Sunday, June 15, 2008

SEMUA MENTERI PERLU BERSUARA

Selain PM dan TPM, saya melihat beberapa Menteri saja yang banyak bercakap mengenai tindakan kerajaan menaikkan harga minyak ini terutamanya TS Nor Yakcop, Datuk Shahrir Samad dan Dato' Ahmad Shabery Chik. Mungkin yang lain ada, tetapi kurang disiarkan dalam media cetak atau media elektronik.

Menteri yang "bersuara" ini gigih untuk menerangkan apa yang kerajaan lakukan sekarang termasuk mengambil pelbagai kisah, cerita dulu-dulu, kepentingan perlaksanaan dasar itu dan maklumat baru untuk pengetahuan rakyat. Kegigihan mereka mungkin kerana isu kenaikan berkenaan ada kaitan dengan kementerian mereka atau sememangnya fungsi kementerian Menteri itu untuk memberi penerangan.

TS Nor banyak memberi penerangan mengenai kedudukan kewangan negara dan kos pemberian subsidi minyak itu.

Sebagai MPDN&HEP, Datuk Shahrir tentulah kena membuat banyak penerangan dan penjelasan. Ini sudah dilakukannya dengan baik termasuk beberapa kali menjadi tetamu program bualbicara televisyen. Beliau juga pernah "berdebat" dengan Ketua Pemuda PAS, Sdr Mohd Sallehuddin Ayob, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Kini, segala maklumatnya pasti berada di hujung jari. Datuk Shahrir juga dibelasah dengan kenyataannya bahawa harga minyak akan dinaikkan pada Ogos depan. Tetapi kata beliau, itu pandangannya dan bukan pandangan Kabinet Malaysia. Yang lain kini sudah jadi sejarah.

Begitu juga, Dato' Ahmad Shabery yang banyak muncul di RTM dan BTV yang bolehlah diibaratkan semua maklumat berada dalam otaknya. Beliau juga banyak ditemuramah oleh media cetak seperti The Star. Tidak hairanlah apa soalan yang dikemukakan boleh dijawab dengan baik dan teratur. Kisah-kisah yang dibawanya juga relevan dengan perkembangan sekarang termasuk putaran kemelut ekonomi iaitu 10 tahun sekali dan kedudukan negara sebagai pengeluar minyak yang kecil. Penjelasannya memudahkan rakyat negara ini yang kini "berangin" memahami keadaan sebenar sekarang.

Namun, dari pemerhatian saya, apabila seseorang Menteri itu "bersuara", apa yang terkeluar daripada mulut mereka perlulah bernas dan baik seperti yang diutarakan oleh Menteri-Menteri yang disebutkan sebelum ini. Ini penting agar mereka dapat memberikan penjelasan yang baik dan tidak mengelirukan rakyat.

Yang paling parah ialah apabila maklumat yang disampaikan salah dan pasti memalukan kerajaan. Mesti buat betul-betul. Menteri mesti bijak bistari.

17 comments:

Anonymous said...

Kecelaruan minda para menteri dan juga wakil rakyat kini amat terserlah. Rumah yg terbakar dan mereka ini sibuk menerangkan kenapa rumah itu terbakar, dalam masa yg sama rumah terus terbakar. Apakah mereka ini telah menjadi terlalu benak (sebab makan banyak nasi., kata org tua tua 'org makan banyak nasi akan jadi benak hati')lalu gagal melihat kecederaan ekonomi berterusan menghimpit rakyat. Kunci kepada kejayaan TDM adalah keikhlasan utk mencipta pemenang setiap masa dgn membuka peluang usahawan utk mereka yg ingin berdiri sama tinggi dgn bangsa lain dalam ekonomi. Kegawatan ekonomi penghujung 80an dan penghujung 90an melihat kerajaan mengunakan project kerajaan/GLC melancarkan system payung kepada usahawan baru. Dalam masa yg sama juga pembelian kebanyakan tanah melayu utk membuat lebuh raya mengalakan lagi ketumbuhan ekonomi dan melahirkan banyak ‘winner’ spt, T.S.Yahya(arwah), T.S. Syed Mokhtar dan nama nama yg berjaya. Wajah wajah ini tidak dikenali sebelum 80an. Harga yg di bayar oleh TDM di tuduh cronism dan rasuah. Jasa TDM adalah ‘create more winner’ dikalangan bangsa melayu yg mana sebelum ini tidak pandai bersantai di lobby hotel atau cafĂ©. Manusia ini akan lebih berjaya apabila merasai nikmat kejayaan walaupun kejayaan itu hanya kesan yg kecil tetapi menjadi dorongan yg akan membawa mereka menerjah kepentas yg lebih mencabar. Perkara ini tidak berlaku pada kerajaan sekarang ini. Segala projek diberi kepada mereka yg telah membuncit kaya dan bertambah kaya. Maka terjadi lah skrg jurang yg amat jauh menhimpit kehidupan rakyat. –Jantan Giler-

terubuk jantan said...

SALAM DIY,
BILA MEMBACA POSTING INI,INGATAN SAYA KEMBALI KEPADA TUN DR MAHATHIR KETIKA MENJAWAB SEGALA ISU PADA ZAMAN NYA SEPERTI ISU KEGAWATAN EKONOMI,KRISIS 1988,INFLASI 1994,PROJEK-PROJEK MEGA SPT KLCC,KLIA,PUTRAJAYA DLL.PETAH,BERINFORMASI,TEPAT DAN PALING PENTING PANTAS..WE REALLY MISS THAT MOMENTS..MAY ALLAH BLESS CHE DET.

Bung Karno said...

Sdr Ibrahim,

Masih ada orang percaya cakap Paklah dan menteri-menteri pengikutnya ?

rizal hashim said...

Salam, datuk..

Benar mereka harus bijak bestari.

Zaman "kita kena kaji dulu, tunggu dan lihat" dah lama berlalu.

Biarpun wakil media terikat dengan polisi syarikat dan tidak sebebas blogger dalam bertanyakan soalan-soalan yang mewakili sentimen rakyat, ini tidak harus dilihat sebagai lesen untuk Menteri tidak membuat ulasan yang bernas.

masyarakat kita semakin sofistikated, menteri-menteri kita juga harus lebih sofistikated.

istilah elegant silence tidak boleh diterima pakai. Lagi buat orang menyampah adalah.

Jawab, dan jawab dengan meyakinkan. Tapi kalau fakta nak diputar belit, sudah tentu rakyat tidak dapat diyakinkan.

Salam

mat_terab said...

Mungkin banyak menteri yang tak setuju untuk menaikan harga minyak ni mereka tahu yang sengsaranya rakyat bukan mereka....tetapi kerana takut nak melawan boss maka mereka mengambil sikap membisu...lagipun boss dah tak lama lagi nak pencen...mungkin itulah mereka fikir....
Tapi yang menjadi persoalannya Boss umno ni kata dah nak besara tapi masih lagi nak bertanding perasiden apa cerita ni......?

ibrahim yahaya said...

Sdr Jantan Giler,

Menjadi kaya bukanlah satu dosa. Apatah lagi jika ia diperolehi menerusi perniagaan yang halal. Itulah yang digalakkan oleh agama Islam terhadap umatnya. Begitu juga dengan ajaran agama lain.

Yang menjadi dosa ialah menjadi kaya dengan merompak, menipu atau menghisap darah orang miskin. Ini bukan saja berdosa tetapi dilaknati oleh Allah SWT sepanjang masa. Minta dijauhkan kita daripada perbuatan seumpama itu.

Yang kaya, hasil daripada apa saja yang halal termasuk dasar kerajaan, perlu membantu golongan miskin terutama yang sebangsa. Ini penting kerana janganlah mengharapkan kepada kerajaan saja tetapi usahawan yang berjaya perlu "menurunkan" kemewahan yang ada ke peringkat bawah. Saya yakin usahawan Melayu ramai yang berbuat begitu seperti TS Syed Mokhtar.

Yang kaya tetapi menghabiskan kemewahannya untuk tembolok sendiri perlu ditentang habis-habisan. Walaupun kerja sendiri tetapi keuntungan itu sedikit sebanyak ada kaitan dengan apa yang dilakukan oleh kerajan sekarang. Jika mereka pandai, fikirkan di mana mereka mendapat ilmu pengetahuan itu seperti di sekolah dan IPTA. Seperti saya pernah sebut dulu, mereka yang berperangai sebegini lebih suka membeli apartmen di luar negara daripada membeli rumah kedai di negara ini bagi menambahkan pegangan hartanah Melayu. Mereka tidak peduli dan mahu ambil tahu. Beli dan sewa kepada peniaga Melayu yang terkial-kial untuk mencari tapak.

ibrahim yahaya said...

Sdr Terubuk Jantan,

Banyak kelebihan TDM yang boleh dilihat kerana beliau telah menerajui negara ini selama 22 tahun. Kelemahannya juga tidak kurang ditimbulkan oleh lawan dan ada antaranya membuktikan ia sekadar tohmahan dan tuduhan. Dalam tempoh yang panjang, banyak perkara yang dilalui termasuk kemelut ekonomi ini pada 1985 dan serangan matawang pada 1997.

Ketika krisis dan menghadapi kemelut, pemimpin perlu membuat tindakan yang bijak untuk kepentingan negara dan rakyat. Ketika DSAI mahu mengikut telunjuk IMF termasuk menghapuskan subsidi, TDM tidak bersetuju dan mengambil pendekatan mengikat ringgit hasil perbincangan dengan TS Nor Yakcop (Menteri Kewangan Kedua sekarang). Akhirnya reda dan yang lain adalah sejarah. Begitu juga tindakan yang diambil oleh Menteri Kabinet sekarang yang saya yakin bertujuan untuk kepentingan negara dan rakyat. Mereka ini yang dipilih oleh kita untuk membuat keputusan. Buatlah yang terbaik. Kita mampu menghadapinya jika kita bersatu dan memahaminya.

. said...

Setuju dengan komen Dato. Apabila Menteri diam, orang bertanya2, adakah mereka setuju dengan keputusan PM. Ini menimbulkan spekulasi. Kalau setuju cakap setuju. Kalau tak setuju cakap setuju. Sekurang-kurangnya kabinet dapat lakukan sesuatu secara kolektif.

ibrahim yahaya said...

Sdr Bung Karno,

Terpulanglah kepada kita. Tetapi eloklah mendengar dan cuba memahami apa yang ingin disampaikan. Itulah sebabnya saya menyatakan Menteri perlu bijak menjelaskan sesuatu isu sehingga rakyat faham. Jika rakyat faham, maka kuranglah "berangin" dan "naik angin". Jika tiada maklumat, tentulah mereka marah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Rizal,

Salam kembali.

Tidak boleh putar-putar macam senikata lagu abang beca. Jika kita suka putar-putar nanti satu hari kita pun kena putar.

Menteri bukan saja perlu bijak bistari tetapi wajib memberi cadangan yang bernas untuk memperbaiki masalah. Janganlah ada Menteri yang suka menimbulkan masalah sehinggakan rakyat pun meluat dan membenci kerajaan. Ini termasuk hal-hal peribadi dan hubungan mereka dengan rakyat.

ibrahim yahaya said...

Sdr Mat Terab,

Saya yakin Menteri akan bersuara dalam Kabinet demi untuk kepentingan rakyat. Saya diberitahu adakalanya mereka yang mengambil bahagian begitu serius memberikan hujjah seolah-olah macam "nak gaduh" tetapi akhirnya mereka membuat keputusan terbaik untuk kepentingan negara. Yang berdiam diri mungkinlah mereka yang ketandusan idea. Jika ini berlaku, mereka perlu banyak membaca dan mempertajamkan minda.

ibrahim yahaya said...

Sdr Nobisha,

Saya masih ingat lagi ketika negara menghadapi apa yang disebut "Krisis Perlembagaan", hanya sekumpulan Menteri yang lantang mempertahankan apa yang dilakukan oleh TDM. Mereka pergi ke seluruh negara membuat penerangan dan penjelasan. Ketika itu, mereka dilihat sebagai pembodek TDM dan menderhaka kepada Raja. Dengan penjelasan mereka, akhirnya rakyat memahami dan menyokongnya. Kerajaan membuat sesuatu tindakan yang terbaik pada masa itu untuk mempertahankan Raja-Raja Melayu. Kini, rakyat bukan saja menghormati Raja-Raja Melayu tetapi sayang kepada mereka. Raja-
Raja adalah payung rakyat berbilang kaum dan bangsa.

terubuk jantan said...

SALAM D.I.Y,
SAYA BERPANDAGAN DAN BERPENDAPAT BAHAWA,PERLUNYA SEMUA MENTERI KABINET TURUN PADANG DALAM ERTI KATA MEMBERI PENJELASAN DAN PENYELESAIAN YANG TEPAT DAN BENAR SERTA MEMBERITAHU SECARA TERPERINCI(BUKTI-BUKTI DAN REKOD) DAN MENDALAM KEPADA RAKYAT BUKAN SAHAJA KEPADA ISU MINYAK TETAPI MENYELURUH KEPADA SEMUA RAKYAT SEMOGA RAKYAT BENAR-BENAR FAHAM TENTANG SESUATU ISU ITU DAN MEREKA AKAN BERFIKIR SENDIRI DAN MENTAFSIRKANYA.KITA TIDAK MAHU HANYA MENDENGAR CAKAP-CAKAP KEDAI KOPI ATAU DARI SATU HALA SAHAJA TERUTAMA DARI PIHAK PARTI PEMBANGKANG.INI BERMAKSUD DALAM SEGALA SEGI MENTERI KABINET PERLU TAHU SEMUA PERKARA,BEGITU JUGA DENGAN AHLI-AHLI PERLIMEN BN APABILA MEREKA KE KAWASAN MASING-MASING MEREKA HARUSLAH BERSEDIA MENJAWAB SOALAN-SOALAN DARI PENDUDUK MEREKA DENGAN TEPAT DAN BERHEMAH.MUDAH KATA PENERANGAN MEREKA INI WALAUPUN TAK SEPENUHNYA TAPI MAMPU MEMBERIKAN GAMBARAN SEBENAR KEADAAN SESUATU ISU ITU.DI SINI SAYA MELIHAT PEMUDA UMNO HARUS MEMAINKAN PERANANYA MEMBERIKAN PENERANGAN KHUSUS KEPADA GOLONGAN MUDA TERUTAMA MEREKA YANG BERPENDAPATAN RENDAH,SAYA HARAP PEMUDA UMNO DAPAT MELAKUKAN SESUATU.BEGITU JUGA DENGAN PUTERI DAN WANITA,CUBA D.I.Y BAYANGKAN KISAH SEORANG MAKCIK DI TEMPAT SAYA YANG TIDAK SUKA MEMBACA SURATKHABAR BAIK ARUS PERDANA ATAU ALTERNATIF PERGI KEKEDAI KEBIASAANYA BAWA RM 10 DAPAT PELBAGAI BARANG DAPUR NAMUN TIBA-TIBA TOWKEY KEDAI KATA SEMUA BARANG TELAH NAIK DAN MAKCIK TERSEBUT BERTANYA KENAPA NAIK? TOWKEY AKAN CAKAP INI 'GOMEN' KASI NAIK.SECARA TAK LANGSUNG NAMA 'GOMEN' JUGAK YANG MAKCIK TU SALAHKAN.SEKADAR KISAH YANG BENAR-BENAR TERJADI 2 HARI YANG LALU.HARAPAN SAYA AGAR PIHAK KERAJAAN DAPAT MELAKUKAN SESUATU YANG TERBAIK BUAT KAMI SEBAGAI RAKYAT KERANA BUKAN SEMUA RAKAYAT SETUJU DENGAN 'PROTES RADIKAL'PADA KENAIKAN HARGA MINYAK KERANA KITA TELAH DIASUH DENGAN KONSEP TEGUR DAN BERI PANDANGAN YANG BERHEMAH,SAYA BERDOA AGAR ALLAH SWT MENERANGI PINTU HATI PEMIMPIN2 TANAHAIR KITA AGAR SEGALA ISU-ISU KETIKA INI DISELESAIKAN DENGAN PENUH KEBIJAKSANAAN DAN BERHIKMAH.INSYALLAH.

Anonymous said...

Saudara rimau,

Saya minta semua menteri bercakap soal kenaikan harga barang. Bukan apa, lagi ramai cakap, lagi meriah. Lagi ramai cakap lagi rakyat keliru. Memang ini amat bagus sekali. Sebenarnya, menteri-menteri yang ada hanya pandai cakap pasal politik saja. Bila cakap pasal ekonomi, hancus. Jadi, pada mereka, eloklah tak cakap daripada bercakap. Pada kita pula, eloklah mereka bercakap supaya nampak tembelang pemahaman mereka mengenai ekonomi.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Bercakap adalah perlu apatah lagi untuk menjelaskan isu kenaikan harga minyak dan barang kepada rakyat. Jika tidak mahu "hancus" apabila bercakap mengenai ekonomi, kenalah selalu membaca buku atau mendapatkan nasihat daripada pakar. Bukan semua Menteri daripada jurusan ekonomi atau kewangan. Ada yang mempunyai latarbelakang bidang komunikasi, agama, kedoktoran, kejuruteraan atau sains politik. Oleh itu, mereka perlu mengetahui ilmu-ilmu ekonomi ini yang boleh diperolehi daripada pelbagai sumber.

man_helang said...

salam...

bg sylah, kalau setakat hanya hebat bercakap sesiapapun boleh...tetapi rakyat kebanyakan mahukan pemimpin yg tegas, tdk seperti lalang...mereka seharusnya berpegang teguh dengan apa yg mereka katakan, jgn bila kene 'jeling' dr org atas, dah mula nak tukar fikiran...

datuk shahrir sebelum mejadi menteri kabinet, bercakap mempertahankan rakyat dengan lantang sekali, tetapi bilamana dah menjadi menteri, sikapnya sama sahaja dengan menteri2 lainnya...so i can only call him empty vassel...

ibrahim yahaya said...

Sdr Man Helang,

Dalam memberi penerangan dan penjelasan, kehebatan bercakap serta berhujjah amat penting. Ini untuk memudahkan rakyat memahami sesuatu isu atau krisis yang melanda. Jika bercakap macam orang "kulum sesuatu", sesiapa yang mendengar akan tertidur.

Pemimpin perlu berani. Antara keberanian yang ditagih oleh rakyat ialah merenung semula mata yang menjeling sehingga berair. Dalam dunia ni, kita hanya takut dan mencintai tuhan saja. Kita tidak perlu takut kepada pemimpin tetapi menghormati mereka jika mereka budiman - berbudi bahasa dan beriman.