Seorang lelaki tersenyum lebar selepas keluar dari pejabat pos. Apakan tidaknya kerana beliau gembira mendapat RM1,250(RM625 X 2) hasil tuntutan rebat dua buah keretanya hari ini.
Seorang lelaki marah-marah dan menjerit kerana sistem komputer tidak berfungsi selama 15 minit dan tersenyum selepas urusan mendapatkan rebat itu selesai. Mungkin beliau menyesal menjerit-jerit tidak tentu arah kepada kakitangan pejabat pos dan orang ramai. Tidak eloklah buat begitu.
Seorang pelanggan pos pula marah-marah kerana terpaksa menunggu lama kerana nombor gilirannya itu sama dengan nombor mereka yang membuat tuntutan rebat. Beliau bukan mahu menuntut rebat tetapi mahu memperbaharui cukai jalan. Apa? Buat hari ini? Memanglah mencari nahas kerana berebut-rebut dengan orang tuntut rebat. Pilihlah hari lain.
Inilah antara peristiwa yang diceritakan oleh teman-teman yang turut membuat tuntutan rebat hari ini.
Saya menonton Buletin Utama TV3 jam 8 malam yang menyiarkan dua kategori berita mengenai tuntutan rebat hari ini - yang lancar dan yang bermasalah. Ia turut memaparkan pejabat pos diserbu orang ramai sejak dari pagi lagi.
Pertama ialah kelancaran urusan tuntutan rebat itu terutama di pejabat pos di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Menteri bertanggungjawab, Datuk Shaziman Mansor, turun padang untuk menyaksikan perjalanan agensi di bawah seliannya.
Kedua ialah masalah yang dihadapi oleh orang ramai mengenai urusan hari ini kerana mereka tidak faham dengan apa yang sepatutnya dilakukan. Antaranya mereka marah tidak dapat menuntut rebat itu kerana sistem komputer tidak membenarkan. Mereka marah-marah terutama selepas terpaksa beratur dua jam.
Apa yang mereka tidak faham ialah sistem yang digunakan oleh Pos Malaysia adalah sistem terus daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Jika kita sangkut kat JPJ, maka kita tidak boleh membuat tuntutan rebat. Itu saja.
Ada juga yang mencadangkan lebih banyak kerusi disediakan dan ada juga yang mencadangkan barisan untuk orang tua dan orang mengandung. Macam-macam yang diminta dan eloklah Pos Malaysia fikir-fikirkan, jika mampu untuk membuatnya.
Apapun, bagi yang tersenyum hari ini, gunakanlah wang rebat itu dengan cermat. Jangan boros kerana tuntutan rebat ini sekali setahun saja. Hendak menunggu tahun depan, agak lama juga.
Tetapi sekarang orang tidak kata dua atau tiga tahun tetapi menggunakan dua kali raya atau tiga kali raya. Rasa macam cepat je jika disebutkan menyambut raya. Apakan tidaknya, September ini, umat Islam mula berpuasa dan Oktober dah pun raya. Simpanlah duit tu untuk raya. Terpulanglah.
Saturday, June 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
apalah masalah org msia ni..
tak sabar-sabar...
byk lagi masa...tapi jgn jugak jd typical msian yg suka last minute...
salam...
SENYUM KAMBING ....
orang malaysia tersenyum sebab dapat duit ampau rm 625 atau rm125.. abe MIE belum ambil lagi, takut habis.
DAN SENYUM KUDA
orang ganu senyum sebab dapat 5% royalti minyak. tak semua dapat tapi tempiasnya pasti kena kat mak ayah atau saudara mara.
dato' ulas pula tentang najib nak jadi PM. belum jadi PM dah kena baling fitnah kat pendatang asing politik macam mat sabu (sebab kalah) Najib tegas sikit. TP peribadinya tetak dimomok dan dihantukan oleh mereka yang nak jadi PM dan pembangkang.
pkrpasdap.blogspot.com
Alhamdulillah, ramai dah dapat rebet tunai semalam dan hari ini dan hari seterusnya akan ramailah lagi yang akan dapat termasuklah saya. Permasalahan timbul cuma ada sistem komputer yang tak berfungsi pulak masa orang tengah dok beratur tu. Jadi orang-orang IT kat pejabat pos kena la bekerja keras sikit supaya sistem tu sentiasa elok. Apa-apa pon prosedurnya yang mudah itu terbukti mudah.Tahniah. Semalam saya berada di Kuantan kerana seminar mencari Usahawan TM, jadi sempat lah saya menjenguk di Pejabat Pos dan ramai orang di sana.
Semalam saya telepon kawan saya yang mempunyai 6 orang anak dan mempunyai kereta NAZA RIA yang baru-baru memperbaharui insuran keretanya, dia sangat sedih nampaknya kerana keretanya itu 2500cc. Dah tentulah tak dapat rebet tunai. NAZA RIA tu di belinya bukanlah sebab nak bermewah tetapi nak mengangkut anaknya yang 6 orang itu kesana kemari. Pelik juga saya kawan saya yang ada kereta BMW 318 yang harganya lebih RM200,000 yang dibayarnya lebih RM2000 sebulan akan dapat dapat rebet tunai ini. Dia relax sahaja kerana tak perlu nak bergegas ke pejabat pos dan mungkin juga tak kesah sangat nak claim rebet tunai tu. Apapon kena lah kaji semula tentang CC kenderaan yang boleh dapat rebet ni. mungkin kena tambah sehingga 2500cc. Bila saya kira-kira balik kawan-kawan yang ada NAZA RIA, mereka bukanlah dalam ketegori mewah, cuma cukup makan ajer, ada tu anak ramai dan isteri pulak tidak bekerja. Kepada wartawan TV ke atau suratkhabar cuba buat kajian sikit. Ini cadangan saya. Maaf kalau tak betul.
Sdr Epain,
Duit, siapa yang taknak. Yang tuntut semalam tu bolehla dibahagikan kepada beberapa kategori.
1. Perlukan duit untuk kehidupan harian seperti untuk membeli susu anak, gula, beras dan tepung.
2. Duit untuk beli minyak kenderaan.
3. Duit untuk beli keperluan anak-anak seperti buku, alat tulis atau beg sekolah baru.
4. Duit untuk pasang Astro.
5. Duit untuk bayar hutang.
6. Duit untuk beli barang-barang yang selama ini menjadi impian seperti telefon bimbit.
7. Duit untuk bayar peperiksaan atau bayaran IPTA/IPTS.
8. Duit untuk kahwin?
Jangan pulak duit untuk belanja kenkawan.
Yang layak tetapi belum tuntut tu ada antaranya bukanlah kaya tetapi tidak mahu berebut-rebut. Slow n steady. Lambat untuk tak penat.
Sdr Abe Mie,
Hendak menjadi PM bukan senang.
DS Najib seperti juga PM sebelum ini perlu pandai mengimbangkan kedudukannya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Asasnya ialah beliau Presiden UMNO dan segala dasarnya mestilah berteraskan Perlembagaan termasuk membantu golongan majoriti yang miskin dan masih memerlukan. Buatlah agar bangsa Melayu tidak marah, begitu juga kaum lain. Yang penting, jangan nampak macam bodoh sangat atau tidak konsisten.
Seperti kata TDM, konsep negara majmuk di Malaysia amat istimewa dan hanya berlaku di negara ini saja. Dalam ertikata lain negara berbilang kaum di Malaysia tidak sama dengan negara lain walaupun mereka ada berbilang kaum. Konsep di negara ini tersendiri dan semua rakyat memahaminya sejak sekian lama. Umpamanya, Malaysia membenarkan rakyatnya membuka sekolah menggunakan pengantar bahasa kaum tertentu dan ini tidak dibenarkan oleh Singapura. Banyak lagilah. Bacalah artikel TDM dalam blognya mengenai multi-racial.
Berbalik kepada DS Najib sebagai PM, banyaklah pihak yang berusaha untuk memburuk-burukkannya terutama mengenai isu-isu yang sengaja dikaitkan dengannya. Walaupun sudah dijawab berkali-kali tetapi ia sentiasa dimainkan semula seperti memainkan "rekod lama" untuk kepuasan puak-puak tertentu. Ia diulang-ulang sehingga ada golongan yang percaya dengannnya. Apabila mereka percaya, susahlah sikit. Umpamanya komisen pembelian peralatan untuk ATM.
Saya yakin DS Najib sudah lali dengan tuduhan dan tohmahan itu seperti juga yang dilemparkan kepada TDM dan Paklah. Yang melampau tu, bincanglah dengan peguam untuk tindakan selanjutnya. Tetapi ada juga yang suka diri mereka untuk disaman untuk membolehkan mereka melancarkan "perang saraf" di makhamah. Mengeluarkan cerita lain yang tidak kena-mengena dengan perkara yang dibawa ke mahkamah. Merapu apa saja asalkan dapat political mileage.
DS Najib buatlah yang terbaik. Ikutlah pengajaran daripada cerita bapa dan anak yang menunggang keldai yang diceritakan oleh Lukman Hakim. Semuanya tidak kena daripada pandangan orang terhadap apa yang kita buat. Jadi DS Najib buatlah yang terbaik untuk Alif, Ba dan Ta.
Sejarah telah membuktikan jika pemimpin jujur memperjuangkan kepentingan rakyat, individu itu akan sentiasa dilindungi Allah SWT. Begitu juga sebaliknya walaupun ada orang mahu individu tertentu itu menjadi PM. Jangan bertindak zalim kepada orang lain.
Perkara kedua ialah carilah penasihat yang baik terutama dalam bidang ekonomi dan kewangan. Penasihat ekonomi juga perlu memahami politik negara ini. Juga dalam bidang politik dan sosial. Namun, walaupun ada penasihat, keputusan adalah di tangan PM sendiri dan bukan terikut-ikut dengan "arahan" penasihat atau keluarga, saudara-mara atau kawan.
Sesetengah orang berkata penasihat yang "merosakkan" pemimpin selalunya digelar "punahsihat". Itu tidak baik.
Sejak 22 tahun menjadi PM, TDM yang ramai penasihat termasuk rakan-rakannya, ahli akademik, pegawainya, MT UMNO, veteran UMNO sentiasa bijaksana dan bijaksini dalam membuat keputusan sendiri. Sesetengah orang menganggap TDM macam diktator. Seorang KP agensi keselamatan dan ketenteraman negara pernah berkata Malaysia memang perlu seorang diktator yang baik. TDM ni, setelah mendapat pandangan mereka, barulah beliau membuat keputusan sendiri untuk kebaikan Alif, Ba dan Ta.
Sdr Fauzifudzin,
Cerita Naza Ria itu amat menarik yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan. Mungkin boleh dilihat dari segi pembelian kenderaan dalam kaitan kepentingan keluarga dalam memberi rebat itu.
Saya syor Sdr tulislah surat pembaca ke media cetak dan media elektronik (RTM/TV3/BernamaTV) berhubung perkara itu. Mungkin kerajaan ada jawapan atau rasionalnya dalam menentukan pemberian rebat mengikut CC kenderaan. Jika terlepas pandang, mungkin boleh difikirkan.
Assalamualaikum Tok Rimau,
Elok juga kalau claim dekat2 raya. Boleh tampung perbelanjaan raya. Walaupun kita kena ubah cara hidup, tapi masa raya, kurang2 kena ada ketupat & rendang. Meriahlah sikit. Budget untuk duit raya usah cakaplah. Memang sudah lari. Baju raya pula, pakai yg tahun2 lepas sajalah.
Wassalam.
SdrAinul AB,
Jika berkahwin dengan orang Perlis, hari raya pertama mereka akan hidangkan laksa. Ketupat dan rendang tu hanya satu option atau pilihan tuan rumah. Nasib badan.
Baju raya ni, jika badan "masih maintain" bolehlah pakai baju tahun lalu. Jika badan berkembang, maka bajet pun berkembanglah. Itu sebab perlu simpan duit rebat. Jika hendak buat baju raya, buatlah daripada sekarang - mungkin murahlah sikit.
dan gomen pasti tersenyum bangga kerana sekali lg dapat menyusahkan rakyat...
datuk...apalah sgt dgn wang 625 jika nak dibandingkan dengan nilai harta rakyat yang 'dirompak' oleh gomen...ye saya berterima kasih dgn kerajaan, kerana masih bersimpati dgn rakyat, tetapi tdk bolehkah di perhalusi cara penyampaiannya??? supaya rakyat tdk perlu bersusah payah beratur n berebut2...
kenapa agaknya pemimpin tdk pernah berfikir untuk menyenangkan rakyat...
Sdr Man Helang,
Sdr patut cadangkan bagaimana cara kerajaan menyampaikan rebat itu.
Mengenai beratur panjang, saya pernah berkata tidak perlu berebut-rebut jika kedudukan kewangan kita masih stabil. Apabila berebut-rebut tu, memanglah susah tetapi jika ambil waktu orang sudah tiada, maka relaks saja tiada gangguan.
rebate yang diberikan tidak dapat menampung keseluruhan kos minyak tetapi ia dapat juga melegakan sedikita sebanyak, saya pn pergi ambik tok di pejabat pos seri menanti sambil jalan2 nak tgk keadaan pej pos, tengok2 lengang terus masuk siap dapat layanan istimewa lagik.tok dah pakai i charge lum penjimat minyak kok xdo se ado jual.
p/s jangan joli duit rm625 itu duit utk setahun
Sdr Junkopile,
Ketika ini, saya membaca dan sedia mendengar apa saja yang boleh menjimatkan kos pembelian minyak.
Baru-baru ini, isteri memberitahu saya agar mengisi minyak pada waktu pagi kerana daripada pembacaannya ketika itu minyak masih sejuk dan mampat. Jika isi minyak waktu pagi, maka kita akan dapat lebih sikit. Jika tengahari atau petang, cuaca panas menyebabkan minyak "kembang" dan tidak semampat waktu pagi. Betul ke?
assalamualikum gfather tiger
nampaknya datin nih terer jugak memang botol tok, sebab pagi2 gas 2 berat lagi dan bila panas ia mengembang dia jadi ringan, secara teorinya mcm 2la, 2 sebab kadang2 bila gas 2 mampat kita dengar macam bunyi gas terkeluar, kok atok nak cubo nanti saya bori pakai i charge
Post a Comment