APA NI? Sabtu ini, Majlis Peguam akan menganjurkan satu forum mengenai isu kontrak sosial dan Ketuanan Melayu.
Forum di Auditorium Majlis Peguam diadakan ekoran kononnya wujud perbezaan pendapat di kalangan pemimpin dan orang awam mengenai isu itu. Perbezaan pendapat macam mana? Pemimpin dan rakyat yang mana satu? Orang Melayu ke yang tidak sependapat?
Antara panel forum itu ialah Pensyarah Sains Politik UKM, Dr Mavis Puthucheary; Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong dan peguam, Tommy Thomas.
Bagi saya, apa yang ingin dilakukan oleh Majlis Peguam itu adalah hak mereka dan selama ini pun mereka selalunya tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan. Mungkin bantahan itu sekadar mengikut kepentingan individu tertentu terutama Presidennya.
Namun, apa pulak Majlis Peguam hendak bincang isu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan sedangkan banyak kerja lain yang boleh dibuatnya seperti membincangkan nasib peguam. Apakah mereka ingin mencadangkan Perlembagaan diubah untuk memenuhi selera pihak tertentu? Hendak mencari nahas ke?
Saya juga berharap ada pemimpin Melayu yang bijak bistari dan berani untuk menjadi ahli panel bagi menerangkan dari perspektif sejarah dan mempertahankan kedua-dua perkara itu. Datuk Dr Malik Munip boleh ke?
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, Ketuanan Melayu dimilik oleh Raja-Raja Melayu. Ketuanan itu ialah kedaulatan bukannya konsep tuan dan hamba yang disalahertikan oleh pemimpin kanan MCA, Datuk Ong Tee Keat. Konsep tuan dan hamba tu diamalkan oleh Maharaja Cina doulu-doulu.
Tak tahulah apa nak jadi dengan negara ini.
Bebas, terbuka, bebas...lama-lama semuanya terlondeh. Semua berbogel. Semua orang boleh nampak. Itu kot yang dikehendaki. Yang tidak payah tu, tidak payahlah dibuat. Apa ni?
Thursday, June 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
DIY,
Saya sokong kalau Dato' Dr Malik Munip jadi panel. Saya pernah mengikuti syarahan beliau berkenaan isu urbanisasi dari perpektif sejarah, semasa saya di form 6 dulu. Selayaknya beliaulah yang patut mewakili suara Melayu.
Salam tuan-tuan,
Apa kene mengena Majlis Peguam dengan Ketuanan Melayu dan kontrak sosial.
Nama panel pun nama-nama-kafir ...
Tak payah bincang, tindakan sudah patut diambil ...
Orang Melayu telah memberikan mereka 1 juta kerakyatan, dengan 2 syarat. Tidak disentuh Hak keistimewaan orang Melayu dan Agama Islam.
Jadi sekarang, semua yang tidak mematuhi perjanjian tersebut, mesti dikenekan tindakkan..
Semua pemimpin Kaum Lain yang mempersoalkan perkara ini MESTI DILUCUTKAN Kerakyatan dan Dihantar Balik ...
Persatuan-persatuan yang menghina Agama Islam dan Orang Melayu juga di bubarkan dan Jawatan kuasanya dilucutkan kenegraan.
Sekiranya ahli panel juga mempersoalkan Hak Orang Melayu dan Kontrak Sosial ini ..
Saya cadangan MEREKA LAH YANG PERTAMA DILUCUTKAN KERAKYATAN .. sebab takut nanti ahli panel ini lah yang akan menjadi duri dalam daging Kewujudan Malaysia ..
Raja Nazrin dah bertitah, Sultan Azlan juga sudah bertitah..
Jangan Sesekali mengusik dan menghina agama islam dan Hak orang Melayu ..
Sdr Azlan,
Saya pernah bersembang dengan Datuk Dr Malik mengenai Ketuanan Melayu sebelum ini.
Baginya, istilah itu tidak perlu wujud kerana memang sudah jelas seperti juga yang berlaku di Britain, India dan China. Katanya, mana ada orang mengatakan Ketuanan Inggeris di Britain, atau Ketuanan China di Negeri China ataupun Ketuanan India di India. Memang bangsa Inggerislah di Britain dan begitu juga di China atau India. Yang jelas takyah dibincangkan. Itu je.
Sdr Razlan,
Majlis Peguam perlu memikirkan pendekatan untuk menolong orang susah dan miskin terutamanya Melayu di seluruh negara yang ada antaranya ditindas oleh pihak tertentu dengan penipuan surat saman, penipuan surat perjanjian, ugutan entah apa-apa daripada bank atau institusi kewangan.
Majlis Peguam juga perlu melihat pihak yang menipu pelanggan dengan mengenakan pelbagai jenis kadar bayaran untuk "menghisap darah" orang miskin. Ini termasuk hal berhubung dengan kad kredit, tunggakan pinjaman ataupun sewa beli yang menguntungkan orang kaya.
salam dato
adakah Law Minsiter Dato’ Zaid Ibrahim tidak layak menjadi panel...ataupun tengku razaleigh hamzah
Jangan Sesekali mengusik dan menghina agama islam dan Hak orang Melayu ?
Klu orang melayu sendiri yang mengusiknya..macamana ye....
mcmana nak menjadi contoh kepada bangsa lain da
SALAM DATO,
Semakin lama,semakin menjadi pulak puak-puak ni,apa yang mereka ni mahukan,tak cukup ke sampai nak 'dibogelkan'pulak awak ni....dato, kalau dato berkesempatan jumpa dengan pemimpin-pemimpin besar melayu harap sangat dato sampaikan berita ini pada pemimpin besar kita'dato.Dato,jangan beri ruang dan peluang....
Salam buat DIY,
saya setuju apa yang DIY tulis,kalau nak terbuka ke, berbogel ke, terbebas ke, terbabas ke tetapi ANUNYA,mestilah ditutup.
dato, apa susah, bagi jer pokpet jadi ahli panel. orang lain pun pokpet pokpet gak. semua tunjuk pandai. apabila pemimpin melayu lemah, ada orang naik tocang. salam. http://pokpet.blogspot.com
Salam Dato,
Mengapa mereka mahu mengadakan Forum Ketuanan Melayu padahal kita tidak pernah terfikir hendak mengadakan forum mengorek kewajaran Kerakyatan Mereka?
Mereka sejak merdeka bebas buat apa sahaja sehingga majority jadi kaya raya, ada yang ada casino atas banjaran gunung. Kita tak pernah larang. Ketuanan Melayu dan Kedaulatan Raja Raja Melayu tidak kacau satu pun urusan mereka.
Ini semua dimulakan Pembangkang. Kadang kadang tak terbaca blog mereka yang anti betul dengan kita dan dihina dengan bermacam label. Mereka kata itu hak mereka sebab ini adalah demokrasi.
Tapi bila kita angkat sikit keris, sebut sahaja ketuanan Melayu mereka kata kita racist.
Sarang tebuan jangan dijolok keterlaluan sangat. Nanti buruk padahnya. Sabar kita ada batasnya.
saudaraku tiger,
BEGINILAH jadinya kalau orang Melayu sendiri tidak bersatu hati. Orang lain sudah nampak Melayu tak bersatu. ini peluang terbaik bagi mereka untuk mencuba lagi dan terus mencuba untuk menyakat orang Melayu. Mula-mula cuit-cuit - saja hendak menduga - kalau ada orang Melayu sendiri yang menyokong mereka, tandanya boleh buat lebih kasar lagi.
Apabila orang Melayu tidak bersatu hati (saya tidak mahu menyebut berpecah kerana orang Melayu tidak akan mengkhianiti bangsa sendiri), mudahlah pihak lagi masuk daun. Kalau dulu hanya berani lepas-lepas cakap atau berselindung-selindung, tetapi kini berani buat terang-terangan.
Soal sensitiviti kaum lain tak diperdulikan, soal hina Perlembagaan bukan juga persoalannya. Janji mereka bangkit bersuara - kononnya untuk memperjuangkan hak mereka.
Pada saya, kalau orang Melayu hendakkan hak ketuanan mereka kekal selamanya di bumi Melayu ini - kita mesti bersatu hati tanpa mengira fahaman politik atau perbezaan pendapat.
Perkara ini yang dipegang oleh bangsa bukan Melayu. Tak perlulah saya huraikan.
Saya tak mahu menyebut pepatah - tepuk dada, tanya selera - kerana orang yang suka tepuk dada itu, biasanya orang yang suka bermegah-megah, ego, sombong, bodoh dan hanya mementingkan diri sendiri.
Salam DIY.
Majlis Peguam banyak bermuslihatkan POLITIK tetapi berlindung di bawah agenda NGO. Ini telah JELAS dan terlalu banyak berlaku. Nampaknya mereka2 ini lebih berminat bermain politik dari berbincang soal2 perundangan.
Mereka angkuh dengan pemberian(hadiah) k'jaan dalam mengadakan 'reformasi sistem kehakiman'. Mereka menggunakan hadiah tersebut dan juga Zaid Ibrahim, sebagai lonjakkan mereka dalam merealisasikan agenda terselindung mereka. Mereka2 yang berkepentingan di dalam Majlis Peguam ini, turut juga menggunakan Majlis Peguam dan kesepakatan NGO, untuk mempromosikan diri mereka bagi mengintai peluang2 politik di masa akan datang.
Bagi saya Datuk, begitu mudahnya Pak Lah dan Zaid Ibrahim dalam menunaikan tuntutan Majlis Peguam bagi diadakan 'Reformasi Sistem kehakiman M'sia' ADALAH MERUPAKAN SATU KESILAPAN DAN PADAH. Sepatutnya sessi2 Dialog yang lebih mendalam dan mekanisma 'sorong papan tarik papan' PATUT diadakan terlebih dahulu oleh K'jaan sebelum membuat keputusan terburu2 berkenaan 'Reformasi Sistem Kehakiman' tersebut.
Sekarang apa dah jadi?? Emm..Pak lah..Pak lah...
DIY, Salam,
Kita negara bijak pandai. Plural society pulak tu.
Jadi ini semua dibuat atas nama keterbukaan. Jadi habis semua nak dibogelkan.
Kenapa juga buku 13 Mei dilancarkan pada saat-saat begini?
Sebagai negara yang aman makmur, ada anasir-anasir yang cuba mengocak kestabilan kita.
Sebab itu DIY kalau kita nak bergerak dan maju seiringan, kita kena cakap satu bahasa. Bahasa kebangsaan. Habis cerita. Macam Indonesia, siap tukar nama lagi.
Tapi kita tak payah buat macam itu di sini. Kita harus hormat sejarah, bukan buta sejarah.
Salam Tuan,
Walaubagaimanapun bangsa lain tidak berhak membincangkan Ketuanan Melayu dan Kontrak Sosial.
Macam saya nyatakan, mereka tidak ikhlas didalam Membangunkan Malaysia.
Sepatutnya Semua Pemimpin yang mempertikaikan soal ini dianggap sudah dianggap menderhaka kepada Negara.
Dan perkara ini tidak perlu bangsa lain menjadi PEMIKIRNYA, Orang Melayu tak ada ke?
Apa kata pemimpin Umno....?
Tak kan senyap ja...?
Assalamualaikum semua,
Saya setuju dengan pendapat Razlan. Sepatutnya mereka bersyukur kerana bangsa melayu memberikan hak kerakyatan kepada mereka pada zaman pembentukan negara malaysia tahun 1963 dimana gabungan bersama Sabah, Sarawak dan Brunei. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan perkara-perkara dan dasar yang ditulis dalam perjanjian di patuhi. Sepatutnya pemimpin yang mempertikaikan ini semuanya sepatutnya mengkaji balik sejarah Malaysia pada masa dahulu sebelum membuat pertikaian. Biar negara kita negara berdemokrasi, akan tetapi negara kita adalah negara demokrasi berpelembagaan bukan demokrasi yang terbuka seperti Amerika syarikat. Perjanjian yang termaktub haruslah dipatuhi, kalau tak apa gunanya mengadakan perjanjian untuk dasar tersebut pada pembentukan Malaysia dahulu? Betulakan saya sekiranya saya salah. Sekian terima kasih.
Is that not the problem exactly? Hanging onto an archaic and historical trump card. It's like saying everybody is equal..but Ketuanan Melayu means being the First Amongst Equals. This issue has been the sore spot of Malaysians for so many years, is it to say that we should not even discuss rationally about it within fear or anger?
Assalamualikum tok tiger
Kenapa pula mereka yang bukan orang Melayu mahu membincangkan isu isu ketuanan melayu, adakah mereka juga berminat mahu membincangkan ketuanan cina di singapura, ketuanan melayu di indonesia dan banyak negara lagi kerana jelas ini ada agenda dan niat yang kurang baik, sebenarnya tok senang je mereka ni memang sengaja nak mencari isu kerana mahu memanipulasi perlembagaan itu sendiri, tetapi masalahnya menteri di jpm, badan kehakiman adakah cukup bijak atau hanya cukup terbuka je? kenapa di zaman tun mereka tidak berani
Hanya untuk memberitahu Melayu dah tak bertuan ?
Post a Comment