Friday, June 13, 2008

STEADYLAH. TAKYAH BEREBUT-REBUT.

Saya boleh bayangkan bagaimana keadaan di PEJABAT POS esok dengan orang ramai berpusu-pusu untuk mendapatkan rebat mereka.

Bagi saya, tidak payahlah berebut-rebut jika kedudukan kewangan kita masih stabil kerana jika semua menyerbu pejabat pos, sudah pasti wujudnya kesesakan.

Tidak lari gunung dikejar melainkan jika kita tiada gunung atau bukit untuk dikejar. Jika ada lima kenderaan, perlu mengisi borang setiap kenderaan berasingan. Kalau satu, tunjuk mykad atau kad pengenalan dan isi satu borang saja. Mudahkan.

Semua pejabat akan beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Sabtu kecuali di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

14 comments:

mat_terab said...

BAGI YANG KAYA MACAM DATO TIGER TAK PAYAH LA PEGI DULU BAGI PELUANG ORANG YANG TAK BERWANG MACAM KAMI NI PEGI DULU DATUK BERUANG...TAK GITU DATO....?

WHATEVER said...

tok,

diorang tu bukan lapar pasal duit tu, tapi dah takdo pilihan. RM625 tu lobeh kurang RM50 sebulan. keto kancil yg isik minyak ponoh pun (RM88 skrg berbanding RM60 sebolom ni) dah tak larat dah nak jalan jauh-jauh. Bilo kerajaan naikkan hargo minyak, makin kurang la orang balik kampung jongok omak-apak dan sedaro lain. secaro tak langsung, kerajaan menggalakkan hubungan keluargo jadi jauh... mcm tu laaa... nak buek camano...

Anonymous said...

saudara ,

saya memang menyokong cadangan jangan berebut-rebut tu. tapi saya ada lah terbaca artikel yang mengatakan Pos Malasyia milik ECM-Libra, aiyaa..betui ke tu? Kalau betol apa lah yang Pak Lah nak jawab, asyik nak untung keluarga sendiri jer...tak faham..tak faham..

ibrahim yahaya said...

Sdr Mat Terab,

Saya tidak akan pergi ke pejabat pos esok. Percayalah. Saya tidak mahu menyesakkan pejabat pos. Saya juga akan memberi peluang kepada orang lain mendapatkan rebat mereka dulu. Mulianya hati.

Ini kerana bukan saya kaya tetapi geran kereta saya hanya boleh diperbaharui pada Ogos depan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Whatever,

Apo yang ese cadangkan yolah bagi oghang yang masih stabil kedudokan kewangan mereko. Yang dah paghrah tu bulelah poghi lopeh suboh. Kalau maleh nak baghun pagi, buek jo kemah kek dopan pejabat pos tu.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Saya terdengar juga cerita tu. Saya tanya orang pos, dia orang kata cerita itu tak benar.

Bizen said...

Inilah perangai rakyat Malaysia yang kalut. Saya ni bukannya berduit pun, tetapi tak perlu lah kita buruk perangai berebut-rebut. Kita tidak seharusnya membiarkan nafsu amarah menguasai diri berbanding pemikiran rasional walaupun kita didalam keadaan terdesak. Bersabar itu separuh daripada iman.

ibrahim yahaya said...

Sdr Bizen,

Esok hari pertama. Ada banyak hari lagi yang kita boleh membuat tuntutan rebat. Namun, jika ada yang amat memerlukannya datanglah lebih awal agar tidak perlu beratur panjang dan berebut-rebut.

junkopile said...

Assalamualaikum gfather tiger

se pon antara orang yang layak dapek nih tapi 2la nak robut2 malehla, tapi post office banyak rasonya xdo masalah.walaupun x banyak mano tapi totap gak membantu terutamo golongan yang pendapatan x tinggi cam se nih, atok xpo duit taun lopeh pn x abih laie

abe MIE said...

salam..

pasal wang semua orang tarik nafas lega.

Kalau kita mengutuk pasal wang berkenaan, hukum memakannya (dan menggunakannya) di sisi Allah adalah haram. Kita dah menyumpah dan was-was kenapa kita hendak wang berkenaan.

abe MIE rasa pak lah perlu idea ini- SESIAPA YANG BERWARGANEGARA SAHAJA DIBENARKAN (BUKAN PENDUDUK TETAP -PR) DIBERI WANG REBET DAN MEREKA YANG MEMPUNYAI KENDERAAN BERKENAAN DIBERIKAN TANPA MELETAK SYARAT MEMPERBAHARUI CUKAI JALAN ATAU BILA DILAKUKAN PEMBAHARUAN CUKAI BERKENAAN.

Abe MIE ada dua kereta dan sebiji motor. Dua-dua kereta dan motor tak boleh ambil sebab tempohnya hanya april sahaja. Biarlah kerajaan jujur kalau hendak membantu rakyat.

pkrpasdap.blogspot.com

Kg Permatang Tok Dik said...

Akum dato....
Kalau saya kirim kat Datin bleh tak ?hehhehe

ibrahim yahaya said...

Sdr Junkopile,

Apo lak taun lopeh, duit se taun dopan pun dah habih. Abis, camno?

Kono jua nasi lomaklah.

ibrahim yahaya said...

Sdr Abe Mie,

Nak tuntut rebat kena tunjuk kad pengenalan atau mykad. Jadi siapa yang ada kedua-dua kad itu bolehlah tuntut kot.

Rasanya kerajaan bagi secara berperingkat-peringkat. Lepas ni Sdr bolehlah tuntut pada "round two" atau fasa kedua pula. Lambat pun bagus, sebab duit tak habis cepat. Betul ke camtu?

ibrahim yahaya said...

Sdr KPTD,

Salam kembali.

Tak boleh kirim-kirim kena ambil sendiri. Tuan punya badan sendiri. Itu peraturan yang ditetapkan.