Sunday, June 8, 2008

PAKLAH TAK MAHU JADI POPULAR?

Malam tadi saya dan rakan-rakan bersembang panjang mengenai kenaikan harga minyak. Pelbagai pandangan dan cadangan diberikan termasuk daripada seorang pemimpin muda UMNO. Namun yang paling menarik ialah mengenai "tindakan berani mati" kerajaan pimpinan Paklah menaikkan harga minyak.

Perkara pertama selepas pengumuman Rabu lalu, kita dapat lihat di media baru terutama blog, media pembangkang dan media tabloid persendirian, bahawa Paklah orang yang paling banyak dicaci, disumpah, dimaki dan diberikan pelbagai gelaran kerana tindakan kerajaan menaikkan harga minyak. Alasan yang diberikan ialah Paklah sebagai Perdana Menteri bertanggungjawab dalam tindakan kerajaan menaikkan harga minyak.

Namun, ada kawan yang mempertahankan Paklah dengan mengatakan mengapa Perdana Menteri seorang saja yang dimarahi sedangkan yang membuat keputusan ialah Kabinet beliau. Seorang kawan lagi menyampuk bahawa oleh kerana Paklah ketua, maka beliaulah perlu dimarahi rakyat. Adakah ini adil? Seorang rakan lagi menegaskan takkan Paklah seorang yang membuat keputusan sedangkan semua pihak termasuk pemimpin Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan Iban yang menganggotai Kabinet boleh menentang dan memberi pandangan mereka. Sudah tentu mereka menyuarakan pandangan demi kepentingan negara dan rakyat.

Apa pun bagi saya, sudah tentu kenaikan harga minyak ini dibincangkan dengan panjang lebar sebelum keputusan mengenainya dibuat. Saya sendiri terkedu dengan pengumuman ini ketika berada di Kota Bahru, Kelantan. Datuk Shahir Samad pernah berkata kemungkinan harga minyak akan naik Ogos ini tetapi Kabinet pada Rabu lalu mahukan ia dinaikkan segera. Apakah alasannya, hanya Kabinet saja yang tahu. Tetapi kita boleh juga memahami mengenai tindakan itu jika meneliti jawapan yang diberikan.

Kedua ialah mengapa kerajaan tidak menghapuskan terus subsidi minyak dan terus memberi subsidi yang jumlahnya mungkin meningkat dari minggu ke minggu berikutan kenaikan harga minyak dunia yang mendadak. Semalam saja sudah mencapai AS$136 setong dan saya tidak hairan ia akan mencecah AS$200 akhir tahun ini melainkan ada sesuatu perkara yang tidak diduga. Apakah dengan meninggalkan sedikit pembayaran subsidi ini menunjukkan kerajaan masih prihatin terhadap nasib rakyat? Adakah Paklah mahu teruskan dasar kerajaan terdahulu untuk memberi subsidi walaupun ia sedikit?

Bagi pakar ekonomi, pemberian subsidi ini adalah satu dasar yang paling merugikan kerajaan walaupun ia menggembirakan rakyat. Ia tidak pernah dibuat sebegitu lama sehingga mencecah lebih 50 tahun. Tetapi itulah yang dilakukan oleh kerajaan selama ini dan kini kerajaan terpaksa menanggung kos subsidi mencecah RM56 bilion. Sudah tentu rakyat yang selama ini menikmati subsidi akan marah apabila ia dikurangkan.

Ketiga, mengapa Paklah memberikan "hadiah" lain selepas harga minyak dinaikkan? Apakah dengan pemberian hadiah itu rakyat akan merasa reda dan tidak terlalu marah sangat dengan tindakan menaikkan harga minyak? Jawapannya sudah terjawab dengan pelbagai pihak merasakan bahawa hadiah itu adalah kecil berbanding kenaikan harga minyak. Bagaimanapun, seorang kawan berkata hadiah itu kini diberikan terus kepada golongan yang memerlukan seperti juga mereka mendapat subsidi. Tetapi ada yang menyampuk bahawa jumlah itu terlalu kecil ibarat "melepaskan batuk ditangga".

Bagi kawan yang menjadi anggota UMNO, beliau mempertahankan pemberian itu kerana menurutnya dalam Program Bualbicara RTM, Datuk Shahrir ada menyebut mekanisme pemberian subsidi itu akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Ini bermakna mekanisme ini belum kemas lagi. Perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Apakah ini bermakna jumlah hadiah atau ganjaran itu akan dinaikkan lagi? Jika benar, ia sudah tentu berita yang menggembirakan yang akan mengurangkan sedikit beban pengguna.

Keempat ialah mengapa Paklah mengumumkan kenaikan harga minyak ini jika beliau sendiri mengaku bahawa proses peralihan kuasa akan berlaku. Seorang kawan memberi pandangan bahawa Paklah tidak perlu menaikkan harga minyak sekarang dan menggunakan segala wang yang ada untuk menampung masalah ini, jika beliau ingin jadi popular. Tetapi beliau rela dimaki atau disumpah dan tidak terus jadi popular dengan membuat tindakan drastik ini. Ada kawan yang menyebut kenaikan ini tidak sejajar dengan janji BN dulu yang mengatakan harga minyak tidak akan dinaikkan. Namun, ada kawan yang menyampuk bahawa dasar itu hanya untuk satu tahun saja. Selepas itu, sudah pasti kerajaan akan menaikkannya, jika tidak kos subsidinya akan meningkat.

Kawan, seorang pemimpin muda UMNO menegaskan Paklah bukan tidak mahu popular tetapi lebih kepada sikap bertanggungjawabnya sebagai pemimpin sekarang untuk memperbetulkan keadaan. Jika kantung negara habis kerana terlalu banyak memberi subsidi, sesuatu perlu dilakukan. Dalam ertikata lain, Paklah sudah pasti mahu meninggalkan teraju kepemimpinan negara ini dalam keadaan yang baik kepada DS Najib Tun Razak. Jika beliau mahu popular, harga minyak tidak dinaikkan dan biarlah Kabinet DS Najib membuat keputusannya apabila beliau menjadi Perdana Menteri.

22 comments:

Anonymous said...

Paklah akan meninggalkan bebanan dan tekanan kepada Najib untuk terus mentadbir kerajaan sebelum Anwar mempunyai alasan kukuh untuk mengambilalih kerajaan dengan 35 muka MP baru melalui pilihanaya atau najib berundur secara aib. Apa yan ingin digambarkan ialah kepimpinan Najib lebih teruk dari paklah.

Selepas paklah berundur, KJ akan mula menjalankan demonstrasi jalanan mengeesa Najib menghapuskan tol. Bukankah itu strategi namanya. Bukankah itu caranya KJ mencuci dosanya dan menjadi hero rakyat.

Yang lebih penting, Paklah akan memberi tamparan hebat dan sinis kepada TDM - kluangman

ibrahim yahaya said...

Sdr Kluangman,

Setiap Perdana Menteri akan diuji dengan pelbagai cabaran termasuklah masalah ekonomi yang berulang-ulang dalam tempoh 10 hingga 12 tahun.

TDM menghadapinya pada 1985, 1997 (serangan matawang oleh penyangak matawang) dan setelah hampir 11 tahun Paklah pula terpaksa mengharunginya dengan kenaikan harga minyak dunia yang naik empat kali ganda. Terpulanglah kepada PM untuk menghadapinya dengan bijaksana dan bijaksini termasuk meringankan beban rakyat.

ahm said...

my conclusion is simple that "para menteri malas". malas nak ikhtiar cara lain,...ambil mudah lepaskan semua masalah kepada rakyat. cerita harga minyak dunia naik bukan isu baru, lama dah... tapi menteri kpdn masa tu usahakan juga cara terbaik untuk elakkan bebanan keterlaluan kepada rakyat... tapi menteri hari ini... malas nak fikir.. lantaklah biar rakyat tanggung... menteri terus ambil semua laporan daripada pemain industri dan buat keputusan tanpa ada usaha untuk setidak-tidaknya menyiasat dahulu adakah benar segala input ynag diterima oleh para pelobi industri yang dari pagi hingga ke petang melepak di floor pejabat mentri. para pelobi ini ada kepentingan tersendiri, menteri pula tak turun padang untuk lihat sendiri cara terbaik mengatasi masalah. tuan ksu pun sama, malas langsung tak nampak batang hidung terus beri laporan tanpa usul periksa. oleh itu jika sampah yang dilapor kepada menteri maka sampah jugalah yang diputuskan oleh menteri. menteri dari johor ini kalau bercakap dialah yang paling pandai tapi... hampeeehhhh....

terubuk jantan said...

SALAM DIY,
SAYA BARU HABIS MEMBACA BUKU DARI 'TONGKAT WARRANT'-'TURUNNYA SEBUAH BENDERA'.CUKUP TENANG ZAMAN ITU HANYA YANG ADA SEMANGAT KENTAL PEMUDANYA DAN'KEBIJAKSANAAN DAN KECEKAPAN'' PEMIMPIN ZAMAN ITU..AL-FATIHAH UNTUK USMAN AWANG.

Anonymous said...

salam petrol lagi,
pada awang janganlah nak menganalisis lagi itu ini adalah strategi PM strategi kabinet dan strategi apa-apa pun.
semakin banyak kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pm,tpm dan shahril samad saya melihat kenyataan mereka semakin menyakiti hati rakyat.saya hanya melihat mereka bermain dengan kebodohan sendiri.
cuba lihat sendiri tajuk utama di Berita Minggu hari ini.kita disuruh mengharungi bersama kesusahan ini,najib pula hanya tahu mengatakan rakyat perlu mengubah gaya hidup(apa kata najib ubah dulu gaya hidup gaji najib kita hanya beri rm2k elaun sara hidup rm300)ok baru saja setuju kita ubah gaya hidup.shahril samad mengatakan KPDN kan pantau dari zaman pie bedal lagi KPDN kan pantau,apa ingat para peniaga nak heran ke?
mulut itu kalau nak cakap biarlah sama bijak dengan akal,lagi banyak keluar bahasa lagi banyak saya lihat perkara-perkara bodoh yang terbit dari dalam.sudahlah rakyat terpaksa mengharungi penderitaan ini para pemimpin pula mengeluarkan kenyataan yg semakin memedihkan telinga dan menyakiti hati.
tidakkah mereka boleh menyetakan begini,`rakyat tak seharusnya panik kerana kerajaan telah menyatakan harga petrol telah diapungkan oleh itu rakyat akan menikmati harga petrol mengikut harga sebenar pasaran dunia,jikalau harga petrol setong nanti menurun sehingga paras terendah maka rakyat akan menikmati harga petrol dengan kadar terendah mungkin seliter rm.90sen jikalau harga meningkat semula rakyat perlu menghadapi kenaikan yang sewajarnya.`
jikalau pemimpin mengeluarkan kenyataan begitu saya yakin rakyat akan faham dan suka untuk menghadapi kenyataan ini tetapi cara kerajaan berlainan seolah-olah kenaikan petrol adalah muktamad dan akan meningkat lagi adalah,bagaimana pula dengan barang-barang keperluan lain?tak perlu disebutlah sendiri lihat lah apa yang dah naik mencanak,gula yang tidak ada kene-mengena pun akan naik juga 20sen,namun pak menteri tetap juga mengeluarkan kenyataan menyakitikan hati iaitu rakyat perlu mengharungi bersama.
cuba lihat sahaja di dalam blog tun mahathir blog the scribe dan blog yang lain seperti blog husin lempoyang betapa si husin marahkan pak lah,si husin bukanlah penyokong pembangkang malahan si husin pernah mengutuk khalid gagap dgn dasat juga mengutuk DSAI.sekarang semua org tidaka punya masa untuk membodek dan mengutuk tetapi semua org menghadapi tekanan untuk terus hidup.
Apa pun yg diperkatakan oleh Johan Jaafar dan para wartawan Berita Minggu saya amat jijik dan sakit hati membacanya pada hari ini,saya pelik dan hairan di manakah maruah mereka sebagai seorang wartawan dan penulis,menulis atas arahan bukan menulis atas jiwa dan hati nuraini.
Di manakah jiwa bangsa melayu kita,bangsa melayu ini hanya tahu menurut dan membodek kah?tiadakah semangat revolusi?apabila rakyat membuat sedikit demi maka para wartawan dan penulis kerajaan mulalah menghentam rakyat dengan mengeji perbuatan demo mereka,perbuatan demo yang bukanlah merupakan budaya org melayu,oleh itu apakah budaya org melayu jikalau pada masa sekarang ini keadaan hidup bukan lagi semakin perit malahan semakin meruncing.nak suruh rakyat duduk diam sahaja dan angguk `ya kami terima,ya kami redha,ya kami pasrah`atau `ya kami akan harungi bersama-sama,gaji kami sebulan hanya rm2k gaji kamu sebulan berbelas K dan kita akan harungi bersama susah dan senang,kamu bikin susah kami harungi susah kamu.
siapa nak faham?saya mengandaikan para wartawan lah yang akan menjadi hero atau wira dengan bangun `memberontak` dari dalam beri tekanan dan tekanan agar kerajaan sekarang harus tunduk dengan keperitan rakyat.namun lain pula jadinya saya lihat semakin perti dan terhimpit lantas sikap para penulis media arus perdana dari rtm sehinggalah ke media-media swasta semuanya menghancurkan,bacul,pengecut dan dayus.
pada suatu hari kelak janganlah mendabik dada untuk menjadi perwira andai hati sekecil kuman badan sebesar raksaksa namun telur hanya kecil seperti telur puyuh.hanya sikap ikut dan menurut perintah tuan saja yang tahu.

Anonymous said...

Assalamualaikum grandfather tiger
Dari sudut ekonomi mungkin benar pemberian subsidi merugikan dan tidak menguntungkan tetapi dari sudut sebuah negara, sosial dan kemasyarakatan bukankah ia juga berhubungkait dengan ekonomi, bila kos hidup dan harga barang yang tinggi bukankah ia juga mengekang perkembangan aktiviti ekonomi dan pembangunan sosial dan masyarakat, apa akan terjadi kepada peniaga peniaga kecil yang contohnya bergantung pada aktiviti pelancongan sedangkan sekarang orang lebih berkira kira untuk berbelanja.Itulah bezanya TDM bila melaksanakan sesuatu projek bukan hanya sudut ekonomi tetapi rantaian ekonomi itu juga dia pikiakkan.ahli ekonomi hanya memikirkan untung rugi tetapi ahli politik, rangkuman keseluruhannya harus difikirkan bukanlah senang juga kerja mereka ni sebenarnya.Saya nak marah 100% pon tidaklah juga cuma biarlah ada kesinambungan antara tindakan dan perancangan yang dibuat.Biarlah nampak kebijaksanaan dalam apa pun perlaksanaan.Ini yang mampu saya pikiak la tok tiger.Kok salah tuh tok togur
junkopile

rizal hashim said...

Salam Datuk,

Apa yang Datuk bentangkan agak bagus. Banyak angle. Terpulang kepada kita untuk menilainya.

Datuk berlaku adil kepada PM. Biarpun kita tidak bersetuju dengan beliau, barangkali ada perkara-perkara dasar yang kita tidak fahami.

Saya fikir spin doctors PM harus lebih bijak membahas, mewar-war atau menjelaskan polisi kerajaan dan Kabinet.

Nampaknya Datuk mendahului mereka.

Wallahualam

Anonymous said...

Salam tuan!

saranan saya berlaku jujurlah...wartawan jati jarang makan gaji tanpa makan hati (SN/SR A Samad said)

ibrahim yahaya said...

Sdr Ahm,

Bukan mudah untuk menjadi seorang Menteri. Mereka perlu bijak, pandai berucap, pandai berkata-kata, pandai membuat janji, setiap masa turun padang dan melaksanakan dasar yang menguntungkan rakyat.

Menteri perlu banyak membaca supaya bijak dan kelihatan cerdik. Jika mereka tidak membaca, mereka perlu menyuruh pegawai mereka membaca dan membuat summary satu atau dua muka surat. Bahan summary ini boleh digunakan dalam ucapan atau sidang media untuk menunjukkan mereka membaca dan suka mengambil tahu perkembangan terbaru. Yang penting, mesti nampak bijak walaupun apa pendekatan sekalipun.

Bijak berkata-kata bukanlah seperti parrot tetapi menjelaskan apa yang masih kabur atau wujudnya kekeliruan. Menteri yang tidak tahu untuk membuat penjelasan, sebenarnya beliau sendiri yang kabur bukan dasar yang diperkenalkan.

Menteri pula mesti bijak menjawab soalan terutama wartawan dalam sidang media terutama dasar yang membabitkan kementeriannya. Jika Menteri tidak boleh menjawab setidak-tidaknya beliau akan dibantu oleh KSU, TKSU atau KP agensi di bawah kementeriannya. Jika Menteri selalu minta KSU menjawab, maka eloklah beliau bertukar jawatan dengan KSU itu.

Menteri juga perlu pandai membuat janji. Tetapi mesti ditunaikan kerana jika tidak malapetaka akan menimpa mereka terutama ketika perhimpunan agung UMNO atau perhimpunan parti komponen lain.

Untuk menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna, saya rasa jawatan itu amat mencabar dan memerlukan seorang yang benar-benar kental dan berwibawa. Menteri itu perlu selalu turun padang dan tidak kisah digelar Menteri Pasar atau Menteri Barang-Barang. Yang penting, kebajikan rakyat dijaga dan penyangak ekonomi dihapuskan sama sekali terutama penghisap darah orang miskin.

ibrahim yahaya said...

Sdr Terubuk Jantan,

Pemimpin yang memahami sejarah adalah pemimpin yang bijak dan sentiasa tenang dalam membuat strategi atau dasar untuk rakyat. Pemimpin itu pasti tidak mengelabah atau suka menjerit-jerit untuk mendapat perhatian.

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

bagus juga harga minyak naik- kurang makan kat luar rumah, kurang jalan...dab mana janji hendak memajukan habuk kelapa sawit sebagai bahan bakar?...tapi banyak cakap-kutuk Pak LAh...

YG orang tak faham kenapa kita pengeluar minyak harga minyak mahal sedangkan negara pengeluar minyak lain harganya murah????

saya bimbang tentang BN di kelantan nanti, abe Tiger tahulah perangai orang kelantan...abe MIE takut BN akan kalah terus di kelantan sekiranya PAS boleh mengambil hati dan mengekploitasi isu minyak..

pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

Masaalah adalah tidak melihat di luar kotak pemikiran.Lupa kan subsidi nak bagi kat rakyat.Kaut semua rakyat tak marah pun. Tapi. structure cukai mesti lah mesra rakyat. TDM pernah kecualikan cukai semua rakyat malaysia bila kegawatan ekonomi untuk memantau kenaikan barang keperluan. Sales Tax dan cukai kereta perlu dihapuskan bagi kenderaan 2000cc. Cukai baja pertanian, cukai perniagaan. Rasa nya itu lah yg patut dilakukan kalau betul betul Abdulah Mugabe nie perihatin pasal rakyat. Yang paling perlu dirombakkan jangan adakan jawatan menteri menteri. Biar semua kerajaan negeri diberi kuasa menjalan kan pertabiran dan setkan KPI tanpa kuasa bertindan dengan menteri seperti tanah, sungai, keselamatan dan sebagai nya. -Jantan Giler

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Saya dapat merasakan kemarahan dalam hati Sdr mengenai kenaikan harga minyak itu. Saya juga bersimpati dengan apa yang diharungi oleh rakyat sekarang berikutan kenaikan harga minyak. Saya juga cuba memahami apa yang dibuat oleh kerajaan sekarang walaupun saya sendiri terpaksa mengharungi kesannya sebagai rakyat biasa yang cuba berniaga secara kecil-kecilan. Saya juga bukan Menteri atau orang kaya.

Apa yang lebih membimbangkan ialah kesan kenaikan harga minyak ini kepada harga barang. Jika kenaikan harga barang itu "perlu dibuat", saya boleh faham tetapi apa akan berlaku apabila peniaga menaikkan harga barang dengan sewenang-wenangnya dengan menggunakan "lesen" kenaikan harga minyak. Mereka boleh "sembelih" pengguna berikutan kekurangan pegawai penguatkuasa kerajaan sekarang. Mereka boleh menipu pembeli kerana barang-barang itu perlu dalam kehidupan seharian rakyat negara ini. Jika keadaan ini tidak terkawal, maka rakyat akan rugi pada setiap sudut kehidupan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Junkopile,

Izinkan saya berkongsi maklumat mengenai sebuah negara besar bernama India. Saya diberitahu oleh seorang rakan pada tahun 1990an, ketika Manmohan Singh menjadi Menteri Kewangan, beliau telah menasihatkan Perdana Menteri ketika itu untuk mengetepikan dasar sosialisme yang turut membabitkan pemberian subsidi kepada rakyat. Oleh kerana terlalu banyak berhutang, India ketika itu hampir muflis kerana ketiadaan wang dalam kantung kerajaan. Ketika itu, tiada lagi bank luar dan dalam negara yang sanggup memberi pinjaman dan wang juga cukup untuk dua minggu. India tidak mampu untuk membayar gaji kakitangan kerajaannya. Maka kerajaan India beralih kepada kapitalisme dan menghapuskan beban subsidi yang melambung tinggi dari tahun ke tahun.

Kini, Manmohan yang dipilih menjadi Perdana Menteri tersenyum lebar kerana negaranya beransur pulih dan menjadi antara gergasi baru dunia dalam bidang ekonomi antarabangsa.

ibrahim yahaya said...

Sdr Rizal,

Saudara juga seorang wartawan yang dididik untuk melaporkan perkara yang benar walaupun pahit. Kita juga tidak dibenarkan untuk menulis berita atau artikel semata-mata untuk mengelirukan pembaca tetapi menulisnya dengan niat untuk memberi maklumat atau menjelaskan sesuatu isu.

Setakat ini, saya masih mengamalkan apa yang dipelajari dalam dunia kewartawanan walaupun kadangkala tulisan saya tidak dipersetujui oleh semua pihak terutama jika saya merasionalkan apa yang dilakukan oleh kerajaan.

Adakalanya pandangan yang mempertahankan kerajaan itu diberikan oleh rakan dalam kerajaan atau pemimpin UMNO untuk menjadi renungan kita bersama. Tepuk dada tanyalah selera.

ibrahim yahaya said...

Sdr Kakisakat,

Saya menulis bukan untuk mencari makan tetapi sekadar untuk melontarkan buah fikiran dan pandangan yang tidak seberapa. Inilah wadah yang paling istimewa untuk saya mempamerkan bakat untuk kepentingan Alif, Ba dan Ta. Wadah ini, bagi saya amat bebas dan mengasyikkan. Saya akan memastikan berada dalam setiap sudut dalam lingkungan dunia serba mencabar ini menerusi Dunia Tiger.

ibrahim yahaya said...

Sdr Abe Mie,

Saya cuba memahami konsep berjimat cermat ketika kita mewah bagi memastikan kita tidak kecundang ketika kesempitan. Kisah Nabi Yusof AS yang menterjemahkan mimpi Raja Mesir mengenai lembu gemuk dan lembu kurus perlu dijadikan pegangan kepada diri kita sendiri.

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Adakah kemungkinannya dia berbuat begitu kerana "dia tidak tahu apa yang dia buat"?

http://c-bok.blogspot.com

Anonymous said...

Dia tak reti nak urus kerajaan. Umum bilion sana, billion sini, duitnya entah di mana. Naikkan harga minyak sebab dah terpaksa. mana ada orang nak "jerat leher" tetapi dah terpaksa. Dia ingat orang Malaysia bodoh. Commonlah Tiger, you macam nak pertahan kerajaan saja. Janganlah nak redakan kerajaan dengan potong elaun menteri, ini cetek punya alasanlah. Turun harga beras wangi buat apa? Jangan ingat rakyat tongong sangat.

ibrahim yahaya said...

Sdr Jantan Giler,

Selepas kenaikan harga minyak ini, kerajaan perlu melihat lebih jauh kesan kenaikan bahan bakar itu terhadap rakyat miskin. Dalam ertikata lain ada golongan yang tidak akan mendapat faedah langsung daripada mekanisme baru ini walaupun mereka memerlukan seperti penunggang motosikal yang tidak perlu membayar cukai jalan. Jika mereka tidak bayar cukai macam mana mereka akan mendapat rebat, sedangkan mereka tentu memerlukan terutama penduduk di tanah-tanah rancangan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Zainal,

Semua Perdana Menteri mestilah ada penasihat kewangan dan ekonominya yang hebat-hebat untuk menasihati mereka. Perdana Menteri juga dikelilingi oleh Menteri-Menteri Kabinet dalam mesyuarat Kabinet yang dibuat seminggu sekali.

Oleh itu, sebarang keputusan yang dibuat tentulah difahami kesan atau akibatnya. Paklah tentu tahu apa yang dibuatnya dan bersedia untuk menerima sebarang maki hamun daripada sesiapa saja. Beliau tentu yakin ahli UMNO di seluruh negara akan terus memahami apa yang dilakukannya walaupun mereka juga turut terjejas dengan pengumuman berkenaan. Setakat ini, bantahan diutarakan oleh pembangkang dan beberapa NGO saja. Selain itu, rakyat jelata dalam blog dan media baru.

Anonymous said...

semua nak kena tanggung. sampai bila? esok2 kalau terjadi apa2 yang x diingini, x bersedia pula. ada duit pun kena simpan, bersedia untuk masa depan, xkan ada untung nak pakai semua? esok kalau terjadi apa2? manage sebuah negara bukan macam manage sebuah kedai runcit. kedai runcit kecil mungkin kalau ada rm50,000 cukup untuk cover balik kalau terjadi apa2 bencana (contoh je lah, saya pun bukan tahu sgt) tapi kalau untuk negara perlu lagi banyak lah. kalau nak dok perabih je macam mana pula. cakap senang la, turunkan harga lah, kita pengeluar minyak lah, bukan tau sangat pun apa orang dekat atas tu hadapi. nak menguruskan macam2 bukan macam uruskan warung, uruskan warung pun ada masalah tersendiri, kita x boleh main cakap je. kalau senang sama macam apa yang dicakap, budak x sekolah pun boleh jadi PM macam tu.