Semalam, saya berjumpa seorang teman lama. Dalam perbualan kami, beliau menceritakan peristiwa "tiga perasaan" dalam tempoh dua minit. Pertama marah, kedua berbangga, ketiga marah semula.
Menurut teman itu, dalam perbualannya dengan rakan Cina (RC) beliau diberikan "penangan" ini.
RC : Kawan, minta maaf ya. Minta maaf. Saya cakap ni, minta maaf ya.
Teman : Cakap lah.
RC : Melayu bodo.
Teman : Apa? Jangan cakap macam tu, tidak baik la.
RC : Melayu bodo. Bukan lu, bangsa lu.
Teman : Apasal?
RC : Melayu ada mutiara, tapi mahu buang, mahu pecahkan. Semua mahu campak.
Teman : Mutiara apa?
RC : Lu tahu tak, mahu dapat mutiara bagus, bukan satu tahun, banyak tahun lo.
Teman : Memanglah begitu.
RC : Tapi lu orang kasi buang. campak dalam longkang. Orang Cina, dapat mutiara bagut, dia simpan baik-baik. Ini macamlah kena buat.
Teman : Cakap terus teranglah.
RC : Lu ada PM bagus punya, lu mahu buang dia. Dia bangunkan ini negara banyak lama lebih 20 tahun.
Teman : Belum pun 10 tahun.
RC : Itu PM kasi Melayu punya nama naik. Lu orang campak dia dalam longkang. Semua mahu hina dia. Sekalang dia kuluar UMNO. Lu Melayu tak pandai jaga macam orang Cina. Simpanlah itu mutiara baik-baik. Apa ni...Melayu kutuk Melayu. Melayu buang mutiara bagus.
Teman : Itu bekas PM, bukan PM lagi. Dia sudah berhentilah.
RC : Saya tatap rasa dia PM. Sambung pun takpa. Tapi.. lu Melayu memang bodo la.
Teman: Bukan sayalah
RC : Habis.. lu bangsa apa?
Teman : ??????????
(Renungan Rimau : Itulah perasaan kawan saya. Mula-mula marah kerana RC kata orang Melayu bodoh. Kedua berbangga kerana RC kata TDM mutiara yang naikkan nama Melayu. Ketiga marah semula kerana orang Melayu tidak menjaga mutiara mereka)
Saturday, June 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 comments:
DIY,
Melayu pun macam-macam Melayu. Ada Melayu Jawa, ada Melayu Siam, ada Melayu Pan Asia, ada Melayu Mamak @DKK, ada Melayu Negrito dan bermacam-macam Melayu lagi. Tetapi akhirnya "ADA MELAYU MUDAH LUPA".
Datuk,
Saya sangat setuju dengan pandangan saudara kita berbangsa Cina tersebut. Ramai lagi Cina lain yang beranggapan begitu. Rakan-rakan Cina saya malahan India juga beranggapan yang sama. Kita sudah membuang sebutir mutiara yang berkualiti tinggi.
http://c-bok.blogspot.com
Saya tak setuju... Dia telah diberikan berpuluh tahun untuk memerintah dan kini tiba masanya untuk kita maju ke depan...
Biar org kata kita bodoh tetapi akhirnya nanti the truth will prevail...
Siapa cina tu? Decoy ke.
Orang Arab tidak bersatu menerima Nabi Muhammaddi Mekah.Bersatu atas dasar apa?
Cina tersbut hanya melihat atas kepentingan material sahaja.
Mudah lupa judiciary?
Cin tu suka kerana mutiara benarkan mereka masuk mrsm.
SALAM DATO TIGER,
SEBELUM SAYA MENULIS SECARA RINGKAS KERANA SEDANG BERKURSUS DI DI SELATAN TANAHAIR INGIN SAYA UCAPAKAN TERIMA KASIH KERANA MENERANGKAN MENGENAI G.L.C PADA SAYA TEMPOH HARI.INI BUKAN PERTAMA KALI SAYA MENDENGAR RAKAN-RAKAN BANGSA ASING KITA, BERCAKAP DEMIKIAN RUPA KEBANYAKANNYA DARI TOWKEY SURAT KHABAR LAMA SEHINGGA KETAHAP ATASAN JUGA SEPENDAPAT DENGAN 'RC',SAYA TIDAK MAMPU UTNUK MENDENGAR ORANG LAIN MERANDAHKAN-RENDAHKAN BANGSA SAYA LANTAS SAYA BALAS KEMBALI DENGAN KATA-KATA TEMN 'RC'SAYA ITU DENGAN BERKATA,'INI "MELAYU" 22 TAHUN BANGUN INI NEGARA DIA SAMA BANGSA DENGAN SAYA " MELAYU","INI MELAYU" ORANG PUTIH JUGA IKTIRAF DAN HORMATI."INI MELAYU " BIJAKSANA PADA WAKTUNYA DAN TEMPATNYA BUKAN MELULU SAJA.ORANG KITA NI DATO BILA TELAH "KEHILANGAN...KEHILANGAN...KEHILANGAN...KEHILANGAN.....KEHILANGAN" SESUATU BARU MEREKA SEDAR.
Salam Dato',
Teman :????????????
RC : Apa pasai lu diam?
Teman : Lu kata Melayu bodoh.
RC : Ya la. Sekalang ni pun Cina Sabah juga yg belani. Cina juga mau bising, Melayu mana?
Teman:???????
(mcm tu kot kalau sambungan, dato?)
http://novandri.blogspot.com
Sdr MM,
Asal bapa dari Bukit Kangkar, Johor. Emak orang Melaka. Orang kata saya bugis. Jadi saya Melayu Bugis. Orang kata bugis itu lanun. Lanun pun lanunlah. Asalkan tak merompak harta orang. Jika hisap darah orang miskin itu pelesit.
Cina tu ada syer kot dengan orang itu. Kita bukan buang mutiara, kita mahu simpan dia elok-elok, tapi mutiara tak mahu disimpan tapi mahu digunapakai.
Sdr Zainal,
Sekadar melontarkan perbualan teman. Cerita benar bukan dibuat-buat untuk merendah-rendahkan sesiapa. Minta maaf jika ada yang tersinggung. Orang Melayu mungkin boleh mengambil iktibar.
Saya menghormati pemimpin. Saya hanya mengecam pemimpin yang mengetepikan kepentingan Melayu. Saya mengutuk pemimpin yang jadi pengkhianat bangsa.
Belajarlah dari sejarah. Bangsa Melayu bukanlah bangsa yang lemah. Tak percaya bacalah sejarah. Buku Sejarah Melayu menceritakan segala-galanya. Orang akan ketawa membaca ada anak raja yang baru mengangkat busar panahnya, raja Siam sudah mati. Nampak kelakar, tetapi itulah kehebatan Melayu. Ilmu itu ada dalam Al-Quran. Amalkan. Jika hendak pergi Mekah tak payah naik kapal terbang pun ada ilmu. Belajarlah. Saya belum belajar lagi. Mungkin esok kot.
Sdr Mom,
Orang Melayu kena maju ke depan. Jika hendak berundur pun bukan bermaksud kita lari kebelakang kerana takut tetapi melihat sejarah untuk memperbetulkan diri kita.
Jasa pemimpin perlu dikenang juga. Apatah lagi jika pemimpin itu menaikkan martabat bangsa.
Sdr Sajjad,
Sebenarnya RC tidak perlu cakap begitu. Tetapi hatinya mahu juga bercakap mungkin beliau merasa pelik dengan perangai orang Melayu yang bercakaran tak sudah-sudah.
Nak maju kedepan macam mana kalau pemandunya tidur.Mana bolih biarkan kalau orang kata kita bodoh.Macam mana kalau orang kata anak kita bodoh,marah tak.Kebenarannya memang peminpin melayu kita bodoh dan memalukan.Bila kena hina diam.Nak jadi baik konon.Kalau nak jadi baik duduk dalam masjid jadi Pak Imam bukan PM.
Teman : Bukan itu macam. Sekarang Melayu ada mutiara baru punya, baru keluar dari tiram. Ini mutiara banyak pandai. Dulu punya PM kasi bikin F1, dia pun ada Monsoon Cup. Tengok jambatan bengkok dia tak mau, pasal nanti susah keretapi laju mahu lalu. 45 minit Sigapore-KL banyak laju ma! Sekarang pun public transport pun dia mahu kasi maju. Dia mahu create kerja. Itu orang bikin coach boleh untung, orang boleh kerja, negara boleh maju.Sekarang punya PM banyak baik wo,semua orang boleh cakap, semua menteri boleh cakap. Menteri pun sekarang sudah tak ada pressure pasal kerja. Tak ada macam dulu punya PM, banyak kerja, cakap banyak tak boleh. Semua kerja, kerja,kerja jugak. Menteri sekarang banyak senang,dia boleh cakap saja tak payah bikin kerja. Itu tak ada baikkah? Awak tengok itu opposition ada hantam? Anwar tak ada hantam, Karpal juga tak ada hantam kuat. Dia orang tak ada hantam, pasal ini PM banyak baik mahhh....
Datuk and pelayar budiman lain,
TDM sangka bila kapal beralih nahkoda segalanya pasti berjalan lancar.Yang menyokong nahkoda baru ni sebenagnya membodek; nak pastikan yang mereka juga dapat berlayar sekapai untuk sampai ke Pulau Impian.
Mereka ini lupa yang kejar tak dapat yang dikendong pasti kan berciciciran. Saya pernah bertembung dengan pelancong Arab di hotel Pulau Mutiara yang bertanyakan tentang persaraan dan rajuk TDM; 'how come it's no more Mahathir? What a wrong move..'
assalamualaikum dato tiger
Sebenarnya kaum2 lain juga beruntung kerana orang orang melayu ni memang terkanl dengan sikap sederhana dan membenarkan bak kata TDM, jika dilihat dari sejarah kedatangan mereka ke sini bilamana orang Melayu telah lama bertapak dengan sistem beraja mereka diterima dengan baik, jika mereka tidak diterima di Tanah melayu mungkin mereka masih lagi menjadi orang hanyut atau pun pelarian, ini jelas bertentangan yang mengatakan orang melayu tetap akan mundur jika tidak kerana kedatangan mereka ketanah melayu,
"they got it wrong" mereka yang mungkin masih tinggal di atas pokok atau pun didalam bot2 kerana melarikan diri dari tanahair sendiri, so sebagai orang melayu fakta ini kena jelas,dan bilamana ada seorang pemimpin yang benar2 dapat menaikkan nama orang melayu dan malaysia kita jagalah ia sebaiknya.walaupun mungkin gantinya hanya akan ada 100tahun sekali
Pak Lah ni dari keluarga alim ulama tetapi tak nampak pula aura tersebut pada dia.Aku rasa pak cik kita ni tak ada confidentlah.Bukan dia control orang,orang pula control dia.Dulu Dato Onn, Tunku Abd Rahman,Tun Razak dan Tun hussein dari keluarga pemimpin tulin.Tun Mahathir dari keluarga akedemik berdisiplin.Tun M juga mempunyai daya inovasi yang hebat.
"Jika hendak pergi Mekah tak payah naik kapal terbang pun ada ilmu. Belajarlah. Saya belum belajar lagi. Mungkin esok kot."
ehem Datuk Harimau, kalu sudah angkat itu ilmu, jangan lupa kasi turun sini blog. kasi share.
Melayu itu orang yang bijaksana.
Nakalnya bersulam jenaka.
Budi bahasanya tidak terkira.
kurang ajarnya tetap santun.
Jika menipu pun masih bersopan.
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu kaya falsafahnya.
Kias kata bidal pusaka.
Akar budi bersulamkan daya.
Gedung akal laut bicara.
Menikam dengan pantun.
Menyanggah dengan senyum.
Marahnya dengan diam.
Merendah bukan menyembah.
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan.
Setia dan sabar tiada sempadan.
Tapi jika marah tak nampak telinga.
Musuh dicari ke lubang cacing.
Tak dapat tanduk telinga dijinjing.
Maruah dan agama dihina jangan.
Hebat amuknya tak kenal lawan.
Berdamai cara Melayu indah sekali.
Silaturrahim hati yang murni.
Maaf diungkap senantiasa bersahut.
Tangan diulur sentiasa bersambut.
Luka pun tidak lagi berparut.
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu?
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang,
jika pantang menghalang kemajuan.
Jangan segan menentang larangan,
jika yakin kepada kebenaran.
Jangan malu mengucapkan keyakinan,
jika percaya kepada keadilan.
-Usman Awang-
Jantan Giler
Datuk! Yang di-perkatakan oleh kawan kita yang berbangsa Cina tu memang betul.
Bukan setakat Cina sahaja, majority orang Melayu (Bugis, Jawos, Mngkabau, dan lain2) dan Bangsa Malaysia yang lain turut berpendapat demikian.
Tanya Tok Guri Nik Aziz kalau tak percaya, tapi yang betul2 berperangai KURANG AJAR ialah sebilangan besar 'DURI SIAL' dalam Umno.
(Ada satu dua dalam MIC)
Jawatan ketua DS dalam Umno sudah semesti si-Nazri Najis di-ikuti Khalid Korodin, Shahrir Petrol, Kairi Jolodin, kumpulan unggas tkt4.
Balaci di-luar Umno pulak di-tunjangi Qali Baba dan kumpulan perompaknya termasuk Brandan, Cina Cunwai, His-Mudin Onn, yang Manja2 dan beberapa ekor ayam tambatan di Bernama.
Kerana terlalu mengejar habuan yang di-lontarkan ole En:Flip-Flop menerusi ketua menyamun-nya, mereka2 ini telah lupa akan pengorbanan dan Jasa Tun Dr.Mahathir kepada negara dan kita rakyat Malaysia.
Kerana tamak haloba, manusia yang sedemikian rupa tidak akan teragak-agak untuk menjual maruah diri, malah ibu mereka sendiri, untuk memuaskan nafsu syaitan.
Datuk, semua ini pasti ada penghujung-nya dan saya pasti KEBENARAN akan mengaibkan mereka ini lebih teruk dari nasib sejenis binatang yang ditanam hidup2 kerana wabak JE.
Wsalam.
Kita terpaksa meneruskan perjalanan ke hadapan bukan nak mengundur ke belakang.
Perkara yg talah berlalu hanya menjadi sejarah yg boleh memandu kita dalam meneruskan langkah baru yg lebih teratur dlm menuju destinasi yg lebih menjamin kehidupan kita semua.
Soal mutiara ke tak mutiara ke dah tak timbul sekarang.............
Ayuh, be positive thinking... bukan cepat melenting !
Sdr Terubuk Jantan,
Sama-sama. Jangan tunggu sehingga kita kehilangan pemimpin, baru hendak menghormati mereka. Jangan juga memalukan mereka dan membongkar apa yang tidak sepatutnya dibongkar.
Dr Novandri,
Wah, Dr pun banyak hebat boleh sambung pulak cerita tu. Namun, ini cerita benar yang diberitahu oleh rakan saya. Bukan direka-reka untuk menarik perhatian atau bertujuan untuk menyinggung mana-mana pihak.
Sdr Zukeri,
Sesekali pakai mutiara pergi ke majlis-majlis keramaian pun elok juga. Nampak cantik dan kita pun meletakkan kedudukan mutiara itu ditempat yang baik dan pasti dijeling oleh orang sebelah.
Sdr Mantoya03,
Pemimpin Melayu tidak boleh bodoh atau kelihatan bodoh. Jika kita bodoh, maka orang lain akan merasakan mereka lebih pandai. Apa lagi, mereka akan memperbodoh-bodohkan orang bodoh. Hai, berapa banyak bodoh la.
Sdr Azlan,
Ada mutiara baru, mutiara lama jangan dibuang. Mungkin mutiara lama lebih berharga daripada mutiara baru yang orang Malaysia suka beli di pasar Filifina di Kota Kinabalu. Silap beli, dapat mutiara plastik dari Hong Kong.
saudaraku tiger,
TAK tahu pulak orang Melayu bodoh. Ingatkan orang Melayu pandai. Kalau tak pandai, macam mana nak tadbir negara, nak jaga rakyat jelata. Mungkin, orang Melayu pandai cakap, pandai bertegang urat, pandai bomoh membomoh, pandai berhasad dengki dan macam-macam lagi kepandaian lagi. Sebab kepandaian sebeginilah agaknya orang Melayu jadi kabur. Nampak orang maju sikit, mulalah pandai buat fitnah. Kalau nampak orang berjaya, mulalah pandai buat komen meruntuh.
Kata orang taklah yang baik - semuanya buruk. Kesian juga jadi orang Melayu pandai macam ni.
Kadang-kadang orang Melayu pandai ini memang pelik sikit. Dia aje yang betul, orang lain tak betul. Kalau cakap dia dibantah atau tidak terima, maka tengoklah api amarahnya. Kita takut juga dengan orang Melayu yang pandai begini. Kata orang biarlah jadi Melayu bodoh tetapi tak takut ditegur dan mahu berubah dengan teguran itu. Kata orang lagi lebih baik jadi bodoh yang boleh diajar, daripada menjadi pandai yang tak makan dek ajar.
" TDM mutiara yang naikkan nama Melayu"
Naikkan macam mana, saudara?
Kesian bangsa kita, tiada orang gemilang beribu-ribu pun tiada, beratus-ratus pun tiada sewaktu TDM.
Yang ada golongan elit Melayu kaya yang kecil. Apa sumbangan mereka kepada kemakmuran rakyat jelata atau kemakmuran negara tempoh panjang?
TDM ada melakukan beberapa perkara yang baik untuk negara. Tapi kita kena sedar juga bahawa ada perkara-perkara yang kurang memuaskan juga.
Takde manusia yang sempurna, terutamanya orang politik.
Semoga kita orang Melayu buka mata dan minda dan lihat dan fahami dengan lebih holistik.
Sekian.
Salam Datuk,
Melayu bukan sahaja membuang Mutiara, tetapi pernah membuang Permata. Permata yang saya maksudkan adalah Permata Raja, YBM Ku Li yang juga pernah di gelar sebagai Bapa Ekonomi Malaysia.
Jasa YBM Ku Li memajukan bangsa Melayu tidak boleh disangkal seperti kewujudan Bank Bumiputra, PETRONAS, PERNAS waima penubuhan bangunan UMNO PWTC untuk kemajuan bangsa Melayu juga. YBM Ku Li juga terkenal dengan sifat dan sikap beliau yang mudah diterima pelbagai bangsa termasuk kaum Cina. Namun tidak mustahil Permata boleh digilap kembali kalau itu yang terbaik buat semua.
Wasalam.
Post a Comment