menunggu masa

jatuh rebah tiada penyokong
bawah tempurung hilang gentar
berbaring lesu tiada bermaya
*junjung jatuh jadi kepompong
*rebah penyokong berputar putar
*berbaring mati hilangnya daya

ibrahim yahaya said...

Sdr Kluangman,

Minta maaf terpaksa reject sebab ada perkataan lucah tu. Sori ye.

ibrahim yahaya said...

Sdr Jantan Giler,

Semangat kental tiada sayu,
Berjalan serentak anak Melaka
Sokongan padu rakan dan teman
Kepentingan diri bukan Melayu
Tamak harta bawa malapetaka
Perjuangan UMNO perlu budiman

* ainul AB * said...

Assalamualaikum Tok Rimau,

Kata pahlawan Melayu terbilang Hang Tuah - takkan Melayu hilang di dunia...

Kerana kunyit setitik, rosak santan seperiuk. Kerana wang, manusia sanggup gadai maruah bangsa, agama & negara.

Ketuanan Melayu mandatori kukuh & utuh supaya Melayu takkan hilang di dunia.

Kelantangan bersuara bukan kayu pengukur tetapi isi dalam suara tersebut. Bernaskah? atau hanya sekadar memekakkan telinga.

Semoga para pemimpin tertinggi UMNO sedar & bangun menegakkan mandat yg diberi oleh rakyat, yg diundi ketika pilihanraya oleh rakyat & yg diamanahkan oleh anak bangsa.

Amanah itu ibarat wasiat. Hukumya wajib dipenuhi selagi tidak melanggar syariat Islam.

Wassalam.

Anonymous said...

Banyak pantun kat sini ada koreng sikit mutunya lah.

Tapi point tu adalah.

He he he...

Anonymous said...

Dato,

Syabas kerana membuat teguran/pesanan mengenai "Halia dan bukan Kunyit" semalam.

Kehadiran Dato' amatlah dihargai. Pandangan yang diberikan amatlah bermakna.

Terima kasih

ibrahim yahaya said...

Sdr Ainul,

Melayu akan hilang apabila pemimpin Melayu bergaduh mempertahankan kepentingan diri mereka sendiri termasuk keluarga dan sanak-saudara. Pemimpin Melayu sebegini pasti tidak memikirkan lagi nasib bangsanya tetapi lebih menumpukan kepada kelangsungan hidup mereka sekarang dan akan datang. Adalah lebih malang apabila perbuatan mereka itu bukan saja memalukan bangsa Melayu tetapi menghancurkan imej dan jatidiri bangsa Melayu.

ibrahim yahaya said...

Sdr GJ,

Pantun siber ni, adakalanya koreng sikit tetapi maksudnya mendalam. Yang penting ia satu permulaan langkah pemupukan minat terutama bagi generasi muda. Jawab le dalam pantun. Mahu juga tengok ada mutu ke.

ibrahim yahaya said...

Sdr BD,

Sembang Media di PWTC
Anjuran murni anak muda
Melayu perlu visi dan misi
Bukan ditunggang macam kuda