Zaman dulu, ketika ibu bapa sedang bercakap, anak-anak tidak boleh menyampok. Pasti kena marah. Ada ibu bapa anggap ia perbuatan biadap. Ada ibu suka marah anak yang berperangai sebegini dengan berkata, "suka sangat menyampok, tak senonoh perangai".
Zaman sekarang, anak-anak boleh menyampok bila-bila saja. Menyampok ketika ibu bapa sedang bercakap. Menyampok ketika ibu bapa sedang berbual dengan tetamu. Zaman berubah, anak pun berubah. Saya tegur juga anak jika berperangai begitu. Jadi saya ini bapa zaman dulu. Setakat ini, anak diam saja. Tak tahulah satu hari nanti mungkin dia kata, "daddy ni boringlah, nak bercakap dengan mama pun tak bagi". Jadi?
Zaman ini, anak boleh cakap apa saja kepada kita. Anak KAM boleh berkata kepada beliau begini apabila berhenti berehat dan hisap rokok setelah penat mencabut rumput di laman rumah, "ayah ni malaslah. mengapa berhenti dan hisap rokok". Ketika KAM lepak kat rumah kerana hari cuti, anaknya berkata," apa ayah ni, cuti-cuti duduk kat rumah saja, pergilah KLCC". Wah, biar betul anak KAM ni. Tapi, fikir semula, ini zaman baru.
Zaman dulu, jika ibu bapa marah, mereka suka menjerit, "hoi, anak bertuah, mari sini. Mari sini anak bertuah. Bukan main degil kamu. Mari sini anak bertuah". Jadi tiga kali jadi "anak bertuah". Kata-kata daripada ibu itu doa. Maka anak yang degil itu jadilah anak bertuah apabila besar.
Zaman sekarang jika ibu marah, dahlah matanya merah kemudian ada pula-pula kata-kata yang tak sedap," kamu ni degil sungguh macam monyet, kamu ni kalau tegur sikit dah nak melenting, macam......." Ada juga ibu yang kata, "pergi mampuslah engkau". Nasib baik RH tidak berbuat begitu. Tiada lagi perkataan "anak bertuah" daripada mulut ibu atau bapa. Oleh itu, anak jadi macam monyet, lembu atau segala-galanya seperti mana yang dikatakan oleh ibu. Kata ibu itu doa.
Fikir-fikirlah sebelum kita menghamburkan pelbagai perkataan pelik dan tidak sepatutnya kepada anak-anak terutama bab suruh "pergi mati". Nanti mati, apa ke hal? Kan doa tu.
Apa pun, saya ucapkan tahniah kepada FA di Sarawak kerana mendapat anak lelaki pada jam 2.15 petang tadi. Jagalah anak baik-baik untuk terus jadi kacak macam kamu.
Tuesday, June 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
salam anak-anak,
saya ada tiga putera,harap-harap dapat membimbing mereka dengan baik.tak mengapa jikalau tak berjaya sebagai ahli politik ke,angkasawan ke atau usahawan DEB.asalkan ketiga-tiga putera saya menjadi sebenar-benar manusia dengan akhlak yang mulia dan berperkerti itu dah cukup membahagiakan,asalkan mereka menjadi manusia yang berpendirian dan setia itu dah cukup manarik,asalkan mereka bukan setakat cerdik tetapi bijasana,bijaksini serta bijaksinun itu dah cukup bergaya.asalkan mereka tidak bersikap seperti katak dan berdarah pejuang dan tidak bermuka-muka itu paling saya suka.akhir sekali asalkan mereka menjadikan Islam sebagai tiang hidup itu adalah cahaya kepada saya sebagai bapa mereka.
melihat ketiga-tiga putera saya saya melihat diri saya sewaktu kecil saya mengharapkan diri ini dapat menjadi `greatdaddy on the board`.
ah sedihnya,jikalau saya mendapat ayah seperti diri saya sendiri sewaktu kecil dahulu,namun saya tetap memaafkan ayah saya.uhuks,uhuks,uhuks.
bulan jun bulan ayah bulan jun juga bulan awang menyambut ulang tahun kehidupan.
awang sungguh terharu,tok sudah semestinya `greatdaddy`bertuah anak-anak tok.
Sdr Awang,
Saudara juga seorang daddy yang baik dan bertanggungjawab. Selamat ulang tahun kehidupan kepada Sdr.
salam.. pertama kaji menjenguk laman ini. Menarik nasihat itu.
Biarlah anak kita itu kalau dilontar ke laut menjadi pulau, kalau di lontar ke darat menjadi kota, kalau terlontar ke bintang menjadi kejora.
salam...
Sdr Syirfan,
Salam kembali,
Anak-anak yang abrar akan membantu ibu bapa ketika hidup dan yang soleh akan mendoakan mereka untuk selepas ibu bapa tiada.
YBhg. Dato T,
saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada saudara FA kerana mendapat anak lelaki tempohari.
Apabila ditanya apakah nama anak beliau yang baru lahir itu, adakah ia akan dinamakan abdullah atau khairy.... jawapannya....tak perlulah saya beritahu di sini.
Bagaimanapun saya bersetuju bahawa anak-anak zaman sekarang sudah bijak... dalam segala-galanya termasuklah berani mengutarakan pendapat mereka. Cuma saya berharap dan berdoa, supaya anak-anak kita (termasuk anak saya)akan menggunakan keberanian itu dengan sewajarnya, tanpa menyakitkan perasaan orang lain.
Apa pendapat YBhg Dato' T?
Jonlabuyabedabedu
Sdr Jon,
Berani kerana benar. Bukan berani kerana hendak mempertahankan seseorang untuk memperolehi sesuatu. Anak-anak perlu dididik menjadi seorang yang budiman, jujur, berdisiplin dan mengikuti ajaran agama. Jangan jadi pelesit yang menghirup darah orang lain tidak kira orang miskin, papa kedana atau orang kurang upaya.
" bodoh otak macam lembu"! " , "bodoh makan taik!" , "kalau aku tau macam ni, "aku cekik kau mati kecik kecik dulu!" .... sedih sungguh bile ingat kembali. tapi itu semua makanan telinga dan hati aku masa menempuh zaman kanak kanak dulu. hancur hati lebih lebih lagi datang dari mulut ibu kandung sendiri. solat 5 waktu, tapi sayang.... solat nya gagal membentuk dirinya menjadi muslimah. mengapa?... - sb -
Terima Kasih Boss, for the good advice mengenai mendidik anak. TQ
FA
Sarawak.
Post a Comment