HIBA. Saya membaca berita mengenai MAYBANK yang akan menjadi bank super, dengan perasaan bangga dan hiba.
Bangga kerana Maybank, yang rakyat negara ini selalu menggunakan perkhidmatannya akan menjadi Bank Super seperti Stanchart. Bagaimanapun, saya hiba kerana nasib yang melanda seorang sahabat di mana permohonan pinjamannya berjumlah RM150 juta ditolak baru-baru ini. Banyak sangat ke? Lembaga Pengarah Maybank menolak permohonan usahawan Melayu yang menyediakan perkhidmatan kepada penerokaan minyak di dasar laut.
Adakah penolakan itu kerana beliau masih baru dalam bidang ini? Atau dalam iklan seorang insan dalam televisyen sebelum ini yang berkata, "tak percaya ka?".
Kesedihan itu berdasarkan walaupun pasukan yang meneliti permohonannya itu telah memberikan sokongan penuh kepada permohonan pinjaman berkenaan tetapi lembaga pengarahnya menolaknya dengan alasan mereka sendiri. Saya menghormati apa alasannya tetapi saya sedih.
Mendengar keluhan sahabat itu, teringat seorang teman pernah memberitahu saya apa yang didengar perbualan antara TDM dan Pengerusi Maybank dalam satu majlis. Ketika itu, Pengerusi berkenaan menjelaskan bahawa Maybank hanya memberikan pinjaman kepada syarikat yang mempunyai track record cemerlang dan sumber kewangan kukuh.
TDM menjawab lebih kurang begini, "jika itu yang diamalkan oleh Maybank, tidak ramailah usahawan Melayu akan berjaya memperkembangkan perniagaan mereka di peringkat antarabangsa walaupun peluang terbentang di depan mata".
Kawan saya ditawarkan untuk membeli syarikat yang bergiat secara langsung dalam menyediakan perkhidmatan kepada syarikat penerokaan minyak di dasar laut. Walaupun ramai pihak di seluruh dunia berminat membelinya tetapi pemilik syarikat berkenaan mahu menjual kepada kawan saya. Inilah nasib bangsa Melayu untuk mendapat pinjaman.
Siapa yang boleh tolong? Tan Sri Mohd Nor Yusof? Ampun Tuanku, Sultan Brunei?
Thursday, June 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
assalamualikum gfather tiger
antara jawapan jawapan yang akan diberikan
1-tidak memenuhi criteria/kelayakan
2-Tiada bukti atau track record
3-bidang berisiko tinggi
4-Tiada sokongan dari tutt???
5-bla bla bla
biasala tok macam2 alasan la yang dibori, seharusnya menteri menteri dan kementerian lebih lantang dan tegas kepada institusi kewangan kerana ini juga bentuk diskriminasi yang harus dibendung kerana tiada gunanya jika kita hanya melaungkan ketuanan melayu tetapi tuan2 bank tak mahu bantu.mereka perlu sedar yang perjuangan ekonomi juga salah satu dari cabang perjuangan parti Umno walaupun TDM dah ada diluar
Tok Rimau,
Kalau benarlah kata-kata TDM kepada Pengerusi Maybank tu, memang sahlah beliau seorang yang betul-betul nak tolong.
(Psst: saya boleh tolong dapatkan loan tapi syaratnya, masukkan nama saya dan menantu 'somebody' jadi lembaga pengarah)
Alah, Tok Rimau pun boleh tolong, kan logonya sama!
Sdr Junkopile,
Mengapa saya menimbulkan perkara ini? Jawapannya ialah jika pasukan yang membuat "due diligence" mengenai business deal itu sudah menyokong, mengapa pula permohonan itu ditolak. Itu saja.
Untuk pengetahuan pembaca semua, adik kepada kawan saya dan pengarah urusan syarikat yang berpengkalan di Eropah itu terbabit secara langsung dengan syarikat berkenaan. Malah MD syarikat itu ialah orang Malaysia yang mengendalikan syarikat berkenaan sejak sekian lama.
Tak percaya lagi ke? Entahlah. Entah apa-apa. Inikah nasib Melayu?
Sdr Azlan,
Saya menghormati pemimpin. Itu prinsip saya sejak sekian lama. Saya menyokong pemimpin yang dipilih menjadi pemimpin. Pemimpin pun kena menyokong saya sebagai seorang rakyat yang baik. Jika pemimpin tidak mahu tolong saya, rakan saya atau sesiapa saja yang baik di negara ini, tidak tahulah bagaimana perasaan kita.
Siapa ada duit sebanyak itu bolehlah menghubungi saya. Kita boleh berjumpa rakan saya kerana beliau amat memerlukan pertolongan. Kini beliau mendapatkan khidmat syarikat perakaunan yang beribupejabat di negara jiran kerana tiada orang yang boleh tolong beliau.
Saya rimau, bukan logo rimau. Rimau yang tiada gigi atau kuku kot. Bukan macam Maybank. Teramatlah banyak duit. Tapi.....Entahlah. Malaslah nak cakap lagi.
salam...
banyak kedai makan sekitar kita misalnya tomyam milik warga thai dan sebilangan kecil orang kelantan dan kedah.
kedai dan gerai makan, orang acheh, minang (masakan padang), jawa dan madura...adalah sebiji dua masakan melayu.. cuba lihat kat bandar KL? ada masakan melayu milik melayu tulen?
restoran 24 jam milik 'warga mamat'
restoran berhawa dingin- macam kfc, mcdonald, pizzahut..kita hanya pemodal sedangkan perkembangan idea dari luar negara.
harus dipuji restoran jom makan kat UK milik orang Malaysia- ada satey, ikan bakar....
kalau cakap juta-juta duit orang. kat depan mata...orang asing dapat duit kita. kita kenyang perut aje...
pkrpasdap.blogspot.com
Dulu May Bank org Utara panggil Melayan Benking. Benking dalam loghat utara adalah 'sombong'dan 'pemarah'. Apa nak heran kan kawan tu tak dapat loan RM150mil. Sebenar nya system bank (bukan Maybank sahaja) kita masih blur tentang maritime investment.Semasa main golf amal baru baru ni dgn boss RHB southern region, dia banyak bertanya tentang maritime investment terutama offshore economic.Terperanjat bila dia tak tahu bahawa kat mesia nie buat offshore business kena ada Petronas Licence.Sebenar nya offshore business nie kebanyakan nya adalah cash business dalam USD.Mungkim sahabat tu berkobar melihat peluang tetapi gagal mengadunkan kesempatan. Hanya percaya pinjaman bank bole mencapai cita cita. Belajar lah melihat peluang dgn zero hard cash (capital). Dalam perniagaan capital terbahagi kepada 3 perkara. 1.Hard Cash 2. Asset 3. Intangible Asset.
Hard cash/Asset rasa nya semua org paham. Intangible asset adalah subjective. ie. Offer letter , Business propoosal, concession letter dll.
Sahabat tersebut sepatut nya memaximunkan promosi pemikiran kearah 'intangible Asset' yang ada dengan melakukan forward/ vertical integration. Tak yah keluar duit se sen pun. Cuma kena banyak berzikir. Sure tuhan beri akal. Perlu melihat kegagalan itu disebabkan akal dan pemikiran kita belum kesampaian dan perlu diusahakan lagi.Tidak perlu menyalahkan org lain. Kekadang jari yg menunjuk tu 3 jari menunding kembali kepada kita.Munkim hasrat nya ingin bermula dari scratch tetapi sebenar nya kebanyakan business akan gagal kalau bermula dari scratch.Overhead menjadi tinggi dan banyak wastages.Banyak company di KL yg buat offshore business. Ada baik nya sahabat tu buat business proposal (since he got the offer letter..)dan usaha la sikit panjat tangga company org. jumpa CEO atau director submit proposal utk smart partnership. Ini dari pengalaman.
-Jantan Giler-
Salam Datuk.
Ketemu kembali Datuk yang saya hormati.
Wow!! RM150 juta! Banyak tu Datuk. Tak mampu saya nak menolong.
Permohonan berjumlah sebesar itu bukan saja memerlukan aplikasi permohonan yang baik, cermat dan lengkap. Ia perlukan lebih dari itu. Mungkin perbincangan atau pembentangan permohonan secara temujanji bersama ahli lembaga atau CEO Maybank akan lebih memberi kebarangkalian kelulusan yang baik. Kerana mereka itu akan dapat 'first-hand' informations dan berkenalan dengan bakal pemimjam dengan lebih baik lagi.
Sudah tentu Maybank mempunyai alasan yang kukuh untuk menolak permohonan tersebut dan kemungkinan besar adalah kerana faktor KREDIT peminjam atau CAGARAN yang tak memenuhi syarat.
Mungkin sahabat Datuk boleh membuat rayuan semula dan secara bertulis kepada Eksekutif tertinggi Maybank. Atau gunakan saja cara _________ yang telah sekian lama terbukti boleh memberi kelulusan segera.
hahahah...
150 juta kena reject?...oklah tu..
org nak pinjam 1500 pun seksa...
dan biasalah jugak..kawan tok rimau kabel tak cukup power kot...
epainworld.blogspot.com
Sdr G-Mie,
Komen untuk posting kat bawah ke?
Sdr Jantan Giler,
Segala pandangan dan cadangan Sdr akan diteliti dan cuba dilaksanakan. Terima kasih kerana memberikan maklumat yang akan disampaikan kepada sahabat saya. Mungkin beliau sedang melakukannya dan kita berdoa agar semuanya akan berjaya.
Saya juga menerima banyak e-mail dan mengalu-alukan sebarang usaha untuk membantu sahabat saya.
Kuli?
Sdr Wak,
Saya bersetuju dengan pandangan Sdr. Cuma persiapan yang dibuat bukanlah "kecik anak" kerana ia membabitkan laporan perakaunan lengkap daripada syarikat perakaunan terkemuka dunia. Malah team Maybank memberi sokongan penuh kepada pinjaman itu kerana dalam dua tahun, sudah mampu mendapat jumlah sama seperti jumlah pinjaman. Okla tu.
Apapun, bidang ini mungkin masih baru bagi bank-bank di negara ini seperti yang disebutkan oleh Jantan Giler. Tetap berusaha.
Sdr Epain,
Ada kabel, tetapi kabel dasar laut. Mungkin kena angkat menjadi kabel atas tanah kot.
Orang lain boleh percaya kat kita, orang kita pulak tidak percaya kat kita. Jadi orang kita jadi orang lain. Orang lain tidak boleh jadi orang kita cuma mereka percaya kepada kita. Itu saja.
Dato' Tiger,
Komen saya yang pertama tadi hanya merapu. Namun secara serious saya ingin memaparkan pengalaman saya menjadi peminjam Maybank.
Rasanya lumrah bagi kebanyakan kita, kadang-kadang akan berada pada situasi kewangan yang terdesak, apatah lagi hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dipendekkan cerita, bermula awal tahun ini, kedudukan kewangan saya tidak begitu stabil. Jadi loan sangkut 2 bulan dan bila nak masuk 3 bulan, saya update dan kekallah kedudukannya tertunggak 2 bulan.
Malangnya, Maybank menggunakan khidmat lawyer untuk hantar reminder dan RM30 didebitkan ke akaun saya. Saya telah menghubungi pihak Maybank, merayu agar jangan guna khidmat lawyer kerana saya berpendapat, buat apa nak kayakan lawyer dan pada masa yang sama saya ditindas. Jawapan yang diberikan kepada saya, ialah pihak bank nak elakkan NPL.
Sebenarnya dipihak saya memanglah tak mahu pegawai/kakitangan bank susah untuk menjawab kepada pengurusan mereka dan oleh sebab itulah saya sedaya upaya mengelakkan tunggakan menjadi 3 bulan (saya pun sebenarnya ex-Maybank, berhenti 1991 jadi saya faham susah kawan-kawan). Saya juga minta digunakan budibicara, berdasarkan rekod pembayaran saya. Permintaan saya ditolak bulat-bulat dan reminder dari lawyer berterusan dihantar bila masuk 2 bulan lebih, walhal memang pasti saya akan update sebelum akhir bulan, iaitu sebelum repot NPL keluar.
Kini conduct of loan account dah mula stabil, namun saya benar-benar kecewa bila budibicara tidak mahu digunapakai. Walhal bukan niat saya suka-suka tak mahu bayar.
Sdr Ibrahim
You are not so naive to think, we are still living in a democracy world, are you??
It is the free market.
Freedom of speech, free enterprice and human individual rights.
Money creates out of thin air somewhere else can flow into
Malaysia's economy.
He who wield such money or capital is the real "Tuan".
Capitalism at its finest.
Here are the famous quotes from Gordon Gecko in the movie "Wall Street"
I create nothing, I own, We make the rules, pal. The news, war, peace, famine, upheaval, price of a paper clip. We pick the rabbit out of the hat....,
UMNO politicians could only go the political ladders if "Puak Cina Kapitalis" backs you up.
Capitalists-bankers-businessmen-property developers only want these.
More Money and Malaysia's land so that landed properties can be built on it and any labour who works there, then can be owned and be exploited to the fullest.
That is why we want trillions of ringgit from the Government pumps into infrastructure construction and property development industry, and this can be only achieved if the politicians of our choosing are backed by us to form the government.
Yes, all these "corridors" here and there.
We create nothing. We owned them and mosty importantly, we make the rules.
The moment you speaks out against capitalism, that will be the moment, you will bundle out and cast out of UMNO, faster than the blinking of your eyes.
Puak Cina Kapitalis who controls sand, stone, cement and other building materials deserve the first chance to get rich here in Malaysia.
Do you understand this point?
Yes, the descendants of Chinese tin-miners who now shifted their activities into construction industry.
This is a case of "Yin overshadow Yang", Tun.
In a capitalism democracy government, the rule is simple. The rich gets richer, the poor gets poorer. The powerful becomes more powerful.
Don't talk about menyusun masyarakat or DEB or membasmi kemiskinan.
The social hierarchy already been decided, the moment Malaysia obtained her independence from the British.
An inverted pyramid society. A dog eats dog world.
Social status is measured by how much capital or money you have.
The knowledge know-who apply here especially close-relationship with the bankers.
Bankers have been institutionalized, integrated among world's economics.
Bankers controls doctors, engineers, businessmen, media executives and advertising executives, all workers and democracy government.
A democracy government has a decentralized power.
This is due to capitalism, individuals ownership of mean production.
Yes, all all those privitazitions here and there.
UMNO is just a party full of "Yin" people or manusia negatif.
The majority rules, remember this democracy ruling?
The majority always right.
The majority of Malay ultra-right wingers or UMNO politicians and supporters' livelihood deserve to be supported by capital generated from positive sources such as oil-gas, timber-palm oil, sand-stone, pepper and many other Malaysia's natural resources.
Remember this.
There are always human being to be exploited and natural resources to be stripped away for the capitalists or "Yin" faction people.
UMNO is just a Ultra-right wing party who attains power through money/capital.
UMNO is still relevant and can attains power if majority of Malays
in Malaysia or "Yin" Malays who study or has education background in business,Finance,Accounting, Arts&Social science, humanities,Law,etc..support UMNO wholeheartedly.
Greed is good. Greed is indeed very good.
Ini cerita benar. Si JG tu dapat approval utk memajukan kawasan offshore menjadi economic zone floating port dalam kawasan seluas 12 batu nautical.Idea tercetus setelah membuat kajian tentang Lama patch di Hong kong, Rotterdam , Fujairah, Houston port dan Singapore port. JG juga bersedia memberi pulangan kepada kerajaan Mesia sebanyak RM60 juta berserta lain lain charges.JG tidak memerlukan sebarang loan dari bank kerana kat laut tu tak bole nak dirikan structure.JG buat banyak MOU dgn shipowners dan maritime players.
Malang nya apabila semua kertas kerja telah bacor berpindah tangan, kementerian cuba menarik balik tawaran tersebut. Kementerian berkenaan tidak mahu menanda tangani agreement setelah mengeluarkan offer letter pada JG.Khabar nya ada org cuba raplicate module JG utk bagi kaum kerabat di kementerian. JG ada menulis surat meminta simpati pada TDM utk menyelesaikan perkara ini tetapi JG paham akan capacity TDM setelah keluar dari kerajaan. Forecast economy bagi kawasan tersebut adalah USD3Bil setahun.
Siapa yg lebih malang ? Sahabat yg tidak dapat loan atau JG.
-Jantan Giler-
cuba jumpa syed mokhtar. Mungkin dia berminat...
Post a Comment