Sunday, June 8, 2008

MENTERI KABINET MAHU BERKORBAN?

Seorang pembaca blog saya, Mat Terab, dalam memberi komennya mengenai kenaikan harga minyak antara lain mahu Menteri-Menteri Kabinet yang membuat dasar kenaikan harga bahan bakar itu, merasai penderitaan rakyat di bawah. Saya yakin apa yang dimaksudkan itu ialah Menteri tidak akan menjadi miskin seperti rakyat di bawah tetapi setidak-tidaknya "merasai" penderitaan mereka.

Beliau menulis, "Ayat yang kita selalu kita dengar apabila kerajaan menaikkan harga minyak ialah ia tidak menbebankan rakyat, ia masih murah berbanding dengan negara-negara lain, kerana kerajaan tidak mampu menanggung beben subsidi yang terlalu tinggi, kerana pengurangan subsidi dapat digunakan untuk mebuat pembangunan negara atau meningkatan sistem pengankutan awam....ayat-ayat ini lah yang selalu di dendangkan oleh kerajaan tapi yang nyata rakyat tetap terbeben, tambahan pula dengan kenaikan harga beras yang melambung...apabila kerajaan menaikan harga minyak tidak dapat tidak akan berlakulah kenaikan harga barangan lain seperti, gula, milo, susu, tepung, minyak masak, ayam, ikan ,sayur-sayuran dan berbagai-bagai lagi barangan lain, dan tadak dapat di elak juga akan berlaku kenaikan tambang bas sekolah, teksi dan pengankutan lain yang menggunakan petrol dan disel, apabila semua kaadaan ini berlaku yang bertambah parah adalah rakyat bawahan...sudah tentulah kaadaan ini tidak akan membebankan golongan seperti menter-menteri dan kuncu-kuncunya yang menbuat dasar ini kerana mereka tidak mengeluarkan belanja sesenpun kerana semuanya free walaupun makan di hotel 5 bintang atau pergi shooping ke luar negara semuanya free rakyat yang bayar.... namun demikian kesan ini akan juga turut di rasai oleh orang umno juga dan bukan orang umno, walaupun yang membuat dasar harga minyak adalah menteri-menteri umno....harap orang umno sedarlah...."

Saya yakin Paklah dan Menteri Kabinetnya telah mengetahui apa yang disuarakan sejak pengumuman kenaikan harga minyak yang diumumkan Rabu lalu. Menteri Kabinet yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang menjadi pemimpin parti pelbagai bangsa pasti akan menunjukkan kesediaan mereka untuk bersama-sama rakyat dalam menghadapi kemelut ini. Jika mereka tidak "merasai keperitan itu", setidak-tidaknya menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap dasar yang dilaksanakan.

Saya mendapat tahu daripada ejen kenit bahawa Paklah akan mengumumkan dasar berjimat-cermat kerajaan esok yang membabitkan semua Menteri Kabinet. Apakah Paklah akan memotong elaun Menteri Kabinet? Apakah tiada lagi rombongan ke luar negara bagi Menteri Kabinet? Atau tiada lagi majlis keraian besar-besaran untuk menyambut Menteri. Sama-samalah kita tunggu apakah "pengorbanan" Menteri Kabinet.

18 comments:

tajudin said...

Datuk Harimau,

saya ikuti semua ulasan dalam blog ini berkenaan minyak naik ini.

saya merasakan bahawa kenaikkan yang dibuat ini secara tergopoh-gapah dan tidak diperhalusi, tidak menyediakan langkah drastik susulan akibat gempa 78 sen ini, bahkan umpama strategi membunuh diri.

di samping membiarkan rakyat -- pandai-pandai lah sendiri nak hidup.

saya tak harapkan Datuk Harimau setuju dengan kesimpulan saya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Tajudin,

Saya tidak pernah menjangka bahawa kerajaan akan menaikkan harga minyak secepat Rabu lalu kerana mengambil kata-kata Menteri PDNDHP bahawa kemungkinan ia dinaikkan pada Ogos lalu. Tetapi ia dinaikkan dan saya turut juga menjadi mangsa tindakan tidak kemas dan tergesa-gesa itu.

Saya juga tidak pernah menjangka dasar cerdik kerajaan untuk menghalang rakyat asing membeli minyak di negara ini tidak diteruskan selepas pengumuman harga minyak. Hanya beberapa hari saja larangan itu? Mengapa kini dibenarkan pula? Pening-pening.

Anonymous said...

salam sejahtera,
ok,kita tunggu dalam tempoh beberapa jam lagi,hah ini sedang saya tengan menaip ayat-ayat ini apakah kepustusan kabinet itu iyer.ok kita lihat...
tapi jawapan saya ia tetap takkan memuaskan hati rakyat sakit hati lagi ada lah.
potong atau kurangkan LKM,ketatkan lagi penguatkuasaan terhadap para peniaga?depa nak herannn ka?apa lagi mekanisme-mekanisme yang dikatakan bijak itu tapi semakin nampak dungu.
takpa lagi beberapa jam lagi.nanti dato update kta sama2 ulas.
aduhaiiiiilahhhh....

ibrahim yahaya said...

Sdr Awang,

Sdr bolehlah mengulas jika Paklah mengumumkan perkara itu esok dalam blog ini. Mungkin pandangan Sdr akan dibaca oleh Paklah sendiri atau pembantu khas beliau. Berdoa sajalah kita dan jika doa itu ikhlas maka ALLAH SWT akan memakbulkannya.

junkopile said...

Assalamualaikum Gfather Tiger
Itulah Tok kito jo kono berjimat mentori fly 1st class jugak tido hotel 5&6bintang gak, cubo samo2 tido hotel budget, fly pon naik everybdy can fly barula btul jimat, tok india lain dorang xdo rezab billion2 kek luar & dorang pon xdo minyak 2 sobab kena kurang subsidi,dorang xnak dongar ckp TDM nak tunjuk pandai tapi kelaut tok kelaut formula dorang nih.

terubuk jantan said...

SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN SEGALA KEBIJAKSANAAN PADA PM KAMI TERBEBAN.TAKUT-TAKUT BEBANAN INI MEREBAK KEPADA KADAR JENAYAH YANG TINGGI,SOSIAL ANAK MUDA DAN MASYARAKAT,SEMANGAT JATIDIRI MASYARAKAT HILANG. PADA P.M 'MAGIC TOUCH'SEPERTI T.D.M HADAPI DAN TANGANI KAMI PERLUKAN ATAU KEMBALIKAN SEMULA T.D.M,

ibrahim yahaya said...

Sdr Junkopile,

Saya rasa ada kemungkinan Paklah akan mengurangkan bilangan rombongan Menteri ke luar negara sama ada untuk menggalakkan pelaburan atau lawatan sambil belajar. Ini boleh menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan kerana ia boleh membabitkan ratusan ribu untuk Menteri dan rombongannya.

Bagi PM dan TPM, mereka perlu mewakili negara dalam pelbagai Mesyuarat atau Perhimpunan peringkat dunia yang menetapkan Malaysia diwakili oleh orang nombor satu atau nombor dua atau Menteri Luar. Cuma mereka boleh mengurangkan jumlah pegawai yang mengikuti rombongan berkenaan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Terubuk Jantan,

Saya rasa TDM tidak mahu kembali sebagai Perdana Menteri. Daripada ceramahnya di seluruh negara, apa yang beliau mahu ialah PM sekarang digantikan dengan empat nama yang selalu disebut iaitu DS Najib, Tengku Razaleigh, TS Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Sebenarnya empat yang disebutkan itu boleh membantu PM mentadbir negara sekarang.

Anonymous said...

Dato,Salam Senin.Spt mana diwarwarkan dimedia PM akan mengumumkan beberapa pendekatan bagi menangani isu harga minyak.Hendaknya Pak Lah dah dpt segala info tentang resah rakyat dari semua sudut termasuk dr blog.Pak Lahwajar santun,hati hati dan berhemah.Bukan macam hari itu mengumumkan harga minyak dengan senyum tersungging.Sekarang rakyat put the blame pada Pak Lah.Org tak salahkan Dato Shahrir.Yang paling tak sedap orang awam dah tanpa silu kata Pak Lah dah endorse apa yg pembangkang cakap sebelum PRU ke 12.Macammana nak kilas balik?Adakah ini satu kebetulan atau Pakatan rakyat mampu membaca minda Pak Lah? NongSaree

ibrahim yahaya said...

Sdr NongSaree,

Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang mendengar keluhan dan rintihan rakyat segenap lapisan. Pemimpin yang prihatin dan ingin tahu ialah pemimpin yang mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber termasuk media baru. Adalah diharapkan semua pembantu Paklah akan menyerahkan laporan dan maklumat mengenai keluhan dan rintihan rakyat termasuk daripada media baru.

Anonymous said...

Assalamualaikum Datuk
Pempohongan demi pembohongan dilakukan olek pihak
kerajan dari PM hinggalah ke Menteri
Macam mana rakyat nak pecaya
Syahril kata minyak naik ogos
Tiba-tiba Pak Lah naikan
Selepas seminggu PRU CEO TNB kata takrif electric takan naik
Pada Julai nanti takrif baru akan dikenakan
Semasa PRU pengunaan Dakwat kekal dibatalkan
Pak Lah kata SPR, SPR kata Menteri
Jadi siapa yang tipu
Menteri kata Kerajaan Trg dapat royalty sebanyak juta juta juta
MB Trg kata tidak tidak tidak sebanyak itu
Jadi siapa yang tipu
Ini pula kenyataan Najib sebelum PRU

No Fuel Price Hike, Says Najib
KUALA LUMPUR, Feb 25 (Bernama) -- Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today dismissed assumptions of a hike in fuel price after the March 8 general election
"No, it doesn't necessarily mean price hike," he said when asked if there would be a rise in fuel price after the polls following the increase in fuel subsidies paid by the Government last year
Najib was speaking to reporters after Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad launched Barisan Nasional's (BN) progress report and election manifesto, themed "Security, Peace and Prosperity," here.
In his speech at the launching, Abdullah, who is also Finance Minister, said that last year, the government paid RM43.4 billion for subsidies, of which RM35 billion was allocated for fuel.
Commenting on the BN's manifesto, Najib said that it was the BN's government Key Performance Index (KPI) for the last four years and is assessed by the rakyat
"I believe this document is the basis and measurement of our success as
well as our future direction," he said.
Najib said that this was because the manifesto was not politically rhetoric but contained substantive inputs.
He said that the specific contents in the manifesto made it easier for the rakyat to see in detail all that had been done by the BN government to develop the country.
"The rakyat can also know where the BN government will lead them to," he said.
The Manifesto themed "Security, Peace and Prosperity," outlined what the government had done in the last four years after the huge mandate given by the rakyat in the 2004 general election.

This is also the first time the government unfolds its progress report before the rakyat
-- BERNAMA

Anonymous said...

Saya rasa taksalah jika menteri kabinet juga sama2 merasai "perubahan gaya hidup" sekali dengan rakyat jelata. Mereka semua sudah tak perlu lagi hal2 yang mewah itu semua. Kalau ada keputusan seperti rancangan cost-cutting untuk perbelanjaan ahli2 kerajaan, syukur saya terima dengan tangan terbuka. Tapi saya pasti itu pun masih tidak boleh menggembirakan atau menyenangi hati rakyat. Mesti ada lagi hal lain yang berbangkit dan tak puas hati.

Tapi baguslah, ini lah baru namanya reform. Ada hikmahnya semua ini berlaku. Diharap memang benar untuk kepentingan rakyat untuk long term.

Anonymous said...

boleh lah tu..sama2 lah kita berubah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa ni. harap2 keadaan akan semakin pulih, semoga kita dapat hadapi semua ini dengan baik.

ibrahim yahaya said...

Sdr PulutKuning,

Dalam konsep penerangan, hanya orang yang arif dan bermaklumat perlu memberi penerangan. Jika yang tidak tahu atau separuh tahu bertindak memberi penerangan, bukannya sesuatu itu menjadi tidak jelas atau kabur tetapi ia semakin mengelirukan. Apabila rakyat keliru, ketika itu negara akan menjadi haru-biru.

Sebagai pembaca, kita perlu mencari maklumat yang jelas dan terang. Jangan terlalu bergantung kepada maklumat yang tidak tepat, kabur dan menyesatkan. Jika ia berlaku, kita akan menjadi kabur, keliru dan sesat. Ini amat bahaya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Farzain,

Bagi saya seorang Perdana Menteri seperti juga seorang bapa. Menjadi bapa bukan mudah terutama untuk menggembirakan hati anak-anak. Jika anak-anak sentiasa dilimpahi dengan kemewahan, mereka akan menjadi marah dan naik minyak, jika segala nikmat itu ditarik balik. Jika selama ini menikmati makanan di hotel dan restoran mewah tetapi ketika kemelesetan diberikan mee segera atau dibawa ke warung, mereka akan naik darah. Ketika itu, bapa dianggap tidak berhati perut dan kejam. Oleh itu, sekali-sekala didiklah anak kita agar berpijak di bumi yang nyata.

ibrahim yahaya said...

Sdr KL,

Dalam hidup ini, kita bukan saja perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan harian tetapi juga dengan kematian. Menyesuaikan diri dengan kehidupan mungkin mudah, tetapi lebih sukar dengan kematian. Ada orang yang sukar untuk menerima kematian terutamanya orang terdekat. Mereka tidak reda dan menyalahkan semua orang kerana proses kematian itu.

Adakalanya proses penyesuaian itu amat menyakitkan tetapi lama-kelamaan ia akan menjadi biasa kecualilah kita tidak mahu berubah dan cepat naik angin.

Anonymous said...

setuju dengan ibrahim yahaya. kita perlu cuba menyesuaikan juga diri dalam keadaan sekarang ini. semakin lama kita menolak untuk berubah, semakin lama kita akan merasa keperitan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Kopub,

Malaysia akan berjaya mengharungi cabaran kenaikan harga minyak dunia ini jika kerajaan dan rakyat berganding bahu untuk menghadapinya secara rasional.

Kerajaan perlu melaksanakan dasar yang menguntungkan rakyat keseluruhannya dan rakyat pula menyokong dasar yang menjaga kepentingan mereka dan negara.