Tuesday, June 24, 2008

NASIHAT HALUS BLOGAWAN JEFF OOI

INGATAN BERGUNA. Pagi ini, Ahli Parlimen dan blogawan (cadangan istilah baru untuk blogger dalam bahasa Melayu) , Jeff Ooi, memberitahu ahli Dewan Rakyat bahawa murid-murid sekolah daripada dua sekolah berada di dewan mulia untuk menyaksikan perjalanan Dewan Rakyat.

Beliau berbuat demikian sebelum bangun untuk bertanyakan soalan lisan kepada Menteri. Ingatan itu disiarkan secara langsung oleh RTM.

Bagi saya, itulah ingatan halus daripada seorang blogawan dan Ahli Parlimen (APAR) kepada rakan sejawat agar berperangai baik dan tidak menjerit-jerit seperti beruk di hutan. Ia perlu diingatkan selalu agar APAR dihormati dan dipandang mulia.

Daripada pengamatan saya di Parlimen, masih ada APAR yang berperangai seperti beruk dan tidak mengikut peraturan dewan dengan menjerit-jerit tidak tentu arah.

Jangan marah, ini kisah benar.

Berhujjahlah secara profesional.

16 comments:

terubuk jantan said...

Assalamualaikum Dato,
Saya sempat juga melihat perjalanan sidang parlimen pada sesi kali ini.Sepengetahuan saya kebanyakan dari ahli -ahli parlimen ini adalah dari mereka yang mempunyai tahap pendidikan dan pemikiran yang tinggi.Kadangkala 'kenakalan'merekaini berkemungkinan bersebab al maklum sajalah 'live telecast tue dato',Dalam kenakalan ini semalam saya tertarik(tetapi tidak menyokong 100%) dengan tindakan 4 orang ahli parlimen dari pembangkang yang berbasikal ke bangunan parlimen.Bagi saya ini juga tindakan yang nakal Dato....

ibrahim yahaya said...

Sdr TJ,

Salah satu ciri utama dalam persidangan Parlimen kali ini ialah kemunculan pemimpin muda pembangkang yang mempunyai pelbagai sejarah termasuk terbabit dalam demonstrasi jalanan dan menentang arahan pihak berkuasa seperti berkumpul tanpa permit. Ada juga wakil rakyat yang sebelum ini menggunakan kereta untuk merempuh halangan yang dibuat oleh pihak berkuasa. Ini kisah benar.

Ada antaranya yang mungkin "terlupa" bahawa mereka kini adalah Ahli Parlimen. Tetapi mereka bertindak seperti ketika berdemonstrasi atau memarahi pihak keselamatan.

Oleh itu, tidak hairanlah ada antaranya menjerit-jerit atau mengetuk mikrofon untuk menganggu APAR lain terutama daripada parti berlainan. Yang menghairankan mereka berpuas hati selepas berbuat demikian sedangkan perbuatan itu tidak beradab.

Kadangkala mereka ini menggunakan kaedah menjerit-jerit untuk memastikan mereka sentiasa menang. Ini sudah tentulah tidak sihat. Sepatutnya mereka perlu belajar daripada APAR yang berpengalaman atau yang budiman termasuk pemimpin pembangkang sendiri.

Ada juga APAR yang berbahasa Inggeris tanpa merasa bersalah di dewan yang mulia itu. Sepatutnya mereka meminta izin tetapi oleh kerana mereka merasakan ia bukan satu kesalahan dan tidak ditegur oleh Speaker, maka penggunaan bahasa Inggeris berleluasa seperti tidak boleh dikawal.

Satu lagi, mereka menggunakan kaedah menegakkan "point of order" untuk menarik perhatian Speaker. Lagaknya seperti seorang peguam yang sedang membela pelanggannya.

Zainal A. Kasim said...

Datuk,

Bukan sahaja ada berperangai macam beruk tetapi juga macam ahli sarkas. Menjadikan parlimen macam funfair. Kepada mereka yang berperangai macam ini PRU yang akan datang jangan undi mereka.

http://c-bok.blogspot.com

Anonymous said...

datuk...DPM dah umum RM 1 juta untuk emas di olimpik....boleh tulis sikit kot, dan mintak respon dari orang ramai dalam blog ni... saya mohon mencadang....

Quantum Metal Consultant said...

Penting sangat ke AP terlalu bersopan santun semasa dan bukan semasa ada 'pelawat'. Yang penting rakyat ingin melihat hasil wakil mereka mempejuangkan apa yang mereka mahu.

Perlukan mereka bersabar dan bersopan santun jika jawapan2 dari pihak kerajaan sekadar senyum dan batuk ditangga. Apa yang saya perhatikan ialah AP Pembangkang biasanya akan bertindak kurang sopan apabila AP kerajaan mula bersikap biadab disokong Speaker yang berat sebelah.

Seekor beruk disangkar tidak akan meloncat dan melompat tergedik gedik jika tidak ada seekor lagi beruk yang sewaktu dengannya dalam sangkar yang sama.

ibrahim yahaya said...

Sdr Zainal,

Saya bukanlah mengharapkan mereka bersopan semacam lalu di hadapan emak mentua tetapi tunjuklah perangai semacam orang dewasa yang memahami kedudukan mereka. Ini tidak berlaku. Mereka hanya mencari ruang untuk membelasah antara satu sama lain sedangkan mereka adalah wakil rakyat semua bangsa dan kaum di kawasan mereka. Ada juga yang membangkitkan isu kaum tersendiri kerana memikirkan mereka dipilih oleh kaum mereka saja. Antaranya ialah guru sandaran SR Jenis Kebangsaan atau penduduk estet yang tiada kad pengenalan. Profesional la sikit.

ibrahim yahaya said...

Sdr Rafa,

Satu juta ringgit tu banyak tau. Ada orang boleh dapat dalam sehari, ada sebulan, ada setahun, ada sepuluh tahun dan ada yang dapat hanya anak cucu setelah mereka penat bekerja keras. Anak cucu enjoy saja duit tu dan tidak buat pun kenduri arwah atau baca yassin. Nasib badan.

Orang macam saya ni mungkin tidak dapat sejuta walaupun kerja keras. Berniaga kecil-kecilan. Tak tahulah esok ke, ada yang jatuh banyak dari langit. Setakat hari ini, hanya air hujan saja yang turun ke muka. Walaupun ada kemahiran, orang tak pandang pun nak bagi projek. Takpe la. Duit takde pun taklah pening kepala dan jadi tak tentu arah. Steady saja.

Jika berdoa untuk kaya ni, jangan minta duit sejuta. Nanti diturunkan dan terhempap di atas kepala, boleh jalan dan tidak merasainya. Mintalah bahagia je. Tahu la tuhan menyusunkannya.

Untuk atlit tu, bagus la diberikan ganjaran seumpama itu. Nanti mereka akan bekerja kuat untuk menang dan tidaklah penat berlari tetapi habuk pun tiada.

Ada orang tidak payah berlari dan hanya duduk saja, wang berjuta melimpah ke riba. Dah dapat sejuta, cari lagi sejuta. Rumah pun macam istana. Orang lain punya pun disapunya. Orang macam ini harus disuruh berlari dari KL hingga Beijing ikut lalu Thailand. Barulah dia merasakan kepahitannya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Kluangman,

Ada juga kebenarannya jika diambil kira perangai beruk. Beruk akan duduk diam jika nampak beruk lain duduk diam dalam sangkar.

Tetapi beruk yang ada otak kadangkala berperangai macam manusia dan kadangkala berperangai macam beruk. Tidak perlu ada beruk lain tergedik-gedik tetapi dia yang syok sendiri menjerit-jerit dan tersenyum puas apabila ada orang bertepuk serta memberi semangat. Lepas tu apabila berjalan, tangan dikembangkan.

Anonymous said...

saudaraku tiger,

TIDAK dinafikan sidang Parlimen selepas Pilihanraya Umum Mac lalu, hangat daripada sebelumnya. Kalau dulu wakil pembangkang dengan suara 'ciput' kini suara mereka lebih lantang. Ahli Berhormat Barisan Nasional pun kenalah tunjuk garang sikit (lebih garang kot) supaya suara mereka tidak ditenggelamkan dek tempikan Ahli berhormat pembangkang. Agaknya apabila kedua-dua pihak hendak tunjukkan kehebatan masing-masing, maka mahu tak mahu mereka perlu mencari, mencuri atau menarik perhatian. Biasalah kalau buat 'sopan santun' tak ada orang hendak ambil pot. Tapi, kalau ada 'huru hara' dan 'haru biru' walaupun sedikit - pasti impaknya berbeza. Kalau tak percaya - tontonlah siaran berita tv - mesti jadi berita utama. Esok selak akhbar - tajuk besar lagi. Media siber pun cepat sambar cerita macam ini.
Manalah ada orang nak tulis atau siarkan kisah Ahli Berhormat yang bersopan dalam dewan. Mungkin saya silap. Mungkin ada, tapi saya tak terbaca atau dengar. Bukanlah saya hendak salahkan sesiapa - tetapi seperti kata Nabil Si Raja Lawak tu - sendiri mahu ingat.
Pada saya keadaan itu ditenatkan dengan siaran langsung 30 minit sidang dewan pada sebelah pagi. Apa yang saya perhatikan ahli berhormat seolah-olah mahu mencari publisiti. Saya tidak menyalahkan mereka, lebih-lebih lagi ahli Berhormat pembangkang. Kalau tak tonjolkan diri pada mass itu - bila lagi? Apa tidaknya, itulah waktu tepat dan satu-satunya peluang untuk mereka dapat keluar dan dilhat ramai melalui televisyen milik kerajaan. Masa lain - entahlah. Ada peluang ke tidak.
Saya bukanlah hendak menyokong mana=mana Ahli Berhormat, tetapi sekadar pandangan. Bagi saya paling penting bagi ahli dewan menunjukkan karisma tinggi sebagai wakil rakyat.

ibrahim yahaya said...

Sdr Putera Gombak,

Dalam Parlimen, tidak boleh duduk diam macam ubi dan bising macam murai. Mereka perlu pandai berhujjah dalam mengemukakan pandangan dan cadangan. Mereka juga perlu pandai mematahkan hujjah lawan secara profesional bukan terkinja-kinja. Tetapi yang penting, mana yang baik perlu disokong tidak kira berlawanan parti.

Anonymous said...

saudarku tiger.

SAYA teringat satu peribahasa nenek moyang kita - anjing menyalak tidak menggigit, harimau mengaum tidak menangkap - agaknya itulah yang dilakukan sesetengah ahli dewan kita.

Razlan said...

blogawan ... sekali dengar .. macam bangsawan .. negarawan .. dll..

tak setuju ...

** pendapat saya laa

Anonymous said...

Blogawan yang hampir hampir dengan negarawan atau bangsawan memang kurang sesuai kerana majoritinya blogges adalah sawan, tidak ketahuan dan kuat mengawan.

Blogers lebih sesuai kepada 'blogian' kerana sikap dan sifat yang suka berulang ulang membaca dan membuka blogs, malahan sesetengahnya menjadi resah dan serba tidak kena jika tidak dapat menatap blogs seharian. Sikap 'gian' ini memang dipadankan dengan 'blog-gian' - kluangman

junkopile said...

assalamualikum tok tig
sebenarnya peringatan seperti ini harus diberikan setiap masa supaya ahli-ahli yb tidak lupa, dalam kerancakkan perbahasan kadang kadang mereka lupa yang ia diperhatikan bukan sahaja golongan dewasa tetapi juga remaja dan kanak-kanak.Ini mungkin boleh mempengaruhi persepsi mereka tentang dewan yang mulia itu.jadi ia tidak dihentikan mungkin suatu hari nanti kita akan dapat melihat acara melontar kerusi dan meja (kalau boleh dicabut) didalam dewan, jangan salahkan mereka nanti kerana ini yang diperlihatkan.
i know but i dont care

Anonymous said...

Salam,
Kadang2 saya jadi malu bila nak tengok persidangan Parlimen.Ahli Parlimen yang kita tahu berpendidikan tinggi,bijaksana dan pandai dalam berbicara, sepatutnya kita kagum dengan kewibawaan mereka kerana boleh bersuara untuk perbincangan segala hal dalam negara.Tapi bila dalam dewan,mereka berperangai macam budak2 (kadang2 lebih teruk dari kanak2 kecil bergaduh) amat memalukan..

Sepatutnya mereka bersikap lebih profesional dan rasional dalam membuat tindakan. Setiap perlakuan mereka dalam parlimen di perhatikan..

Pemuda Pelapis said...

Salam DIY,

Saya amat bersetuju dengan pendapat Dato' tentang adab dan susila ketika berbahas di Dewan Rakyat ini. Nyata AP zaman pentadbiran Abdullah dilihat tidak menghormati Dewan. Ketika di zaman Tun Dr Mahathir dulu keadaan ini tidak berlaku. Kenapa agaknya?

Jika pembangkang dengan perilaku semacam beruk dan tak berhemah padanlah pun sebab mereka ni spesis Anwar Ibrahim tapi yang kita benci pasal AP BN seperti menantu Dolah yang juga bagaikan beruk mendapat bunga. Dia tu tahu sangat ke pun pasal politik ni? Nampak macam biol bercakap merapu saja. Rembau tak juga ada apa-apa pembaharuan yang dibuat.

Sekurang-kurangnya carilah satu usul terbaik ke arah memajukan tanah-tanah adat yang bersemak terbengkalai sejak berzaman tu.

Saya syorkan Dato' kena selalu keluarkan artikel-artikel peringatan sebegini kepada AP semua supaya sentiasa dijadikan panduan. Kadang-kadang nak mengingatkan selalu pun menyampah jugak sebab mereka bukan lagi budak-budak pun. Biol... memang depa ni semua biol... takde tatatertib langsung.

PEMUDA PELAPIS

Wassalam!