INSAFLAH. Seorang teman menelefon saya sebentar tadi bertanyakan mengapa saya sehingga jam 4.30 petang ini tidak menulis mengenai "berita hangat" laporan polis seorang pembantu terhadap DS Anwar Ibrahim (DSAI) dan penjelasan penasihat PKR itu serta penyokong-penyokongnya.
Saya menjawab ia tidak perlu kerana ramai yang sudah menulisnya. Bagi saya, itu lubang kubur masing-masing. Bagi saya, jika kita mahu menjadi pemimpin, segala perlakuan kita perlu dijaga dengan baik.
Pemimpin perlu bersih dan kelihatan bersih sepanjang masa.
Allah SWT akan memberikan balasan berat jika pemimpin melakukan perkara yang dilarang terutama dosa besar. Ini termasuk memalukan pemimpin dan keluarga mereka jika mereka tidak bertaubat. Banyak peristiwa sudah berlaku dalam pemimpin UMNO yang perlu dijadikan teladan dan sempadan untuk direnungi bersama. Insaflah.
Bagi posting ini, saya mahu mereka yang tidak memahami sejarah itu janganlah membuat dakwaan dan pemahaman sendiri mengenai kontrak sosial dan Ketuanan Melayu.
Blogawan, BigDog dalam BLOGNYA menulis mengenai golongan yang berani membuat pelbagai andaian terhadap kedua-dua perkara itu.
Yang sedihnya, ada antaranya insan yang bernama Melayu yang berkhidmat di Singapura yang menggunakan analogi kurang sihat. Dalam kesedihan saya tidak rasa kehairanan.
Sunday, June 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Assalamualaikum tok
yupp setuju tok tulisan bukan untuk mengaibkan orang tetapi sebagai medan berkongsi maklumat dan kebenaran. sesungguhnya ada yg maha mengetahui.
bagi saya tok mereka yang memanipulasi undang2 atau fakta ini tahu kebenarannya seperti dalam kes ketuanan melayu ini mereka tahu fakta isu tersebut tetapi cuba menampakkan atau pun visualkan fakta itu kepada orang ramai dari sudut yang berbeza.kerana ape kerana mereka tak punya sejarah yang boleh dibanggakan.
mereka cuba memberitahu betapa masinnya garam kepada orang yang tak pernah merasa garam.
salam..
kalau tidak mahu diaibkan, jangan kita mengaibkan orang, dalam kata mudah kalau kita tidak mahu dihina, jangan kita menghina orang.
Pasal anwar, kenapa dia tidak membuat pengakuan sendiri dengan mewakili Sivarasa dan Azizah??
Sanggupkah dia bersumpah?
Tu lah. jangan buat hal, suruh SAPP hentam BN, suruh bapa altantuya kaitkan dengan Najib dan suruh Mat Salleh bersumpah yang rosmah-kj terbabait dalam kes pembunuhan altantuya sehinggakan kita semua hampir mempercayainya.
kata pepatah melayu 'buat baik dibalas dengan baik'...
pkrpasdap.blogspot.com
Sdr Junkopile,
Saya diberitahu bahawa mereka yang memperjuangkan Malaysian Malaysia telah menjadi tetamu kehormat kerajaan Singapura baru-baru ini.
Mereka dilayan seperti raja dan diberikan penghormatan tinggi kerana usaha berterusan mereka dalam mendodoikan label itu sehingga dapat memukau anak-anak muda yang mudah terperdaya.
Sdr Abe Mie,
Saya ada mendengar banyak cerita daripada kawan-kawan termasuk yang terbabit secara langsung dengan kes sebelum ini. Saya tidak terkejut kerana itulah jangkaan saya sejak dari dulu lagi. Cuma orang Melayu budi bahasanya tinggi, tidak suka mengaibkan orang lain walaupun mereka tahu segala-galanya. Tepuk kepala.
Anwar sedang merengkok di penjara buatannya sendiri di kedutaan Turki di Kuala Lumpur dengan alasan nyawanya di ancam ( macam alasan arsenik dan sakit tulang belakang dululah..asyik nyawa terancam ).
Kita berharap komando dapat menyerbu ke kedutaan turki dan membawa anwar keluar dengan selamat dan letakkan di tengah tengah bandar Kuala Lumpur untuk membuktikan kepada dunia bahawa tiada sesiapapun kebulur nak mengamcam nyawanya kecuali dirinya sendiri yang akan berpura pura sakit nak mati ( ingat dulu?? ).
Anwar harus belajar sekurang kurangnya dari Dolah, dikritik, dikutuk tapi masih mampu senyum dan tersenyum.
Harus belajar dari TDM, acapkali TDM meminta pihak musuhnya atau kerajaan mengheret dan bersemuka dengannya di mahkamah. Acapkali memberi huraian dan fakta jelas ke atas kritikannya hingga musuh menjadi kaku dan kelu.
Adalah malang Anwar yang di anggap pejuang melarikan diri meinta pertolongan dan perlindungan kepada bangsa asing, alangkah hina dan lemahnya pejuang seperti ini.
Keluarlah menghadapi kenyataan dan lawan jika benar.
Sdr Kluangman,
Berani kerana benar.
Komando banyak kerja lain kot.
Salam Tuan,
Dimana orang Melayu untuk mempertahankan perkara ini?
Orang Melayu seronok untuk berpolitik daripada menjaga kepentingan bangsa.
Apakah salahnya Parti-parti Melayu berkumpul dan mengambil tindakkan kepada Majlis Peguam?
Saya harap sangat sesiapa sahaja yang menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia akan berani untuk memperjuangkan apa sahaja yang mengusik kepentingan Melayu dan Islam.
Bukan macam sekarang, exco dan pemimpin atasan, buat dek jee .. macam tak ada apa-apa..
Pasal Anwar ni, biarlah Tuhan Membalasnya, klaau betul ke salah ke.
Yang penting Negara kita tetap Aman, Amerika dan Yahudi sedang menungu masa untuk menyelit menjatuhkan kita.
Pikirkan bersama ...
Sdr Razlan,
Saya telah mengingatkan kepada EXCO Pemuda, Datuk Sazmi Miah, agar Pemuda UMNO menjadi halia bukannya kunyit. Halia boleh memijarkan lidah dan menghilangkan semua angin-angin yang kurang baik di dalam badan.
Kunyit hanya untuk menguningkan kuah dan menghilangkan bau hanyir ikan. Pilihlah, nak jadi halia atau kunyit. Nak jadi kedua-duanya pun lebih baik. Yang sedihnya, ada pemimpin yang hendak jadi belacan busuk. Sebagai penyedap saja. Geragau lama yang digaul dengan garam untuk menjadi penyedap bagi sesetengah orang saja dan jika dimakan terlampau banyak akan menyebabkan kegatalan hidung.
Kepimpinan politik negara kita daripada PM, TPM, Menteri, MB, KM, Exco baik dari parti Kerajaan mahupun pembangkang dan macai-macai mereka kini sedang sibuk. Sibuk mempertahankan diri mereka masing-masing daripada segala macam masalah dan tragedi politik.
Sedangkan mereka sepatutnya mempertahan dan memperjuangkan nasib rakyat ketika kita sedang berhadapan dengan masalah-masalah berbangkit akibat daripada kenaikan harga minyak.
Saya tidak puas hati. Mereka tidak melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka. Wakil rakyat kita makan gaji buta!!
Tidak sedar diri dan memalukan negara. Malaysia would be better wihout all of you.
http://c-bok.blogspot.com
Pemuda UMNO sepatutnya bukan setakat menjadi halia, tetapi boleh juga jadi sambal belacan, pencicah, kaya, sos, budu, kicap, dan lain lain.
Boleh jadi pelbagai untuk sesuai dengan masa dan permasalahan, menjadi penyedap bila selera berkurangan, menjadi penawar bila berpenyakit.
Tetapi berhati hatilah, jangan jadi 'penyendal' untuk orang lain melepaskan nafsu.
betul, tak perlu buka aib orang. tapi ada sesetengah orang memang gemar membuka aib orang, apabila terkena pada orang lain, tapi kalau terkena pada pemimpin kesayangan mereka contohnya Brother Anwar Bin Ibrahim disimpan elok2 dan sibuk menyebelahinya. kita boleh lihat keadaan sebaliknya jika ia terkena kepada pemimpin2 kerajaan, begitu hebat dikompang merata2. sedangkan kebenarannya kita belum benar2 pasti. ini melihatkan ada golongan yang memilih untuk membuka aib orang yang mereka mahu dan ada ketikanya aib2 orang lain perlu dibuka untuk tatapan.
Salam DIY.
Benar kata2 Datuk. Mungkin banyak lagi LUBANG lain yang perlu dijaga... (berlawak saja Datuk).
Saya sudah perkatakan beberapa kali dan dilain blog mengenai KETUANAN MELAYU ini. Banyak yang tidak sedar atau tidak mahu sedar kerana dipengaruhi sifat taksub kepada kepimpinan dan sebagainya.
Ini tanah melayu, tanah air kita dan tempat yang keturunan kita pernah bergelumang dgn darah dan hiba demi mencapai dan mempertahankan KEMERDEKAANNYA. Perspektif hasil dari ingatan di atas HARUS KITA bela dan jaga dari dihasuti dakyah2 yang kononnya berasaskan LIBERALISASI DAN HAK ASASI.
Tidak ada suatu tempat, instituisi atau lapangan pun yang akan berlaku adil terhadap sesama insan. Inikan pula soal KEDAULATAN DAN KETUANAN TANAH SENDIRI. Maka lupakan apa yang dicanang oleh orang lain. Yang penting kita tahu apa yang harus kita jaga dan perjuangkan demi generasi2 kita yang akan datang...agar TAK HILANG MELAYU DI DUNIA...
ANWAR THE BEST BOLLYWOOD ACTOR!
One interesting outcome from this latest 'bontot' event is the cleverness of Anwar in diverting the criminal case against him. Anwar is known for his dramatisation of events, if he wants something or trying to get out of the mud.
Remember the Baling case during his student days? Or the last trial - remember his arsenic poisoning? Remember his complaint about his back pain? Remember his dog collar always stuck on his neck when he went to courts? Remember he moved about on wheel chair? Now no back pain or neck pain. So fast got cured!
Now the truth has come out, he went to the Turkish Embassy uninvited said the Turkish Ambassador. He just deposited himself there to get international attention. He got many friends outside Malaysia, who will believe him and will raise their concerns. That's what Anwar wants.
By the way, who wants to kill him? if that is the case, he has been assassinated a long time ago! Even before the opposition could win many state governments in the last elections. Anwar is best described as the best Hindustani or Bollywood actor. Pity his wife Azizah, she has to defend Anwar because he is her husband although she knows Anwar inside out.
Post a Comment