Tuesday, June 17, 2008

BLOGGER AS DIDAKWA DI SINGAPURA

DIDAKWA. Seorang blogger Amerika Syarikat, GOPALAN NAIR , yang sebelum ini rakyat Singapura, didakwa atas tuduhan menghina seorang hakim menerusi laman blognya dengan menyatakan hakim itu "melacurkan dirinya".

Dalam laman blog itu, warganegara Amerika Syarikat yang berusia 58 tahun itu, dikatakan mengkritik perbicaraan kes makhamah ketika Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan bapanya, Lee Kuan Yew, memberi keterangan berhubung kes memfitnah yang mereka kemukakan terhadap sebuah parti lawan.

Nair, yang pernah menjadi peguam di Singapura, didakwa menghina Hakim Belinda Ang Saw Ean dengan berkata hakim itu, "melacurkan dirinya sepanjang perbicaraan itu berlangsung", dengan menjadi pekerja kepada LKY dan anaknya dengan melaksanakan arahan mereka, kata dokumen mahkamah.


(Renungan Rimau: Perlu jadi pengajaran kepada saya. Kalau kena masuk mahkamah, dahlah kurang duit, pasti teraba-raba. Ingatlah. Tetapi berani kerana benar. Mungkin ada orang kaya yang boleh bantu ketika kita dalam kesusahan. Sediakan peguam. Ada ke?).

12 comments:

Mazlan, said...

DIY,
Kalau kita disaman jangan harap pada org kaya atau menteri.Kerana mereka akan habis wang tak tentu pasal. Hanya org susah akan simpati kerana mereka pernah susah. Orang kaya dan menteri tak akan simpati kerana takut mereka susah kembali dan menteri nanti hilang jawatan.
Tuan sendiri nyatakan di atas"DONT DEPEND ON OTHERS". Sapa pun tak mau kawan.

Anonymous said...

salam sejahtera,
cakap siang pandang-pandang cakap malam suluh-suluhlah dengan `torchlight`

ibrahim yahaya said...

Sdr MM,

Saya selalu mengingatkan diri sendiri bahawa kita kena bergantung seratus peratus kepada diri sendiri. Ini kerana kesusahan kita mungkin tidak dilihat sebagai kesusahan kepada orang lain. Atau mereka tidak mengambil pusing dengan kesusahan kita. Oleh itu, perkuatkan kekuda kita dan bersilatlah dengan baik.

Jika ada bantuan atau pertolongan, terutama daripada sahabat atau walikota, anggaplah ia sebagai bonus atau ex-gratia.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Ada orang yang bercakap kuat-kuat untuk menarik minat orang ramai memandang kepadanya. Jadi tidak payah pandang-pandang jika hendak bercakap kuat macam halilintar.

Anonymous said...

apa pun kalau komen kita tidak merentasi sempadan dan dalam kontek undang-undang dan tidak berasaskan cakap dengar atau fitnah kita mesti tiada masalah.

Wakmasnoor said...

Salam DIY.

Kalau BERANI KERANA BENAR, maka sudah tentu tiada apa yang perlu dirisaukan. Apatah lagi kalau KEBERANIAN itu bertemakan POLITIK. Akan ada saja NGO atau Parti Politik yang tampil membela.

Yang menjadi masalah adalah BERANI DAN TIDAK BENAR. Dan ini seakan sudah menjadi suatu penyakit di kalangan BLOGGERS sekarang ini.

epain said...

singapura memang terkenal dgn autoritarian...

tak heranlah kalau mamat ni kena...

pada mereka...apa ada pada etika...yg penting kuasa kekal...dan lebih penting mempunyai backup yg kuat....

maka tak heranlah jugak sampai sekarang kita susah nak merungkai masalah air dan pasir....

Anonymous said...

Assalamualaikum Tok Rimau,

Biasalah org kuat duduk di atas, orang lemah ditindas. Saya selalu diingatkan "Malaysia is a free country". Persoalannya "how free?".

Berani kerana benar - sudah semestinya. Seperti TDM yang berani me-reveal-kan satu persatu hal Pak Lah... Barulah rakyat buka mata, dari tak tau apa2, dah tau macam2.

(Teringat kisah seorang wanita yg ditahan di Australia kerana disyaki mengedar dadah. Si ibu di Kedah terpaksa menjual bendang pusaka utk membiayai kos mahkamah & mengupah peguam terbaik dari Malaysia.)

Wassalam.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Eloklah dijadikan pengajaran kepada semua blogger di negara ini. Bagi yang budiman selama ini, teruskanlah untuk dijadikan contoh blogger baru yang pasti gembira menikmati "kebebasan" ini.

ibrahim yahaya said...

Sdr Wakmasnoor,

Ramai yang berani "bersuara" walaupun ia tidak benar sehingga orang ramai mempercayai bahan yang disuarakan itu. Oleh itu, pilih-pilihlah bahan yang disuarakan agar kita tidak terjun bersama si luncai ke dalam sungai.

ibrahim yahaya said...

Sdr Epain,

Singapura sentiasa bersedia dalam semua bidang. Ini kerana mereka takut diserang dalam "apa bentuk" sekalipun termasuk serangan ekonomi yang boleh melumpuhkan pergerakan negara pulau itu.

Oleh itu, jangan hairanlah jika republik berkenaan mempunyai simpanan pasir setinggi dan sebesar Stadium Bukit Jalil yang diperolehi dari negara ini. Ada pihak yang pernah membongkarkan kisah pasir bermutu tinggi dari Langkawi yang banyak dieksport ke negara itu. Bermutu tinggi?

Seorang rakan diberitahu oleh ahli geologi bahawa jangan lihat bahagian atas Pulau Batu Puteh tetapi jika berkesempatan kajilah apa yang ada di bawahnya. Tidak mustahil ada terowong atau ruang yang sesuai untuk menempatkan kapal selam bagi mengawasi perairan di Laut Cina Selatan dan Selat Melaka. Jadi bersedialah.

junkopile said...

assalamualaikum gfather tiger
hehe tok tapi ado orang kobar kek singapore bebas bersuara, demokatik ke demokatak, kononnya mereka menikmati kerajaan yang benar benar prihatin kepada rakyat,kadang2 orang nih nampak singapore yang kocik malaysia nih bosar x bapo nampak elok nya