Mulai 1 Julai ini, elaun keraian Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet akan dipotong sepuluh peratus.
Menteri Kabinet juga dilarang bercuti di luar negara kecuali di negara Asean. Cuti mereka juga tidak lebih daripada seminggu.
Perkara itu diumumkan oleh Paklah dalam satu sidang media petang ini.
Bagi lawatan ke luar negara oleh Menteri Kabinet, ia dihadkan kepada persidangan antarabangsa yang penting saja. Menteri dibenarkan membawa tiga pegawai manakala Timbalan Menteri pula dua orang pegawai saja.
Ini antara langkah untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Butir terperinci akan diumumkan seminggu lagi.
Perkara itu dilaporkan sebagai berita pertama dalam Warta Perdana RTM dan berita kelima oleh Buletin Utama TV3, sebentar tadi.
Monday, June 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
Bagus lah kalau kerajaan sanggup buat demikian dan lebih bagus lagi saya cadangkan semua Ahli parlimen dan ahli Dewan undangan negeri turut sama di potong Elaun sekurang-kurangnya 5% tidak kira wakil rakyat kerajaan atau pembangkang....?
Sdr Mat Terab,
Potong sikit-sikit
Lama-lama jadi bukit
Potong banyak-banyak
Lama-lama melambak.
Terbaru saya mendapat berita bulan depan kerajaan akan menaikan Gas pulak....harap berita ini tak betul kerana kalau betul ia akan menambahkan beban rakyat...takkan nak masak kena guna kayu api balik...?
salam sejahtera,
tak cukup dan hanya lebih menyakiti hati.
sila pakai cadangan menantu pak lah sendiri yg mencadangkan penghapusan tol dan cadangan OTK menteri pengangkutan yg mana beliau mencadangkan supaya LKM dihapuskan,ini baru saya rasa lega itu pun sedikit jerkkk.
nak lagi best sila kembalikan harga diesel kepada harga terendah supaya syarikat-syarikat lori dan bas turunkan harga perkhidmatan meereka dengan serendahnya.hah sebelum nin mereka bising macam langau dan nyamuk,bila para pembesar mengembalikan harga diesel kepada asal atau lebih rendah arahkan syarikat bas dan lori turunkan harga perkhidmatan dengan serendahnya.
apabila perkara ini terjadi faktor kenaikan harga barang tak akan terjadi kalau terjadi juga tangkap semua penguasaha ini kita lumur mereka dengan najis khinzir.hah baru ada akai.
biar harga petrol sahaja yang naik gas dan diesel turunkan dgn harga minimum yang mampu disusidikan oleh kerajaan.tarif elektrik jangan naikan lagi tunggu dulu.
cuba lah buat mekanisme ini,soal negera jiran nak beli diesel murah kerajaan fikir lah sendiri luuuuuu pikirlah sendiri.
semuanya nak kena tunjuk ajar.
Sdr Mat Terab,
Saya percaya ramai peniaga Melayu akan terjejas dengan kenaikan harga gas. Ketika ini, penjual pisang goreng, cempedak goreng, keropok lekor dan peniaga warung menggunakan gas ketika menggoreng atau memasak. Golongan ini pula tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di seluruh negara untuk menambah pendapatan.
Jika harga gas dinaikkan sudah pasti peniaga akan menaikkan harga makanan harian yang membabitkan ramai rakyat di negara ini. Jika peniaga tiada duit untuk membeli gas, maka mereka terpaksa gulung tikar. Kerajaan perlu memikirkan sedalam-dalamnya jika terdetik di hati mereka untuk menaikkan harga gas. Jangan tarik penyaluran oksigen, pasti mereka yang semput tidak boleh bernafas. Ada yang akan mati.
Sdr Awang,
Golongan yang paling ramai menerima kesan teruk kenaikan harga minyak ini ialah kumpulan berpendapatan rendah yang tinggal di bandar besar.
Bagi golongan ini, semua perlu dibayar termasuk sewa rumah, elektrik, air, tol, basuh kereta, parking dan segala macam bayaran. Mereka ini kebanyakannya tinggal di flet murah yang sudah pasti tiada tanah untuk bercucuk tanam. (Pandangan ini disuarakan dalam komen di Dunia Tiger). Hendak bercucuk-tanam secara hidroponik pun mungkin tiada masa jika suami isteri bekerja. Jadi sebarang usaha "penghapusan" , baik tol ke, cukai jalan ke, pasti akan membantu mereka. Apatah lagi jika bayaran itu perlu dikeluarkan dari poket yang hampir kosong setiap hari seperti bayaran tol. Kita fikirrrkan lah bersamaaa.
saya hendak saudara tiger ulas sedikit pasal hal di bawah.
....pasal pembukaan keahlian PAS diberikan keahlian PAS dari kalangan orang Cina dan India kepada PKR (dan kita lupakan pasal minyak boleh tak)?
ringkasnya, Kenapa PAS tidak bubarkan parti itu dan menyertai PKR? Sedangkan Anwar al-juburi akan jadi PM nanti!!!
Atau PKR bubar, dan ahlinya menjadi PAS. Kan sama. Kenapa dalam Pakatan Rakyat-PR memerlukan dua parti yang hampir persamaan iaitu pelbagai kaum satu politik? Adakah PAS dan PKR masing-masing tidak percaya antara satu sama yang lain?
PAS kini sudah tidak KEDENGARAN LAGI TENTANG SLOGAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM DAN MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD. NEGERI DIPERINTAHNYA, KELANTAN, PERAK DAN KEDAH TIDAK PULA KEDENGARAN AKAN DILAKSANAKAN HUDUD. KENAPA??? ADAKAH ALLAH LAYAK DIPANGGIL OLEH AGAMA KRISTIAN, ALLAH BUDDHA, ALLAH JESUSS, ALLAH SIDHU?
yang abe MIE faham, PAS hanya pakar dan pintar dalam mengkafirkan UMNO dan sanggup berjihad melawan UMNO.
pkrpasdap.blogspot.com
PAGI DIY,
PAGI NI NASI LEMAK DAH MENCECAH RM 1.50.MENGENAGKAN PERMINTAAN 'ORG RUMAH' BELIKAN JUGAK..'SIAPA TAK SAYANG BINI OIII'.HARAP MENTERI DAN KEPIMPINAN TERTINGGI LIHAT DAN CUBA BELI NASI LEMAK SESEKALI.OK DIY SELAMAT MEMULAKAN KERJA DAN MENEMPUH 'KEMELUT MINYAK'..
Salam Datuk,
Saya bersyukur kerana elaun Menteri dipotong.
Setidak-tidaknya ia menampakkan kesediaan pembesar-pembesar kita berkongsi sekelumit kesusahan hidup sebagai orang kecil macam saya ini.
Saya juga menyaran Datuk dan pembaca-pembaca blog Datuk merenung apa yang dinukilkan oleh mufti muda dari Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin dalam laman webnya http://drmaza.com dan kolumnya pena mufti di mingguan malaysia mengenai jimat-cermat.
Beliau menyindir kerajaan dan mahu melihat cara pemberian zakat yang telus bagi meringankan beban golongan susah dalam menghadapi inflasi.
Saya harap pembesar-pembesar kita menerima teguran dengan lapang dada dan minda yang terbuka.
Saya juga mahu Menteri Pelancongan hentikan percutian besar-besaran di luar negara.
Masa di menteri sukan dulu ini antara negara yang dilawati tapi hasilnya apa? hungary, england, greece, amerika syarikat, perancis, switzerland, cuba, jamaica, australia (banyak kali, dah macam rumah kedua), nepal, china, qatar, thailand, filipina. memang benar ada urusan rasmi tapi jangan nanti buat-buat macam urusan rasmi tapi sebenarnya lawatan sambil bercuti dan membeli-belah.
Ini baru jadi Menteri pelancongan dah tukar cuti-cuti malaysia jadi zoom, saya tengok bunting dan banner dia tersengih macam bagi peluang kat dia bercuti ke luar negara sesuka hati. Ini saya harap tidak berlaku.
Menteri lain juga harus berhemah dalam perbelanjaan, urusan ke luar negara!
Kalau Menteri Pelancongan nak buat promosi di luar negara macam Sukan Olimpik di Beijing hantar pegawai dua tiga orang jaga booth cukup, jangan sampai 20 orang pergi, lima aje nak keliling Menteri. Pembaziran dan perilaku macam ini tidak boleh dibiarkan berlaku.
Salam!
Sdr Abe Mie,
Bagi saya, UMNO tidak pernah melihat PAS sebagai seteru mereka tetapi lebih kepada punching bag ketika mereka geram atau ingin mengalihkan pandangan ahli parti.
UMNO amat sedar kritikan PAS hanya membabitkan perkara yang sama sepanjang masa, yang berlegar di sekitar UMNO parti sekular, tidak memperjuangkan Islam dan pemimpin amalkan rasuah. Kritikan ini tidak menakutkan UMNO kerana rakyat mengetahui rupabentuk parti berkenaan, apa yang sudah dilakukan untuk Islam dan membuktikan niat sebenar PAS.
Malah perjuangan PAS untuk menubuhkan Negara Islam menguntungkan UMNO dalam hubungan pandangan pengundi bukan Islam dan parti yang sering meniupkan sentimen perkauman seperti DAP. Tidak hairanlah, PAS melupakan "sejenak" atau "selama-lamanya" Negara Islam itu dalam PRU12 yang menyaksikan orang Cina dan India turut mengundi parti yang menggunakan nama Islam itu. Kini, PAS terus memancing dan ada kemungkinan umpan mereka akan dimakan oleh ikan-ikan politik.
PKR pula muncul sebagai "parti alternatif" kepada beberapa parti komponen BN, mungkin buat masa ini atau selama-lamanya bergantung kepada apa yang dilakukan oleh pemimpin parti komponen BN itu. Rakyat bukan Melayu pula terpukau dengan slogan - sama rata, sama rasa; dan ketuanan rakyat - yang diperjuangkan oleh PKR walaupun mereka mengetahui bahawa perkara itu mustahil dilaksanakan memandangkan hak orang Melayu sudah termaktub dalam Perlembagaan dan Ketuanan Melayu yang mengangkat Raja-Raja Melayu.
Melainkanlah pemimpin tertinggi PKR (ramainya Melayu dan bekas pemimpin UMNO serta penyokong kuat DSAI) ingin menghapuskan hak-hak itu dalam Perlembagaan yang pasti akan menyaksikan mereka ditolak oleh bangsa Melayu yang tidak mahu ada orang yang mengkhianati mereka.
Malah pakatan longgar yang mengikut konsep BN kini dikatakan semakin menjadi tandatanya keberkesanannya berikutan kedegilan pemimpin DAP untuk menyertai mesyuarat yang diadakan sejak PRU12. Tambahan pula, ada ura-ura untuk membawa masuk PAS dalam BN yang menyebabkan parti yang menganggotai pakatan longgar itu curiga dan penuh prasangka.
Sejak dulu lagi tumpuan PAS ialah terhadap UMNO dan bukannya mengkritik parti komponen BN lain. Strategi ini berkesan kerana sebarang kelemahan UMNO dari segi dasar atau pemimpinnya digunakan sebaik-baiknya untuk menarik sokongan Melayu. Parti itu yang memainkan sentimen memperjuangkan Negara Islam sudah tentu "tidak menarik" untuk rakyat bukan Islam. Fahaman ala wahabi yang diperjuangkan oleh pemimpin tertinggi PAS termasuk "membenarkan" mereka mengeluarkan fatwa tertentu termasuk mengkafirkan UMNO pasti terus mengikat pengikut fanatik menyokong PAS atas isu Islam.
Oleh itu, PKR dan PAS tidak boleh bergabung melainkan pemimpin kedua-dua parti itu sudah "hilang akal" dan mempunyai agenda peribadi yang tidak pasti tidak menyeronokkan ahli Melayu dan bukan Melayu.
Sdr Terubuk Jantan,
Nasi lemak boleh berharga RM1.50 jika pembeli mahu tambah ayam, sotong atau daging. Jika nasi lemak yang mengandungi daun pisang, kertas, nasi, sambal, timun, ikan bilis atau kacang saja, boleh dibeli lebih murah lagi. Melainkan, daun pisang sudah menjadi mahal kerana kenaikan harga minyak.
saya amat tertarik dengan hujah ibrahim yahaya. jika diteliti betul2, banyak kebenarannya. inilah dunia politik, semua sama saja. masing2 ada agenda tersendiri, menggunakan segala peluang yang ada untuk jatuh menjatuhkan. berbalik kepada isu berjimat dan ubah gaya hidup yang dilaksanakan kerajaan, setelah kerajaan mengumumkan langkah2 tersebut, ada saja pihak yang menghentam. sebelum ini mereka mendesak kerajaan untuk terlebih dahulu mengubah gaya hidup mereka dan setelah kerajaan mengumumkan langkah2 awal mereka untuk mengubah gaya hidup, mereka2 yang menghentam ini masih tidak berpuas hati dengan mengatakan cadangan kerajaan itu tidak memberi kepentingan kepada mereka (mungkin mereka sudah lupa dengan apa yang mereka desak sebelum ini). memang susah untuk memuaskan hati semua orang lebih2 lagi mereka yang membangkang, akan ada saja perkara yang akan dipersoalkan. elok kita bersyukur dengan apa yang ada disamping kita terus berusaha untuk menjadikannya lebih baik daripada sibuk mempersoalkan sahaja.
Emm bagi saya satu lagi persendaan buat rakyat malaysia apabila paklah umum kan potong 10% elaun keraian. Cuba bayangkan jika elaun itu RM3000, so just potong RM300 jek.. emm apala sangat mereka rasa. Lain la klu bagi rakyat jelata ni kalau potong 10% memang rasa.. nikan pulak potong sampai 41% ..fuhh jenuh nak menanggungnya...
Assalamualaikum.
Rakyat Malaysia terpaksa menanggung beban kenaikan harga minyak sebanyak 40% serta peningkatan harga barang-barang keperluan yang lain.
Cadangan saya agar PM memotong gaji serta elaun menteri-menteri sebanyak 40% serta merta. Sekadar 10% potongan untuk elaun menteri-menteri pada saya hanyalah satu sandiwara dan cuba memperbodohkan rakyat.
Potongan yang didibuat haruslah merangkumi gaji serta elaun dan "lain-lain elaun" menteri-menteri sebanyak 40% setiap satu. Kemudian barulah layak untuk PM untuk meminta rakyat berjimat serta mengubah cara hidup.
Terimakasih
Nota: Komen yang sama dikrim ke blog warkah untuk PM (entah di baca ke idak teman tak pasti)
Saya rasa ada segelintir rakyat yang diberi benda percuma pun masih ada lagi yang mengungkit kata tak cukup, nak lagi. Ni namanya budaya kiasu bukan? Buat masa ni, saya dapat observe yang kerajaan sebenarnya sensitif dengan komplen2 manja rakyat yang takkan pernah berhenti meminta. Sedikit sebanyak isu2 berbangkit telah diberi juga oleh kerajaan (walaupun seciput), tapi takde pula ynag nak buat blog posting cakap terima kasih walau setitik pun.
Kalau dibnadingkan dengan dulu, saya rasa takde kepimpinan yang memanjakan rakyat sebegini sekali Tuan, betul tak?
potongan 10% + perbelanjaan perjalanan = 2 billion mampu dijimatkan...
wow!!!...banyaknya...
bayangkan apa yg boleh dibuat dgn duit byk tu....
tidak kira apa pihak kerajaan lakukan, walaupun setelah mendengar gesaan rakyat untuk pihak atasan turut mengubah gaya hidup, akan ada golongan yang sentiasa tidak berpuas hati. memang lah jumlah yang dilihat sedikit, tetapi sekurang2nya kerajaan tetap mendengar rintihan rakyat.
Assalamualaikum Tok Rimau,
Thanks a lot for putting me in your 'Pelayar Budiman' list. I really appreciate it. Cuma ada sedikit correction pd link saya.
http://ainulazlinda.blogspot.com
Terima kasih daun keladi *(^_^)*
Wassalam...
Ni cerita lain...rockybru dah ada sentuh.Berita dalam The Borneo Post http://www.theborneopost.com/?p=36672
Wak Leman
DIY,
Aku sendiri tak tau elaun keraian menteri sebanyak itu. Walaupun pernah kerja dengan Menteri. Kalau tau aku tak akan advance duit aku dulu belanja di kawasan.
Post a Comment