Kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak, semalam bahawa beliau belum BERCADANG bertanding jawatan Presiden UMNO, pasti menarik perhatian ramai. Saya pun berminat hendak tahu.
Sudah pasti ramai pihak yang akan menunggu bilakah DS Najib akan bercadang untuk bertanding Presiden. Mungkin selepas jadi Presiden kot, barulah bercadang untuk bertanding bagi mempertahankan jawatan Presiden. Ketika itu, berapa ramai pula yang akan berminat pula? Tak tahulah...
Setakat ini, bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, menyatakan hasratnya bertanding jawatan Presiden pada Disember ini.
Apakah Kuli akan mendapat kuota 30 peratus iaitu 58 bahagian untuk melayakkannya bertanding jawatan itu? Berdoa sajalah.
Friday, June 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DATO,
Dato Seri Najib Razak adalah seorang pemimpin melayu yang luas pengalamannya serta telah lama berkhidmat dengan kerajaan Malaysia.Sepengetahuan saya, selepas Allahyarham Tun Abdul Razak Meninggal dunia,Ds Najib telah menduduki Kerusi parlimen pekan ,ini bermakna telah 32 tahun(kiranya saya silap harap perbetulkan) DS Najib berada didalam arus perdana politik tanahair.Bagi saya tempoh 32 tahun amat mematangkan seseorang itu terutama dalam politik.Sekiranya diminta pandangan saya selaku akar umbi saya menyokong 100% sekiranya DS Najib bertanding jawatan presiden UMNO kerana asasnya mudah pengalaman yang luas,pernah mengetuai banyak kementerian sebagai menteri,mempengerusikan banyak jawatankuasa, pernah menduduki kerusi pemuda umno,naib presiden umno ,timbalan presiden dalam waktu yang ideal(tidak cepat dan tidak lambat).Sekiranya DS Najib bertanding, UMNO itu akan lebih dipandang sebagai sebuah parti yang sentiasa menjadikan amalan demokrasi itu subur dan hidup.Sebagai orang biasa saya juga ingin melihat mana-mana pemimpin lain juga menawarkan diri untuk bertanding mana-mana jawatan dalam UMNO tetapi dengan satu tujuan iaitu membela,mempertahankan,memperkasa,menjulang agama Islam dan bangsa Melayu.InsyaAllah.
Aku rasa akhirnya najib akan berputih mata sekiranya beliau tidak menawarkan diri bertanding prasiden kerana, Pak Lah dah kata akan terus pertahan jawatan itu Makna nya kalau dia menang dia akan kata tiada alasan untuk dia letak jawatan kerana akar umbi masih memberi mandat padanya....tapi kalau dia kalah Ku Li akan jadi Prasiden.....Muhidin akan menawarkan jawatan Timbalan dan mungkin Isa Samad juga turut menawarkan jawatan Timbalan najib nak jadi apa....?
Datuk,
Sesiapa yang berminat untuk menjadi calun tidak boleh berkempen, tidak boleh bercakap, tidak boleh beri derma, tidak boleh itu dan tidak boleh ini. Segala-galanya TIDAK BOLEH berdasarkan kepada Kod Etika.
Untuk memastikan calun-calun mematuhi arahan ini sudah pasti bukanlah sesuatu yang musah. Satu-satunya pematuhan secara total ialah kuarantinkan mereka. Tetapi di mana ya...?
Di Kamunting boleh kut? Lepas pemilihan nanti baru keluar.
http://c-bok.blogspot.com
Assalamualaikum,
Pada pendapat saya, saya fikir DS Najib munngkin tidak akan dapat bertanding untuk jawatan presiden umno, memandangkan isu Altantuya yang mungkin akan menggugat kedudukannya. Semestinya beliau akan menyokong AAB untuk memegang lagi kerusi jawatan presiden untuk satu penggal lagi untuk menyelesaikan kes Altantuya terlebih dahulu. Dengan selesainya kes tersebut, namanya dapat dibersihkan daripada kes tersebut dan beliau sudah mampu untuk bertanding untuk kerusi presiden nanti. Tan Sri Tengku Razeleigh menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan presiden ini akan semestinya memberikan impak dan mampu menggugat Pak Lah kerana sekiranya diimbas kembali pada Operasi Lalang pada 1987, dimana Tengku Razeleigh mampu mencabar Tun Mahathir dengan tewas pada undian yang tipis sahaja, lebih kurang 47 Undian kurang daripada Tun Mahathir. Walau bagaimanapun, politik adalah sesuatu yang sukar diramalkan. Betulkan saya sekiranya saya salah. Terima kasih.
Mulalah perebutan kuasa ;)
Jangan ada orang2 "parti lain" pula yang ikut sama bertanding kan..
tok gimau,
najib tak payah tanding president. kan ko paklah nak bagi dio jawatan tu tak lamo laie, buek apo tanding?
sebona eh tu trick paklah. sengajo ckp nak bagi najib tapi dio akan buek najib tunggu sampai kucing bertandok.
sapo lagi agak eh orang umno yang dah ado tandok?
salam...Najib dan KUli. bak kata seekor merpati dan seekor harimau.
merpati setia tetapi pandai menjaga diri. dia tidak mahu kerana kegelojohannya menyebabkan orang lain jadi PM- mungkin Mukhyiddin atau anwar akan masuk UMNO dan jadi PM. Melepas pula merpati nie.
Jadi konsep merpati ialah setia. apapun abe MIE kasihan dengan Najib sejak akhir-akhir ini. nama beliau dijadikan bahan jenaka dan fitnah oleh orang yang hendak jatuhkan dia. memang manusia melakukan kesalahan, tetapi berilah peluang kepada Najib memperbetulkan keadaan...
apapun, Merpati banyak belajar dari kesilapan Tun Ghafar, Kuli, Musa Hitam, Anwar Ibrahim dimana menjadi pembangkang kepada PM itulah jadinya....
KULI, nama sahaja kuli tapi jiwanya ialah RAJAWALI. dia sudah lama mengidam hendak jadi presiden UMNO- dan mengidamnya dah keperingkat nak beranak.
Kerana harimau ini- sekarang dah tak ada gigi dan tua dah- UMNO berpecah dua dan kelantan sehingga kini jadi milik PAS.
Kalau Kuli jadi merpati sudah tentu dunia politik kini tak jadi begini..lain pula coraaknya.
harimau ini percaya-lain masa kalau tak rebut peluang dia akan sakit-sebab dah tua dan ada mereka akan terus menggantikan tempat presiden.
apapun, persaingan ini jangan akan jadikan UMNO 2008 sama dengan UMNO 1988??? Kalau harimau kalah kepada 'si lembik'- akui lah kekalahan itu.
pkrpasdap.blogspot.com
Saudara DIY,
Assalamualaikum,
1) Saya amat berharap agar Kuli dapat Kuota untuk melayakkan dia bertanding, tapi kalau ahli UMNO masih mengekalkan sikap pengecut tak der apa r..arr.
2) Saya cukup rasa meluat lah dengan sikap Datuk Najib Ni macam penakut sangat, asyik dok defence Pak Lah walau pun terang2 nampak masalah dalam negara, entahlah.
3) Saudara DIY, rasa2 betul ker dakwaan si Raja PET tu.. susah jugak keterangan cakap dengar ni coz tak der bukti, kenapa Raja PET tak bg tahu jer nama org yang bagi maklumat tu..hi..hi..takut jugak ker
Saudara DIY,
Saya sangat berharap UMNO akan kembali pada perjuangan asal, ni tak dah lah terantuk tak sedar2 lagi.
OK, Wassalam.
p/s: Semoga Penyiasatan Kes Altantuya akan lebih telus..
Sdr TJ,
Sejak dulu lagi, ahli UMNO menghormati pemimpin mereka terutama yang berwibawa dan sentiasa memperjuangkan nasib bangsa. Pemimpin sebegini dibenarkan kekal memerintah selagi ada bulan dan matahari. Ini untuk membolehkan pemimpin membuat dan melaksanakan dasar membela bangsa Melayu.
Bagaimanapun TDM tidak mahu terus memimpin selepas 22 tahun kerana sedar bahawa negara memerlukan pemimpin baru dan muda. Beliau tahu waktu yang sesuai untuk menyerahkan baton kepada pemimpin baru.
Mengenai DS Najib dan Paklah, ketika ramai yang mahukan perubahan di pucuk pemimpin, mereka juga sedar bahawa UMNO perlu mengekalkan tradisi iaitu menyerahkan baton kepemimpinan dengan teratur dan terhormat. Ahli dan pemimpin UMNO tidak mahu pemimpin mereka dijatuhkan secara tidak hormat dan memalukan.
Oleh itu, ada yang mahu Paklah terus memerintah untuk membereskan janji serta dasar yang dibuat dan menyerahkan pada waktu yang sesuai. Ada juga yang mahu pemimpin baru mengambilalih untuk memperkukuhkan parti. Mereka yang inginkan perubahan mahu tahu tarikh penyerahan pucuk kepemimpinan parti dan negara agar senang untuk membuat pertimbangan pada mesyuarat cawangan dan bahagian tidak lama lagi.
Sdr Mat Terab,
Nasib DS Najib akan ditentukan oleh pemimpin cawangan dan bahagian UMNO pada peringkat permulaan. Keputusan pemilihan kemudiannya dipanjangkan kepada perwakilan UMNO pada Disember ini dan sudah tentu banyak bergantung kepada perkembangan yang berlaku daripada sekarang hingga hujung tahun. Untung sabut timbul.
Sdr Zainal,
Sejak dulu lagi pertandingan dalam UMNO dirasai sebagai satu perayaan seperti sambutan hari raya. Ketika itu, ahli UMNO seperti kanak-kanak yang sentiasa mahukan mengumpul sebanyak mungkin duit raya.
Orang dewasa pula tidak teragak-agak untuk menabur duit raya kepada kanak-kanak ini kerana mahu mereka bergembira sempena perayaan berkenaan. Bagi kanak-kanak pula, mereka akan berbual sesama sendiri individu yang banyak memberi duit raya. Sudah tentulah rumah individu yang memberi wang yang banyak akan diserbu oleh kanak-kanak lain. Rumah individu ini akan diserbu setiap tahun untuk mendapatkan duit raya yang banyak. Kecualilah individu itu jatuh miskin dan tidak berwang atau sudah jalan dulu.
Tidak hairankan jika kanak-kanak hanya dapat minum air dan kuih raya tanpa dihulur duit raya, mereka akan mengomel dan membebel mengenai individu itu termasuk gelaran kedekut tahi hidup masin atau apa saja untuk melepaskan geram mereka. Individu ini tidak akan diminati oleh kanak-kanak.
Sdr Aman,
Sebagai orang politik, sudah tentu DS Najib bersedia menghadapi sebarang tuduhan dan tohmahan yang ingin menjatuhkannya. Ketika ini, beliau banyak dikaitkan dengan kes Altantuya dan komisen pembelian peralatan ATM. Walaupun beliau sudah menafikan perkara itu banyak kali tetapi perkara ini seperti ombak yang terus datang dan pergi menghempas diri di tepi pantai. Ombak ini akan menghakis pantai kecualilah dibuat benteng kukuh. Tuduhan ini akan menghakis kepercayaan orang ramai jika tiada sesuatu dilakukan.
Sebagai pemimpin veteran dan anak pemimpin utama negara, DS Najib pasti tahu jika takutkan ombak jangan mendirikan rumah ditepi pantai. Jika ingin berpolitik, jangan takut diri sentiasa dilemparkan tuduhan, tohmahan atau fitnah. Keluarga termasuk isteri dan anak tidak terkecuali daripada segala macam lontaran pedas, pahit dan meloyakan. Sabar jelah.
DS Najib yang sentiasa menafikan tuduhan liar, pasti tidak gentar untuk menghadapi tuduhan dan tohmahan mengenai kes wanita Mongolia berkenaan.
Salam semua...
May the best man win...kalau najib nak tunggu suasana tenang..tak tau la bila nak tenang ribut nie..
www.pilihananda08.blogspot.com
Aku rasa najib ni nanti kok melopeh....
Pak Lah nak pertahankan jawatan kalu menang mungkin dia akan tak jadi letak jawatan kerana dia kata masih lagi di terima oleh akar umbi umno kalu pak lah kalah Ku Li akan menang.....Kok melopeh la najib jawabnya....
Tak perlu pertandingan, Dolah lebih bersih dari Najib dan Anwar. Dolah hanya pegang2 bahu, anwar kes liwat, Najib kes altantuya.
Tak percaya? tanya KJ
Post a Comment