Monday, June 30, 2008

TIDAK PAYAH UJI KEJANTANAN MELAYU

TOLONG BERHENTIKANLAH. Bagi saya, mereka yang menganggap akhbar UTUSAN racist adalah kumpulan manusia yang berperibadi rendah. Akhlak mereka boleh dipersoalkan dan niat jahat itu perlu dibongkarkan.

Mereka ini sebenarnya ingin menutup kelemahan dengan menuduh orang lain lemah. Mereka menuduh orang lain racist tetapi sebenarnya merekalah yang racist. Inilah konsep DAP sejak dari dulu lagi. Kalau tidak, takkan lah mereka meniupkan sentimen, "memilih BN ialah memperkuatkan Melayu" pada PRU12 lalu.

Malangnya ada pemimpin PKR dan PAS yang berbangsa Melayu dan beragama Islam mengikut telunjuk pemimpin DAP. Mereka ibarat lembu dicucuk hidung dan ditarik ke mana arah yang disukai. Namun, masih ada pemimpin PAS yang berfikiran rasional dan ada semangat Melayu seperti Azizan Razak dan Datuk Mustafa Ali.

Jika anda memahami apa yang ditulis oleh akhbar Cina dan Tamil, anda akan menepuk dahi kerana kehairanan bagaimana artikel yang melampau dan adanya mempersoalkan hak orang Melayu dibiarkan terus didodoikan untuk menaikkan semangat kaum tertentu. Dalam diam, mereka bergerak seiringan.

Mereka sebenarnya lebih racist daripada akhbar Melayu yang sentiasa menjaga "tatatertib" dan mematuhi peraturan negara kerana beranggapan akhbar itu dibaca oleh semua kaum. Mungkin ketertiban itu ada hikmahnya bagi memastikan bangsa Melayu tidak "naik angin" dan membuat sesuatu yang tidak sepatutnya.

Namun, bangkai gajah tidak boleh ditutup selama-lamanya.

Ada individu dan persatuan tertentu seperti Majlis Peguam kini secara terang-terang mahu membangkitkan kemarahan bangsa Melayu.

Sebenarnya, mereka ingin menguji "kejantanan" Melayu kerana memikirkan pemerintah sekarang mengamalkan dasar terbuka, berlembut sentiasa dan pendekatan tolak undur.

17 comments:

Akar Umbi said...

JANGAN CABAR KEJANTANANKU!!!!!! APAKAH KAMU CUBA MENGUJI APABILA HAMPIR 40 TAHUN PERISTIWA ITU??????
AKU TIDAK PERLU KHUATIR APA-APA, KERANA AKU MEMANG TAK PUNYA APA-APA DI TANAH TUMPAH DARAHKU SENDIRI.

ibrahim yahaya said...

Sdr Azlan,

Sekarang ini, ada pihak di Pulau Pinang sengaja ingin menimbulkan kemarahan Melayu dengan hasrat untuk membuat papan tanda yang menulis bahasa Mandarin dan Tamil. Tidakkah mereka tahu bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.

Sudahlah ada yang tidak mempedulikan bahasa kebangsaan dengan penggunaan bahasa yang tunggang-langgang (orang Bangladesh dan Mynmar bertutur bahasa Melayu lebih baik daripada mereka), kini ada juga yang ingin menyakitkan hati bangsa Melayu. Berhentikanlah.

Unknown said...

Assalamualaikum,

Saya setuju dengan kenyataan bahawa akbar Cina dan Tamil juga adakalanya mempunyai artikel yang agak melampau kerana menyentuh isu-isu perkauman seperti mempersoalkan hak-hak istimewa orang melayu yang merupakan isu yang paling jelas dan mendapat tentangan yang hebat daripada kaum cina dan india. Ini adalah kerana saya berkacukkan cina dan melayu dan saya berasa agak kesal dengan tindakan masyarakat cina dan india yang masih mempertikaikan isu ini walaupun telah diperjelaskan kepada mereka sejak zaman kita ingin menubuhkan negara Malaysia itu sendiri.

Namun begitu, saya percaya dalam sedikit masa lagi hak-hak orang melayu tidak akan wujud lagi pada sekian masa tidak lama lagi, memandangkan pemerintah sekarang lebih mengamalkan dasar terbuka dan terlalu berlembut dengan tindakan yang diambil oleh mereka.

Negara Malaysia walaupun dihuni oleh segenap lapisan masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa, mereka perlulah menghormati sesama sendiri kerana mempersoalkan dasar hak sesuatu bangsa ataupun kaum hanya akan mencetuskan rusuhan dan pergaduhan dan akhirnya mengundang kepada negara kita DIJAJAH oleh bangsa-bangsa lain yang tahu memonopoli dan mengawal keadaan situasi di negara kita. Itulah sahaja caranya untuk mengawal keadaan keamanan dan keharmonian masyarakat di negara kita.

Anonymous said...

Salam,

Perkara pertama yang agak pelik disini ialah mengapa forum sebegini dibenarkan (in the first place)? Kalau buat forum yang sebegini tak perlu permit ke? Sudahlah tajuknya sendiri yang nak kata racist! Ketuanan Melayu dan kontrak sosial? Patutnya dia orang ni kena bagi amaran. Guna la apa2 akta yang patut macam OSA ke, ISA ke. Adakah orang2 yang terlibat dengan forum ni golongan yang berpendidikan atau forum seperti itu dianggap sebagai sesuatu yang akademik?

Itu hari majlis perjumpaan student dengan Menteri Besar Kedah yang baru di UKM, pandai pulak dibatalkan atas sebab2 yang tidak diberitahu, tapi orang yang mempersoalkan/memforumkan/memperlekehkan kontrak sosial ni dibiarkan begitu sahaja???

Masalahnya, orang Melayu ni pandai nak sekat/tegas dengan kaum sendiri tapi tidak dengan kaum lain. Bukan maksud mahu bergaduh atau bersifat perkauman tapi bersikaplah lebih rasional. Saya pasti Tuan sendiri perasan benda ni (lama dah....).

Terima kasih.

Zainal A. Kasim said...

Salam Datuk,

Saya pernah di gelar racists kerana mencabar mereka yang membangkitkan isu ini supaya meninggalkan negara ini.

Kini mereka mempersoalkan lagi kontrak sosial negara kita dan berusaha untuk membangkitkan isu yang begitu sensitif. Objektifnya Tuhan sahaja yang tahu, tetapi orang Melayu pasti tercabar.

Jalan terbaik ialah jangan mencabar. Namun sekiranya mereka terus membuat cabaran - takut nanti timbul kekalutan di negara kita.

Jadi saya ingin mengulang cabaran saya kepaa sesiapa yang sukar untuk menerima kesepakatan sosial yang telah dimeterai besama oleh datuk/nenek kita sebelum ini, eloklah pindah ke negara lain.

http://c-bok.blogspot.com

Anonymous said...

Dasar terbuka yang diamalkan sekarang ada bagusnya dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk jika semua bangsa menghormati bangsa2 yang lain..Tapi wujudnya 'racist', inilah yang menjadi masalahnya.Bila terjadi sesuatu hal, isu 'racist' dibangkitkan.Inilah yang menyebabkan masyarakat negara kita yang majmuk berpecah belah..Isu 'racist' ni bukanlah perkara yang boleh dibuat main..Terlalu sensitif..Apa yang kita takutkan, peristiwa2 hitam yang melibatkan 'racist' jadi semula..Nauzubillah...

Quantum Metal Consultant said...

Kenapa orang Melayu takut diperkatakan, diperbincangkan, dibahaskan secara terbuka dan umum oleh orang lain.

Apakah kita kurang keyakinan diri atau ada kurap dibadan hingga takut dibogelkan.

Jika kita jantan, biarlah mereka londehkan, kalau kita gagah, 'palulah' mereka dengan jantan kamu.

Masalahnya orang melayu ni, cakap sahaja, sejak dulu..

Anonymous said...

DAP yang kelihatan begitu cuba untuk menimbulkan isu2 sebegini. kita perlu lebih berhati2 dengan golongan sebegini kerana ia boleh merosakkan persepaduan. saya sedikit hairan kenapa PKR dan PAS tidak menyedari hal ini.

Anonymous said...

Kenapa perlu nya melayu mengamuk sekarang ? Sikap melayu terlalu memberi ruang dan membiar perkara menjadi parah baru ber ‘Amuk’. Amuk adalah keluar dari perasaan yg membara setelah mememdam sesesuatu perkara pada sekian lama. Nak tengok Amuk melayu tunggu lah Perhimpunan UMNO. Itu lah kelemahan melayu. Berbanding dengan falsafah tradisi kaum yg satu nie (KYSnie) lagi bahawa ‘makan lah nasi semasa masih panas’- melakukan sesuatu tanpa berlengah semasa sesuatu perkara masih hangat diperkatakan’
Sememang nya tradisi pemikiran KYSnie melakukan sesuatu tanpa memikirkan hak hak kesopanan jiran (mcm akhbar mereka juga.) Masaalah nya Melayu ini lebih suka mengumpul data dan akan meletup apabila ‘air dah naik ke kepala’. Saya selalu berkata pada anak anak buah ‘ Tak kurang ajar tak akan dinamakan KYSnie’. Sebab mereka kurang ajarlah maka segala benda benda pirate (Vcd, Handphone ,Ahlong, 4+D dll) mereka berani melakukan. Melayu baru nak naikan warung tepi jalan , esok nya PBT datang bawak lori.
Melayu kurang ada sikap ‘Urgency’ dalam melakukan sesuatu. Bila kita mendesak , maka kawan melayu kita akan kata..’awak nie ..sabar la..nanti la..’ Maka kita jadi macam ‘beruk bodoh’ menanti convenience time kawan kita baharu lah kita boleh meneruskan proses seterus nya. Sikap ini berlarutan sehingga ke jabatan kerajaan.
Melayu tidak perlu membuat koleksi mememdam rasa baru nak meletup jika ingin maju kehadapan. Melayu kebanyakan nya terlalu mengambil masa,mood yg sesuai dalam membuat sesuatu keputusan. Melayu terlalu leka dgn Mawi, AF dan segala bentuk hiburan. Melayu lebih suka bercakap pasal cinta dan kawin apabila baru abis belajar sedangkan KYSnie bercerita kereta BMW mana yg nak dibeli. Banyak masa dihabiskan pada perkara remeh (halal, haram , ustaz ni cakap cam nie, ustaz ni pulak kata gitu..) sedangkan perpaduan dilepas pandang. Sebab itu kita gagal menghuraikan kebenaran Hadhari yg tulin. Diakui kata kata Usman Awang ‘Melayu itu org yg bijaksana’ tetapi bijaksana melayu akan terserlah lagi jika melayu mempunyai EQ yg tinggi seperti pahlawan melayu yg tercatit dalah sejarah kebanggaan melayu nusantara. Melayu telah hilang sikap ini disebabkan kuasa material dan iri hati.
Melayu harus belajar ‘Makan nasi semasa masih panas lagi’ jika tidak mahu dikurang ajarkan oleh KYSnie. –Jantan Giler

Wakmasnoor said...

Salam DIY.

Benar apa yang diluahkan Datuk. Benar apa yang disarankan Datuk.

Saya tidak mahu mengulas intipati tajuk ini. Tetapi saya berminat untuk berkongsi pendapat tentang mengapa FENOMENA ini terjadi.

Ulasan saya mudah dan ringkas.

Tidak perlu direnung jauh, cukup sekadar melihat siapa di Barisan Kabinet Negara hari ini.

Itu sudah cukup untuk kita mengulas pula tentang tajuk KEJANTANAN dan kaitannya kepada akhbar UTUSAN.

Sepertimana yang saya pernah suarakan kepada Datuk, Pak Lah the Prime Minister has FAILED US THE MALAYS. Not of one particular thing, BUT too many other things as well.

Kepimpinan yang lemah akan membuka peluang untuk orang lain menjadi gahah.

Renungkanlah...

kiraziku said...

silapnya dari amno juga dulu tak pandai mengurus kuasa yang di beri ,,,,,sombong ,tamak .kalau hal membabitkan melayu sama melayu kou bising2.cantas sini sana.tapi kalau bangsa lain berlembut plak..nak jaga hati.
umno kini tak macam dulu....umno kini pentingkan poket dulu ...rakyat no 10000000

Desperado said...

Sabar...

Anwar Ibrahim telah menunjukkan kejantanannya kepada Saiful Bahri sekali lagi...
(mengikut laporan la) tak tahu betul ke idak...

www.pilihananda08.blogspot.com

Edyes said...

Salam

Kerajaan Penjajah

Anonymous said...

Salam,

Saya tertanya-tanya dengan diri saya sendiri, dimanakah golongan profesional melayu berpendidikan tinggi seperti Hakim, peguam, doktor dan sebagai nya tidak tampil mempertahankan agama dan bangsa mereka apabila Bar Council yang diketuai oleh Ambiga ini mempersoalkan Kontrak Sosial?

Dimanakah anda tidak kira lah fahaman politik anda samada PAS atau UMNO dalam mempertahan kan Agama dan Bangsa Anda?

Adakah anda mahu menunggu ianya Runtuh baru mahu menadah? Adakah anda hanya berminat menjaga kepentingan diri sendiri sahaja dan tidak bertanggungjawab?

Tidak kah anda semua sedar bahawa golongan profesional berketurunan Cina dan India ini bersatu hati dalam sesuatu isu berkenaan kaum mereka?

Adakah anda hanya ingin bermain politik dan berharap Pak Lah, Anak , Menantunya akan mempertahankan Agama dan Bangsa Anda?

Pada saat ini lah intelektual anda diperlukan dan jangan lah menunggu hingga nasi menjadi bubur!

Ingatlah, mungkin satu hari nanti apabila Singapura atau musuh negara datang menyerang negara ini, golongan bawahan seperti budak pejabat, buruh, mat rempit, nelayan,pelajar dan sebagainya INILAH yang akan tampil mempertahankan negara ini!

Anonymous said...

puncanya pas dan pkr sanggup menjadi boneka dap.......

Anonymous said...

rasa-rasanya, orang melayu masih belum berubah sejak zaman kesultanan melaka, 1511, 1641, 1874,.. asyik nak mempertahankan hak keistimewaan tanpa memperbaiki diri sendiri, sampai bila-bila pun nak menyalahkan orang lain. kalau diri kita kuat, tak payahlah kejantanan ke, ketuanan ke, semua itu label. kalau orang melayu dari dahulu lagi celik pandai, berusaha mengikuti ajaran nabi s.a.w. untuk belajar sampai ke negeri china, tak payahlah hari ini menjadi kaum majoriti tetapi masih rasa tidak yakin dan 'takut' akan kaum minoriti yang kalau dilihatkan mengikuti peluang pendidikan yang sama atau lebih kurang lagi, tanpa deb tetapi masih terus bekerja keras dan tidak bergantung kepada orang lain. kalau nak ikutkan kuat atau jantan kerana beberapa ayat dalam perlembagaan apa gunanya?

Ujang said...

dunialion, ianya bukan masalah Melayu masih tidak boleh berdikari, tetapi fakta yang perlu diambil kira adalah sentimen perkauman yang dimainkan, dasar serta perlembagaan sedia ada tidak perlu dipertikaikan, malah Melayu itu sendiri sudah mampu untuk berdiri!
Justeru itu sebagai Melayu, kita telah lama menghormati hak dan peranan mereka, cuma mereka sahaja yang pura-pura tidak tahu malah cuba untuk mencucuk sana sini, manalah tahu untung sabut timbul...kononnya!
Ya, anda mungkin betul, kerja keras dan tidak bergantung kepada yang lain, namun perlu juga kita fikirkan ada lagi insan terutama Melayu yang masih melarat!

Fikirkan sejenak...