Posting Terbaru - 12.20 pm (3/6)
Pagi ini semua berjalan lancar. Komputer ok dan tanggungjawab saya pun beres. Pagi-pagi terus telefon JPN untuk bertanya sama ada komputer ok atau sebaliknya. Yang menjawab kata ok dan boleh datang sekarang. Terus ke kaunter yang bertemu dengan adik yang bercermin mata dan tunjuk nombor giliran semalam.
Beliau tunduk dan berkata "ini nombor semalam, jika nak balik lain kali kenalah tunjukkan kat pegawai supaya boleh dicop. Bila dah dicop maka nombor ini boleh digunakan. Tapi takpelah...." katanya tanpa memandang muka saya. Tidak tersenyum, tidak juga marah. Hanya berkata-kata. Beliau terus menyiapkan permohonan saya.
Saya terlihat pelekat peringatan di atas kaunter yang berbunyi macam ini, "Adakah orang menyelia anda melihat terus ke muka anda?" kemudian ada lagi, "Adakah orang yang menyelia anda tersenyum?". Saya hendak tergelak kerana orang yang menyelia saya tidak pandang terus ke muka saya dan tidak tersenyum. Mungkin dia marah saya tidak cop nombor giliran dan pagi ini terus pergi kepadanya.
Lepas tu minta mykad saya. Cap jari anak dan saya. Lepas tu minta duit RM11 untuk bayaran kerana lewat buat permohonan. Apabila dah dapat duit barulah beliau mula bercakap. "Kalau abang datang awal, tak perlu kena bayar denda ni." Beliau seterusnya tersenyum lebar. Setelah dapat duit daripada saya ke, baru senyum? Apa pun terima kasih lah adik yang pakai cermin mata ala 70an. Terima kasih JPN. Dua minggu lagi dapatlah mykad anak saya tu. Komputer offline lagi ke masa saya datang nanti?
Posting Asal - 1.16 pm (2/6)
Pagi ini, saya kecewa sikit. Ini kerana sistem komputer di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Shah Alam tidak berfungsi pagi-pagi buta. "MAAF SISTEM KOMPUTER OFFLINE". Saya datang pagi-pagi bersama anak yang ingin mengambil mykad kali pertama tetapi sehingga jam 10 lebih, komputer masih lagi offline. Saya tidak sakit hati kerana mahu jadi orang beriman. Cuma kecewa je.
Namun, saya sedih ialah golongan ibu bapa yang ramai ke JPN, mungkin datang dari seluruh Selangor untuk berurusan dengan JPN. Sudah tentu mereka akan "banyak rugi" pagi ini. Jika perlu naik bas dan datang semula petang ini atau esok, sudah tentu mereka melalui masalah yang tidak sepatutnya. Jika bawa satu keluarga, berapa banyak pula belanja hari ini. Yang pelik, takkanlah nak baiki komputer berjam-jam. Siapa nak jawab? Dulu ok, sekarang ni mengapa pula jadi begini?
Balik dululah. Sabar. Sabar. Mahu jadi orang beriman tak?
Monday, June 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
Salam Datuk Harimau,
Maaf sbb ana nak ulas isu Ezam.Sbb Ezam join Umno kerna Tun dh keluar!Kalau DH baca statement Ezam mengatakan Tun terlalu menekan hingga dia ditahan dibawah ISA tp AAB berhemah dlm menangani kes DSAI.Ezam pernah berjumpa AAB dgn lapuran GERAK mengenai rasuah pemimpin tertinggi & mungkin AAB dah bertindak maka Ezam dpt melihat AAB mengotakan janjinya.Ana rasa Ezam 'tidak suka' Tun tp percaya kpd AAB w/pun beliau nampak lemah tp dia mmg BERTINDAK!Ana juga yakin Ezam tidak ada agenda lain selain utk memulihkan Umno...
SALAM BOS,
KEKADANG BANK PUN BERMASALAH YANG SAMA BOS,TAPI CEPAT JUGAK STAFF MEREKA PERBAIKI.TAPI DI JABATAN KERAJAAN BUKAN NIAT MAHU MENUDUH SESIAPA 'KURANGNYA'KESUNGGUHAN NAK PERBAIKI TU JELAS LAH BOS,LEBIH CERITA PASAL KENDURI KAHWIN SEMALAM,AF,UNIVERSITI ANAK-ANAK DAN LAIN2,TAPI NAK JADI ORG BERIMAN SABAR SABAR SABAR BETUL TAK BOS.BOS, TAPI SATU PUJIAN UNTUK MEREKA SEMUA NI TETAP GIGIH BERKERJA DAN TEKUN DI ZAMAN MASYARAKAT GILA AKAN KEPANTASAN,KECEKAPAN,KEBOLEHAN DAN KEWIBAWAAN SESEORNAG INDIVIDU ITU.TAHNIAH KAKITANAGN KERAJAAN.TAHNIAH JUGAK PADA BOS.
betul tu dato'...
bagi saya amat memalukan!
seharusnya sistem perkhidmatan seperti di JPN ni dah tiada masalah lagi. Lebih-lebih lagi masalah seperti sistem komputer merupakan masalah biasa yang seharusnya ditangani secepat mungkin jika terdapat sebarang kerosakan.
kita mesti ingat, setiap masalah yang timbul lebih-lebih di agensi kerajaan akan sentiasa dijadikan alasan oleh pihak tertentu untuk memperlekehkan apa jua usaha yang dijalankan selama ini. oleh itu, jagalah nama baik JPN. Berikanlah perkhidmatan yang benar-benar cekap dan cemerlang.
yelah, mana tak tension. selalunya bila hendak ke JPN kita akan amik cuti khas, datang awal pagi, dan harap semuanya selesai dalam satu hari.
salam tok,
ahh..awang masih belum amdil mykid azfar lagi dah setahun pun huhuhu,7,8 bulan sudah nak pergi ambil kat masalam tiba-tiba terlupa bawa surat beranak jadi balik lah menonong awang sampai sekarang tak sempat pergi-pergi lagi,salah awang nak buat macam mana.biasalah prosuder yang buat bukan kakitangan JPN peringkat dasar bahagian atasan seperti PTD yang buat kakitangan bawahan sekadar melaksanakan tanggungjawab.
komputer offline bukan disebabkan komputer rosak tok ini disebabkan sistem host di peringakat IT ibu pejabat mungkin mengalami masalah teknikal,biasalah itu.hanya kesabaran peneman kepada kecekalan.
eh..awang tinggal di klang,urmm bila tok free kita boleh minum-minum pekena teh tarik kurang manis ka,ali cafe kurang manis ka,apa-apa saja ka.amacam?
email dato?
Sdr Steelbos,
Sdr boleh membaca apa yang tersirat. Apa pun, Sdr mesti setuju dengan saya bahawa hati kita mesti sentiasa baik dan jangan prasangka terhadap sesuatu hasrat yang murni.
Sdr Terubuk Jantan,
Saya kesihan kepada orang ramai pelbagai bangsa yang datang daripada pelbagai pelusuk negeri untuk berurusan dengan JPN. Mereka penuh sabar dan sentiasa menguntum senyum walaupun komputer offline. Saya tidak nampak seorang pun yang marah-marah atau menjerit-jerit kerana komputer offline. Tahniah kepada rakyat kerana memahami masalah ini.
Tetapi pegawai tinggi JPN perlulah berusaha untuk memastikan komputer itu cepat diperbaiki macam di bank atau tempat lain. Takkanlah mengambil masa lebih dua jam. Saya tanya kakitangan di situ dan jawapan yang diberikan amat memeranjatkan, "biasalah offline macam ini bang. Kadangkala ambil masa sejam, dua jam atau lebih". Perkara biasa? Dua jam? Apa ni?
Sdr Dewa Sahara,
Apa yang saya tulis ni, diharapkan adalah pegawai tertingi kerajaan atau Menteri membacanya. Ini kerana mereka perlu tahu keperitan rakyat yang datang pagi-pagi buta semata-mata untuk melaksanakan satu tugas penting mendapatkan mykad anak, tiba-tiba kecewa dan terpaksa menunggu berjam-jam.
Komputer offline ini kalau sesekali bolehlah diterima tetapi jika biasa, maka tak eloklah. Jangan kesihan kat saya, kesihanlah kat rakyat jelata lain. Niat saya baik agar perkhidmatan JPN diperbaiki demi kepentingan bersama. Kerana ada masa, saya boleh balik tetapi bayangkan mereka yang perlu menaiki bas sambung-sambung dan bawa ramai keluarga. Esok nak datang semula, kalau offline lagi, kena datang lain kali. Kesihanlah kat dia, gaji RM600 (kerja kampung atau buruh) dan semua kena tanggung. Sesekali bawa anak isteri pergi Shah Alam, komputer JPN offline pulak dan perlu balik ke Tanjung Karang dan esok datang semula. Tolonglah faham penderitaan mereka.
Satu lagi, carilah kawasan yang lebih luas, ramai yang saya tengok berdiri dan macam tin sardin. Tolonglah faham penderitaan mereka. Ada bangunan yang luas di negara ini macam padang bola tetapi hanya dua tiga orang yang guna, ni ramai orang tetapi ruang terlalu kecil hingga terpaksa berhimpit-himpit. Tolonglah tengok-tengokkan mereka. Saya ni wakil rakyat yang tidak dipilih tetapi yang melantik diri sendiri.
Sdr Awang,
Itulah yang saya katakan bahawa pegawai atasan perlulah sensitif dengan masalah rakyat ini. Sesekali tengoklah penderitaan mereka ketika menghadapi komputer offline. Memanglah nampak macam tidak ada apa-apa je sebab mereka tersenyum tetapi dalam hati siapa yang tahu. Pasti ada yang sumpah seranah dalam hati atau sedih kerana dibuat sebegitu. Tolonglah faham penderitaan mereka.
Kita ni mungkin senang sikit tetapi orang lain ada yang susah, terpaksa naik bas sambung-sambung dari kampung ke atau ladang getah atau kampung baru. Atau tumpang kereta orang. Kita mungkin ada kereta dan ditambah driver lagi, jadi tak terasalah.
Satu lagi, tolonglah siapkan tempat fotostat kerana jika terlupa nak fotostat perlu turun pulak tu dari tingkat 7 dan pergi kedai 7-eleven seberang jalan. Mesin fotostat rosak kat 7-eleven, perlu pulak cari kat sekitarnya. Kan pening juga tu.
Boleh saja pekena teh tarik. Emailkan pada datukbeb@yahoo.com.
Terima kasih kepada kerajaan yang sudah banyak membaiki sistem penyampaian kerajaan. Tetapi, dalam masa yang sama sistem yang ada perlu diperiksa sentiasa. Jangan jadi kes seperti yang diceritakan oleh Saudara Ibrahim Yahaya. Sistem komputer offline untuk berjam-jam lamanya tidak dapat diterima untuk negara seperti Malaysia yang mempromosikan 'Multimedia Super Corridor'.
Sdr Nadzri,
Bercakap mengenai MSC ini, ingin dinyatakan di sini, kumpulan yang paling banyak mendapat manfaat daripadanya ialah parti pembangkang yang banyak menggunakan media baru termasuk blog, news portal dan tv siber. Oleh itu, tidak hairanlah mereka mampu menyampaikan segala maklumat yang ingin diutarakan kepada rakyat menerusi media baru ini. Yang tertinggal ialah parti-parti yang membentuk kerajaan. Kerajaan yang mewujudkan MSC, pembangkang pula yang memanfaatkannya.
salam,datuk rimau,
saya ada pengalaman yg sama iaitu ambil mykad pertama utk anak saya yg no3.kali ni saya ambil diseremban,sebelum ni semuanya diselangor dan semua anak saya lahir di selangor(5 org semuanya).oleh kerana saya tinggal di seremban jadi saya pun pergi ke JPN Seremban pada 25 Jun,pagi.Masa ambil borang, Abg di kaunter terangkan macam mana nak isi dan beritahu bahawa salinan mykad saya dan surat beranak anak saya diperlukan.Terpaksalah saya turun ketingkat bawah utk fotokopi.Selepas siap isi borang saya ambil angka giliran.Agak pantas,no saya dipanggil dlm masa kurang 10minit.Di kaunter Akak tu sambut borang saya dan lepas menelitinya dan melihat paparan diskrin komputer,saya lihat dahinya berkerut.Akak tu bersuara"Encik,anak encik daftar di Selangor dan maklumat belum dikemas kini,jadi akan ambil masa,sebab dulu masih gunakan sistem manual".Saya bertanya"berapa lama?"."Tak tahu,encik boleh minum dulu,dan dtg kemudian".Pendekkan cerita,saya terpaksa menunggu selama 1jam kerana rekod yg belum dikemas kini.Soalan yg berlegar dlm fikiran saya,"mengapa pejabat kerajaan tertinggal terlalu jauh dlm hal2 yg melibatkan penggunaan komputer?".Adakah org yg boleh jawab soalan saya tadi?Utk pengetahuan Datuk Rimau,saya mmg bersabar hari tu sebab saya punya banyak masa kerana sudah mohon cuti.Mcm pepatah melayu,sedia payung sebelum hujan,cuma agak sedih dan kecewa kerana kita terlalu ketinggalan dalam banyak perkara,renung2kan.
Post a Comment