Friday, June 6, 2008

SEMOGA TUHAN MELINDUNGI KITA

Saya hanya boleh berdoa agar rakyat negara ini terutama bangsa Melayu akan terpelihara dan sentiasa dilindungi Tuhan berikutan kenaikan harga minyak ini. Kenaikan harga minyak ini sudah pasti akan menjadi katalis kepada peniaga untuk menaikkan harga barang sama ada secara halal atau haram. Semoga Tuhan membersihkan hati peniaga agar mereka tidak bertindak kotor menaikkan harga barang sesuka hati dan menghisap darah orang miskin seperti tindakan pelesit, polong atau langsui.

Bagi saya penduduk di kampung lebih terpelihara dengan kenaikan harga minyak ini jika mereka bercucuk tanam di sekeliling rumah. Sejak kecil, kehidupan saya bergantung penuh kepada usaha bercucuk-tanam keluarga sendiri. Kami membeli apa yang diperlukan saja dan yang lain ditanam sendiri sama ada di sawah padi atau di sekeliling rumah.

Keluarga saya tiada tanah dan kami memajak tanah untuk menanam padi. Hasil padi itu kami gunakan untuk makan atau menambah pendapatan. Pelbagai sayur ditanam di sekeliling rumah. Semua jenis tanaman lain seperti halia, kunyit, lada padi, lada merah, serai, ubi kayu dan ubi keledek ditanam di tepi rumah. Di belakang rumah juga ditanam pokok pisang dan pokok jambu air yang boleh dimakan setiap masa. Syukur kepada moyang, datuk nenek kerana menamam pokok ciku, bacang, durian, cempedak dan sentul yang membolehkan kami sekeluarga menikmatinya.

Keluarga kami juga membela ayam itik serta kerbau untuk dijadikan makanan terutama pada hari istimewa seperti kenduri kesyukuran atau kenduri kahwin. Hakikatnya, hanya beberapa barang saja yang kami perlukan termasuklah gula, tepung dan makanan laut. Minyak juga diperolehi daripada memasak santan kelapa. Selepas kehidupan bertambah baik, banyak barang-barang itu mula dibeli dan keliling rumah pun mula "lapang".

Saya yakin penduduk kampung akan dapat meringankan beban mereka dan menambah pendapatan menerusi amalan "bumi hijau" yang diperkenalkan sejak zaman Tun Razak lagi.

Perjalanan saya dari KL ke Kelantan yang melalui Pahang, Terengganu dan di sekitar Kota Bahru menyaksikan penduduk kampung masih bercucuk tanam di sekeliling rumah mereka. Ada pula yang menjual hasil mereka seperti jagung, nenas, tembikai dan keropok ditepi jalan sepanjang perjalanan. Saya yakin dengan kenaikan harga minyak ini, mereka akan terus gigih untuk bercucuk tanam dan berniaga secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan.

Saya juga dapat menyaksikan bagaimana pekan Kota Bahru terutama jalan berdekatan dengan stesen minyak sesak dan kelam kabut kerana masing-masing beratur untuk mengisi minyak sebelum harga minyak dinaikkan selepas jam 12 tengah malam. Keinginan untuk mendapatkan minyak pada harga yang lebih murah ini menyebabkan mereka berbuat apa saja termasuk menghalang kereta yang datang daripada arah bertentangan. Mereka buat selamba beratur ditengah jalan. Ini menyebabkan saya bertindak membantu mengurangkan "kemelut" itu sehingga kereta saya berjaya melepaskan kesesakan berkenaan. Ketika itu, saya tidak nampak pun ada anggota pasukan keselamatan menjaga lalulintas yang berserabut itu. Mungkin mereka juga sedang mengisi minyak.

Saya rasa keadaan kesesakan ini tidak akan berlaku di Kota Bahru atau di mana saja di seluruh negara jika kerajaan memberi tempoh tertentu seperti dua atau tiga hari untuk melaksanakan kenaikan harga minyak ini. Mungkin ada sebab tertentu yang saya tidak tahu tetapi daripada pemerhatian saya tindakan kali ini tidak kemas dan berserabut. Semoga Tuhan melindungi mereka daripada kemarahan rakyat.

Sekali lagi, saya hanya berdoa agar Tuhan melindungi kita semua daripada terus menerima bahana dan bencana dengan kenaikan harga minyak dunia. Saya juga meminta rakyat yang mempunyai tanah mulalah bercucuk tanam di sekeliling rumah mereka. Bagi yang tiada tanah, mereka bolehlah memulakan sistem penanaman seperti hidroponik atau apa saja sistem boleh meringankan beban. Selamat bercucuk tanam.

22 comments:

Anonymous said...

salam pertanian,
hahahah,huhuhu,hehehe.kali ini saya hanya nak ketawa sahaja.itu sahaja.

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Salam pertanian kembali.

Saya rasa Sdr boleh membaca apa yang tersirat dalam tulisan kali ini. Saya pun nak tergelak juga tetapi tak jadi kerana hati saya masih bersedih dengan nasib rakyat negara ini terutama mereka yang akan terjejas dengan kenaikan harga minyak ini.

Malam itu, saya pun beratur mengisi minyak kerana di kepala terbayang berapa ratus ringgit akan habis kerana terpaksa membayar petrol untuk balik dari Kota Bahru ke Kuala Lumpur jika tangki kosong. Alhamdulillah, dapat juga isi penuh dan jimat sikit le.

Tetapi tak sangka juga ketika saya ingin menjayakan pelancongan domestik, terkena pula hari kenaikan harga minyak dan berpeluh juga dibuatnya. Nasib baik ada duit ringgit dalam poket. Kalau tinggal sepuluh sen, balik jalan kaki le. Kesihanlah saya.

Anonymous said...

A Silent Prayer ! at
www.apanama2020.blogspot.com

Anonymous said...

YBhg. Datuk T,

Semoga Tuhan juga melindungi semua pemimpin tertinggi BN daripada malapetaka yang mungkin boleh menimpa mereka kerana keputusan yang mungkin kurang bijak ini.

Saya juga berdoa semoga mereka boleh mengekalkan kuasa yang ada pada mereka sekarang.

Saya juga berdoa supaya mereka nanti akan mengetahui atau merasai keperitan yang kita semua rasai sekarang apabila mereka nanti terpaksa mengisi minyak kereta mereka dengan duit sendiri dan beratur panjang untuk membeli minyak bila harga minyak naik.... jangan mereka 'naik minyak' sudahla.

Tapi apa yang aya kesalkan, tindakan mereka ini langsung tidak cerdik atau seolah-olah lupa daratan.... Mungkin mereka dan keluarga mereka tidak kisah waima harga petrol RM5 suku liter sekalipun, dan kenaikan itu mendadak sebanyak RM3 sekali kenaikkan pun, ini kerana mereka tidak perlu cari wang berjuta lagi, mereka dah temui ghazali dan segala-galanya sebelum ini.... Anak cucu mereka sudah terjamin, jadi tidak perlu kisah apa berlaku kepada rakyat, anak-anak mereka juga tidak pernah merasai kesusahan, celik mata sahaja bapak sudah jadi menteri.....

Saya juga berdoa kehadrat ilahi moga-moga tidak ada pihak yang bakal mengambil kesempatan di atas isu ini untuk meranapkan kerajaan BN yang sudah berjaya amentadbir negara ini lebih kurang 50 tahun (mungkin tidak termasuk dua tiga tahun kebelakangan ni kot)Ini kerana mereka menunggu sahaja kesilapan kerajaan sekarang, untuk menaikkan sentimen rakyat untuk melemahkan kerajaan yang ada.

Saya juga berdoa supaya pemimpin yang ada sekarang belajar daripada kesilapan pemimpin-pemimpin lain terdahulu di dalam dan luar negara yang telah dijatuhkan akibat mementingkan diri sendiri, keluarga dan rakan mereka.

Semoga Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui.

JONLABUYABEDABEDU

terubuk jantan said...

Salam tok,
org rumah tanya saya apa tindakan kita la ni...saya jawab sambil hisap rokok ...'abg akan berhenti merokok'lantas diapun setuju.....MORAL OF THE STORY TOK..KEPALA TENGAH PIKIR BLN 12 ANAK SULUNG NAK LAHIR KEBUMI....PADA YANG MAHA ESA SAYA BERMOHON..

junkopile said...

Assalamualikum Tok Tig
ape nk buat tok bila penasihat ekonomi kurang bijak, mereka hanya respond tetapi tak proactive, mula2 jimat cermat, ubah gaya hidup, balik kampung, tinggal dalam hutan jugak sudahnya.
Bukan marah tok cuma tak suka
umah 2 bilik flat pulak 2 nak hidroponing bolehla tok

ibrahim yahaya said...

Sdr Jon,

Dalam keadaan sekarang apa yang kerajaan buat pasti semuanya tidak kena. Serba tidak kena. Ini kerana manusia ni apabila kepala berserabut, mereka akan mencari siapa yang menimbulkan masalah kepada mereka. Jika harga minyak naik, mereka akan mencari siapa yang menaikkan. Jika mereka ketahui, maka mula mereka bertanya mengapa pula dinaikkan.

Apabila kita memberi jawapan sebenar kenaikan itu, mereka akan bertanya mengapa tidak tolong bantu mereka. Mereka kan rakyat yang perlu dibantu. Mereka akan bertanya pula kami memilih kerajaan yang seharusnya membantu rakyat. Maka kerajaan berkata, "kami naikkan harga minyak dan mengambil subsidi minyak itu dan beri terus kepada kamu". Maka mereka pun bertanya lagi, mengapa terlampau sikit sangat bagi dan ada yang berkata, "macam melepaskan batuk di tangga". Di satu sudut, Pak Menteri terus menjawab, "ini langkah pertama saja, ia boleh diperbaiki dan akan diperbaiki. Bersabarlah, mungkin ada cara yang lebih baik akan datang." Rakyat bertanya bila?

Kepala mereka terus berserabut dengan tarikh bila akan dibantu dan poket pula semakin kosong kerana membayar bahan bakar. Rasanya, baik balik kampung.

ibrahim yahaya said...

Sdr Terubuk Jantan,

Berhenti merokok adalah langkah yang baik. Boleh berjimat dan membeli lebih banyak petrol. Selain itu, ia boleh mengelakkan kita daripada sakit jantung dan seribu macam penyakit. Itu yang diberitahu oleh isteri kepada saya. Saya hanya berdiam diri.

Setiap anak itu ada rezekinya sendiri. Apabila anak dilahirkan ayah atau ibu akan naik pangkat. Mungkin ayah atau ibu dapat mercedes atau kereta mewah daripada sijil simpanan premium. (jika tak beli, tak dapat le). Pelbagai lagi rezeki yang diturunkan ALLAH SWT. Oleh itu, ramaikan zuriat kerana mereka tetap akan diberikan rezeki. Apa pun semoga ALLAH SWT memelihara keluarga Sdr.

ibrahim yahaya said...

Sdr Junkopile,

Saya layak jadi wartawan saja dan bukan penasihat ekonomi. Saya pernah mencuba tetapi rakan saya menasihatkan eloklah jadi wartawan saja. Ini kerana saya salah memberi nasihat kepadanya ketika membeli saham. Saya dapat maklumat tetapi maklumat tu salah. Saya juga yang salah. Takpelah jadi wartawan seumur hidup.

Bagi saya, penasihat ekonomi negara bukan saja pandai ekonomi tetapi juga pandai dari segi segala-galanya termasuk politik, budaya dan sosial. Jika pandai ekonomi saja, maka dibuat dasar berlandaskan teori ekonomi dan haru biru jadinya rakyat negara ini. Oleh itu, penasihat ekonomi bukanlah budak sekolah atau graduan ekonomi dari Cambridge atau Oxford yang baru keluar semalam tetapi yang berpengalaman. Yang pernah berniaga dan gagal. Yang pernah menjadi pegawai bank. Yang pernah menguruskan GLC dengan jujur dan ikhlas.

Sejak dulu lagi saya melihat ada seorang manusia yang selalu digunakan oleh TDM dalam menasihatinya mengenai ekonomi negara iaitu Tun Daim Zainuddin, yang pernah berniaga garam tetapi gagal dan kemudiannya menjadi pemaju hartanah. Ada yang tidak suka kepadanya kerana faktor yang saya sendiri tidak tahu tetapi bagi saya, beliau banyak membantu TDM dalam memajukan ekonomi negara ini. Jangan guna teori saja tetapi adakalanya gunakanlah logik. Jangan kita jadi bahalol (kasarnya bahasa) jika minta koleterol daripada pak tani yang ingin meminta pinjaman untuk memulakan tanaman jagung. Jangan terperanjat pak tani bagi mereka kolesterol pula. Bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri. Gunakanlah otak sikit dalam merencanakan dasar ekonomi negara. Jangan belasah saja dengan teori ekonomi yang entah apa-apa sehingga ada orang yang menderita dan papa kendana. Fahamlah sikit.

Anonymous said...

Dalam keadaan rakyat menangis menderita dan dianaiya,mereka sekarang ini sedang ketawa riang dibelai oleh dayang dayang manis. Kekadang terfikir bila melihat manusia yg berumor 68 tahun masih punya nafsu tentang kemewahan dunia. -Jantan Giler-

umnoparoijaya said...

Tq tok tig
logo(lega) skit dongar ado gak orang yang paham ruponya jangan lupo tok mato pen wartawan laie tajam dari peluru scud.

encik MIE said...

salam...

pasal minyak semua orang marah. tak ada baiknya.

tak tahu apa akan jadi pada BN nanti sekiranya masalah ini berlarutan.

macam abang tiger kata di kelantan beratur nak isi minyak, saya percaya tidak ada orang kelantan akan sokong BN nanti....

abe MIE minta supaya masalah ini akan selesai bila Najib naik jadi PM...

walaupun ada pampasan diberikan tp ia tidak cukup untuk memberi senyuman sebagaimana kita bermasam muka setiap mengagangkat pam minyak.

pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

Posted on Monday, April 14, 2008, 12:00AM

Survival of the richest by Robert Kiyosaki

Most of us are aware of the sacrificial slaughter of Bear Sterns. Some people call it a bailout, but I call it a handout -- a government handout to some of the richest people on Earth, paid for by American taxpayers.

It's the survival of the richest, and the poorest be damned. There's something dismal about a society that operates by those values.

The Economy on Life Support

I understand why the Federal Reserve did what it did with Bear Stearns. The Fed was doing its job -- acting as the lender of last resort, pumping money into a dying system. It wanted to prevent a run on the bank and economic chaos. It was a very creative financing move, using the Fed's magic checkbook to pump more liquidity into a thirsty market -- sort of like a physician administering life-saving measures to a critically wounded patient.

My problem with the move is that the Fed saved this patient because it's a wealthy one. Saving the biggest investment banks in America is welfare for the rich. Would the Fed do that for you or me if we screwed up our investment portfolio? Is the Fed going to bail out the millions of people facing foreclosure because the value of their homes is less than their mortgages? If I'm a small-business owner and fall behind on my taxes, is the Fed going to pay my taxes for me? If I can't pay off my college loan, will the fed pay it for me?

Aren't these investment bankers supposed to be the smartest guys in the world? Aren't they the people we entrust with our investment and retirement money? Aren't they supposed to be financially fit? Some blame subprime borrowers as the culprits in this mess, but the supposedly brilliant investment bankers bought their mortgages. Was that smart?

A Handout for the Rich

This bailout was a signal to Wall Street that the Fed stands behind them -- that they're on the same team. It was a thumbs-up to the super-rich: "Do what you want. If you screw up, we'll cover your blunders."

Ralph Nader's father purportedly once said that "Capitalism will never fail because Socialism will always bail it out." My concern, especially in this election year, is that socialists will seek revenge. Already I can hear the war cry "tax the rich!" The problem with taxing the truly rich is that the rich simply move their money to countries that treat them and their money with undue respect. And when the rich move their money, the poor and middle class end up paying more taxes.

Not only will taxes go up, but the prices of food and fuel will increase, because the purchasing power of the dollar will continue to decline. This rise in cost of living, plus higher taxes and stagnant wages, could lead to unrest -- protests, riots, and possibly chaos. In other words, what the Federal Reserve was attempting to prevent may happen anyway.

When Capitalism Stumbles

Bailing out the rich means over $800 billion from the Fed's magic checkbook entered the market. Immediately, the stock market rebounded and the price of gold and silver declined. The U.S. dollar strengthened against the euro. While this looks like a good sign, I'm afraid the problem isn't solved. The inevitable may only have been delayed.

Our problem is a toxic U.S. dollar. Printing funny money steals from the poor and middle class, savers, and the elderly. It may be legal, but it isn't moral or ethical. As long as the Fed is allowed to wield its power at will, the prices for food and fuel will only go up.

So will the price of gold and silver. Some are calling for gold and silver to go over $2,500 and $200 an ounce, respectively. Some even believe gold will go as high as $5,000 an ounce. I hope not. While I get excited about seeing the gold I purchased for less than $300 an ounce flirt with $1,000 an ounce, I also begin to worry.

The rise in the price of gold is a sign that capitalism has stumbled. And when capitalism stumbles, workers' wages buy less and savings are wiped out. Even gains from the stock market are diminished because our dollar gains are worth less.

Troubles Past and Present

Throughout history, when capitalism stumbles chaos erupts and sometimes despots take over. For example:

• In 1897, the Russian ruble was pegged to gold and a period of relative economic growth followed. Russia went off the gold standard to finance World War I. The government fell to the Bolsheviks in 1917, and the Russian mafia took control of the economy.

• After World War I, the German middle class was wiped out and Adolf Hitler was voted into power in 1933.

• In the 1930s, China was the only country on the silver standard. In 1935, the nationalist Chinese government started issuing paper money. In 1937, in order to fight the Japanese, the government began printing funny money. The value of their currency went from four yuan per dollar in 1936 to a trillion yuan per dollar in 1949. In May of 1949, the Chinese government fell to Mao Tse-Tung and the Communists.

• In 1984, Yugoslavia hosted the Winter Olympics just as their currency, the dinar, began to devalue. In 1989, the IMF recommended more devaluation and the freezing of workers' wages. Rioting broke out, and in 1989 Communist party leader Slobodan Milsoevic was elected into power. Yugoslavia broke apart as war and ethnic cleansing began.

As capitalism falters, the rich move their money out of the country, violence increases, and politicians promising prosperity are elected. It's happened before, and I fear it's happening again. Trouble brews when we steal from the poor and give to the rich
______________________________

With such an increment of liquidity or US dollar capital injection by the Americans into world economics, no wonder inflation goes up everywhere in nations worldwide.

Anyone want to work as wage-slave to US$dollar$$ ??

ibrahim yahaya said...

Sdr Jantan Giler,

Nafsu tidak pernah tua. Adakala orang itu sudah tua tetapi nafsunya tidak, maka anak dara yang menjadi mangsa perkosaannya. Adakala orang itu sudah menjadi orang tua tetapi kerana nafsu, anak sendiri menjadi mangsanya.

Manusia ini istimewa sedikit daripada haiwan dan jin kerana ada otak dan nafsu. Jadi otaklah yang mengawal nafsu. Haiwan ada nafsu saja manakala jin pula ada otak tetapi tiada nafsu.

Jadi jika manusia menggunakan nafsu untuk melakukan apa yang dia rasa baik maka mereka adalah haiwan. Manusia yang ada otak dan nafsu tidak akan menjadi jin melainkan mereka sudah mati. Jika mati pucuk saja, manusia tetap ada nafsu seperti nafsu makan, minum malah nafsu seks tetapi menggunakan cara yang berbeza.

ibrahim yahaya said...

Sdr UMNOparoijaya,

Ese ni bukanlah pandaii sangat. Bulelah baghi cadangan dan pandangan. Yang kono tu, oklah. Yang tak kono tu, bulelah togo ese.

Yang polik tu, manusio yang tak bule togo. Buek suko hati mak bapak dio. Orang phorit kek bawah, dio muko selambo jo. Yang ini kito kono buek sosuatu. Tak tahulah ese apo dio. Tapi, kono jugo buek.

ibrahim yahaya said...

Sdr GMie,

Tak tahulah bila DS Najib nak naik jadi PM. Tapi beliau boleh bagi cadangan kat Paklah apa yang terbaik untuk dibuat oleh kerajaan sekarang kerana beliau juga tidak kurang hebatnya dari segi ekonomi. DS Najib boleh tanya adiknya yang buka CIMB tu. Itupun jika cadangannya diterima. Kita berdoa sajelah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Terima kasihlah. Bolehlah kita baca bersama dan memahami apa yang dinyatakan oleh Kiyosaki. Yang tidak sedap tu, apabila dinyatakan kesan jika kapitalisme gagal.

"As capitalism falters, the rich move their money out of the country, violence increases, and politicians promising prosperity are elected. It's happened before, and I fear it's happening again. Trouble brews when we steal from the poor and give to the rich."

Ramai ke rakyat Malaysia yang bawa keluar duit sekarang? Pemimpin yang menjanjikan segala macam kemewahan dalam manifesto PRU akan dipilih? Satu lagi, kita kena hapuskan lintah darat dan pelesit yang hisap darah orang miskin dan bagi kat orang kaya.

Anonymous said...

Sebenarnya dato', yg paling terasa kenaikan harga minyak ni adalah mereka yg tinggal di rumah2 flet bandar2 besar ni ...

bagi saya org kg dan org yg kaya giler tak terasa kesannya ...

org kg, ada tanah utk bercucuk tanam ... minyak naik ker, tak ker, mereka tak peduli sangat ... bukan hari2 kene guna minyak banyak sangat pun ... sekadar nak gi kebun tgk pokok jer ... naik motor buruk yg road tax dah mati tu berapa lah sangat ...

yg duduk dibandar ni, golongan bawahan yg dok rumah flet tu dan juga golongan pertengahan yg dok rumah teres ni .... nak gi keje mmg kene pakai minyak ... dah la rumah sempit, nak bercucuk tanam pun tak tau kat ner ...

nak pakai hidrophonic??? dah la rumah sempit, nak letak kat maner lagi pulak hidrophonic tu datuk???
saper pulak nak menjaganya kalo laki-bini gi keje balik dah penat??

lainlah kat kampung tanah subur jaga2 sket2 jer dah boleh hidup ...

bila fikir2 balik ... baik aku dok kampung ... tak la susah hidup cam kat bandar ni ... tinggal dalam hutan lagi bagus jadi tarzan bak kata labu!!

epain said...

sepatutnya lebih byk alternatif perlu disediakan...

penggunaan NGV..

kereta yg menggunakan kuasa elektrik seperti yg digunakan buggy...

dan kalau tak silap dulu Pak Lah sendiri pernah launch kereta yg menggunakan air...apa citer?....

bila byk alternatif...maka org tak guna minyak sgt...bila dah tak guna...harga akan murah...biasalah teori ekonomi...demand n supply...

tapi apahal pun...terima kasih buat kerajaan...bg hadiah yg tak seberapa ni....

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara,

Ada laporan oleh media perdana semasa kempen PRU12 lalu, BN berjanji tidak akan menaikkan harga minyak selepas PRU ini.

Ini bermakna BN telah menipu dan tidak menunaikan janji.

Justeru, bolehkah rakyat seluruh Malaysia dari semua kawasan pilihan raya membuat laporan polis bahawa BN telah memungkiri janji sepertimana yg dibuat oleh seorang-dua pelajar Uitm baru-baru ini yang nampaknya soelah-olah disokong media perdana ?

Bolehkah saudara Ibrahim ? Tolong komen . Ringkas seperengganpun cukup.

Adnan M

zanudin said...

salam dato T

saya cuma nak ucapkan terimakasih yang tak terhingga pada kerajaan BN yang telah berkhidmat selama 50 ini.

tempoh 50 tahun memimpin negara sepatutnya mampu melahirkan kematangan dan kecemerlangan kepada bumi yang berdaulat ini.

tapi semenjak 2 menjak ni, pimpinan kanan BN tidak begitu peka dan mungkin juga pekak dalam memahami aspirasi dan cita-cita bangsa malaysia.

slogan cemerlang, gemilang, terbilang yang di laungkan pimpinan kanan BN di usia 64 tahun pun belum ketahuan hasil.

selama 4 tahun yang di temberangkan rakyat dengan slogan C, G, T tak ketahuan arah dan tujuan.

Di tambah dengan slogan Selamat, Aman, Makmur yang boleh di gelakkan oleh rakyat terbanyak. pimpinan kanan ini pandai pulak bermain kata-kata. asai bangkit tidur, mimpi plak yang best-best, terus boleh buat slogan..

tapi memandangkan rakyat terbanyak menyokong pimpinan BN untuk kekal memerintah 4 tahun lagi, kita terima apa saja rintangan dan ubaan yang mendatang..

apa-apa hal pun, pulau pedra blanca dah jadi milik owang, iskandar malaysia pun akan menyusul..

dan bagi rakyat yang menyokong kerajaan selama ini, ini hanyalah
cubaan, bukan betul-betul......

Norizan Sharif said...

Dato',

Saya ingin mengundang kawan2 untuk menziarahi blog saya http://www.belaiankasih.blogspot.com Saya amat berterima kasih sekiranya Dato' dapat memasukkan URL blog ini dalam blogroll Dato. Oleh kerana kawan2 dah banyak buat blog politik, saya beralih angin untuk membuat blog kekeluargaan.