BANYAK BERSABAR. Ketika dalam media, saya biasa bertemu Presiden Petronas, Tan Sri Hassan Merican. Anak-anak buahnya menjemput saya untuk berbuka puasa di Menara Berkembar Petronas atau menghantar jemputan untuk menyaksikan F1 di Sepang.
Sejak tiada dalam media ini, tiada lagi jemputan dan tiada peluang bertemu TS Hassan. Saya memahaminya.
Malam tadi, saya menonton program Bersemuka Dengan Media RTM1 dengan tetamunya, TS Hassan yang sudah pasti dijemput khas untuk menjawab pelbagai tuduhan, persoalan dan cadangan daripada rakyat jelata kepada Petronas selepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak pada 4 Jun lalu.
Beliau menjawabnya dengan baik soalan daripada dua wartawan yang dijemput, Sdr Azam Aris dan Sdr Mikail Raj Abdullah serta hos, Datuk Johan Jaafar. Yang menontonnya mungkin sedikit sebanyak dapat memahami apa yang diterangkan dan bagi mereka yang terlepas, mungkin boleh mengikuti ulang siaran oleh RTM.
Ini bukan pertama kali Petronas ditegur, dipukul atau dibelasah. Nama syarikat petroliam negara ini sering ditimbulkan jika ada krisis kenaikan harga minyak atau apa sajalah yang berkaitan sehingga logo yang seakan sebuah parti politik pernah diminta ditukarkan.
Malah dalam Perhimpunan Agung UMNO satu masa dulu, ada perwakilan yang meminta TS Hassan ditukarkan kepada orang lain. Bagaimanapun, kerajaan tetap mengekalkannya.
Di akhir pogram itu malam tadi, TS Hassan ketika diminta oleh hos untuk memberi nasihat kepada rakyat negara ini, meminta orang ramai tidak memukul lagi Petronas.
Ini kerana, daripada pandangan menerusi email dan ketika bersemuka yang disampaikan oleh kakitangan Petronas, mereka terkilan kerana sering "dipukul" oleh orang ramai walaupun bekerja keras untuk mendapatkan hasil kepada negara.
Ada antara kakitangan itu sanggup meninggalkan anak isteri semata-mata bekerja di pelantar minyak di tengah laut bagi memastikan Petronas terus berjaya mengeluarkan emas hitam di negara ini dan di luar negara.
Kepada kakitangan Petronas, tidak perlu merasa terkilan dengan kenyataan yang mungkin menyinggung perasaan mereka. Yang penting teruskan kerja seperti juga kakitangan kerajaan atau GLC lain yang sering dipukul atau dibelasah.
Tuesday, June 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
salam petroliam(petroleum),
saya ada menonton bersemuka bersama TS merican,`well`urmm..mmg tak harus memukul PETRONAS terutama para kakitangan Petronas tapi pada saya TS merican yg harus menerima pukulan tersebut TS memang patut kena `pukul`.
selepas itu saya teralih pula ke Tv9 agak menarik Dr Agus menghoskan rancangan hujah panel terdiri dari YB seri gading dan YB Pokok Sena.
YB Seri Gading berhujah petrol Indonesia lebih mahal berbanding di Malaysia.betoi ka?mamat nih tengok paper bulan bila tahun bila punya?lagi YB seri gading menghujahkan fakta(auta)kerajaan akan bankrap jikalau asyik menanggung rakyat.banyak hujah YB Seri Gading hujah dangkal dan benak lagi buka mulut lagi busuk mulut YB.pesan saya sebelum nak hujah buat kajian dan mengaji terlebih dahulu ini bukan parlimen ini rancangan hujah.akhirnya saya hanya ketawa sehingga isteri saya cakap tengok rancangan lawak ke?huhuhu.
fakta YB mahfuz lebih kuat dan sentiasa mengatasi segala hujah YB Seri Gading(bukan nak sebelahi pembangkang)tapi jikalau sesiapa yg menonton Hujah di Tv9 mesti terang-terang perasan.
Dr Agus bijak mainkan peranan memang itulah sewajarnya jikalau nak menjadi host mesti kuat batu api baru segala fakta yang kita dapat dan segala hujah yang diterima kita dapat nilai.
rumusannya atau pengajarannya seseorang yang hendak menjadi MP perlu sekurang-kurangnya kelulusan STPM.kalau setakat spm takyah lah jadi MP.sesiapa yang berkelulusan serendah-rendah atau setakat STPM pasti tahu kenapa saya berani menyatakan MP sekurang-kurangnya harus berkelulusan STPM.Diploma pun kena tgk kursus apa yang diambil kalau nak jadi MP kalau kursus diploma masak memasak pi jadi chef jgn jadi MP.
Salam DIY.
Sata amat bersetuju dengan pandangan Datuk.
Cetek pengetahuan dan sikap tidak ingin mengambil tahu oleh orang ramai. Dan kalau dah diberitahu, tak mahu pula menerima dan memahami adalah punca kepada kemelut persepsi yang melanda PETRONAS.
PETRONAS telah melaksanakan kewajipannya kepada Negara dengan penuh dedikasi dan berhemat. Kita cuma perlu melihat ia dari sudut yang positif. Kalau asyik negatif, semua orang akan dipersalahkan.
Sdr Awang,
Walaupun kena pukul atau belasah, TS Hassan nampak steady saja. Saya diberitahu bahawa satu ketika dulu beliau pernah ditawarkan menjadi Gabenor Bank Negara. Dikatakan beliau lebih suka bekerja di Petronas. Jika jadi Gabenor BN, tidak banyak kena pukul kot.
Saya terlepas rancangan TV9 tu. Diharapkan ada ulang tayang untuk melihat apa yang diulaskan oleh Sdr. Bila agaknya Wansab?
Hos pun kenalah steady. Jika suka mengadu-dombakan tetamu, takut-takut ada pulak kerusi naik atas meja nanti. Dr Agus itu memang begitu stylenya sejak dari dulu lagi. Adakala cakapnya macam hendak menjerit saja. Mungkin dia pernah tinggal tepi pantai kot.
Dato,
pukul memukul ni hal biasa, terutama sekali apabila mengendalikan syarikat kepentingan awam. saya sekadar ingin mengatakan bahawa orang2 besar syarikat2 ini perlu berkomunikasi dengan menjelaskan kepada rakyat. kadang2 rakyat memukul kerana mereka tidak faham. terangkan dengan baik, insya-allah, tamatlah episod pukul memukul tu.
http://www.nobisha.blogspot.com
Maaf Datuk, mohon laluan.
Kepada sdr awangsulungmerahmenyala, FAKTA apa yang diperkatakan sdr yang tidak benar mengenai kenyataan YB2 tersebut?
Apa yang lebih penting dlm rancangan seumpama itu (di TV9) adalah fakta2 yang diperkatakan, bukannya kebolehan bercakap. YB Mahfuz memang terkenal kebolehan berdebatnya.
Its no laughing matter my dear friend. We can laugh as much as we wanted to, BUT at the end of the day, without knowing the facts and figures, we shall be wondering WHY we are being left-out from the truth.
Sdr Wakmasnoor,
Seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat pernah menulis dalam bukunya bahawa ada dua negara di dunia yang berjaya mengendalikan emas hitam mereka untuk kepentingan rakyat dan negaranya. Salah sebuah daripadanya ialah Malaysia. Cuba cari buku tu.
Sebagai bandingan dari segi pretasi setakat ini, Petronas ketika mula bertapak dulu pernah belajar daripada Pertamina, Indonesia.
Kini, kita tahu apa yang terjadi dengan Pertamina. Boleh baca PERTAMINA . Oleh itu, bukan mudah untuk menjadi yang terbaik kerana ia memerlukan disiplin, kesungguhan, kejujuran dan pengurus yang budiman.
Sdr Nobisha,
Menjadi harapan kita tiada lagi adegan pukul-memukul ini. Jika ada, kena selalu keluar di kaca televisyen untuk membuat penerangan dan penjelasan.
salam datuk...
bg sylah, bolehlah diumpamakan seperti 'memukul anak, menyindir bapak'...sebab apa??? sy tdk pernah mempertikaikan kredibility petronas, sebab sy tahu petronas mempunyai sistem pengurusan yg cekap dan ianya diakui antarabangsa...
tetapi apa yg sy pertikaikan ialah kemana segala royalty dan cukai yg diberikan oleh petronas kepada kerajaan dibelanjakan???umum tahu negeri pengeluar minyak adalah antara negeri termiskin di malaysia, kenapa itu berlaku??? kenapa dibelanjakan wang2 minyak ini dgn begitu rakus sekali untuk projek2 mega yg tdk menguntungkan ramai???
datuk lihat sendri apa yg berlaku pd jambatan bengkok?? brapa million kita perabis hanya utk membayar ganti rugi?? projek marina harbour di kedah yg tak boleh kapal berlabuh tu, brapa juta pulak kita lebur??? ini yg rakyat marah, sebab pengurusan wang tersebut tdk cekap...
selain itu negara kita juga terkenal dgn segala mcm cukai n yet our infra still hampeh!! jgn kita suka bandingkan negara kita dgn negara jiran yg mundur, kan ke kita negara membangun (gomen yg cakap) so bandingkan dgn negara jiran yg membangun, hah!! kat situ baru kita tahu kita nih ketinggalan ataupun tdk...itupun kalau datuk boleh menerima hakikatlah...
‘Ada antara kakitangan itu sanggup meninggalkan anak isteri semata-mata bekerja di pelantar minyak di tengah laut bagi memastikan Petronas terus berjaya mengeluarkan emas hitam di negara ini dan di luar negara.’
‘Kepada kakitangan Petronas, tidak perlu merasa terkilan dengan kenyataan yang mungkin menyinggung perasaan mereka………..’
Saya tidak setuju akan pendapat diatas. Setiap organisasi mempunyai tanggung jawab kepada P&L syarikat. Bekerja di offshore dibayar gaji yg tinggi dan cuti yg berlebihan lebih dari mereka yg bekerja didarat. Malang nya Petronas gagal melihat kemampuan anak tempatan. Petronas hired banyak expatriate dan dibayar mengikut international standard. Salah satu anak syarikat Petronas adalah di Pasir Gudang. Mereka lebih berminat mengajikan manager mat salleh, engineer dari India , purchaser dari Philippine dan anak tempatan di VSS dan menganggur. Akibat nya banyak anak tempatan terpaksa bekerja dalam bidang yg sama di Dubai, teluk maxico, Indonesia dll.Dikalangan Oil & Gas dan Maritime, mereka mengelarkan kan Petronas sebagai ‘ Janda Muda Lawa’. kerana kesombongan itu.
Apa bila ConocoPhillips pull downstream business activities worldwide (salah satu nya adalah ProJet diMalaysia) berlaku kekosongan products. Salah satu nya adalah Bangladesh. Pengerusi Prime-Bank (PPB) adalah sole-agent bagi product conocoPhillips diBangladesh. Kalau tak silap, outlet ConocoPhillips di Bangladesh lebih kurang 300. Sebanyak dua kali PPB menulis surat berhasrat untuk menbeli Syntium keluaran Petronas utk mengisi kekosongan product conocoPhillips utk pasaran Bangladesh tetapi tiada jawapan. Pada kali ketiga, Si JG bersama PPB berjaya membuat temu janji dgn Petronas di KLCC. Apa yg Si JG dan PPB terkejut adalah Petronas tidak berminat. Pada tangapan JG, sikap kakitangan Petronas adalah tidak mahu bekerja lebih sikit (mungkim selesa dgn gaji) utk membuat recommendation proposal PPB kepihak atasan. –Jantan Giler-
pengurusan operasi petronas baik, yang tak baiknya ialah pengurusan keuntungan petronas.
lagipun apa nak kisah kena belasah ke tidak. perk dan welfare petronsas cukup baik dah kepad semua satff. kenapa panel malam tadi tak tanya berapa kenaikan gaji hassan?? setaraf che khaleb ke? atau pun lebih lumayan...
pengurusan operasi petronas baik, yang tak baiknya ialah pengurusan keuntungan petronas.
lagipun apa nak kisah kena belasah ke tidak. perk dan welfare petronsas cukup baik dah kepad semua satff. kenapa panel malam tadi tak tanya berapa kenaikan gaji hassan?? setaraf che khaleb ke? atau pun lebih lumayan...
Hujah di tv9 Dato bleh tengok di sini
http://www.tv9.com.my/Shows/Episodes.aspx?MasterID=80&ShowID=312&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=12919&VideoID=6320
Salam Datuk,
Saya juga menonton program bual bicara berkenaan. Ada dua penelitian saya:
i. Sekiranya kita melihat SMS yang disiarkan di kaki TV semasa program berjalan, kebanyakkannya adalah "kenyataan dari hati" yang terpukul dengan kenaikan harga barang akibat kenaikan harga minyak. Rata-rata turut "menghentam" Kerajaan;
ii. Penjelasan Tan Sri Hassan Merican begitu jelas dan telus. Kita tidak boleh menyalahkan Petronas. Ini adalah masalah global dan tindakan orang politik/awam yang menyalahkan Petronas semata-mata adalah tidak tepat dan dibuat secara buta tuli.
http://c-bok.blogspot.com
Tuan,
Ada satu pandangan yang mungkin boleh difikirkan bersama.
Apakah tindakan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan KUASA BELI rakyat?
Dengan adanya kuasa beli yang tinggi, saya kira sekiranya terdapat kenaikan harga dalam pasaran (tidak kira harga minyak, barang dapur, automotif,dll) ianya tidaklah begitu membebankan.
Sham
Post a Comment