Sunday, June 1, 2008

JAGALAH NAMA BAIK SIC DI MATA DUNIA

Projek pembinaan Litar Antarabangsa Sepang (SIC)adalah projek kos tinggi yang dikritik hebat oleh pembangkang ketika Kerajaan mengumumkan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu litar sukan lumba kereta terulung di dunia.

Antara punca kritikan itu ialah kerana kosnya yang tinggi di samping kebimbangan SIC akan menjadi gajah putih selepas itu. Namun, kejayaan mengendalikan SIC dengan baik dan menganjurkan pelbagai acara sukan bermotor, sedikit sebanyak menghakis kesan kritikan itu. Keupayaan rakyat negara ini mengendalikan F1 dengan jayanya menyakinkan penganjur dunia untuk menyambung kontrak seterusnya.

Tahniah perlu diberikan kepada pengerusi dan pasukan pengurusan SIC sejak ia ditubuhkan sehingga sekarang termasuk Allahyarham Tan Sri Basir Ismail. Pengerusi terbaru ialah Dato' Mokhzani Tun Dr Mahathir, ahli perniagaan terkemuka yang mengimport kereta mewah.

Bagaimana, gesaan dua Menteri Kabinet minggu ini, agar Dato' Mokhzani yang telah keluar dari UMNO mengikut jejak langkah bapanya, TDM meletakkan jawatan kerana SIC adalah agensi kerajaan adalah satu perkara yang menyedihkan. Bagi sesetengah pihak ia tindakan yang memualkan. Mungkin ada logiknya menyuruh Dato' Mokhzani berhenti menjadi Pengerusi SIC semata-mata kerana beliau keluar UMNO mengikut jejak langkah bapanya. Tetapi adakah itu tindakan yang terbaik terutama dari segi pandangan dunia, khasnya penganjur dunia. Apakah tindakan "memberhentikannya" itu baik untuk negara?

Jika Dato' Mokhzani sudah meletakkan jawatan, apakah tindakan selepas itu? Hendak diserahkan kepada ahli UMNO juga ke?. Siapa dia dan yang mana satu? Boleh ke beliau mengekalkan prestasi baik mengendalikan SIC seperti Pengerusi yang dulu-dulu? Tidak payah tanya? Oklah, hak kamu. Tapi, hak kamu ke hak rakyat? Siapa yang nak jawab.

Namun, yang jelas kerajaan perlu sedar bahawa SIC perlu ditadbir dengan baik terutamanya mereka yang berminat atau passion dalam sukan lumba kereta itu. Pengerusi dan pasukan pengurusannya perlu profesional dan sentiasa berusaha gigih untuk memastikan SIC terus cemerlang dan bukannya bertambah malap kerana penyakit kurap atau kegatalan kulit sesetengah pemimpin politik.

Tidak payahlah mahu menukarkannya kerana kepentingan diri. Saya yakin Paklah pun tidak setuju dengan faktor itu. Mahu tukar kerana untuk membalas dendam? Hendak balas dendam kat siapa? Mahu tukar kerana mahu sesuatu? Nak buat apa dengan SIC? Banyak ke duit akan massyukk jika mengendalikan SIC? Berapa banyak boleh dapat?

Bagaimanapun, saya yakin Dato' Mokhzani akan meletakkan jawatan tidak lama lagi kerana desakan seperti itu. Jika tidak berbuat demikian sukarlah beliau untuk berfungsi sebagai Pengerusi SIC dan pasti ada yang menganggap dirinya seperti "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong". Tak mancung ke?

Ah..malaslah hendak memikirkannya lagi. Biarlah si Luncai terjun dengan labu-labunya.

Kenyataan DATUK ISMAIL SABRI YAAKOB dan DATUK SERI AZALINA OTHMAN SAID .

30 comments:

Anonymous said...

salam ahad,
tok,saya rasa tok tak payah lagi buat posting-posting hal2 politik terutama yg membabitkan UMNO,saya dah muak dan mual.saya ada mengikuti kes ini saya lihat UMNO dah memang tak boleh selamat lagi.malas lah nak ulas lebih2 buat semak perut dan semak otak.
apa kata kalau tok posting hal2 yg dibangkitkan di parlimen lebih seronok kita sama2 ulas dan beri pandangan maksud saya bukanlah pula hal2 bodoh yang dibangkitkan dan ditekakkan oleh MP kerajaan dan MP pembangkang kita kutip isu2 yg menarik dan isu yang berkaitan hal2 rakyat.contohnya hal yang dibangkitkan oleh bung raden mengenai kem majidee.
tapi saya hanya cadangkan saja,kalau tok nak postingkan lagi hal2 berkaitan budaya politik malaysia yang karut ini saya tak dapat menghalang sbb ini blog dato so dato punya suka lah hahahaha...
sekadar beri pandangan.
tak bawa famili p sure heboh ka?

mat_terab said...

Inilah masalah bangsa melayu kita susah nak maju kalau semua masalah hendak di politikkan masalah politik tidak boleh la di campuk adukkan dengan pentabiran...kalau selama ini Dato Mokhzani nenjalankan tugasnya dengan cermelang kenapa hendak di pecatnya...?
Tun M menentang Pak Lah tu soal lain..kenapa marahkan bapa anak pula di pukul....? kalau begini lah sikap kita sampai bila melayu nak maju...? yang menghalang kemajuan ialah orang melayu sendiri....

Anonymous said...

Tiger, boleh minta Ismail Sabri dan Azalina buat pengumuman bahawa sesiapa yang bukan ahli Umno tetapi memegang apa-apa juga jawatan dalam pertubuhan, hendaklah meletakkan jawatan. Malah, kalau mereka memegang jawatan sebagai jawatankuasa mana-mana pertubuhan juga, perlulah meletakkan jawatan. Mungkin ini yang dkehendaki oleh dua orang mentah ini. Kalau ada 10 orang macam mereka ni, hancur negara.

abe MIE 'TERJAH' said...

salam...

semua program pembangunan semuanya ditentang oleh pembangkang. Buat KLCC, Putrajaya, KL Tower dan SIC dikatakan membazir. PAS anggap semuanya salah.

abe MIE ingat hanya satu projek pembangunan yang tidak ditentang bahkan disokong iaitu Projek Khinzir Raksaksa.

Kalau kita baca sejarah, Buat jabatan Pulau Pinang pun dikatakan membazir- PAS suruh pakai feri lagi bagus kerana pembinaan jambatan terlalu tinggi, tetapi PM Pertama, Abdul Rahman tidak kisah pasal desakan ini.

pkrpasdap.blogspot.com

epain said...

abe mie...apa kaitan dgn komen sedara ni?...

dtk tiger...

sy kira kenyataan kedua-dua menteri ni mendatang negative effect pd diorang.....especially datuk ismail sabri yakob...

azalina memang terkenal dgn melatahnya dlm apa-apa hal yg terkait dgn politik mcm mana yg dibuat dgn prog pelancongan di 5 negeri pembangkang...

tp saya heranlah dgn tindakan ismail sabri yakob...

sy kira dia cuba hendak jd popular...padahal dia tak sedar, kenyataannya tu hanya memakan diri...

pd sy meminta seseorang tu meletak jawatan satu hal...tp takkanlah sampai tak dtg majlis walaupun berlangsung di umah sendiri (kbs)....ni dah kira melanggar adab susila org melayu....

apa perasaan ismail sabri kalau mokhzani tak dtg function dia sedangkan ia berlangsung di sic?...mesti tak betul bukan?...

come on lah bapa dafi...be gentlemen...jgn terlalu taksub dgn politik...

pasal kedudukan pengerusi sic...biar pak lah tentukan...bukan kamu utk tentukannya...

sy kira tindakan mereka ini adlh sebahgian liabiliti kpd umno dan secara tidak langsung kpd pak lah selaku pm....tak setuju?...tgk je disember nanti...

Zainal A. Kasim said...

Salam Datuk,

Nak kata pandai tapi bodoh. Nak kata bodoh, tapi pandai.

Dengan membuat kenyataan itu maka terang dan jelaslah bahawa perlantikan untuk ke jawatan-jawatan penting seperti Pengerusi SIC adalah diberikan kepada orang-orang politik, bukan kerana mereka layak!

Kalau Dato' Mohzani tak resign jugak macammana?

http://c-bok.blogspot.com

tajudin said...

ada prinsip yang jelas merapu/mengarut yang dipertahankan oleh menteri tersebut di sini.

saya yakin Datuk Harimau pun mungkin dapat tangkap.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Kadangkala rasa malas nak tulis mengenai topik seperti ini, tetapi hati ini sentiasa membara dengan gelagat sesetengah orang yang saya rasa pendek akal atau ikut je arahan. Tetapi saya memaksa diri saya untuk memahami mengapa mereka mengambil sikap begitu. Dalam hati kecil ini sentiasa merasakan mungkin ada cara terbaik untuk menyelamatkan maruah negara daripada membiarkan kita membasuh punggung di khalayak ramai. Singapura akan tertawa dengan gelagat kita yang mendabik dada pakar sukan lumba kereta? Kita suka ke?

ibrahim yahaya said...

Sdr Mat Terab,

Biarlah Dato' Mokhzani meneruskan tugasnya. Jika sudah keluar UMNO pun tetapi tidak masuk parti pembangkang, biarlah dia terus pegang Pengerusi SIC. Nanti, dia masuk balik UMNO. Percayalah. Jiwanya UMNO dan laluan politiknya sentiasa UMNO. Melainkan kita sudah berhajat nak tukar orang. Cuma mencari puncanya aje. Itu bak kata Nabil, "kau fikirlah sendiri".

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Saya yakin mereka ada sebab membuat gesaan itu. Cuma mereka saja yang mengetahuinya. Tetapi sebagai seorang ahli politik, mereka perlu memainkan peranan untuk membela ketua mereka. Sama ada datang dari kesedaran sendiri atau orang lain suruh, mereka saja yang mengetahui.

Mungkin mereka sakit hati ketua mereka dihina atau dipersendakan. Mungkin mereka tidak tahan dengan gelagat kumpulan yang menghina ketua mereka. Membujur lalu. Apatah lagi apabila menganggap ketua kita itu sebagai bapa sendiri. Bapa angkat?

ibrahim yahaya said...

Sdr Abe Mie,

Kerajaan Negeri Selangor sekarang jangan tersilap langkah kerana rakyat sentiasa memerhati mereka. Mereka sudah tersalah langkah dengan mengumumkan projek babi mega bernilai RM100 juta dan kemudian mengatakan tiada duit untuk memenuhi janji manifesto. Kemudian mengharamkan Islam Hadhari dan esok tidak tahu apa lagi. Orang tetap memerhati mereka. Man man dan jangan gelojoh.

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Saya setuju dengan pandangan Sdr bahawa tidak manislah tidak pergi ke majlis yang sudah dirancang. Kehadiran Menteri sudah tentu ditunggu-tunggu oleh semua orang. Mungkin kita sakit hati dengan seseorang tetapi be professional lah sikit sebab ada orang lain dalam majlis itu. Mungkin ramai pula tu. Kesihan mereka.

Jika mereka ahli UMNO sudah tentu mereka sakit hati kepada Menteri UMNO yang berperangai macam tu. Hidup ni sekali. Masa pun sekali datang dan habis serta tidak boleh diubah-ubah. Silap pun jika dibuat akan diingati oleh semua orang. Oleh itu, jangan buat silap. Melainkan kita dah malap.

ibrahim yahaya said...

Sdr Zainal,

Menteri semuanya pandai-pandai belaka. Jika tidak mereka tidak akan menjadi Menteri. Tengok, Datuk Seri Dr Rais Yatim, yang serba-serbi bijak termasuk mengambil gambar dan berhujjah. Orang macam ini dah semakin kurang dan perlu dipertahankan.

Cuma, tindakan dan sikap Menteri perlu menunjukkan mereka pandai atau cerdik. Yang muda, belajarlah daripada yang berpengalaman. Ada yang muda bijak, oklah macam Menteri Penerangan baru, yang berucap dengan baik dan pasti kita terpegun dengan kebolehannnya.

Mereka yang muda perlu pandai berpolitik sikit dan tidak bersikap seperti budak sekolah yang bergaduh di padang sekolah sampai baju kotor. Balik rumah, emak marah sampai sebakul. Nasib baik ada breeze untuk basuh kekotoran di baju dan seluar.

ibrahim yahaya said...

Sdr Tajudin,

Orang merapu macam saya berada dalam "dunia sendiri". Dalam ertikata lain, saya ada Dunia Tiger atau blog yang meluahkan pandangan dan perasaan. Dunia ini tidak bermakna tanpa Dunia Tiger.

Menteri tidak boleh merapu kerana mereka akan menjadi bahan tontonan ramai. Jika apa yang terkeluar dari mulut mereka nampak tidak berapa cerdik, maka orang ramai akan kata mereka tidak cerdik walaupun mereka cerdik. Ada juga orang politik yang tersalah cakap, kemudian menyalahkan media tidak kiralah kerajaan atau pembangkang. Tetapi yang peliknya, media semuanya melaporkan perkara yang sama yang diluahkan oleh ahli politik itu. Siapa yang salah?

Jadi, jaga-jagalah sebelum bercakap kerana mungkin apa yang terkeluar bunyinya bodoh sikit. Kalau terlalu banyak bercakap, nanti terkeluar pula air liuh dan berseleleh di mulut. Kan tak berapa nampak elok tu?

Anonymous said...

epain...abe mie tu penjilat yang paling hebat. mengalahkan lalang. lain tajuk lain hujah. nak berhujah tak kena tempat. nak berpolitik sangat ker?

pasal SIC ni dan yang lainnya..itulah gelagat UMNO. tak salah lagi la bila org ckp masuk UMNO kerana nak senang, nak kaya. jawatan untuk buat kerja sukarela pun nak dipolitikkan? setuju sangat seperti ulasan sdr zainal a. kasim.

abe

Anonymous said...

Sudah tentulah Mokhzani mahu SIC. Kalau tak kerana itu, bagaimana pakatan "anak beranak" Tun M mahu memonopoli apa yang berkaitan acara F1. Umum pun tahu Anak bini dan adik beradik keluarga Tun M dan mokhzani pegang banyak event berkaitan F1. Dri perlumbaan tu sendiri sampai lah gala dinner yang gilang gemilang tu!

Memang lah betul bukan UMNO yang mempunyai hak ke atas SIC. Tapi sama juga, mengapa SIC perlu menjadi hak Mokhzani n Co??

Anonymous said...

Salam Dato'!

Ah, Mokhzani tak nak lepas jawatan sebab dan keluarga dia banyak dapat buat duit dalam SIC tu! Tahukah bahawa syarikat event yang organize aktiviti2 berkaitan F1 itu milik isteri beliau dan juga adik beradik mokhzani?? SIC tu bukan syarikat private untuk kaum keluarga dia je! Duitnya pun datang dari kerajaan! Jadi kenapa pula Mokhzani punya keluarga boleh dapat semua??? Agak2nya Tun M pun mungkin ada tumpang sekaki dalam hal ni?

Turun Mokhzani!

phillix-starscreamer said...

saya bersetuju dengan isyakab. kenapa kroni dan nepotism pak lah ditikam bertubi-tubi tapi anak bini adik beradik saudara mara tun M dan mokhzani tidak pulak? selective punishing?

epain said...

isyakab...

sic bukan milik umno...umno pun bukan milik sesiapa...

tetapi tak adil meminta seseorang letak jawatan atas sebab politik especially berkaitan dgn sukan...

ramai mengatakan tak adil meminta pak lah letak jawatan...maka samalah jugak dlm hal ni...

apa? sic pun ada mengalami sebarang setback ke?...sic kerugian?..sic bergolak?...sic bermasalah?...biasanya itulah alasan meminta seseorang letak jawatan...ni sebab kuar dr umno....

sy sbg antara peminat sukan sgt rasa terkilan dgn kenyataan ismail sabri dan azalina....

kerana sukan telah dicampur dgn politik...sedangkan diorang ni jugak yg melaungkan agar sukan dijauhkan drpd politik....

ibrahim yahaya said...

Sdr Abe,

Abe Mie meluahkan pandangan mengenai sikap PAS sebelum ini yang menentang projek mega yang dibuat oleh kerajaan.

Bagi mereka yang masuk UMNO untuk mendapatkan projek tu tak betullah. Golongan inilah yang akan merosakkan parti kerana ketagih dengan wang ringgit. Mata mereka berpinar dengar logo RM. Mereka ini seharusnya dinyahkan daripada UMNO.

Namun, yang masuk UMNO untuk sama-sama mahu berjuang untuk bangsa, mereka inilah yang perlu diberikan sokongan padu. Bukan membodek, mengampu dan menyokong tidak tentu arah tetapi mereka yang mempertahankan parti dan pemimpin yang jujur dan ikhlas perlu diketengahkan. Yang macam lalang itu, bolehlah beli tiket bas.

Anonymous said...

Semua hal ehwal dalam negara kita ni sedar atau tidak boleh bersangkut paut dengan politik. Walaupun bukan secara langsung, tetapi secara tak langsung atau dibuat2 dan diperbesarkan sebagai isu politik. Nak2 pulak hal seperti sukan, kita lihat siapa sebenarnya selama ini pegang jawatan2 besar dalam penganjuran acara2 suka besar2an? Mesti ada lah jugak tempias nama keluarga VIP itu dan ini. Tak payah disebut nama, umum pun tahu.

Tapi dok baca komen beberapa di sini, saya sebenarnya pun tak berapa tahu betul ke tidak mengenai isu keluarga Tun M ada share masing2 dalam penganjuran F1 selama ini. Tapi kalau benar lah keluarga mereka terlibat, seperti yang diperkatakan isteri dan adik beradik mokhzani yang lain. HAIH, apa nak jadi. rupa2nya kita seronok2 layan tengok F1, belakang cerita ada keluarga orang tu yang senyap2 kaya-raya berjuta2...

Apa nak dikata Dato'? Geleng kepala je lah...

ibrahim yahaya said...

Sdr Isyakab,

UMNO sentiasa mengetengahkan pemimpin mudanya untuk menerajui GLC, agensi kerajaan atau syarikat yang dimiliki oleh parti.

Ini untuk memberi latihan kepada mereka dari segi kepemimpinan agar boleh digunakan apabila dipilih menjadi pemimpin. Dato' Mokhzani adalah salah seorang pemimpin Pemuda UMNO dan perlantikannya sebagai Pengerusi SIC sudah tentu ada kaitannya sebagai pemimpin pelapis parti. Jika pemimpin itu baik atau menjadi, maka bolehlah diketengahkan pada masa depan.

Kini terpulanglah pemimpin parti dalam kerajaan untuk memikirkan yang terbaik. Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, rakyat tidak akan bersetuju jika pertukaran Pengerusi akan mengganggu perjalanan lancar SIC selama ini. Pandangan dari luar memanglah lancar. Jika ada pertukaran, penganjur dunia akan meneliti prestasi kita semula. Jika lemah dan kontrak tidak disambung, akhirnya negara juga yang rugi

Saya rasa kaitan keluarga yang menjadi isu bukan kerana Dato' Mokhzani control everything atau apa sajalah, tetapi lebih kepada ada orang yang mengaitkannya dengan tindakan TDM keluar UMNO.

ibrahim yahaya said...

Sdr Merdekame,

Daripada laporan media, bukan Dato' Mokhzani tidak mahu letak jawatan tetapi pihak yang melantiknya tidak menyuruh beliau berbuat demikian iaitu Khazanah Nasional. Jika KN suruh, saya pasti dia akan lakukan. Apa pun beliau dikatakan tidak ambil gaji pun sebagai Pengerusi SIC.

TDM mestilah tumpang sekaki bukan kerana duit tetapi kerana minatnya dalam FI yang membuka hati dan mata kerajaan untuk membina SIC. Kini pandangan jauh beliau berjaya menjual Malaysia ke seluruh dunia. Mereka yang selama ini tidak tahu di mana Malaysia berada, kini sudah tahu dan pasti akan datang lagi. Itulah kelebihan sukan permotoran ini. Malaysia masyur di seluruh dunia kerana sesuatu yang baik. Bukan tolong edar dadah.

Bab keluarga berniaga tu, tepuk dada tanyalah selera.

ibrahim yahaya said...

Sdr PS,

Soalan Sdr mengenai mengapa orang tidak menikam bertubi-tubi (ambil perkataan Sdr) keluarga TDM sebenarnya terjawab sejak dulu lagi. Ketika TDM menjadi PM, pelbagai tuduhan, tohmahan, kritikan, cacian atau sebut apa sajalah istilah pun yang mengaitkan beliau dengan nepotisme dan kronisme. Ada juga dakwaan itu dikemukakan oleh orang UMNO sendiri. Jadi tidak hairanlah keluarga Paklah pula dilakukan perkara yang sama sekarang. Yang penting, perbuatan itu tidak betul dan hanya setakat tuduhan saja. Jika ya, berhentilah segera.

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Saya setuju tentang Datuk Rais Yatim. Dia orang Jelebu dan Ahli Parlimen saya (saya pun orang Jelebu). Dia bukan sahaja berpengalaman, bijak berbicara dengan fakta yang jelas, pandai mengambil gambar dan sungguh berbudi bahasa.

Beliau menunjukkan tingkah laku yang sopan dan mempunyai kualiti seorang Menteri. Seingat saya, tidak pernah lagi beliau membuat kenyataan yang berbau lucah, mencarut, melalut, lupa, cari populariti tak tentu pasal, sokong tak tentu pasal dan sebagainya.

jadi, beliau tidak termasuk dalam kategori "Nak kata bodoh tapi pandai. Nak kata pandai tapi bodoh"

http://c-bok.blogspot.com

terubuk jantan said...

salam dato,
apa saja dimalaysia ni, mesti nak lalu orang politik meluat pun ada.ornag politik ini(terutama waktu ini) memang ada kepentingan sahaja masuk politik.Saya rasa kedua-dua menteri tersebut berpandangan peribadi sahaj kot,dato azlina bagi saya selaku menteri belia dan sukan ......adoi payahnya nak komen,dato mail sabri ni,saya baru kenal pasal ke jawatan ni tak payahlah suruh dato mokhzani undur pasal mesti beliau dan team sic banyak perancangan nak buat untuk sic.lainlah klu dato mokhzani masuk pembangkang ada jugalah asasnya, tapi kedua-dua menteri tahu apa yang mereka buat asal jangan sampai saya yang biasa nonton lumba motor dan kereta
kat sepang tak dapat masuk kerana mahal dan disisi saya mat saleh haprak ajer yang ramai.so tepuk dada tanya iman.ATAUPUN BERI SAHAJA JAWATAN TERSEBUT PADA DATO IBRAHIM TIGER LAGI SENANG HARI2 DAPAT MAKLUMAT PASAL KETA DAN MOTOR.

Unknown said...

rasanya tindakan memboikot majlis pelancaran Super GT Antarabangsa Malaysia anjuran SIC adalah satu tindakan tidak profesional dr seorang menteri....ia tidak wajar berlaku....tidak perlu dicampur aduk politik dan sukan,,,,,

SIC diuruskan begitu baik...jadi mengapa perlu ditukar.....mengapa semua benda mesti dipolitikan

adakah ini yang dinamakan ketuanan melayu....

ibrahim yahaya said...

Sdr Zainal,

Saya pernah menemuinya selepas beliau dan Kuli membubarkan S46 dan masuk semula UMNO. Soalan saya ialah mengapa beliau masuk semula UMNO dan jawapannya ringkas, "demi Melayu". Amat bermakna.

Bagi Dr Rais, bangsa Melayu adalah lebih penting daripada segala-galanya termasuk diri sendiri atau keluarga. Baginya, biarlah beliau terus berjuang di dalam UMNO kerana yakin parti itu sajalah satu-satu yang boleh membantu Melayu bersama rakan-rakan parti komponen lain. Orang lain tidak faham dengan UMNO dan hanya ahli UMNO serta kawan-kawan dalam parti komponen BN saja memahami orang Melayu. Mereka memahami dan tidak pernah memandang serong termasuk hak-hak istimewa orang Melayu. UMNO juga turut membantu kaum lain menerusi rakan parti BN. Itu katanya.

Jadi saya rasa beliau layak untuk menjadi antara pemimpin utama UMNO pada masa akan datang.

ibrahim yahaya said...

Sdr Terubuk Jantan,

Kepandaian saya dalam media. Jadi jika ada jawatan sesuai dalam media bolehlah saya terima. Untuk jawatan lain tu bagilah kat orang yang berpengetahuan dalam bidang itu.

ibrahim yahaya said...

Sdr Joe,

Jika Melayu suruh Melayu lain letak jawatan kerana faktor yang kita juga kurang faham, itu bukan ketuanan Melayu tetapi ketuanan lain tu. Fikirlah sendiri.